Hasyr dari sudut bahasa dan pengertian:
Hasyr dari sudut bahasa (lughawi) bermakna mengumpulkan dan dari pengertian (istilahi) bererti dihimpunkan seluruh makhluk di hari Kiamat oleh Allah Swt, bagi tujuan perhitungan dan soal dan jawab ke atas mereka.
Kiamat Haiwan:
Dalam masalah ini secara umum terdapat dua pandangan. 1. Mereka yang berpandangan bahawa tiada hari Kiamat untuk haiwan-haiwan. Masyhar bagi setiap haiwan adalah kematiannya. Kerana haiwan-haiwan tidak memiliki taklif (bebanan tanggungjawab). Sementara perhitungan dan soal dan jawab hanya khusus bagi orang-orang yang memilik taklif . 2. Sebaliknya (bagi pandangan kedua), sebahagian yang lain berpandangan bahawa haiwan-haiwan sebagaimana manusia juga akan memiliki Kiamat dan akan dibangkitkan pada hari tersebut. Ini adalah kerana seluruh haiwan-haiwan memiliki naluri pemahaman (شعور) dan mereka akan dipersoalkan berkait dengan masalah pemahaman dan naluri tersebut.
Naluri Pemahaman Dan Ilmu Haiwan
Di samping banyak ayat dan riwayat yang menunjukkan adanya pemahaman dan ilmu pada haiwan-haiwan, ia juga turut disokong oleh kajian eksperimen dan sains serta ilmu dewasa manusia pada masa kini. Diantara ayat-ayat yang menceritakan perkara ini adalah kisah larinya semut-semut (naml) dari tentera Nabi Sulaiman As dan kisah perjalanan burung Hud-Hud ke negeri Saba di Yaman serta berita menakjubkan yang dibawa oleh burung tersebut kepada Nabi Sulaiman dan juga kisah penyertaan burung-burung dalam latihan ketenteraan Nabi Sulaiman dan sebagainya yang mana semua ini menunjukkan adanya pemahaman (syu'ur) yang lebih tinggi dari sekedar naluri biasa yang terdapat pada setiap haiwan.
Demikian pula terdapat sebahagian riwayat yang menjelaskan tentang kedudukan sesetengah haiwan yang menunjukkan adanya naluri pemahaman pada haiwan tersebut. Kalau tidak demikian, pemberian kedudukan dan derajat kepada mereka akan menjadi sia-sia. Seperti riwayat yang dinukilkan dari Imam Sajjad As yang bersabda: "Unta yang selama tujuh tahun berada di padang Arafah adalah diantara haiwan-haiwan syurga."
Dari sudut kajian saintifik dan ilmiah kita melihat bahawa umumnya haiwan-haiwan mengetahui apa yang merugikan dan menguntungkan mereka. Mengenal musuh dan kawan serta menghindar dari bahaya yang mengancam habitat mereka dan bergegas ke arah sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat bagi kehidupan mereka atau menerima pelajaran serta bersedia untuk melaksanakan berbagai tugas yang mana semua ini menghikayatkan tentang pemahaman yang lebih tinggi dari hanya sekedar naluri biasa yang ada pada diri haiwan tersebut.
Oleh kerana itu, sebagaimana pemahaman dan pengetahuan adalah ukuran kembalinya (dibangkitkan semula) manusia ke hadapan Tuhan, maka ia juga merupakan ukuran bagi haiwan untuk dibangkitkan semula dan kembali kepada Tuhan.
Mereka yang berpandangan tentang adanya masyhar bagi haiwan berpegang pada ayat ini: "Dan ketika haiwan-haiwan dikumpulkan" dan berkata: yang dimaksud dari ayat ini adalah berkumpulnya haiwan-haiwan pada hari Kiamat. Ucapan ini semakin menguat dengan ayat yang berkata: «وإذا الوُحوشُ حُشِرَتْ» , yang bermaksud: " Dan ketika mana haiwan-haiwan akan dibangkitkan".
