Terdapat banyak ayat yang membicarakan tentang tertutupnya mata hati, penglihatan, dan pendengaran orang-orang kafir, kaum munafik, kelompok sesat dan penyimpang, para pendosa dan penjenayah.
“Khatm” dan “thab’e’” bermakna tutup, mencap, mengukir, mencetak dan membentuk sesuatu dalam bentuk yang tertentu.
“Qalb” terkadang digunakan untuk makna anggota khusus badan (hati jasmani). Dan terkadang digunakan untuk makna nafs, ruh, dan jiwa (kalbu ruhani dan maknawi).
Penutupan dan pencetakkan Ilahi atas hati-hati (ruhani dan bathin) sebahagian manusia bermakna "tidak dapat menerima hidayah", "tertetupnya hati-hati mereka dari dapat memahami pengetahuan-pengetahuan Ilahi" dan "tidak kembalinya mereka kepada perbuatan yang baik".
Tertutup dan terkuncinya mata hati, penglihatan dan pendengaran sebahagian manusia dari sisi Tuhan merupakan hasil dari perbuatan ikhtiar (pilihan) mereka sendiri setelah mendapatkan peringatan demi peringatan yang berulang kali Ilahi dan tiada perhatian mereka terhadap peringatan-peringatan tersebut; selain itu, walaupun mata hati, penglihatan, dan pendengaran mereka terkunci, namun terkunci dan tertutupnya mata hati, penglihatan dan pendengaran ini memiliki tingkatan-tingkatan –yang berbebza-beza-; sekiranya kehitaman, kegelapan dosa, pelangaran dan … terjadi dalam keadaan menutup seluruh mata hatinya, maka sama-sekali mereka tidak akan kembali kepada perbuatan yang baik dan petunjuk. Meskipun, kembalinya cahaya dan petunjuk bukan merupakan hal yang mustahil dan tidak mungkin, dan sehingga di ambang batas kematian sekalipun, tetap ada kemungkinan boleh terjadinya perubahan; kesimpulannya, kebebasan -ikhtiar- tetap tidak tercerabut dari mereka dan dengan pilihan -ikhtiar- nya, mereka mampu meneruskan tingkah-lakunya –yang lama-, juga dengan pilihannya mereka mampu dengan iradah dan tekat yang kukuh – meskipun sangat sukar dan sulit– untuk mengubah jalannya, dan menemui jalan petunjuk dan hidayah serta memanfaatkan panduan-panduan Ilahi sehingga berjaya menemui kemuncak kebahagian.
Dengan ungkapan lain, sejauh mana kadar jiwa manusia ternoda dengan perbuatan dosa, penyimpangan, penutupan dan …, sejauh itulah jiwanya akan tertutup dari pemahaman ayat-ayat suci al-Quran, pemanfaatan dari hidayah dan cahaya Ilahi, Terkuncinya mata hati tidak terbatas pada orang-orang kafir dan kaum munafik sahaja.
Pertamanya kami akan membahas terjemahan dua ayat al-Qur’an kemudian menjawab pertanyaan yang diajukan berkait tentang masalah ini.
1. “Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci mata hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat.” (Qs. Al-Baqarah [2]:6-7)
2. “Dan Allah telah mengunci mati hati mereka. Oleh kerana itu, mereka tidak mengetahui (apa-apa).” (Qs. Al-Taubah [9]:93)
Makna "khatm", "thab’e", dan "qalb": "Khatm" (terkunci atau berakhirnya sesuatu) lawan katanya adalah "fath" (terbuka sesuatu atau permulaan) yang bermakna penyempurnaan atau sampai kepada penghujungnya. Rahsia "khatm" dalam bahasa Farsi disebut sebagai "cop" adalah kerana apabila sepucuk surat itu dicop menunjukkan berakhirnya surat tersebut. Di kala surat dicop bererti berakhirnya surat tersebut dan tidak boleh menambah sesuatu yang lain selepas itu.[1]
"Thab’e" bermakna mengecap (satu makna yang hampir kepada makna "khatm") mencorak, mencetak dan membentuk sesuatu dalam bentuk yang tertentu (koin atau dirham).[2]
"Qalb" dalam al-Qur’an disebutkan dalam makna yang berbagai-bagai. Seperti hati, nafs, akal, ilmu dan ...[3] Namun secara umum dapat dikatakan bahawa manusia memiliki dua jenis hati. Hati jasmani dan hati ruhani (maknawi).[4]
Hati jasmani dalam rangkai kata fisiologi (ilmu tentang sifat-sifat benda yang hidup) dan juga perbualan harian adalah tubuh yang berdaging yang berbentuk pokok Pine (yang berbentuk segi tiga) yang bertugas mengerakkan dan menyuling darah. Kebiasaannya ia berada di sebelah kiri dada manusia. Adapun hati -kalbu- ruhani adalah ruh dan jiwa manusia.[5]
Namun dalam rangkai kata akhlak, irfan, al-Qur’an dan riwayat, kalbu memiliki makna yang kedua dan merupakan salah satu channel -saluran- untuk menerima ilham-ilham, wahyu-wahyu ilahi dan mendapatkan makrifat dan syuhud –penyaksian hakikat- manifestasi-manisfestasi Hak. Dan juga merupakan pusat berlabuhnya segala perasaan, luahan, sumber bertapaknya segala niat dan keinginan-keinginan suci manusia.
