Carian Terperinci
Pengunjung
55888
Tarikh Kemaskini 2011/07/18
Ringkasan pertanyaan
Jikalau mata dan telinga orang mati terbuka setelah kematian, mengapakah kedua-duanya saling bertanya antara satu sama lain tentang peristiwa-peristiwa selepas kematiannya sendiri?!
soalan
Jika mata dan telinga manusia terbuka setelah kematian (di alam barzakh), mengapakah kedua-duanya bertanya tentang orang-orang hidup atau orang-orang yang baru meninggal (orang-orang yang meninggal di alam barzakh)?!
Jawaban Global

Terbukanya pandangan barzakhi setelah kematian merupakan sebuah perkara yang berlaku secara umum; ertinya ketika seluruh manusia mengalami kematian, mereka akan menyaksikan malaikat pencabut nyawa sesuai dengan amal perbuatannya. Mereka bercakap-cakap dan mendengar suaranya. Setelah kematian ia menjelma, dan dalam bentuk terbatas dan sesuai dengan kehidupan barzakhi ia akan dihadirkan di hadapan mereka. Melalui kematian manusia akan menyaksikan kehidupan setelah mati dan sebahagian janji-janji para nabi dan wali, dengan pandangan barzakhinya.

Namun maklumat tentang keluarga, sanak saudara, sahabat dan dunia (yang ditinggalkan) tidaklah bersifat umum. Luas dan sempit maklumat tersebut bergantung pada kadar amalan perbuatan seseorang itu; seperti dialog dengan orang yang baru sahaja meninggal tidak akan dapat dilakukan oleh penduduk dunia dan semua orang mati; namun menurut riwayat yang dapat diterapkan, perkara ini dikhususkan bagi penduduk syurga di alam barzakh, bukan untuk seluruh orang mati. Walau bagaimana pun kedudukan para wali Allah lebih tinggi daripada mereka dan tidak memerlukan pertanyaan kepada orang lain!

Oleh kerana itu, terlalu banyak rahsia tentang alam barzakh yang tidak akan terungkap dan tatkala memasuki gelanggang kiamat manusia akan nampak seluruh rahsia tersebut. Hari itu adalah hari yang disebut dalam kitab suci sebagai "yauma tubla al-sarair", hari di mana seluruh rahsia terungkap dan terbongkar.

Jawaban Detil

Manusia memiliki tingkat-tingkat takwini dan jalan yang beraneka ragam: Pada tingkat penciptaan manusia yang pertama ialah mineral kemudian menjadi tumbuhan (nabat) seterusnya menjelma menjadi haiwan. Setelah menjadi bentuk nutfah yang tinggal dalam rahim dan sampai pada tahap-tahap penciptaan badannya di peringkat yang lazim, ruh Ilahi ditiup padanya. Kemudian ia mendapatkan kehidupan insaniah. Setelah melalui zaman janin manusia akan menempuh tahap lain yang disebut sebagai dunia (kehidupan dekat atau rendah). Setelah beberapa lama (60-70 tahun) atau kira-kira lebih lama, ia akan berpindah memasuki dunia lainnya yang bernama barzakh (terminal antara dunia dan kiamat), di mana perbandingan antara dunia dan barzakh ibarat dunia dan rahim ibu yang tidak dapat digambarkan dan diilustrasikan secara sempurna. Kemudian setelah itu, seiring dengan berakhirnya usia dunia, seluruh manusia – secara kolektif dan berjemaah – akan berpindah memasuki alam konstan dan tetap yang dinamakan masyhar atau kiamat.

Hubungan kiamat dan barzakh adalah laksana hubungan barzakh dan dunia. Hari kiamat dan barzakh adalah urusan jelas bagi manusia di mana manusia telah pun hidup dalam lingkungan sebuah dunia  yang tidak dapat menggambarkan, iaitu gambaran dunia dan isinya tidak dapat diilustrasikan oleh janin di dalam rahim.

