Dalam pandangan al-Qur`an baik jihad ibtidâ`i (menyerang) mahupun jihad difâ`i (membela diri) adalah bertujuan untuk menghidupkan hak kemanusiaan. Dan tauhid adalah hak manusia yang paling penting. Tauhid merupakan hiasan fitrah yang paling berharga sehingga Islam membenarkan berjihad demi untuk memelihara hak tersebut. Amar makruf dan nahi mungkar juga mempunyai tujuan yang sama. Oleh kerana itu, Islam memperingatkan kaum Muslimin agar tidak hanya memikirkan diri sendiri dan berusaha untuk menyelamatkan masyarakat dari kesesatan dan kejahilan. Dan adalah perlu bagi mereka untuk mengambil bantuan daripada jalan yang biasa. Dan jika Allah Swt didalam sebahagian firman-firmanNya tidak mempertanggungjawabkan Nabi keatas iman masyarakat, bermaksud bahawa keyakinan merupakan masalah hati yang tidak dapat dipaksa. Dan tugas Nabi adalah berusaha untuk memberi petunjuk kepada masyarakat dan setelah itu Nabi tidak lagi bertanggungjawab keatas orang-orang yang tidak mendapatkan petunjuk.
Menjawab pertanyaan seperti ini dapat memudahkan dalam pengenalan dan penggambaran yang benar tentang konsep amar makruf nahi mungkar dan jihad ibtidâ’i (menyerang).
Jihad didalam Islam dianggap sebagai pemberi kehidupan untuk orang-orang mukmin.[1] Iaitu jihad, baik dalam rangka membela islam dan muslimin ataupun jihad ibtidâ`i (menyerang), semuanya disebabkan untuk membela hak kehidupan manusia. Kerana perbuatan syirik dapat mengakibatkan hancurnya kemanusiaan dan matinya fitrah. Tauhid dan undang-undang agama merupakan hak-hak manusia yang paling penting dan perkara ini telahpun dibuktikan pada tempatnya. Islam telah membenarkan jihad untuk mensucikan bumi dari segala jenis kesyirikan. Dan hakikatnya hukum seperti ini sebenarnya adalah hukum membela diri; iaitu dikira sebagai membela hak-hak kemanusiaan. Jika menghidupkan kemanusiaan bergantung pada masalah ini bahawa hak yang sah akan di bebankan keatas sebahagian orang setelah dijelaskan dan dibuktian, maka apakah paksaan bebanan sebegini secara logik merupakan suatu perkara yang buruk dan dihukum?[2]
Adapun tentang amar makruf nahi mungkar, adalah wajib keatas setiap muslim untuk mengajak masyarakat kejalan Allah Swt dan berusaha menyelamatkan mereka dari kesesatan, kejahilan dan perbuatan dosa.[3]
Manusia didalam hal ini mestilah menggunakan faktor-faktor semulajadi dan bertawakkal kepada Allah Swt keatas perkara yang akan dihadapi, kerana segala urusan kembali kepadaNya. Bermaksud bukan tugas seorang manusia untuk menyelamatkan orang lain dari kehancuran dengan menghancurkan dirinya sendiri. Dan ketika dia tidak melengahkan tugasnya dalam membimbing hamba-hamba Allah, maka dia tidak akan di hukum kerana kesesatan mereka. “Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudarat kepadamu ketika kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu semua kembali”.(Qs. Al-Maidah [5]:105); “Itu adalah umat yang telah lalu; bagi mereka apa yang telah mereka usahakan dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan, dan kamu tidak akan dipertanggungjawabkan keatas apa yang telah mereka lakukan.” (Qs. Al-Baqarah [2]:134)
Ditempat lain Al-Quran berbicara kepada Nabi Saw: “Sepertinya kamu (Muhammad) akan membinasakan dirimu, disebabkan mereka tidak beriman.” (Qs. Al-Syua’ara [26]:3); “Sepertinya kamu akan membinasakan dirimu kerana bersedih hati diatas perbuatan mereka, apabila mereka tidak beriman kepada keterangan (Al-Qur’an) ini.” (Qs. Al-Kahf [18]:6)
Kepercayaan terhadap agama merupakan perkara hati dan paksaan tidak berguna dalam hal tersebut. Sudah pasti paksaan mempunyai pengaruh didalam zahir prilaku, perbuatan dan gerakan tubuh, adapun dalam hal keyakinan hati mestilah dicari faktor-faktor dan cara-cara lain .[4] Al-Qur`an menegaskan: “Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan. Kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mereka untuk memaksa mereka beriman.” [5]
Poin yang dapat dipetik dari ayat-ayat di atas ialah bahawa dalam Islam jihad tidak bertujuan untuk menyebarkan agama dengan kekuatan dan paksaan, tetapi jihad bertujuan untuk menghidupkan kebenaran dan membela tauhid yang merupakan hiasan fitrah yang paling bernilai. Adapun setelah tersebarnya tauhid di kalangan masyarakat dan tunduknya mereka kepada Islam, Yahudi atau Kristen, maka tidak ada yang perlu diperselisihkan oleh kaum Muslim dan Muwahhid. Dan firman Allah Swt kepada Nabi-Nya bahawa Kau tidak bertanggungjawab keatas keimanan masyarakat, tidak bermaksud bahawa Nabi tidak memiliki tugas dalam membimbing umat melalui amar makruf-nahi mungkar, jihad dan …….. Bahkan maksudnya adalah bahawa Nabi Saw bertanggungjawab untuk melaksanakan kewajiban sebagai pembimbing umat, bukannya bertanggungjawab keatas natijah. Bermaksud “hidayah” yang merupakan perkara hati Nabi tidak berkuasa keatasnya dan sebaiknya hal tersebut diserahkan kepada Allah Swt.
[1]. “Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan rasul apabila rasul menyerumu kepada suatu yang memberi kehidupan kepadamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nya-lah kamu akan dikumpulkan.” (Qs. Al-Anfal [8]:24)
[2]. Lihat, Al-Mizân, jil. 2, hal. 66-71.
[3]. Qs. Al-A`raf (7):57, Qs. Ali Imran (3):104-110-114, Qs. Al-Taubah (9): 67-71, Qs.
nbiya` (21): 73, Qs. Yusuf (12):108.
[4]. Lihat al-Mizân, jil. 2, hal. 342-343.
[5]. Sama, jil. 6, hal. 162-165.