Walaupun nabi Musa a.s merupakan salah seorang nabi Ulul Azmi dan merupakan pembawa risalah, tetapi penimbaan ilmu daripada nabi Khidir a.s dan… tidak mengurangkan derajat keilmuan Nabi Musa a.s kerana:
1. Didalam saat-saat pertama perjumpaan mereka, nabi Khidir a.s didalam menjawab salamnya nabi Musa a.s berkata: "السلام علیک یا عالم بنى اسرائیل": salam keatas kau wahai alim bani israel" [i]. Begini nabi Khidir mengakui dan menjelaskan martabah ilmu nabi Musa a.s.
2. Berasaskan sebahagian riwayat, antaranya riwayat daripada Imam Sadiq a.s berkata: nabi Musa a.s menyangka bahawa segala ilmu dan pengetahuan yang ada luh-luh langit telah diturunkan kepadanya, dan dia lebih mengetahui dari semua orang lain[ii]. Allah s.w.t berasaskan hikmah dan maslahatnya, berkehendak supaya sangkaan itu diubah. Oleh kerana itu ditetapkan sebegini dimana didalam bentuk teka-teki Allah telah telah memberitahu nabi Musa a.s bahawa sangkaannya adalah salah.
3. Nabi Khidir a.s mengetahui sebahagian masalah tetapi secara keseluruhannya ilmu yang beliau miliki adalah lebih sedikit daripada ilmu nabi Musa a.s. oleh kerana itu Imam Sadiq a.s mengenali nabi Musa a.s sebagai orang yang lebih berilmu daripada nabi Khidir a.s.[iii]
Dengan kata-kata lain, dapat difahami daripada seluruh ayat dan riwayat yang berkaitan dengan kisah nabi Musa dan Khidir a.s bahawa ilmu yang ada pada nabi Khidir a.s( makrifah dan hakikat yang berkaitan dengan alam takwini dan kehidupan manusia) telah diberikan kepadanya berasaskan wilayat dan rahmat khas dan mutlak ilahi, dan ilmu ini tidak ada kena-mengena dengan risalah dan kenabian nabi Musa a.s, dan bantahan nabi Musa a.s terhadap nabi Khidir a.s juga adalah berasaskan ilmu yang berkaitan dengan zahirnya syariat dan furu'at agama. Oleh kerana itu dengan cara ini Allah s.w.t telah mengajarkan kepada nabinya akan ilmu-ilmu ghaib dan hakikat-hakikat sebenar disebalik alam ini dan telah menjelaskannya melalui lisan seorang hamba (nabi Khidir a.s) daripada hamba-hambanya.[iv]
4. Sumber ilmu nabi Khidir a.s adalah sama dengan sumber ilmu nabi Musa a.s; iaitu pengajaran dan penyampaian daripada tuhan. Oleh kerana itu jika nabi Khidir mengetahui sebahagian daripada masalah dimana nabi Musa a.s tidak mengetahuinya, ianya tidak dikira sebagai satu kelebihan untuk nabi Khidir a.s kerana semua pengetahuan ini adalah daripada tuhan.
5. Jika diberikan perhatian terhadap point-point sebelumnya akan perkara ini akan jelas bahawa mempelajari sebahagian daripada rahsia-rahsia oleh nabi Musa a.s daripada nabi Khidir a.s bukan sahaja menunjukkan kelebihan nabi Khidir a.s bahkan menunjukkan kelayakkan dan kemampuan semulajadi ruhnya nabi Musa a.s sehingga ditunjukkan kepadanya oleh tuhan apa yang tidak diketahui. Sudah tentu untuk mendapat rahmat khas dan anugerah khusus ini memerlukan kepada sebab dan factor-faktor (dalaman dan luaran), dan didalam kisah nabi Musa a.s ianya telah terjadi dengan sebab luaran iaitu nabi Khidir a.s. Oleh kerana itu nabi Khidir a.s menjelaskan bahawa: apa yang telah aku katakan bukanlah daripada diriku sendiri akan tetapi ia merupakan kehendak Ilahi dimana melalui aku hakikat-hakikat diterangkan kepadamu.[v]