Maksud dari ayat ini, bahawa haiwan juga akan dibangkitkan sebagaimana manusia dibangkitkan pada hari Kiamat kelak.
Pandangan ini dikukuhkan lagi dengan ayat suci al-Quran yang lain yang bermaksud: "Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi mahupun burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat (juga) sepertimu. Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun di dalam kitab ini, kemudian kepada Tuhan-lah mereka semua akan dihimpunkan." (Qs. Al-An'am [6]:38).
Ayat ini menyamakan haiwan seperti manusia iaitu dengan firman-Nya : «اُمَمٌ أمْثالُکُمْ»،. Iaitu: "ia adalah umat seperti kamu", ditambah dihujung ayat ini difirmankan: «ثمَّ الى ربهم یُحشَرون», iaitu: "kemudian mereka akan dibangkitkan dihadapan Tuhan mereka", yang mana semua ini menunjukkan bahawa haiwan juga seperti manusia akan dimatikan, dan selepas kematian, ianya akan dihidupkan kembali dan akan dibangkitkan dihadapan Tuhan mereka. Makna ini juga mendapat penegasan dalam riwayat-riwayat Islam.
Di antaranya riwayat yang melalui jalur Ahlusunnah dari Rasulullah Saw yang dipetik berkenaan tafsir ayat tersebut, bersabda: "Allah Swt akan membangkitkan seluruh haiwan pada hari Kiamat kelak. Dan menuntut qishas dari sebahagian yang lain, bahkan juga akan terjadi tuntutan qishash seekor haiwan tidak bertanduk yang tanpa alasan ia ditanduk oleh haiwan bertanduk."
Hasyr Dari Sudut Bahasa Dan Pengertian:
Hasyr dari sudut bahasa bermakna mengumpulkan[1] dan disebutkan pada ayat ini: «ذلک حشرٌ علینا یسیرٌ»،[2] iaitu:"Yang demikian itu adalah pengumpulan yang mudah bagi Kami." (Qs. Qaf [50]:44)
Ia adalah makna hasyr dari sudut bahasa. Dan adapun dalam istilah -pengertian- syariat bererti dikumpulkannya seluruh makhluk pada hari Kiamat oleh Allah Swt, bagi tujuan perhitungan dan mengajukan soal dan jawab. Firman-Nya "Dan bertakwalah -takutlah- kepada Allah, dan ketahuilah bahawa kamu akan dikumpulkan kepada-Nya." (Qs. Al-Baqarah [2]:203).
Dan wuhusy adalah plural dari "wahys" yang bermakna haiwan-haiwan buas sebagai lawan dari haiwan-haiwan peliharaan. Haiwan-haiwan yang tidak jinak dengan manusia dipanggil haiwan buas atau liar.[3] Raghib Isfahani menyebut haiwan-haiwan yang tidak akrab dengan manusia ini sebagai haiwan buas.[4]
Kiamat Haiwan-haiwan
Perbahasan ini merupakan masalah ikhtilaf diantara para teologi dan mufassir. Sebahagian berpandangan bahawa perhitungan, soal dan jawab adalah khusus bagi orang-orang yang memiliki taklif (bebanan tanggungjawab). Dan oleh kerana haiwan-haiwan ini bukan mukallaf, maka tiada hari Kiamat bagi haiwan-haiwan. Pengumpulan (hasyr) bagi haiwan-haiwan adalah kematian mereka. Hanya jin dan manusia sahaja yang akan dibangkitkan di hari Kiamat kelak.
Sebaliknya, kebanyakan ilmuan berpandangan bahawa seluruh haiwan memiliki naluri pemahaman dan akan dikumpulkan pada hari Kiamat kelak. Dan setiap yang terkait dengan hukum naluri pemahamannya akan disoal nanti.
