Manusia adalah kewujudan yang Mumkin (iaitu kewujudan yang possible, iaitu ia boleh ada ketika ada penciptaanya dan boleh tiada ketika tiada penciptanya. Hubungan wujud dengan tidak wujud baginya adalah sama) yang mana hakikat wujud dan seluruh dimensi keberadaannya bersumber dari Allah Swt. Allah Swt dengan kehendak takwini-Nya menciptakannya dalam keadaan ia memiliki kuasan pilihan (ikhtiar) dan berkehendak. Dan dengan keistimewaan ini, manusia menduduki posisi terunggul dibanding seluruh makhluk yang lain.
Maka dengan demikian, manusia adalah sebaik-baik kewujudan yang menjadi sumber bicara kehendak tasyri'i Allah Ta'ala dan kepadanya diberikan keizinan bagi memutuskan sendiri samada mahu mentaati atau melakukan maksiat dan memilih jalannya sendiri.
Manusia inilah yang dapat membuat pilihan yang baik dan memilih untuk taat dan patuh kepada Allah dan melintasi tingkatan-tingkatan tinggi (dengan melaksanakan iradahnya seiring dengan iradah Syariat Hak dan iradahnya dengan iradah Takwini Hak) dan sampai kepada tingkatan maqam Khalifah Ilahi. Sehingga ia berada dalam syurga. Dan ketika itu, setiap apa yang diinginkannya Allah Swt akan menyediakan baginya. Ini kerana ia telah memilih keredaan Tuhan (di dunia), Allah Swt juga reda kepadanya. Dan ia akan menikmati nikmat syurga mengikut sejauh mana keredaannyan kepada Tuhan dan perbuatannya.
Dan pada saat yang sama, ia juga mampu membuat pilihan yang buruk, dan memilih jalan maksiat serta melangari perintah-perintah Ilahi, dan menyusuri landaran ke bawah (haiwan), sehinggalah ia jatuh ke lembah jahanam Saqar[i]. Hal ini merupakan natijah atau kesan daripada pertentangan iradah manusia dengan kehendak Ilahi. Namun pertentangan ini tidaklah bermaksud iradahnya mengatasi iradah Ilahi. kerana Allah Swt sendiri yang berkehendak dan mahukan manusia memilih jalannya sendiri.
Kesimpulannya, kehendak atau iradah Ilahi menyeliputi ke atas seluruh alam semesta, diantaranya manusia dan perbuatan-perbuatannya. Dan bergabungnya iradah Ilahi dengan kehendak manusia adalah dalam bentuk vertical (iaitu iradah manusia berada di bawah wilayah iradah Ilahi). Hal ini tidak bermaksud bergabungnya dua ellat (cause atau penyebab) yang mandiri (independent) –iaitu iradah Tuhan dan iradah manusia- ke atas satu akibat (Effect), dan ia merupakan sesuatu yang mustahil. Bahkan berdasarkan tauhid af'ali (perbuatan), satu-satunya penyebab yang mandiri (cause) di alam wujud hanya Allah Ta'ala sahaja. Dan kewujudan-kewujudan yang lain, baik pada keberadaannya mahupun pada perbuatannya bergantung kepada Allah Swt, dan faktor pembuat dirinya (Fa'el) serta kehendak-kehendaknya samasekali tidak akan terpisah dan bebas dari kehendak Allah Swt.
Oleh kerana itu, kita tidak menerima konsep Jabariyah (Fatalism) sebagaimana pandangan 'Asya'irah, yang mengatakan bahawa hanya kehendak Ilahi sahaja yang berkuasa dan kewujudan-kewujudan yang lainnya tidak memiliki sebarang pengaruh atau kesan, dan mereka semua hanya sebagai alat -yang tidak ada sebarang fungsi- kepada -iradah- Tuhan.