Manusia yang ditakluki oleh batas perasaan dan indrawi tidak dapat terbang dengan sayap wahyu dan akal untuk menuju ke dunia ghaib. Tanpa memperolehi kebenaran warta yang benar seperti para nabi dan wali Allah, maka ia tidak dapat menerima kehidupan setelah kematian baik di alam barzakh atau pun di alam kiamat. Padahal mahu tidak mahu, orang tidak dapat menghindar dan lari dari kematian dan perpindahan dua tingkatan setelahnya; kerana kematian salah satu pendahuluan Ilahi di mana setiap ciptaan di bumi samada cepat atau lambat ia tetap akan berhadapan dengan kematian. Tiada seorang pun manusia, bahkan yang paling dicintai Tuhan sekali pun, akan terkecuali dalam urusan ini.  Allah (s.w.t) menegaskan bahawa: "Kami tidak menjadikan kehidupan abadi bagi seorang manusia pun sebelummu (Muhammad). Maka jika kamu mati, apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan mengujimu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami-lah kamu dikembalikan." (Qs. Al-Anbiya [21]:34-35)

Mereka yang meyakini dengan syuhud-nya atau dengan meyakini berita yang disampaikan para nabi tentang kematian dan kehidupan setelahnya akan menyiapkan diri mereka untuk menyusuri kematian serta menyiapkan diri dengan apa yang sesuai untuk situasi alam akhirat, iaitu iman dan amal soleh. Sekali-kali tiada ketakutan pada diri mereka terhadap tingkatan ini, bahkan mereka merindukan kematian. Kerana mereka tahu bahawa dengan kematian seluruh kesempitan dan segala kesusahan dunia akan berganti dengan kelapangan dan kesenangan belaka sebagaimana janin yang berpindah dari rahim yang sempit ke dunia yang lapang. Akan tetapi orang yang tidak memandang serius masalah ini, ia akan sampai ke tahap yang meyakinkan ketika kematian menjemputnya dan perjalanan selepasnya, kerana ia mendapati kehadiran dan perlakuan malaikat maut terhadap diriya serta terputusnya dalam bentuk kewujudan yang sempurna.

Ia melihat bahawa dirinya masih hidup, namun berbeza sama sekali dengan kehidupan sebelumnya di mana tubuhnya telah berpisah dengan seluruh sanak saudaranya. Apabila seseorang muslim yang taat beragama memandikan, mengkafani dan akhirnya mengkebumikannya dalam keadaan sempit dan gelap gelita tanpa ada seorang pun yang memperhatikan teriakan, jeritan dan permohonannya;  (Kerana hati mereka terpaut di dunia dan tidak mengetahui peristiwa yang terjadi setelahnya. Sebagaimana ia tidak mengetahui ihwal dunia orang-orang yang telah meninggal semasa hidupnya) mereka melihatnya dan mengenalnya dan berupaya untuk menjalin hubungan denganya, namun mereka tidak memahaminya dan tidak memandangnya kecuali selonggok jasad kering yang apabila dibiarkan begitu sahaja akan menyebarkan bau dan membusuk.

Ia akan bersendirian dalam kubur, malaikat Munkar dan Nakir datang menghampirinya untuk menjalankan proses tanya-jawab, apabila ia seorang durjana maka pintu untuk masuk ke neraka akan dibuka baginya dan bermulalah azab dan seksaan untuknya; ertinya ia melihat tempat kediamannya di neraka, dengan merasakan panas dan azab yang membawa derita hingga hari kiamat dan akhirnya ia memasukinya. Apabila ia adalah seorang mukmin, maka ia hanya akan ditanya, dan ia akan mengadakan hubungan dengan kediamannya di syurga dari dalam kuburnya. Di tempat ini ia akan merasakan ketenangan dan kenyamanan hingga hari kiamat dan kemudian masuk ke dalamnya dengan mudah. Oleh itu, kubur dan barzakh juga adalah lubang dan jendela untuk menyaksikan nikmat dan syurga atau gerbang untuk memasuki azab dan neraka.

