Untuk menjelaskan masalah ini, hendaklah diberi perhatian terhadap beberapa noktah penting ini:
- Sekiranya maksud anda "Syiah" itu ialah perbuatan yang silap yang dilakukan beberapa orang pengikut Syiah, maka sandaran terhadap perbuatan begini adalah jauh dari keadilan. Ini disebabkan:
Islam tidak punya aib pada zatnya
Setiap yang tercela berasal dari penganutnya
- Apakah metodologi langsung yang menjadi kriteria dan neraca timbangan anda? Apakah yang anda bandingkan dan fahamkan dengan Syiah sehingga mengatakan ianya sesat?
Dalam masalah ini, di manakah anda letakkan Al-Qur'an dan Sunnah (qathi' al-shudur) sehingga dapat mengadili mazhab-mazhab Islam dengan kedua-keduanya? Supaya ada dapat mengatakan setiap mazhab yang menuruti al-Qur’an dan Sunnah adalah benar, dan jika tidak ia adalah mazhab yang batil.
Sekiranya anda mengadili Syiah dengan al-Qur'an, sila sebutkan di manakah akidah, hukum hakam fikah atau perintah akhlaknya yang tidak selari dengan al-Qur'an? Mengapakah mazhab Syiah dihukum sesat semata-mata kerana menurut perasaan lidah, sedangkan ia mempunyai hati dan amalan yang menuruti jalan, metodologi, akidah dan hukum hakam Ahlul Bait?
Jikalau anda melihat sejenis pertentangan dan percanggahan dengan akidah dan perintah-perintah Ahlul Bait (a.s), jelaskan secara terperinci apakah perkara amalan yang menjadi judul paradoks akidah yang anda temui?
Ulama Syiah berkata: Kami tidak akan merentasi jalan yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah (s.a.w); Ini disebabkan kebanyakan ayat dan riwayat yang disepakati oleh semua mazhab Islam dapat difahami bahawa:
- Nabi (s.a.w) tidak dapat melepaskan umat begitu saja tanpa pengganti setelah wafatnya.
- Pengganti dan khalifah Nabi (s.a.w) menurut bukti-bukti yang muktabar hanyalah Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (a.s).
- Bahkan golongan selain daripada Syiah (Ahlusunnah) tidak memiliki satu dalil pun yang menegaskan bahwa Nabi (s.a.w) mewasiatkan khilafah kepada selain Ali (a.s). []