Naluri Pemahaman (شعور) dan ilmu haiwan
Terdapat banyak ayat dan riwayat yang menunjukkan adanya naluri pemahaman dan ilmu pada haiwan. Di samping itu, kajian saintifik dan ilmu semasa manusia juga menyokong dakwaan ini. Diantara ayat-ayat al-Qur'an yang dapat dijadikan sebagai contoh di sini adalah kisah larinya semut-semut (naml) dari tentera Sulaiman.[5] Lalu kisah perjalanan burung Hud-Hud ke sebuah negeri yang bernama "Saba" di Yaman yang membawa berita menakjubkan kepada Nabi Sulaiman.[6] dan juga kisah penyertaan burung-burung dalam latihan ketenteraan Nabi Sulaiman.[7] Dan perbicaraan semut-semut sesama mereka dan rasa bangga Nabi Sulaiman atas kemampuan memahami bahasa haiwan-haiwan yang diajarkan Tuhan kepadanya.[8]
Semua ini menunjukkan adanya pemahaman (syu'ur) yang tinggi dibanding naluri biasa yang terdapat pada setiap haiwan. Sementara al-Qur'an berkata, "Tujuh petala Langit, bumi, dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka." (Qs. Al-Isra [17]:44)
Dalam pandangan Allamah Thaba'thaba'i ayat ini merupakan sebaik-baik hujah yang menunjukkan bahawa yang dimaksudkan dengan tasbih seluruh makhluk adalah tasbih yang bersumber dari ilmu dan yang diungkapkan dalam bahasa lisan (qaul), kerana apabila jika bahasa hâl seluruh makhluk hanya menunjukkan tentang wujudnya Pencipta, maka tidak akan ada erti ayat ini ketika ia menegaskan : "tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka." [9]
Dalam sebagian riwayat telah dijelaskan kedudukan sebahagian daripada haiwan, contohnya unta yang tiga kali berangkat ke Mekkah adalah tergolong sebagai penghuni syurga.[10] Atau Imam Sajjad yang bersabda: "Unta yang tujuh kali berada di padang Arafah adalah termasuk haiwan-haiwan Syurga."[11]
Riwayat-riwayat begini menunjukkan adanya naluri pemahaman dan pengetahuan pada haiwan, jika tidak, pemberian derajat dan kedudukan bagi mereka tidak akan ada sebarang makna dan nilai. Dan dari sudut kajian saintifik dan ilmu, kita saksikan bahawa umumnya haiwan-haiwan mengetahui apa yang merugikan dan menguntungkan mereka. Mereka mengenal kawan dan musuhnya. Menghindar dari bahaya yang mengancam habitat mereka dan mengejar sesuatu yang mendatangkan kebaikan bagi kehidupan mereka. Menerima latihan serta siap untuk melakukan tugas yang bermacam rupa.
Kebangkitan haiwan-haiwan Dan Kemiripannya Dengan Kebangkitan Manusia
Berdasarkan ayat dan riwayat dapat difahami bahawa haiwan-haiwan juga sebagaimana manusia, memiliki pancaindera pemahaman dan pengetahuan, walaupun di peringkat lebih bawah (dibanding manusia) dan sesuai dengan kondisi mereka, maka itu, dengan ukuran ini yang merupakan ukuran punca manusia dibangkitkan dan kembali kepadaTuhan, haiwan-haiwan juga akan dibangkitkan dan akan kembali kepada Tuhan.