Kita juga tidak menerima konsep kebebasan mutlak (tafwidh) sebagaimana pandangan Mu'tazilah yang mengatakan bahawa Iradah Tuhan berpisah -secara mutlaq- dari iradah manusia, dan manusia dengan ikhtiar perbuatannya melakukan semua urusan –tanpa ada campur-tangan kuasa Tuhan-, bahkan kita mengikut al-Qur'an dan para Imam Maksum As yang melihat manusia itu berkehendak dan memiliki pilihan serta bertanggung jawab atas perbuatanyna sendiri, tetapi dalam masa yang sama ia tunduk di bawah kehendak Ilahi dan berada di bawah kekuasaan dan dominasi-Nya, serta memerlukan secara mutlaq kepada kehendak dan kekuasaan Allah Swt.
Keinginan manusia berada di bawah wilayah kehendak Ilahi. Dengan demikian, keinginan manusia bergantung kepada kehendak Tuhan dan ia tidak bebas dan sentiasa memerlukan -bantuan- Tuhan. Sebagaimana terdapat banyak ayat-ayat yang menjelaskan hal ini. Contohnya: "Dan kamu tidak dapat berhendak kecuali apabila dikehendaki oleh Allah, Tuhan semesta alam. (Qs. Al-Takwir [81]:29) "Dan kamu tidak mampu untuk berkehendak kecuali bila dikehendaki Allah." (Qs. Al-Insan [76]:30)
Tentu saja perkara ini, sama-sekali tidak bertentangan dengan kebebasan dan pilihan yang ada pada manusia serta tanggung-jawabnya terhadap -amanah- akal pemikiran, niat-niat dan seluruh perbuatannya. Kerana manusia inilah yang berperanan sebagai pelaku secara langsung terhadap niat, pilihan dan perbuatannya, tetapi semua ini dapat dikerjakan dengan memanfaatkan kekuatan yang telah dianugerahkan Tuhan ke atasnya dan izin yang telah diberikan kepadanya.
Oleh kerana itu, di dalam banyak ayat suci al-Quran yang lain menyebutkan bahawa perbuatan-perbuatan pelaku-pelaku tabiinya, diantaranya adalah manusia disandarkan kepada mereka sendiri (seperti ini adalah perbuatan manusia si fulan dan sebagainya) dan manusia bertanggunjawab atas setiap perbuatannya. kesimpulannya, ayat tersebut menentukan taklif (tanggunjawab) ke atasnya dan menjanjikan ganjaran serta ancaman azab baginya. Seperti di dalam salah satu ayat disebutkan, " Dan bahawa manusia tidak akan memperoleh selain apa yang telah diusahakannya." (Qs. Al-Najm [53]:29) Atau pada ayat lainnnya, "Barang siapa yang mengerjakan amal yang saleh, maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barang siapa yang berbuat jahat, maka (dosanya) atas dirinya sendiri; dan sekali-kali tidaklah Tuhan-mu menganiaya hamba-hamba-(Nya)." (Qs. Al-Fusshilat [41]:46)
Dan sekiranya manusia bebas secara mutlak, maka hal ini bercanggah dengan tauhid perbuatan dan keperluan setiap kewujudan kepada Tuhan. Dan sekiranya manusia terpaksa (dalam setiap perbuatannya dan segalanya disandarkan kepada Tuhan), dan ia tidak melakukan sesuatu apa pun perbuatan, maka hal ini menyalahi dengan setiap perintah atau larangan (yang dipertanggunjawabkan atasnya), janji atau ancaman, keadilan mahupun hikmah Ilahi.
Oleh kerana itu, ayat-ayat al-Qur'an harus dikumpulkan (untuk dibuat bandingan dan ditafsirkan), dan sebahagiannya (ayat-ayat muhkamat –ayat-ayat yang jelas-) di tempat mentafsirkan sebahagian yang lain (ayat-ayat mutasyabihat –ayat-ayat yang samar dan tidak jelas-), supaya dengan itu kita tidak terjerebak di dalam pemikiran Jabariah atau Tafwid .