Bentuk persamaan dua penggunaan ini (hati jamani dan ruhani), disebutkan sebegini, “Qalb” dalam pengertian bahasa bermakna “bergolak dan berubah” dan oleh kerana hati atau kalbu jasmani bertugas untuk membolak-balikkan dan menyuling darah, maka disebut qalb. Dan juga kerana perasaan-perasaan dan niat-niat manusia sentiasa berubah, salih berganti, dan berubah-ubah, maka pusat dan sumber itu disebut sebagai kalbu.[6]
"Khatm" dan "Thab’e" Tuhan atas mata-mata hati; Dalam al-Qur’an bermaksud tidak mampu menerima petunjuk dan tertutupnya mata hati orang-orang kafir, kaum munafik dan golongan yang engkar. Terdapat ungkapan yang berbagai-bagai diantaranya seperti, khatm, thab’e, sharf, qufl, maradh, rain, dan sebagainya.[7]
Namun, terkunci dan tertutupnya mata hati tidak hanya terbatas kepada orang-orang kafir dan kaum munafik sahaja bahkan sejauh mana kadar pencemaran jiwa seseorang dengan penodaan dosa, penyelewengan, penutupan, dan … maka sejauh itulah mereka akan terhalang dari memahami ayat-ayat suci Ilahi.[8]
Oleh kerana itu, maksud dari ungkapan "thab'e", "Muhr" ke atas kalbu adalah tertutupnya saluran ini dari menerima iman, makrifat, ilham-ilham Ilahi dan yang seumpama dengannya dimana ia akan menjadi lebih jelas dengan berpandukan kepada riwayat di bawah ini:
"Zurarah meriwayatkan dari Imam Baqir As bahawa Hadrat a.s. bersabda[9]: “Tidak ada seorang hamba melainkan dalam hatinya terdapat titik putih. Dan tatkala ia melakukan dosa, maka titik hitam akan terpahat di situ. Lalu apabila ia bertaubat, titik hitam itu akan segera lenyap, dan sekiranya ia melanjutkan perbuatan dosanya, maka titik hitam itu akan semakin bertambah banyak sehingga akan menutupi titik putih itu. Dan apabila titik putihnya tertutupi, pemilik hati itu sekali-kali tidak akan kembali kepada kebaikan. Dan inilah yang dimaksud dari firman Allah Swt “Dan tidak ada yang mendustakan hari pembalasan itu melainkan setiap orang yang melampaui batas lagi berdosa, yang apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata, “Itu adalah dongengan orang-orang yang dahulu.” Sekali-kali tidak seperti yang mereka sangka. Sebenarnya seluruh amal yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka (seperti karat menutupi permukaan besi). Sekali-kali tidak seperti yang mereka sangka. Sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar terhalang dari Tuhan mereka.” (Qs. Al-Muthaffifin [83]:14)
Faktor-faktor Penyebab Kemunculan Karat Yang Menutupi Hati
Dalam ayat-ayat suci al-Qur’an perkara-perkara di bawah ini disebut sebagai sebab-sebab yang menyebabkan mata-mata hati dikonci dan ditutup: -iaitu- Kufur[10], lalai, sengaja menjadikan dirinya lalai untuk selama-lamanya,[11] melanggar janji, fasiq,[12] keras kepala, memesongkan firman -kalam- Ilahi, [13] menuruti hawa nafsu, beramal bertentangan dengan ilmu[14], berbuat kerosakkan di bumi dan memutuskan tali silaturrahim.[15]
Maka itu, terjadinya pelbagai hijab dan tirai ini atas mata hati, pendengaran dan penglihatan adalah merupakan hasil dari perbuatan ikhtiari -pilihan- manusia itu sendiri. Penutupan dan penguncian Ilahi, adalah satu balasan, bukan sesuatu permulaan (iaitu Allah tidak menciptakan manusia pada asalnya dalam keadaan mata-hatinya telah ditutup dan sebagainya, bahkan kesan-kesan ini datang selepas manusia melakukan dosa dan sebagainya); ini kerana terdapat hubungan yang pasti dan mesti antara amal perbuatan, niat dan fikiran manusia dengan hasil-hasil yang timbul dari perbuatan-perbuatan tersebut, dan ia adalah hubungan yang tidak dapat dihindari dan lari darinya.
