Kod tapak
fa6653
kod Kenyataan Privasi
55169
Tags
potret|Nabi Islam|gambar
Ringkasan pertanyaan
Sila terangkan sejarah ringkas potret dan gambar Nabi (s.a.w)? Apakah melukis gambar atau menghadiahkannya bersalahan dengan syariat?
soalan
Sejak akhir-akhir ini terdapat sebuah gerakan baru di negara kami Indonesia. Mereka menuduh seseorang telah membawa masuk dan menyebarkan gambar Nabi (s.a.w) di Indonesia dan menurut pandangan ulama tempatan melukis gambar Nabi (s.a.w) bermakna penghinaan terhadap baginda (s.a.w). Oleh itu penyebaran gambar ini adalah dilarang dan haram sementara yang membawa gambar ini hendaklah dihukum.
Pertanyaan yang ingin saya ajukan kepada pihak tuan ialah berkenaan dengan sejarah ringkas gambar ini dan adakah melukis gambar dan memberinya sebagai hadiah bermasalah dari segi syariat? Apakah kita dapat memberikan argumen terhadap tuduhan ini? Saya dan orang yang membawa gambar ini tidak percaya sedikitpun bahawa ianya benar-benar gambar Nabi (s.a.w)? Saya ucapkan terima kasih atas kesudian pihak tuan memberikan perhatian.
Jawaban Global
Soalan anda akan dijawab dari dua perspektif. Dari segi sejarah gambar seperti ini terutamanya gambar Nabi (s.a.w) ialah tidak mempunyai sokongan fakta pensejarahan yang kukuh melainkan hanya dikaitkan kepada baginda semata-mata.[1] Sebagaimana yang terdapat dalam fatwa-fatwa para marja` taklid[2], sekiranya memiliki gambar seperti ini boleh menjatuhkan imej (samada imej pemilik gambar atau Syiah), maka menyimpan dan menghadiahkannya tidak dibenarkan.
[1] Perbahasan lengkap tentang gambar para maksumin (a.s), Nabi Muhammad (s.a.w) dan kesahihan kaitan dengannya anda dapat merujuk dalam laman sesawang hawzah.net.
[2] Bagi melihat fatwa-fatwa tentang perjaka ini, sila rujuk soalan 635 (laman sesawang: 694)