Kerana itu, setelah mati pandangan setiap manusia akan terbuka, kehidupan pasca kematian dan segala akibatnya disaksikannya dengan mata kepala sehingga tidak tertinggal lagi ruang untuk mengingkarinya. Segala perbuatan yang dilakukan di dunia kini hadir di hadapannya dan menjadi sebab kegembiraan atau kesedihannya. Kecurangan dunia dan jajah takluklnya seperti populariti, nama, kebiasaan, ijazah, wang, pangkat dan kedudukan semuanya terakam dengan baik untuknya. Tidak tertinggal baginya kecuali penyesalan. Apabila ia adalah orang fasik dan kafir, maka ia akan menyesal mengapa ia tidak beriman dan tidak memikirkan tentang hari ini. Apabila ia adalah orang beriman dan berbuat kebaikan, ia akan menyesal andainya ia lebih banyak beramal kebaikan dan lebih banyak mengumpulkan bekalan sehingga darjatnya lebih tinggi serta sebarisan dengan para wali Tuhan.

Akan tetapi terbukanya pandangan barzakhi ini bersifat umum dan menyeluruh, meskipun pandangan tersebut berbeza dan beraneka ragam rupanya. Misalnya seseorang yang sangat bergantung dengan dunia, perlu memerlukan waktu yang panjang untuk meyakini kematian, berkorban, meninggalkan dunia dan seluruh perkara duniawi. Orang-orang yang berada pada tahap biasa, nampaknya tenggelam dengan tidur mereka sehingga matanya tidak pernah bermimpi apakah ia mendapatkan nikmat atau memperolehi azab. Setelah melintas tahap pertama, terlepasnya jiwa, dan memasuki liang lahat, maka ia tidak akan dapat mencerap secara khusus kehidupan barzakhi.

Akan tetapi mereka yang meninggalkan dunia ini bersama iman sempurna dengan membentuk jiwa, serta menguatkan rohnya, dan menyiapkan dirinya untuk menuju ke akhirat – kerana ia meyakininya – di kediaman itu juga ia dapat menjalinkan hubungan dengan roh kaum mukminin dan mengambil tahu tentang khabar dan berita hal ehwal sahabat mereka di dunia. Ia bersua dengan roh-roh kaum mumkminin yang lain dengan perasaan riang dan gembira dan berdoa untuk orang-orang hidup. Kerana itu, bersua dengan yang lain dan saling beranyakan khabar orang lain dikhususkan bagi orang-orang yang memiliki darjat iman dan amal soleh yang tinggi.

Imam Shadiq (a.s) berkata: “Tatkala anak manusia memasuki alam kubur dan barzakh, para penghuni barzakh akan datang menemuinya. Sebahagian menenangkannya sehingga secara perlahan ia menyesuaikan diri dengan dunia barunya. Kerana ia telah melalui ketakutan besar dan melelahkan di liang kubur, pertanyaan, tekanan dan sebagainya. Kemudian, mereka mendekati dan bertanya tentang teman dan sahabatnya. Apabila dijawab bahawa ia masih di dunia, maka mereka akan mengharapkan ia akan menyusul mereka setelah kematian; Apabila jawapannya: Ia telah meninggal sebelumnya, ketika itu penghuni barzakh berkata bahawa ia telah jatuh. Iaitu telah  tergelincir dan terjerumus dalam azab Ilahi, jika tidak pastilah ia berada di sisi kami.[1]

Dalam kitab “Al-Kafi” dinukil dari Ishaq bin Ammar: Aku bertanya kepada Abul Hasan (Imam Kazhim (a.s)) apakah seseorang yang meninggal dunia menemui keluarganya atau tidak? Imam Musa Kazhim berkata: “Iya.” Kemudian aku bertanya lagi, Berapa lama? Imam bersabda: “Sesuai dengan kedudukannya di sisi Tuhan, setiap minggu, setiap bulan atau setiap tahun….”[2]

Merujuk kepada “Al-Kafi” yang menukilkan riwayat daripada Imam Shadiq (a.s) bahawa: “Tiada seorang pun mukmin atau kafir tatkala hadir di hadapan Tuhan yang tidak berada di sisi keluarga mereka. Ketika mukmin melihat keluarganya yang sedang mengerjakan amal soleh, ia mengucapkan syukur kepada Allah dan tatkala kafir melihat keluarganya mengerjakan amal soleh, ia mengungkapkan penyesalan.”[3]

Lebih tinggi dari orang-orang seperti ini, adalah para wali Allah di mana setelah kematian dan terlepasnya tubuh material, rohnya akan semakin kuat dan melakukan kegiatan yang lebih luas. Kerana pelbagai rintangan seperti taqiyah dan sepertinya telah hilang. Tatkala kematian menjemput seorang mukmin, kelompok ini akan mendekatinya dan memudahkan proses sakaratul maut baginya. Di alam kubur, ia  menjadi sahabatnya, dan melepaskannya dari azab dan ketakutan.