Namun penyandarannya kepada Tuhan, terjadi kerana hubungan ini adalah hubungan sebab dan akibat antara perbuatan, niat dan fikiran manusia dengan akibat kesan-kesan darinya, yang ia adalah merupakan qadha dan qadar hatmi (pasti) Ilahi dan tiada perubahan padanya, melainkan terdapat faktor yang lain seperti, taubat atau kembali kepada Tuhan, atau datangnya bala dan musibah, atau pemilik jiwa sebagaimana para wali Tuhan yang memberi kesan pada orang tersebut dan menjadikannya berubah secara secara perlahan-lahan dan menghilangkan karat dari hatinya dan menjadikannya berpotensi untuk mendapatkan petunjuk Ilahi lagi.
Dengan kata lain, Qadha' dan Qadar Ilahi tidak lain kecuali aturan-aturan yang mengalir di alam semesta, dan kemestian munculnya akibat ketika adanya sebab yang lengkap[16]. Dan perbuatan-perbuatan ikhtiari manusia, kehendak, maksud dan niatnya merupakan bagian yang terpenting dari sebab lengkap untuk munculnya perbuatan-perbuatan yang dikehendakinya. Tatkala sesuatu perbuatan dilakukan oleh manusia, kesannya akan mempegaruhi pada ruh dan mentalnya dan hal ini tidak dapat dihindari. Dengan demikian, apabila ia menyediakan penyebab kepada penguncian dan penutupan -jiwa-, berdasarkan hukum kewujudan -alami-, maka pengaruh-pengaruhnya akan menjeratnya.
Dengan memperhatikan dari apa yang telah lepas, jelas bahawa:
1. Penguncian dan penutupan ke atas mata-hati, adalah hasil dari perbuatan ikhtiari manusia sendiri.
2. Dari satu sudut penguncian mata-hati, terjadi berdasarkan sistem Qadha dan Qadar Ilahi, -maka ianya- disandarkan kepada Tuhan.
3. Manusia yang berkarat mata hatinya, boleh jadi ia mengulang kesalahan-kesalahannya yang dilakukan di masa lalu, semakin ia mengulang kesalahan ini maka semakin banyak karat yang akan menutupi pintu mata-hatinya. Adapun kesinambungan ini terjadi dengan ikhtiar manusia sendiri.
4. Walaupun kembalinya kepada jalan yang benar bagi manusia yang melakukan dosa yang hatinya telah ditutupi karat, adalah suatu hal yang sangat sulit dan hal yang agak jauh,[17] namun ia bukan suatu perkara yang mustahil. Dan kemungkinannya sentiasa ada. Ia dapat dengan ikhtiar yang ia miliki dan dengan tekadnya yang kuat, berusaha untuk melenyapkan karatan ini.[18] Dengan kata lain, apabila jiwa dan hati orang kafir dan munafik sedemikian terkunci, tertutup dan hitam sehingga tidak tersisa satu ruang putihpun di dalamnya, maka orang ini sesuai dengan ucapan al-Qur’an, iaitu usahanya sudah tamat dan tiada lagi harapan baginya untuk mendapatkan petunjuk,[19] dan dia dengan menyalahgunakan ikhtiarnya tidak menempatkan dirinya pada lintasan petunjuk dan cahaya serta menutup gerbang pintu taubat bagi dirinya.
Sumber-sumber untuk telaah lebih jauh:
1. Abdullah Jawadi Amuli, Marâhil-e Akhlâq dar Qur’ân, Isra', cetakan ke-3, 1379, Qum.
2. Abdullah Jawadi Amuli, Mabâdi Akhlâq dar Qur’ân, Isra', cetakan ke-3, 1379, Qum
3. Ruhullah Musawi Khomeini, Syarh Cehil Hadits, Muassasah Tanzhim wa Nasyr-e Atsar-e Imam Khomeini Qs, cetakan ke-12, 1376, Tehran.
4. Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Ma’ârif-e Qur’ân, Dar Rah-e Haq, cetakan ke-2, 1368,
5. Perlbagai penafsiran berkait dengan ayat-ayat yang berkenaan: al-Baqarah (2):74 & 88; Qs. Al-An’am (6):25; Qs. Al-A’raf (7):101; Qs Muhammad (47):24; Qs. Jatsiyah (45):23; Qs. Muthaffifin (83):14; Qs. Al-Zumar (39):12; Qs. Al-Maidah (5):3.
[1]. Abdullah Jawadi Amuli, Tafsir Tasnim, jil. 2, hal. 223 dan seterusnya; Majma’ al-Bayan, jil. 1, hal. 129; Tafsir Nemune, jil. 1, hal. 53.
[2]. Raghib Isfahani, Mu’jam Mufrâdat al-Faz al-Qur’ân, di bawah madah "طبع" dan " ختم"; Majma’ al-Bayan, jil. 1, hal. 129.
[3]. Tafsir Nemune, jil. 1, hal. 54. Raghib Isfahani, ibid, di bawah madah " قلب "al-Mizân, jil. 2, hal. 223 & 224; Majma’ al-Bayan, jil. 1, hal. 130
[4]. Abdullah Jawadi Amuli, Ibid, jil. 2, hal. 227 & 228.
[5]. Syahid Muthahhari, Tafsir Surah Hamd, hal. 79.
[6]. Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Akhlâq dar Qur’ân, jil. 1, hal. 226-250. Taqi Misbah Yazdi, Ma’ârif Qur’ân, jil. 3, hal. 395-403.
[7]. Tafsir Tasnim, jil. 2, hal. 227.
[8]. Ibid, hal. 234.
[9]. Ushûl Kâfi, Kitâb al-Îmân wa al-Kufr, bâb al-Dzunub, hal. 13 & 20.
[10]. “Dan mereka (dengan niat mengejek) berkata, “Hati kami tertutup (dan tidak pernah memahami semua ucapanmu).” (Qs. Al-Baqarah [2]:88)
[11]. “Dan sesungguhnya Kami ciptakan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari bangsa jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi mereka tidak mempergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata (tetapi) mereka tidak mempergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) mereka tidak mempergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah).” (Qs. Al-A’raf [7]:179)
[12]. Dan Kami tidak mendapati kebanyakan mereka memenuhi janji. Sesungguhnya Kami mendapati kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.” (Qs. Al-A’raf [7]:102); “Tetapi kerana mereka melanggar janjinya, Kami kutuk mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka mengubah firman (Allah) dari tempat-tempatnya dan (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya.” (Qs. Al-Maidah [5]:13)
[13]. “Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih seekor sapi betina.” Mereka berkata, “Apakah kamu hendak menjadikan kami buah ejekan?” (Qs. Al-Baqarah [2]:67); “Musa menjawab, “Aku berlindung kepada Allah agar tidak termasuk golongan orang-orang yang jahil.” Kemudian setelah (peristiwa) itu, hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi.” (Qs. Al-Baqarah [2]:74)
[14]. “Pernahkah kamu pernah melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya (bahawa ia tidak layak lagi memperoleh petunjuk), serta Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan di atas penglihatannya? (Qs. Al-Jatsiyah [45]:23)
[15]. “Jika kamu sekalian berpaling (dari seluruh perintah itu), maka apakah gerangan yang dapat diharap dari kamu kecuali kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan?” (Qs. Muhammad [47]:22)
[16]. Contohnya ketika akibat-akibat yang membolehkan sebatang pokok itu tumbuh menjadi lengkap, maka wajib pokok tersebut tumbuh; seperti tanah yang subur, air, matahari, udara, penjagaan yang rapi dan…. Sebab-sebab ini dipangil sebab yang sempurna. Demikian juga, Allah Ta'ala adalah sebab yang lengkap atau sempurna bagi alam ini, dengan keberadaan-Nya, maka wajib adanya akibat. Pent.
[17]. Barangkali ungkapan “sekali-kali tidak akan kembali kepada kebaikan” pada riwayat di atas menyinggung tentang masalah kesulitan hal ini.
[18]. Abdullah Jawadi Amuli, Mabâdi Akhlâq dar Qur’ân, hal. 83-103.
[19]. Âsynâi ba Qur’ân, Tafsir Surah Hamd, hal. 79.