Dalam keaadaan seperti itu, maka yang harus dimenangkan dan dibela ialah ucapan pihak yang mendakwa bahawa akad itu telah dilakukan secara sah. Tetapi di samping itu, ia pun dituntut untuk mengucapkan sumpah. Sementara pihak yang mendakwa bahawa terdapat paksaan dalam akad tersebut harus menghadirkan saksi.
Di dalam masalah ini terdapat beberapa tanggapan:
- Salah satu dari kedua belah pihak yang telah berdamai (melakukan akad ṣulḥ) mendakwa bahawa ṣulḥ itu telah terjadi kerana paksaan. Sementara pihak kedua mengingkari kewujudan paksaan tersebut.
- Pihak kedua pun mengakui kewujudan paksaan tersebut.
- Pihak kedua diam dan tidak mengulas apa-apa, ia mengatakan “saya tidak tahu”.
Pada tanggapan pertama, ucapan pihak yang mengingkari adanya paksaan harus didahulukan dan dimenangkan. Ini disebabkan ucapannya itu sesuai dengan aṣālah al-ṣiḥḥāḥ (hukum asal keabsahan) dalam perbuatan seorang muslim. Oleh kerana kedua-dua belah pihak telah mengakui bahwa ṣulḥ dan damai telah disepakati, maka hanya salah satu pihak sahaja yang mengakui bahawa hal itu terjadi secara benar sementara pihak yang lain mengatakan bahwa ṣulḥ itu telah batal. Berdasarkan kaedah aṣālah al-ṣiḥḥāḥ, ṣulḥ telah terjadi secara benar, sah dan tidak terjadi paksaan[1]. Kecuali jika pihak yang mendakwa adanya unsur paksaan itu dapat menghadirkan saksi dan saksi tersebut mendukung bahawa ṣulḥ itu telah terjadi kerana ada unsur paksaan.
Hukum dan ketetapan atas masalah ini dapat dilihat secara cermat dalam beberapa perbahasan ilmu Uṣūl Fiqh. Begitu pula dalam kitab-kitab fikah, seperti Shaykh Muḥaqqiq al-Hillī dalam kitabnya Sharāi’ul Islām pada perbahasan ikhtilāful mutabāyiʻayn (ketika terjadi ikhtilaf antara penjual dan pembeli). Beliau menulis: “Keempat: Apabila seseorang berkata: “Aku jual kepadamu seorang hamba”, kemudian pihak kedua berkata: “tidak, tetapi yang dijual adalah seorang merdeka, atau sebotol cuka, atau sebotol khamr”, atau ia berkata: “Aku telah membatalkan akad tersebut sebelum berpisah”, sementara pihak lainnya mengingkarinya, maka dalam hal ini yang harus dibela dan dimenangkan adalah pihak yang mendakwa bahawa akad itu telah terjadi secara sah dan benar yang ditambah dengan ucapan sumpahnya. Kecuali jika pihak lawannya itu menghadirkan saksi.[2]
Pengarang kitab Al-Jawāhir juga menulis: “Masalah itu aku dapati tanpa adanya ikhtilaf yang bererti di antara ulama……..dan tidak ada masalah dalam menerapkan kaedah ashālatu al-shihhāh. Kerana hal itu sudah sangat jelas, walaupun hanya dengan sedikit merenungkannya[3]. Adapun tanggapan yang kedua, hukumnya sudah sangat jelas, iaitu apabila pihak kedua juga mengakui adanya unsur paksaan dalam akad ṣulḥ tersebut, maka akad ṣulḥ tersebut tidak lagi mempunyai nilai dan harga. Tetapi sesuai dengan undang-undang Islam terdapat hukuman bagi pihak yang melakukan paksaan. Di dalam noktah 668, pasal 22 dalam undang-undang Islam menyebut bahwa: “Barangsiapa yang memaksa atau menekan atau mengancam orang lain untuk memberikan tulisan, atau memberikan dokumen, atau menandatangani, atau mengecop, atau menyerahkan dokumen dan tulisan yang berkaitan dengannya, atau mengalihkan simpanan kepadanya, maka diancam akan dikenakan hukuman berupa penjara selama tiga bulan sampai dua tahun dan 74 kali sebatan”[4]
Adapun bentuk yang ketiga mengandungi beberapa bahagian dan pecahan yang berbagai. Untuk mengetahui hal ini lebih jauh lagi, silakan merujuk kitab Taḥrīrul Wasīlah.[5] []
[1] . Dalam hal ini sebelum si hakim menetapkan hukuman yang menguntungkannya beliau harus menuntut pihak yang mendakwa kesahihan mengucapkan sumpah. Kerana sekedar dakwaan saja tidak dapat disokong.
[2] . Lihat Syarāi’ul Islām hal. 287 dan 288.
[3] . Jawāhirul Kalām, juz 23, hal. 194 – 198.
[4] Hujjati Ashrafi, Ghulam Riḍa, Rangkuman Lengkap Undang-undang dan hukuman.
[5] . Imam Khomeini, Taḥrīrul Wasīlah, jilid 2, hal. 383 dan 384.