Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail.
Dalam menjawab pertanyaan ini perlu dikatakan: asasnya ketertiban surah-surah yang terdapat dalam al-Quran tidak memiliki sebarang pengaruh dan maksud dalam ijtihad di mana ianya boleh dijadikan titik tolak kepada pengeluaran hukum(istimbat). Begitu juga dalam petikan ayat-ayat di mana ianya tidak mempunyai kaitan makna di antara satu sama lain, dan tidak memberi sebarang pengaruh dalam ijtihad seorang faqih. Maka, faqih dalam asas kalamnya tidak memerlukan kepada pembuktian dua perkara ini.[1]
Apa yang perlu dilakukan oleh seorang faqih, adalah membuktikan bahawa kandungan al-Quran, perkataan-perkataan tunggal, rangkaian perkataan-perkataan di mana ayat-ayat disusun dan kumpulan-kumpulan ayat yang saling berkait antara satu sama lain, adalah bercorak Ilahi dan merupakan wahyu.[2] Dan perkara ini dapat dibuktikankan melalui keajaiban kefasihan al-Quran, lantaran itu kefasihan bukanlah pada lafaz semata-mata, bahkan pada perkataan dan makna, kedua-duanya memiliki pengaruh terhadap kefasihan al-Quran. Secara asasnya, kefasihan dan kepetahan tanpa kandungan yang benar dan makna yang teratur dan jalinan ruh adalah tiada makna.
Dari sudut lain, kemungkinan adanya perkara dalam al-Quran di mana dalam membezakan dan bertukar-tukar tempatnya ayat-ayat, sebahagian maknanya hilang (Sebagai contoh, satu indikasi struktur yang menujukkan pada satu makna khas dan kesan dari bertukar-tukar tempat, ayat-ayat telah hilang) dari sudut pandang mujtahid perkara ini tidak akan terjadi; karana berdasarkan dalil-dalil yang ada (yang dibahas pada pembahasan terkait) al-Quran terpelihara dari segala jenis pemesongan.
Walau bagaimanapun, jika seorang faqih memberikan kemungkinan bahawa terdapatnya kelebihan atau kekurangan atau telah mencari ayat selepas dan sebelum. dan perubahan ini juga telah memberi kesan pada makna, maka ianya tidak lagi dapat berkata: saya memiliki tugas untuk menghukum secara zahir, karana kemungkinan seperti ini bermakna ia secara keseluruhan telah meragukan argumen zahirnya al-Quran.
Dengan itu, akal akan membuat andaian di mana perkataan-perkataan al-Quran atau gandingannya (yang membentuk ayat-ayat) atau himpunan-himpunan dari ayat-ayat yang memiliki struktur tunggal adalah berkait dengan satu perkara, bersumberkan dari selain Allah swt, perkara yang memerlukan pemesongan al-Quran dan hasilnya ialah ianya tertolak. Dengan keterangan ini, dapat dibuktikan bahawa penurunan al-Quran daripada Allah swt boleh disandarkan kepada akal, walaupun perkara ini menyebabkan asas yang ada sekarang ini berbentuk furuk daripada furuk yang lain (terpelihara dari sebarang pemesongan).
Oleh itu, dengan menerima kemungkinan ini di mana perkataan-perkataan atau gabungan dan himpunan-himpunan serta struktur al-Quran datangnya selain dari Allah swt, al-Quran tidak lagi dapat dijadikan hujjah.
Mungkin salah satu dari dalil-dalil di mana golongan ikhbariyun, zahir al-Quran tidak lagi dikira sebagai sebagai hujjah, mereka meyakini bahawa telah berlaku pengurangan atau bertukarnya tempat ayat-ayat dalam al-Quran. Perkara yang mereka lakukan bukan sahaja tidak mempertahankan agama malahan ianya diertikan sebagai telah berundur kebelakang. Kesilapan mereka yang terbesar adalah mereka berfikir jika dengan mengenepikan al-Quran, al-Quran akan terpelihara; tetapi dengan perbuatan ini pada hakikatnya telah meragukan seluruh isi kandungan agama.
Rujukan lanjut:
Hadawi Tehrani, Mahdi, Mabani Kalam Ijtihad, Muassasah Farhangi Khoneh Khirad, Qom, Cop Awal 1377
[1]. Erti daripada ucapan ini tidak bermakna bahwa al-Quran telah dikumpulkan pada masa Rasulullah s.a.w tidak dapat dibuktikan dan ditetapkan. Namun ucapan ini bermaksud faqih tidak mepunyai sebarang campur tangan dan ianya bukanlah sebahagian daripada asas kalam ijtihad. Tidak memiliki peranan signifikan dalam praktik seorang juris dan bukan bahagian dari paradigma teologi ijtihad. Sebagaimana pada waktu yang lalu, kebanyakan ulama Syiah berpandangan bahawa dalil-dalil sejarah telah memberikan kesaksian bahwa al-Quran telah disusun pada masa Rasulullah s.a.w. Di samping itu jika kita mampu menemukan noktah-noktah dalam urutan surah-surah dan ayat-ayat, dan jika urutan ini saling bertentangan, maka noktah-noktah tersebut akan terkeluar ( seperti hubungan angka-angka di antara surah-surah dan ayat-ayat, dan atau dalam himpunan al-Quran akan di dapati terdapat jalinan khusus, untuk membuktikan masalah ini, kita tidak memerlukan dalil-dalil sejarah, namun dengan bersandar pada akal, semua peraturan dan susunan telah dihasilkan oleh Allah swt.
[2]. Pengaruh yang bersifat wahyu ke atas himpunan ayat yang berkaitan adalah saling berkait di mana ianya dikenali sebagai keterangan struktur (qarinah siyak) yang mana terdapat perbezaan pendapat di dalamnya.