Untuk menjelaskan masalah ini, kiranya kita perlu memperhatikan dua noktah berikut:
A. Bahagian-bahagian bergabung berbagai sebab atas akibat yang satu
Bergabungnya faktor sebab-sebab yang banyak atas satu akibat dapat digambarkan dalam beberapa keadaan. Mungkin saja boleh terjadi satu kejadian fenomena dari satu faktor penyebab; seperti Allah Swt menciptakan satu fenomena secara langsung tanpa ada campur tangan, kerjasama atau keperluan kepada makhluk yang lain (wujud mumkin), atau kebergantungan bermacam-macam khayalan (fiction) dan gambaran (image) manusia terhadap jiwanya. Demikian juga, boleh saja terjadi satu kejadian fenomena dari faktor penyebab yang banyak, dalam keadaan setiap faktor penyebab tersebut ada campur tangan dalam mewujudkannya. Hal ini dapat digambarkan sebagai berikut:
1. Faktor-faktor sebab-sebab terjadi dalam bentuk "bersama" (iaitu setiap satunya saling melengkapi yang lain untuk mewujudkan satu fenomena), yang mana dalam satu pengertian bahawa setiap satu daripadanya dikenali dengan ellat Naqisah (faktor sebab yang tidak sempurna) dan keseluruhannya (faktor-faktor yang tidak sempurna tersebut) dikenali dengan illat tam (iaitu faktor yangs sempurna). Seperti pengaruh air, sinaran cahaya, biji, tanah, petani dan sebagainya dalam penumbuhan sesuatu tanaman. Dalam hal ini, bukan setakat bersatunya faktor sebab-sebab tersebut satu yang mustahil, bahkan kehadiran semua faktor-faktor tersebut untuk terjadinya akibat (seperti tumbuhan) itu adalah sesuatu yang harus dan wajib.
2. Faktor-faktor yang terbentuk secara kerjasama dan bertukar-tukar tempat. Seperti ejin pesawat kapal terbang yang berperanan dalam mengerakkan sesebuah pesawat sehingga sampai kepada destinasinya. Iaitu kekuatan motor yang semaksimum mungkin dan matinya ia dari beroperasi dan diganti dengan motor yang lain (secara terus), dan dengan penukaran peranan begini, menyebabkan pesawat dapat bergerak tanpa henti hingga ke distinasinya yang terakhir.
Dalam keadaan ini, dapat digambarkan bagaimana bentuk kerja sama dan bergabungnya seluruh faktor sebab. Ia bukan sekadar tidak terdapat sebarang masalah, bahkan keberadaannya adalah wajib demi menjamin kesinambungan keberadaan akibat. Namun dalam gambaran ini, tidak ada satu pun bentuk ketergantungan tertentu antara faktor sebab-sebab yang ada. (berbeda dengan gambaran ketiga).
3. Faktor sebab-sebab, dalam memberikan pengaruh masing-masing bergantung satu dengan yang lain, namun keberadaan dan kemunculan mereka sendiri, tidak terjadi dalam bentuk turutan antara satu dengan yang lain. Contohnya campur-tangan iradah, niat, gerakan tangan dan ….. yang mana mereka semuanya mempunyai pengaruh dalam terbentuknya sebuah tulisan atau ketaatan tentera kepada panglimanya.
Dalam gambaran ini, tidak terdapat sebarang kemusykilan kebersamaan antara faktor sebab-sebab secara bersama dan ketergantungan kesan mereka kepada sama yang lain.
4. Pengaruh dua faktor sebab yang berhimpunan. Dalam istilah (pengertian) disebut sebagai berkumpulnya "dua sebab lengkap" (ellat tammah) atas akibat yang satu; baik dari sisi iktibar mahupun dimensi yang satu. Seperti himpunan tulisan yang tertentu di atas satu lembar kertas yang tertentu yang ditulis oleh dua penulis yang berlainan dalam waktu yang sama, atau sejenis tanaman tertentu yang datang dari dua faktor sebab dalam masa yang sama (tanah, peladang, biji, air dan sebagainya).
