Carian Terperinci
Pengunjung
60430
Tarikh Kemaskini 2011/08/20
Ringkasan pertanyaan
Sebenarnya berapa lama proses penurunan Al-Quran baik secara serentak mahupun secara beransur?
soalan
Sebenarnya berapa lama proses penurunan Al-Quran baik secara serentak mahupun secara beransur?
Jawaban Global

Turunnya Al-Quran secara serentak (daf’i) berlangsung di bulan Ramadhan, di malam Lailatul Qadar. Sebahagian riwayat memperkuatkan anggapan seperti ini bahawa malam Lailatul Qadar  ialah malam turunnya keseluruhan Al-Quran secara sekaligus dan hal itu terjadi di malam keduapuluh tiga Ramadhan di hari kelimapuluh enam setelah bi’tsat (pengangkatan Nabi (s.a.w) secara rasmi).

Ulama berbeza pendapat tentang turunnya Al-Quran secara bertahap. Namun perbezaan kelihatan ini bersumber daripada dua pandangan besar. Pertama turunnya Al-Quran secara bertahap bersamaan waktunya pengangkatan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul (bi’tsah) dan wahyu tersebut terus berlangsung sampai wafatnya Nabi Muhammad (s.a.w). Menurut pendapat yang mashur Rasulullah pada tanggal 27, bulan Rajab bertepatan dengan awal Februari tahun 610 masehi diutus untuk menjalankan misi menyampaikan risalah Allah dan kemudian beliau wafat pada tanggal 28 shafar tahun ke sebelas hijrah.

Pendapat kedua, sekalipun waktunya bersamaan dengan bi’tsah, namun sudah ada beberapa ayat yang telah diturunkan. Nuzulnya Al-Quran secara bertahap sebagai kitab samawi terjadi tiga tahun pasca bi’tsah. Dimulai dari malam laylatul qadar hingga akhir dari kehidupan Nabi Muhammad (s.a.w).

Jawaban Detil

Tentang turun Al-Quran secara sekaligus secara pasti itu terjadi di malam Lailatul Qadar.[1] Sebab Al-Quran sendiri menegaskan[2] bahawa Al-Quran ini turun secara sekaligus di malam Lailatul Qadar di bulan Ramadhan.

Adapun yang menjadi ikhtilaf adalah di malam keberapa dari malam Lailatul Qadar tersebut Al-Quran diturunkan secara sekaligus.[3] Hanya kemungkinan yang paling kuat malam itu adalah malam ke dua puluh tiga Ramadhan, sebab banyak riwayat yang menukil tentang malam ini.[4]

Yang kedua, juga masih belum jelas itu terjadi tahun berapa?[5] Malam Lailatul Qadar juga adalah malam mikrajnya Nabi Muhammad (s.a.w). Sebab Al-Quran ada dalam ummul kitab (lauh mahfuz) di sisi Allah (s.w.t)[6] dan selama manusia belum melakukan mikraj tidak mungkin ia dapat meraih Al-Quran pada ummul kitab tersebut. Kita dapat menyimpulkan bahawa turunnya Al-Quran dalam sekali waktu di zaman nabi itu terjadi ketika nabi sudah mencapai maqam paling sempurna, jadi kemungkinan besar penurunannya terjadi di awal-awal tahun risalah Nabi Muhammad (s.a.w) iaitu sekitar hari ke 56 sejak diangkat sebagai nabi oleh Allah (s.w.t).

Ini adalah waktu yang tepat jika memperhitungkan saat-saat bi’tsah (27 rajab), Lailatul Qadar ( 23 ramadhan), dengan jumlah hari Ramadhan 30 hari dan bulan-bulan Rajab dan Sya’ban.

Terdapat ikhtilaf berkaitan dengan proses turunnya Al-Quran secara bertahap (tadriji)[7] kerana ada perbezaan mengenai bilakah terjadinya pengangkatan nabi.[8] Pendapat yang paling terkenal adalah nabi Muhamad (s.a.w) pada hari Isnin tanggal 27 rejab bertepatan dengan awal bulan Februari tahun 610 masihi menerima mandat dari Allah (s.w.t).[9] Saat itu turun lima ayat pertama dari surah al-‘Alaq.[10] Kemudian turun lagi ayat yang lain dan ianya terus berlangsung sampai wafatnya nabi Muhammad (s.a.w), yang berlangsung selama dua puluh tiga tahun.

Sebahagian ada yang mengatakan bahawa dari zaman bi’tsah hingga zaman turun Al-Quran secara bertahap itu adalah ayat-ayat Al-Quran yang jika dihimpun akan menjadi satu kitab al-Quran. Tidak ada bezanya meskipun itu hanya turun lima ayat ketika beliau diangkat menjadi nabi. Namun saat itu beliau belum mendapat tugas untuk menyampaikannya secara meluas.[11]

Rasulullah setelah menyampaikan dakwahnya selama tiga tahun secara sembunyi-sembunyi mendapatkan perintah lagi untuk menyampaikan dakwah secara terang-terangan dan saat itulah Al-Quran kemudian turun sebagai sebuah satu kitab dari langit. Jadi, walaupun peristiwa pengangkatan sebagai nabi itu terjadi di bulan Rejab namun yang diturunkan secara bertahap itu tiga tahun setelahnya dan ianya di malam Lailatul Qadar di bulan Ramadhan.[12]

Dalilnya, adalah beberapa riwayat yang menjelaskan bahawa tempoh waktu yang direntas dalam proses turunnya Al-Quran berlangsung selama 20 tahun.[13] Menurut pandangan ini[14] masa penurunan Al-Quran wahyu sebagai sebuah kitab Al-Quran pada tahun keempat dari kenabian; iaitu sekitar tiga tahun lebih lima puluh enam hari setelah bi’tsat dan terus turun hingga masa wafatnya Rasulullah (s.a.w) iaitu tanggal 28 Safar tahun ke 11 hijriyah.

Kesimpulannya, dan mengingat bahawa sekarang kita telah melepasi 1428 tahun sejak hijrah nabi dan bi’tsah nabi kira-kira 13 tahun sebelum hijrah, maka – berdasarkan pendapat pertama - sejak ayat yang pertama turun sampai sekarang telah berlalu 1440 tahun Qamariyah dan kalau mengikuti pendapat kedua kita telah melepasi 1437 Qamariyah.

Menurut sebahagian para ahli sejarah tahun bi’tsat terjadi di awal Februari tahun 610 hijriyah Masihi, atas dasar itu pula kita dapat menghitung awal tahun turunnya wahyu berdasarkan perhitungan tahun Masihi. []



[1]. “Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah pemberi peringatan. (Qs, al-Dukhan [44]:3); Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) pada malam Lailatul Qadr al-Qadar.” (Qs. Al-Qadar [97]:1)

[2]. (Beberapa hari yang telah ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya Al-Qur'an diturunkan sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeda (antara yang hak dan yang batil).  (Qs. Al-Baqarah [2]:185)

[3]. Tarikh Thabari, jil. 2:300.

[4]. Wasail Syiah, bab 32, Ahkam syahr Ramadhan

[5]. Dan sesungguhnya Al-Qur’an itu dalam induk al-Kitab (Lauh Mahfûzh) di sisi Kami adalah benar-benar tinggi (nilainya) dan amat banyak mengandung hikmah.” (Qs. Al-Zukhruf [43]:4)

[6]. Ayatullah Jawadi Amuli, Tafsir Ma’udhui, jil. 3, hal. 139-153.

[7]. Dan Kami telah memisah-misahkan ayat-ayat Al-Qur’an itu agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya dengan berangsur-angsur. (Qs. Isra [17]:106)

[8]. Târikh Ya’qubi jil. 2, hal. 17. Târikh al-Khamis, jil. 1, hal. 280-281. Târikh Abi al-Fadâ, jil. 1, hal. 115.

[9]. Pazuhesyi dar Târikh al-Qur’an hal:36. Jil. 18, hal. 189, hadits ke-21; Furu’ al-Kâfi, jil. 4, hal. 149, hadis ke-1 dan 2; Wasâil al-Syiah, jil. 7, hal. 329, bab 15. Al-Sirah al-Halabiyah, jil. 1, hal. 238; al-Tamhid fii ‘Ulum al-Qur’ân, hal. 100-107.

[10]. Bihârul Anwâr jil. 18, hal. 206, hadis ke-36.

[11]. Maka sampaikanlah secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik.” (Qs. Al-Hijr [15]:94).  Bihâr al-Anwâr, jil. 18, hal. 53, hadis ke-7 dan hal. 179, hadis ke-10, hal. 177, hadis ke-4, dan hal. 193, hadis ke-29; Tarjameh Ayati, jil. 1, hal. 379. Târikh Ya’qubi, jil. 1, hal. 343; al-Sirah Ibnu Hisyam, jil. 1, hal. 280; al-Manâqib, jil. 1, hal. 40; al-Ghaibah, hal. 217.

[12]. Majma’ Al-Bayan, jil. 2, hal. 276, Al-Itqân, jil. 1, hal. 40; Tafsir Kabir Imâm Razi, jil. 5, hal. 85; al-Manâqib, jil. 1, hal. 150; Syaikh Mufid dar Syarh-e ‘Aqâid Shaduq, hal. 58; Sayid Murtadha pada Jawab al-Masail al-Tarablusiyat al-Tsâlitsa, hal. 403-405.

[13]. Al-Ushul min al-Kâfi, jil. 2, hal. 628, Tafsir ‘Ayyâsyi, jil. 1, hal. 80, hadis ke-184. Shaduq, al-I’tiqâdat, hal. 101; Bihâr al-Anwâr, jil. 18, hal. 250, hadis ke-3, dan hal. 253; al-Itqân, jil. 1, hal. 40 dan 45; Tafsir Syubbar, hal. 350; Mustadrak al-Hakim, jil. 2, hal. 610; Asbab al-Nuzul, hal. 3; al-Bidayah al-Nihayah, jil. 3, hal. 4; Târikh Ya’qubi, jil. 2, hal. 18.  

[14]. Untuk telaah lebih jauh, silahkan lihat, Tamhid fi Ulum al-Qur’ân, hal 100-129.

Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah maksud wahdatul wujud?
    17989 Falsafah Islam 2014/04/20
    Maksud golongan irfan dan ahli hikmah tentang wahdatul wujud bukanlah satu set dunia kewujudan yang dikatakan sebagai Allah (s.w.t). Ini disebabkan penggolongan wujud dan wahdat bukanlah sesuatu yang hakiki. Begitu juga ianya tidak bermaksud penyatuan Allah (s.w.t) dengan kewujudan-kewujudan kerana perkara itu adalah mustahil (dengan maksud dua ...
  • Sebenarnya berapa lama proses penurunan Al-Quran baik secara serentak mahupun secara beransur?
    60436 Ulum Al-Quran 2011/08/20
    Turunnya Al-Quran secara serentak (daf’i) berlangsung di bulan Ramadhan, di malam Lailatul Qadar. Sebahagian riwayat memperkuatkan anggapan seperti ini bahawa malam Lailatul Qadar  ialah ...
  • Apakah wahyu itu? Dan bagaimanakah wahyu itu diturunkan kepada para nabi?
    50982 Al-Quran 2011/01/01
    Wahyu dari sudut bahasa bererti isyarah -petunjuk- cepat yang boleh diketogorikan dari jenis perkataan, atau dari kod-kod percakapan, atau dari bentuk suara yang "tunggal", baik dalam bentuk suara yang tersusun atau dalam bentuk tanda dan seumpamanya.Makna-makna dan penggunaan-penggunaan yang berbeza-beza dari kalimat ini ...
  • Sandaran (sanad) dua ayat terakhir dari surah at-Taubah dan peristiwa di dalamnya?
    31188 Tafsir 2010/12/29
    Secara umum yang dimaksud dengan "sanad" dari soal yang diajukan sangat tidak jelas dan masih kabur. Dan zahirnya pertanyaan begini tidak memiliki jawapan khusus. Namun boleh jadi tujuan dari pengajuan pertanyaan tersebut adalah ingin memahami sebab-sebab penurunan ayat tersebut (sya'n an-nuzul) atau penafsiran dari ayat yang dimaksudkan. Atau ...
  • Apakah terdapat syarat lain selain bersikap adil untuk melakukan poligami?
    14173 Huquq Dan Ahkam 2012/11/11
    Berdasarkan pelbagai kebutuhan dan kemaslahatan personal dan sosial, Islam membolehkan poligami. Dalam hal ini, Islam memberikan beberapa syarat bagi mereka yang ingin melakukan poligami: Pria harus bersikap adil kepada para istrinya. Jumlah istri permanen (dâim) tidak boleh lebih dari empat. Izin istri diperlukan ...
  • Mengapakah mazhab Syiah merupakan sebaik-baiknya mazhab?
    23986 Teologi 2013/02/02
    Keunggulan mazhab Syiah adalah disebabkan "kebenarannya". Pada setiap suatu ketika, agama yang benar hanya terhad pada satu agama. Sedangkan agama-agama lain yang masih wujud samada pada asasnya adalah batil, atau tidak berasas, dan telah punah atau telah dihapuskan oleh agama yang datang setelahnya. Syariat yang benar pada ...
  • Apakah pandangan Islam tentang kebebasan berfikir?
    17163 Teologi Klasik 2014/05/22
    Persediaan paling penting bagi perkembangan manusia ialah pemikiran dan sudah menjadi suratan bahawa persediaan ini memerlukan kebebasan, iaitu tidak ada kebuntuan dan halangan di hadapannya. Menurut pandangan Islam, seseorang muslim mempunyai hak untuk berfikir dan memang perlu berfikir. Dalam berbagai ayat, al-Qur’an yang mulia menyeru manusia untuk ...
  • Siapakah yang akan masuk ke dalam syurga?
    12350 Teologi Klasik 2013/01/24
    Dengan mengamati ayat-ayat al-Qur'an dapatlah difahami bahawa syurga merupakan janji tetap Allah (s.w.t) yang telah diperuntukkan bagi orang-orang "muttaqin", "mu’min" dan orang yang patuh terhadap seluruh perintah Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w). Orang seperti ini adalah insan yang benar-benar bahagia dan berjaya. Dengan menyemak ...
  • Siapakah yang bertanggungjawab mengumpulkan khumus di zaman Imam Ali As?
    9781 تاريخ بزرگان 2011/07/19
    Seluruh kaum Muslimin meyakini bahawa khumus merupakan salah satu kewajipan yang ditetapkan oleh Allah (s.w.t) dan harus dikerjakan. Hukum ini berlaku sejak zaman ia disyariatkannya. Ertinya hukum ini sentiasa berlaku semenjak setelah tamat perang Badar (dan seterusnya) di mana selain Rasulullah (s.a.w), Imam Ali (a.s) juga merupakan salah seorang yang ...
  • Apakah bonda Imam Mahdi (a.j.) juga digolong sebagai maksum?
    9839 Sirah Para Maksumin a.s 2011/10/22
    Dalam pandangan Syiah, yang mempunyai kedudukan maksum (dalam erti umum) hanyalah para nabi dan pengganti mereka. Erti maksum di sini adalah bahawa mereka suci dari setiap kesalahan, kelupaan dan perbuatan dosa sepanjang hidup mereka, sama ada dalam memahami sesuatu, dalam menyampaikan wahyu, ataupun dalam pelaksanaan hukum Syarak. ...

Populer Hits