Diantara ayat-ayat yang dapat dijadikan sandaran adalah ayat: "Dan ketika haiwan-haiwan buas dikumpulkan" (Qs. Al-Takwir [81]: 5), yang mana dikatakan bahawa maksud dari ayat ini adalah haiwan-haiwan akan dikumpulkannya pada hari Kiamat. Walaupun sebahagian yang lain berkata: ayat ini, merupakan pendahuluan hari Kiamat dan permulaan terjadi kehancuran alam semesta.[12] Namun sebagian besar mufassir, dengan memperhatikan ayat yang dimaksudkan tadi, berkata: "" Dan tiadalah haiwan-haiwan yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka juga umat sepertimu. Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun di dalam kitab ini, kemudian kepada Tuhan-lah mereka dihimpunkan." (Qs. Al-An'am [6]:38)
Berdasarkan pada ayat ini, pandangan tentang kebangkitan semula haiwan-haiwan pada hari Kiamat menjadi semakin menguat. Sekalipun pada ayat ini terdapat bentuk penyamaan haiwan kepada manusia " أُممٌ أمثالُکمُ ", iaitu: "umat seperti kamu". Sebahagian yang lain menyakini bahawa yang dimaksud dari ayat ini yang mana haiwan-haiwan itu adalah sepertimu sebagai makhluk ciptaan Tuhan Yang Esa. Dan masing-masing adalah merupakan tanda dan dalil akan kudrat, keagungan, ilmu dan kebijaksanaan Tuhan mereka.[13]
Sebagian lagi berpendapat bahawa yang dimaksud dari ayat ini adalah bahawa haiwan-haiwan seperti manusia dalam masalah makanan, pakaian, tidur, bangun, mengetahui bagaimana hidup, memerlukan pengaturan supaya mereka dapat menjalani kehidupannya dengan baik dan teratur.[14] Sebagian besar lainnya, dengan memperhatikan kelanjutan dari redaksi ayat tersebut "tsumma ilaa rabbihim yuhsyarun" (iaitu: kemudian kepada Tuhan-lah, mereka dihimpunkan) berkata, "Maksudnya bahawa haiwan-haiwan juga seperti manusia akan menemui kematian dan setelah kematian, mereka akan dibangkitkan dan dihimpunkan serta kembali ke hadapan Tuhan mereka.[15]
Makna inilah yang mendapat sokongan dalam riwayat-riwayat Islam. Diantaranya apa yang telah diriwayatkan dari Abu Dzar yang mana berkata: " Kami datang bertemu Rasulullah Saw dimana dihadapan kami terdapat dua ekor rusa saling bertandukan. Rasullah Saw bersabda: "Tahukah kamu mengapakah mereka saling bertandukan? Orang-orang yang hadir berkata: "Tidak." Rasulullah Saw bersabda: "Namun tetapi Tuhan mengetahui mengapa. Dan Dia segera akan menjadi hakim di antara keduanya."[16]
Di antaranya riwayat yang melalui jalur Ahlusunnah dari Rasulullah Saw yang dipetik berkenaan tafsir ayat tersebut, bersabda: "Allah Swt akan membangkitkan seluruh haiwan pada hari Kiamat kelak. Dan menuntut qishas dari sebahagian yang lain, bahkan juga akan terjadi tuntutan qishash seekor haiwan tidak bertanduk yang tanpa alasan ia ditanduk oleh haiwan bertanduk."[17]
[1]. Sayid Ali Akbar Qarasyi, Qamus Qur'ân, jil. 2, hal. 145
[2] ق .: 44
[3]. Sayid Ali Akbar Qarasyi, op cit, jil. 7, hal. 189
[4]. Mufradat Raghib, perkataan: wahsyi
[5]. Qs. Naml (16):18
[6].Qs. Naml (16):22
[7]. Qs. Naml (16):17
[8] Qs. Naml (16):16
[9]. Allamah Thaba-thabai Ra, Tafsir al-Mizan, terjemahan Musawi Hamadani, jil. 17, hal. 609. Bunyod Ilmi dan Fikri Thaba'thaba'i. Hal: 1363
[10]. Al-'Arus al-Huwaizi, Tafsir Nur al-Tsaqalaîn, jil. 1, hal. 715, hadis 68, Muassasah Mathbua'ti Ismailiyyan, 1373 Sy.
[11]. Ibid
[12]. Makarim Syirazi, Tafsir Nemune, jil. 26, hal. 173 & 174.
[13]. Ibid.
[14]. Ibid.
[15]. Ibid.
[16]. Ibid, dan Tafsir Nur al-Tsaqalain, jil. 1, hal. 715, hadis 69.
[17]. Muhammad Rasyid al-Ridha, Tafsir al-Manar, jil. 7, hal. 326 dan untuk telaah lebih lanjut silahkan Anda rujuk Bihâr al-Anwâr, jil. 7, hal. 353 hingga 377.