Dalam gambaran ini, ia akan melazimkan "tamânu''" dan ia mustahil terjadi. Kerana setiap perbuatan pembuat akan menghalang yang lain untuk melakukannya (iaitu satu perbuatan dalam masa yang sama tidak boleh datang dari dua pembuat yang berlainan). Oleh yang demikian, kedua-dua faktor sebab tersebut dapat digambarkan seperti ini: samada faktor sebab yang lain (salah satu dari pembuat tersebut) tidak mewujudkan sebarang akibat (adanya ia dengan tiadanya ia tiada sebarang perbezaan, kerana ia bukan faktor kepada akibat tersebut), maka gambaran ini bercanggah dengan dakwaan pertama tadi bahawa berhimpunnya dua faktor sebab ke atas akibat yang satu , atau setiap satu dari keduanya menganggu perbuatan yang lainnya, akibatnya tidak akan satu perbuatan atau fenomena pun sehingga mereka dapat bersatu dalam mewujudkannya. Maka itu, andaian sebegini adalah mustahil pada asasnya dan tidak akan pernah ada kewujudan yang begini.
5. Pengaruh beberapa faktor sebab secara Thuli (dari atas menurun ke bawah) ke atas akibat yang satu, yang mana asal kewujudannya dan keberadaannya saling bergantung antara satu sama lain, contohnya pengaruh datuk-datuk, nenek-nenek, ibu dan ayah dalam keberadaan seorang anak.
Dengan memerhatikan noktah-noktah di atas, perlu dijelaskan bahawa bersatunya (berkumpul) faktor sebab-sebab ('ilal), tindakan (activity) dan kehendak Ilahi dengan faktor sebab dan tindakan makhluk yang lain; contohnya faktor sebab-akibat, tindakan (activity) dan kehendak manusia. Yang mana ianya boleh diketogorikan di dalam bahagian yang manakah? Jika berkumpulnya faktor sebab-sebab ini sesuai dengan makna pertama, kedua dan ketiga pada sebelum ini, iaitu kewujudan manusia dan yang selainnya bebas dan tidak bergantung kepada Tuhan, tentu hal ini bertentangan dengan tauhid perbuatan dan tidak dapat diterima dan jika dilihat dengan kajian yang mendalam. Ia juga tidak sesuai dengan makna yang keempat, kerana hal-hal yang disebutkan itu tidak akan ditemui wujud atau objeknya di luar (di dunia luar) dan ia adalah perkara mustahil secara semulajinya (muhâl dzatiyyah). Mereka melihat bahawa berkumpulnya dua keinginan; iaitu keinginan manusia dan Tuhan ke atas benda yang satu (perkara yang sama) adalah perkara mustahil, mengangapnya dari bahagian ini. Sedangkan manusia dengan memutuskan kebergantungannya kepada Tuhan bermakna ia sama-sekali tidak akan wujud sehingga boleh dikatakan mereka boleh memiliki perbuatan yang sempurna dan boleh dikira sebagai faktor sebab yang lengkap dan sempurna yang sejajar dengan Tuhan. Sehingga di sini, bersatunya dua kehendak (iaitu kehendak manusia dan kehendak Tuhan) atas akibat yang sama dan satu adalah suatu hal yang mustahil!
Kesimpulannya, hanya tinggal andaian yang terakhir sahaja; iaitu iaitu kehendak dan tindakan manusia berada secara menurun ke bawah dari kehendak dan perbuatan Tuhan (kehendak manusia berada di bawah wilayah kehendak Ilahi).[1] Untuk menjelaskan masalah ini bahawa berkumpulnya dua kehendak yang bersifat begini (menurun ke bawah) sama sekali tidak ada pertentangan dengan kebebasan dan kehendak manusia, memerlukan kepada perhatian terhadap bentuk-bentuk kehendak Ilahi.
B. Sudut i'tibar dan pengertian iradah Ilahi[2] (Pelajaran 11)
Iradah Ilahi secara umum dapat ditinjau dengan dua ungkapan. Iradah zat (iradah Zaati atau essential) dan iradah perbuatan (iradah fi'iliyah). Iradah perbuatan terbagi kepada dua bahagian; iradah takwini dan iradah tasyri'i.
1. Iradah Zat atau essential (iradah dzatiyah)
Iradah zat merupakan kehendak yang dilihat tanpa memandang makhluk dan hubungan Tuhan dengannya, dan ia disandarkan terus kepada Tuhan dan merupakan sifat dzat-Nya. Lazimnya -sifat ini- Dia mustaqil atau independent (berdiri dengan sendiri dan bebas dari keterikatan) dan tidak terkalah atau tertewas Allah Ta'ala dengan sesiapapun, dan tiadanya keperluan dzat-Nya kepada makhluk-makhluk yang lain.
Dalam sudut ini, tidak ada hubungan antara manusia dengan Tuhan, sehingga boleh terjadi berkumpulnya atau bersatunya kehendak Tuhan dan kehendak manusia.
2. Iradah fi'liyah
a. Iradah fi'liyah Takwiniyah
Iradah Allah Ta'ala ini berkait pada masalah qadha dan qadhar aini-Nya[3]. Iaitu mekanisme-mekanisme yang mendominan atau mempegaruhi ke atas alam semesta dan bentuk kemunculan serta tindakkannya. Kesudahannya ia akan memperjelaskan hat'mi dan qat'i (kejadian yang pasti terjadi di bawah pengaruh qada' dan qadar Ilahi) dan akan muncul dengan penciptaan makhluk-makhluk dalam bentuk dan sifat yang berbagai-bagai dan dalam putaran-putaran yang berbeza-beza.
Di dalam alam semesta, iradah Ilahi berkuasa dan mendominan ke atas seluruh kewujudan, seperti manusia. Dan tiada satu pun kewujudan yang memiliki iradah dan kebebasan untuk menolak ketentuan tersebut. Sebagaimana Allah Swt berfirman: "Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih berupa asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi, “Datang (dan berbentuklah) kamu dengan suka hati atau terpaksa.” Keduanya menjawab, “Kami datang (dan berbentuk) dengan suka hati.” (Qs. Fusshilat [41]:11) Dan juga firman-Nya, "Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba." (Qs. Maryam [19]:29)
Berdasarkan iradah fi'liyah takwini Ilahiah, manusia adalah kewujudan yang dicipta dengan memiliki kehendak dan kebebasan. Manusia dalam hal ini tidak dapat terlepas dari memiliki sifat kebebasan dan kehendak yang telah ada pada dirinya. Dan mereka sendiri yang akan menentukan jalan kehidupannya, dan kesudahannya mereka sendiri yang mencorakkan nasibnya. Sebagaimana mereka juga tidak ada pilihan untuk memilih kedua orang tuanya atau jantina atau bentuk wajahnya.
b. Iradah fi'liyah tasyri'iyyah Ilahi
Iradah ini adalah penetapan hukum-hukum -taklif- Tuhan terhadap manusia yang mempunyai kehendak dan bebas. Tiada satu pun makhluk yang bersekutu dengan Tuhan dalam meletakkan dasar syariat dan penetapan hukum bagi manusia Dan tiada yang membantu-Nya untuk mengganti dan mengubahnya hingga disampaikan kepada manusia.
Oleh kerana itu, para malaikat, nabi s.a.w dan washi (imam-imam maksum a.s.) bertugas untuk menyampaikan kehendak tersebut kepada manusia. Iradah tasyri'iyya Ilahi ini harus disampaikan kepada manusia dengan tanpa ada sebarang pengurangan atau penambahan, serta menjelaskan dan mentafsirkan kepada mereka mengikut rangka yang telah diizinkan oleh Tuhan kepada utusan-utusan-Nya.
Adapun dari sudut pelaksanaan perintah-perintah tersebut yang mana manusia telah diberikan kuasa untuk membuat pilihan samada mahu mentaati atau mengingkarinya.
Oleh itu, manusia mampu untuk membuat pilihan yang terbaik untuknya yang mana dengan itu ia dapat menyesuaikan kehendaknya dengan kehendak Ilahi, dan reha dengan setiap iradah takwini Tuhan serta dapat mentaati iradah tasyri'i-Nya secara mutlaq. Dengan jalan ini, mereka dapat mengukir kebahagiaannya yang abadi dan layak untuk menikmati kesenangan dan kesejahteraan akhirat. Allah Swt. Juga akan cepat memakbulkan setiap hajat-hajatnya sebagaimana firman-Nya: "Dan orang-orang yang beriman dan beramal saleh (berada), akan berada di dalam taman-taman surga, mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhan mereka. Yang demikian itu adalah kurnia yang besar." (Qs. Syura [42]:22)[4]
Ini kerana mereka lebih mengutamakan keredaan Tuhan dibanding keredaanya sendiri, dan Allah Swt pun reda kepada mereka, sehingga Dia akan mengurniakan kepadanya nikmat-nikmat yang banyak di syurga pada hari Kiamat kelak, dan mereka juga akan reda kepada amalan-amalannya dan Tuhan mereka. Sebagaimana dalam firman Allah Swt, "Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah surga ‘Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda terhadap mereka dan mereka pun reda kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhan-nya." (Qs. Al-Bayyinah [98]:8)[5]
Dengan demikian manusia mampu dengan pilihan dan kebebasannya untuk membuat pilihan sesuai dengan kehendak dan iradah Tuhan dan reda kepada setiap keredaan takwini dan tasyri'i Ilahi serta tidak berkehendak dan menuntut selain dari yang disukai oleh Tuhannya.[6]
Oleh kerana itu, manusia juga dapat berkehendak seperti iradah takwini dan tasyri'i Ilahi. Kehendak manusia ini dan kekuasaannya seiring dengan iradah takwini Tuhan adalah anugerah Tuhan kepadanya. Keberadaan dan kehendaknya berada dalam di bawah -kuasa- garisan iradah dan kewujudan Allah Swt. Dan bersatunya kedua-dua iradah ini sama sekali tidak terdapat sebarang masalah dan bukan merupakan suatu hal yang mustahil. Kerana ia bukan berkumpulnya dua faktor sebab yang lengkap ke atas satu akibat dan juga bukan menafikan kebebasan manusia (sehingga dikatakan ianya mustahil terjadi), bahkan kerana Tuhan telah memberikan izin untuk ia berkehendak dan membuat pilihan jalannya sendiri yang mana iradah itu juga merupakan kehendak (takwini) Tuhan itu sendiri.
Jika manusia bermaksiat pada hakikatnya dia telah menyimpang dari kehendak tasyri'i Ilahi (bukan dari kehendak takwini) serta melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Tuhan. Memilih jalan dan perbuatan ini dengan kebebasan yang dimiliki, pada hakikatnya ia telah melakarkan akibat buruk bagi dirinya sendiri. Namun penentangan manusia ini tetap tidak keluar dari kehendak takwini Ilahi (kerana setiap yang berlaku di atas muka bumi ini berjalan mengikut iradah takwini Tuhan Yang Maha Kuasa). Kerana Allah Swt menciptakan manusia dengan iradah takwini-Nya sebagai makhluk yang bebas dan mampu melanggar kehendak tasyri'i-Nya.
Oleh yang demikian, pelanggaran manusia ini tidaklah bermaksud ia mampu mengatasi dan mengalahkan kehendak Ilahi. Kerana Allah SWT mampu pada bila-bila masa sahaja untuk mencabut kembali kemampuan dan kehendak ini dari manusia yang melakukan dosa, dan atas alasan ini Allah Swt berfirman: "Apakah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahawa mereka akan mengalahkan (kekuatan) Kami? Amatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu." (Qs. Al-Ankabut [29]:4)[7]
Kesimpulan yang dapat dipetik di sini bahawa manusia samasekali tidak mempunyai sebarang kehendak atau iradah di hadapan iradah takwini dan asas hukum syariat, sehingga dapat dikatakan bahawa boleh berhimpun banyak iradah (dan melazimkan contra atau percanggahan antara dua iradah; iaitu antara iradah Tuhan dan Iradah manusia.pent). Dalam pelaksanaan kehendak tasyri'i, kehendak manusia, secara takwini, berada di bawah wilayah kehendak Ilahi (iaitu akur dengan ketentuan Tuhan). Tetapi dari sudut ketaatan (dalam melaksanakan hukum syariat tersebut) ia mengikut kehendaknya sendiri (mempunyai pilihan) di dalam meletakkan iradahnya sesuai dan seiring dengan iradah Allah Ta'ala, serta reda terhadap iradah takwini Ilahi. Dan dengan pilihan baik ini, akhirnya manusia akan melakarkan kebahagiaan hakiki untuk dirinya sendiri, sebaliknya apabila mereka memilih untuk melakukan maksiat, iaitu tidak menjadikan kehendak Ilahi seiring dengan kehendaknya, maka akibat yang akan ia peroleh tidak lain hanya kerugian dan malapetaka untuk dirinya sendiri, dan pelanggaran ini sedikitpun tidak akan merosakkan penciptaan Tuhan dan Tuhan itu sendiri.
Ini kerana Allah SWT, sesuai dengan kehendak takwini-Nya, telah mengurniakan kepada mereka kemampuan (kebebasan) untuk berkehendak melanggari atau melakukan maksiat terhadap kehendak hukum-hukum syariat-Nya. Akan tetapi manusia dengan pilihan buruknya, tidak mengindahkan peringatan-peringatan dan meletakkan dirinya sebagai sasaran kemurkaan Tuhan, walau sekalipun mereka berfikir dengan angkuh bahawa dengan maksiat ini mereka dapat mengalahkan kehendak Ilahi dan lebih mendominan dibanding kekuasaan Tuhan, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Kerana manusia sama-sekali (bahkan ketika bermaksiat) tidak akan dapat keluar dari wilayah kekuasaan, pemerintahan dan kehendak Tuhan, dan sentiasa memerlukan-Nya.
Di sini Allah Swt berfirman, "Di mana saja kamu berada, kematian akan mengejarkamu, kendati pun kamu berada dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka (kaum munafikin) memperoleh kebaikan (dan kemenangan), mereka mengatakan, “Ini adalah dari sisi Allah”, dan kalau mereka ditimpa suatu bencana (dan kekalahan), mereka mengatakan, “Hal ini berasal dari dirimu (Muhammad).” Katakanlah, “Semuanya (berasal) dari sisi Allah.” Maka mengapa orang-orang (munafik) itu hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun? Setiap nikmat yang kamu peroleh, maka hal itu berasal dari Allah, dan setiap bencana yang menimpamu, maka semua itu berasal dari (kesalahan) dirimu sendiri." (Qs. Al-Nisa [4]:78-79)
Kerana tidak ada suatu perkara pun yang terjadi melainkan ianya adalah dari iradah dan kehendak Tuhan. Allah SWT tetap tidak senang keburukan dan kejahatan terjadi ke atas manusia, tetapi manusialah dengan pilihannya sendiri yang jelik yang telah melakar kejahatan tersebut untuk dirinya sendiri.
Mungkin saja kita akui bahawa gambaran permasalahan hubungan antara kebebasan -ikthiar- manusia, kehendak Ilahi dan sistem alam semesta yang bersifat tetap -stabit- adalah merupakan masalah yang sangat sulit. Maka itu, mereka yang terputus dari wahyu dan idologi Ahlulbait As, samada mereka ini akan terjerumus dalam tafrith (ekstrem) yang memandang bahawa segalanya diserahkan kepada manusia sebagaimana Mu'tazilah sehingga mereka disebut sebagai mufawwidha (urusan makhluk diserahkan kepada makhluk secara total, iaitu tiada campur tangan kuasa Tuhan pada perbuatan makhluk) Atau tercampak dalam lumpur ifrath yang meyakini bahawa manusia tidak melakukan sesuatu apa pun dan berada pada kondisi terpaksa, tanpa memiliki sebarang kehendak dan hak untuk memilih, sebagaimana Asya'irah yang dikenali dengan mujbarah (jabariah). Namun yang sebenarnya dan merupakan jalan lurus adalah amr bain al-amrain (perkara di antara dua perkara (antara ifrath dan tafwith, -in between-). Tidak jabr (Asya'irah) dan juga tidak tafwidh (Mu'tazilah), bahkan kehendak takwini Ilahi bersatu dengan kehendak fi'liyah (perbuatan) manusia dalam bentuk thuli (iaitu iradah manusia berada di bawah garisn atau wilayah iradah Tuhan).
Apabila manusia mentaati Allah Ta'ala, maka kehendak tasyri'i Ilahi Tuhan berada sejajar dengan kehendak manusia. Sebaliknya, jika manusia bermaksiat, kehendak dan perbuatannya itu menjadi sasaran kemurkaan Tuhan. Namun hal ini tidak bermakna bahawa mereka keluar dari pemerintahan dan kekuasaan Ilahi atau kehendaknya berjaya mengatasi ke atas kehendak Ilahi, bahkan hanya bermakna keluarnya manusia dari rahmat Ilahi yang merupakan hasil dari pilihan dan kehendak buruknya.
Untuk kajian lebih lanjut sila rujuk:
Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Âmuzesh Aqâ'id (Iman Semesta)
Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Ma'arif Qur'an jil. 1-3, Muassasah-ye Dar Rah-e Haq, cap-e duwwum, 1367, hal. 33-147, 195-212, 293-374
[1]. Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Amuzesy-e Aqaid, pelajaran 19. Anda dapat merujuk terjemahan buku ini dalam bahasa Indonesia, Iman Semesta terbitan Al-Huda Jakarta.
[2]. Ibid, pelajaran 11
[3] . Ibid.
[4]. Atau pada surah lainnya, "Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki; dan di sisi Kami ada tambahan (rezeki lain yang belum pernah terpikirkan oleh siapa pun)." (Qs. Qaf [50]:35) "(iaitu) surga ‘Adn yang mereka masuki, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalam surga itu mereka memperoleh segala apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa." (Qs. Al-Nahl [16]:31) "Mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhan mereka. Demikianlah balasan orang-orang yang berbuat baik." (Qs. Al-Zumar [39]:34) "Di dalam surga itu mereka mendapatkan apa yang mereka kehendaki, sedang mereka kekal (di dalamnya). (Hal itu) adalah janji pasti yang telah diberikan oleh Tuhanmu." (Qs. Al-Furqan [25]:16)
[5]. Atau pada surah lainnya, "Allah rida terhadap mereka dan mereka pun rida terhadap-Nya." (Qs. Al-Mujadalah [58]:22), "Allah rida kepada mereka dan mereka pun rida kepada-Nya, dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar." (Qs. Al-Taubah [9]:100), "Bagi mereka surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; Allah rida terhadap mereka dan mereka pun rida terhadap-Nya. Itulah keberuntungan yang paling besar.” (Qs. Al-Maidah [5]:119)
[6]. "Dan kamu tidak dapat berhendak kecuali apabila dikehendaki oleh Allah, Tuhan semesta alam." (Qs. Al-Takwir [81]:29), "Dan kamu tidak mampu untuk berkehendak kecuali bila dikehendaki Allah." (Qs. Al-Insan [76]:30)
[7]. Atau pada ayat, "Dan orang-orang yang zalim di antara mereka akan ditimpa akibat buruk dari usahanya dan mereka tidak dapat melepaskan diri (dari kekuasaan Ilahi)." (Qs. Zumar [58]:51)