Setelah melintasi tahap-tahap awal, ia akan bergabung dengan sahabat-sahabatnya yang lain. Kerana itu, kelompok ini tidak lagi memerlukan khabar daripada roh-roh yang lainnya tentang orang-orang hidup; kerana orang-orang besar ini berkuasa atas dunia dan barzakh dan mereka tidak lalai dari kondisi dan keadaan kaum mukmin sejati khususnya mereka yang berhubungan dengannya, dan menjadi pelayan dan berperantara kepada mereka, sehingga mereka memerlukan pengabaran dan pewartaan tentang keadaan mereka.

Sebagai kesimpulan harus dikatakan, meskipun terbukanya penglihatan barzakhi berlaku secara umum, namun ianya berbeza pada setiap orang dan hal ini terjadi bagi setiap manusia.

Buat orang-orang mustad’af (budaya – keyakinan), anak-anak kecil dan orang-orang yang seperti mereka ini sangat lemah. Sementara itu para wali Allah dan kaum kafir-penentang berada pada tingkat yang lebih tinggi – mereka (para wali Allah) pada puncak kenikmatan dan kaum kafir penentang ini berada pada puncak seksaan -  untuk orang lain pula berdasarkan kedudukan kepercayaan akhlak, keyakinan dan mendapatkan berita tentang kehidupan hanyalah berkaitan dengan sebagian kaum mukmin bukan semuanya.

Dengan kata lain, hal ehwal setelah kematian (di alam barzakh dan kiamat) ialah manifestasi batin keyakinan, akhlak dan amal-perbuatan manusia di dunia dan tidak lain dari hal ini. Apabila di dunia memiliki iman, amal soleh dan kelapangan jiwa maka di alam barzakh dan kiamat juga ia akan menjadi demikian. Akan tetapi apabila di dunia ia berfikiran sempit atau menentang dan bersikap keras kepala, dirinya akan ditemani sifat-sifat haiwan dan binatang. Di dunia yang lain juga mereka akan menjelma sedemikian dan akan mendapat azab serta menjadi sebab penyesalannnya; kerana dunia adalah ladang akhirat. Apa sahaja yang rupa dan perjalanan dilakukan di sini, maka di sana ia akan hadir dan wujud.. Kerana itu, “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik. Tidak sama para penghuni neraka dengan para penghuni syurga. Para penghuni syurga itulah orang-orang yang beruntung.” (Qs. Al-Hasyr [58]:18-20)

Kerana itu, banyak rahsia yang bertimbun yang tidak menjadi jelas setelah kematian. Dan tatkala manusia memasuki gelanggang kiamat kubra, akan nampak baginya. "یوم تبلى السرائر" (Qs. Al-Thariq [86]:9) merupakan hari seluruh rahasia akan tersingkap.[]

 

Rujukan untuk telaah lebih jauh:

1.     Hayât Pas az Marg, Ali Muhammad Asadi

2.     Sireh Payâmbaran dar Qur’ân, Abdullah Jawadi Amuli.

3.     Shurat wa Sirat Insân dar Qur’ân, Abdullah Jawadi Amuli.

4.     Ma’âd Syinâsi, Muhammad Husain Husaini Tehrani.

5.     Haqq al-Yaqin, Abdullah Syubbar.

6.     Hayât-e Pas az Marg, Muhammad Husain Thabathabai

7.     Haqq al-Yaqin, Faidh Kasyani.



[1]. Allamah Majlisi, Bihâr al-Anwâr, jil. 6, hal. 249-250, 269; Faidh Kasyani, ‘Ilm al-Yaqin, jil. 2, hal. 871.  

[2]. Sayid ‘Abdullah Syubbar, Haqq al-Yaqin, jil. 2, hal. 67; Allamah Thabathabai, Hayat-e Pas az Marg 

[3]. Ibid 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits