Carian Terperinci
Pengunjung
7271
Tarikh Kemaskini 2011/11/23
Ringkasan pertanyaan
Apakah perbezaan antara wilāyatul faqih mutlak dan wilāyatul faqih?
soalan
Apa perbezaan antara wilāyatul faqih mutlak dan wilāyatul faqih?
Jawaban Global

Kekuasaan-kekuasaan wali faqih dapat dikaji dalam dua paksi berikut:

  1. Wali faqih memiliki wilāyah atas orang ramai.

  2. Wali faqih memiliki kuasa atas berbagai urusan.

Apabila autoriti wali faqih kita anggap tidak terbatas pada beberapa orang tertentu (seperti orang gila, anak yatim dan sebagainya) dan kekuasanya tidak terhad pada urusan-urusan seperti (pengadilan dan fatwa) maka sebenarnya kita sudah meyakini tentang konsep wilāyatul mutlak faqih. Selain daripada gambaran ini, wilāyah mutlak tidak boleh disabitkan bagi seorang faqih.

Jawaban Detil

Kemenangan revolusi Islam (baca: pemikiran politik Islam) telah menarik perhatian para pemikir dan cendekiawan dalam dan luar negara. Salah satu terminologi penting Fikah yang merupakan noktah penting pemikiran politik Islam ialah masalah wilāyatul faqih. Banyak perbahasan tentang makna, dalil-dalil, keluasan kekuasaan dan sebagainya berkenaan dengan terma teknik fikah ini. Untuk memahami perbezaan antara ‘wilāyatul faqih’ dan ‘wilāyatul mutlak fakih’, kita perlu mengamati beberapa perkara di bawah ini:

A.    Makna wilāyatul: Wilāyah dalam bahasa Arab adalah kata terbitan daripada perkataan “wali” yang bermakna kedekatan dan kekerabatan.[1] Wilāyah yang bukan bermaksud demikian berada dalam dua pengertian: 1. Kekuasaan. 2. Kepemimpinan dan pemerintahan.[2]

B.    Makna wilāyatul faqih: Sebagaimana yang telah disebutkan bahawa wilāyatul bermakna menjadi wali, pengurus dan pelaksana. Apabila dikatakan bahawa faqih memiliki wilāyah ertinya adalah ialah faqih jāmi’ al-syarā’it (baca: marja’ taklid) memiliki autoriti dan tanggung jawab dari sisi Syari’ Muqaddas (Allah (s.w.t)) untuk menjelaskan peraturan-peraturan Ilahi dan melaksanakan hukum-hukum agama serta mengatur masyarakat Islam di zaman ghaibah.”[3]

Namun sebahagian orang mendakwa bahawa makna wali di sini adalah “ketuanan”, “kekuasaan” dan “pimpinan” yang menjelaskan “wali” (pimpinan) atau “maula ‘alaih” (yang di pimpin). Tetapi yang dimaksud dengan redaksi ini ialah: “Pengelolaan urusan (atas yang dipimpin) dan pengaturan untuk melayani orang yang dipimpinnya (maula ‘alaih).”[4]

C.    Makna mutlaknya wilāyatul faqih:

Dalam fikah disebut bahawa wilāyatul telah ditetapkan bagi sebahagian orang seperti wilāyatul ayah dan datuk (dari pihak ayah) atas anaknya (belum matang), atas orang gila, atau orang yang kurang akalnya.[5] Dalam hal ini, urusan anak (perempuan atau lelaki) berada di bahu ayahnya atau datuknya (dari pihak ayah) di mana ayah atau datuknya mengatur dan mengelola urusan anak-anaknya untuk kemaslahatan mereka.

Demikian juga wilāyah wakil atas orang yang diwakilinya menjadi sah selama orang itu masih hidup. Hal yang lain juga dapat ditetapkan sebagaimana disebutkan dalam kitab-kitab fikah. Dengan demikian, inti wilāyah atas orang lain merupakan hal-hal yang pasti dalam fikah Islam di mana salah satu dari wilāyah tersebut adalah wilāyatul faqih.

Akan tetapi perbincangan yang dikemukakan di sini ialah apakah wilāyatul faqih termasuk dalam perbahasan wilāyah ayah atau datuk (dari pihak ayah) atau jenis wilāyatul yang bermakna pengelolaan dan pengaturan kehidupan masyarakat?

Apa yang pasti (di sini) adalah seluruh faqih sepakat ia tertakluk pada masalah intisari ketetapan wilāyatul faqih dan perbezaan mereka pada keluasan dan daerah kekuasaan wali faqih di mana apabila berbagai kekuasaannya merupakan jenis wilāyatul yang bermakna pengaturan urusan masyarakat maka kita telah sampai pada makna wilāyatul mutlak (seorang faqih).

Wilāyatul mutlak faqih merupakan satu terminologi fikah yang menyoroti bidang aktiviti wilāyah, orang-orang yang berada di bawah naungan wilāyah dan mengingkari berbagai batasan dalam bidang ini. Dengan kata lain, terminologi ini menjelaskan bahawa domain wilāyatul faqih tidak terbatas khusus kepada orang tertentu seperti orang gila, orang tua dan sebagainya, bahkan berkaitan dengan semua orang dan seluruh hukum dan sifatnya pula adalah mutlak. Imam Khomeini (r.a) dalam hal ini berkata, “Apa sahaja yang berkaitan dengan Nabi (s.a.w) dan para Imam Maksum (a.s) dari perspektif wilāyah dan kepemimpinan, maka urusan itu juga dikaitkan dengan faqih. Namun kekuasaan-kekuasaan yang tidak dikaitkan dengan mereka, tidak disabitkan juga untuk Faqih.”[6]

Berkenaan tugas-tugas faqih yang memenuhi syarat (marja’ taklid), Syaikh Anshari berkata: “Tugas-tugas faqih yang memenuhi syarat adalah: 1. Memberikan fatwa. 2. Memerintah (mengadili). 3. Kekuasaan dalam memanfaatkan harta dan jiwa”[7] Ia melanjutkan: “Benar bahawa setiap urusan masyarakat merujuk kepada pemimpinnya sesuai dengan tuntutan ini, para faqih adalah ulil amr, ada benarnya (laa yab’ud) kalau dalam hal ini kita berkata [bahawa masyarakat] merujuk kepada seorang faqih.”[8]

Memang benar sebahagian faqih tidak menerima kuasa faqih yang luas seperti ini dan mereka memandang bahawa kekuasaan faqih hanya dapat ditetapkan pada dua pos iaitu memberikan fatwa dan mengadili.[9]

Dengan penjelasan ini maka jelaslah bahawa mutlaknya wilāyatul faqih merupakan sebuah terminologi teknikal fikah yang berada pada peringkat menjelaskan luasnya aktiviti dan tugas wali faqih dan tidak terbatas (muqayyad) orang-orang gila dan anak-anak yatim.

Catatan:

Malangnya sesetengah orang mengambil kesimpulan secara tidak sesuai dengan definisi ‘wilāyatul mutlak faqih’ dan menganggap bahawa ‘wilāyatul mutlak faqih’ ini sinonim dengan “pemerintahan mutlak”[10] atau “kebebasan mutlak faqih.”[11]

Akan tetapi dengan penjelasan sebelumnya menjadi terang bahawa pertama, yang dimaksudkan dengan wilāyatul mutlak dan mutlaknya wilāyatul adalah “Faqih harus menjelaskan seluruh hukum Islam (bukan sebahagian). Kedua, tatkala dua hukum saling berselisihan (tazahum), faqih yang cukup syarat-syaratnya, harus menjalankan hukum yang lebih penting (aham).”[12] Ini sekali-kali tidak bermakna bahawa wali faqih dapat mengeluarkan hukum dan fatwa-fatwa yang bertentangan dengan perkara ini tanpa memandang kemaslahatan dan hukum-hukum Islam.[13] []



[1]. Abdul Qadir Razi, Mukhtar al-Shihah, (Shihah Jauhari), klausa wali, hal. 631, Intisyarat-e al-Risala.h

[2]. Ibid; Mu’jam al-Wasith, hal. 1058, Intisyarat Dar al-Da’wah.

[3]. Abdullah Jawadi Amuli, Wilâyat Faqih, hal. 463, Instiyarat Isra.

[4]. Mahdi Hadawi Tehrani, Wilâyat wa Diyânat, hal. 65, Intisyarat Khane Kherad.

[5]. Muhammad Hasan Najafi, Jawâhir al-Kalâm, jil. 22, hal. 322, CD Jami’ Fiqh Ahlubait (a.s).

[6]. Imam al-Khomeini, Kitâb al-Ba’i, jil. 2, hal. 664.

[7]. Ibid, hal. 654.

[8]. Syaikh Murtadha Ansari, al-Makâsib al-Muharramah, jil. 3, hal. 545.

[9]. Ibid.

[10]. Sayid Abul Qasim Khui, Tanqih Fii Syarh al-‘Urwat al-Wutsqa, jil. 1, hal. 418, CD Jame’ Fiqh Ahlubait (a.s).

[11]. Wilâyat wa Diyânat, hal. 125

[12]. Wilâyat Faqih, hal. 463, Intisyarat Isra.

[13]. Untuk keterangan lebih lanjut: Sila rujuk, Pertanyaan 20 (Site: 220) dan Pertanyaan 32 (Site: 265)

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Mengapakah agama sempurna tidak diutuskan sekaligus dan pada satu tempat? Pada asasnya apakah kepentingan beransur-ansur?!
    6811 Teologi Baru 2012/04/15
    Dari satu perspektif, agama secara beransur-ansur adalah satu perkara yang bersesuaian dengan kemampuan berfikir dan rohani insan. Dari perspektif yang lain pula ialah mengikut keperluan-keperluan, ujian-ujian duniawi dan sosial. Dengan ini, oleh kerana manusia pada zaman dahulu tidak mempunyai pemikiran yang lazim, mereka tidak berdaya memperolehi pengetahuan-pengetahuan ...
  • Bagaimana kita dapat membezakan antara ujian dengan seksa atau azab Ilahi?
    15671 Teologi Klasik 2011/07/18
    Sudah tentu sebahagian urusan-urusan terdiri daripada bala dan ujian-ujian Tuhan, supaya manusia dapat memberikan reaksi yang jelas dalam menghadapinya, dan tindak balas mereka dalam menghadapi kejadian ini akan membentuk sifat peribadi dan batin secara hakiki. Demikian juga dari sisi niat dan kebiasaan dalam memberikan reaksi atas musibah, ...
  • Apakan yang ciri-ciri penting seorang penduduk bandar dalam masyarakat Islam?
    12733 Akhlak Praktikal 2014/04/20
    Agama Islam sebagai penutup syariat Ilahi merupakan agama yang menyeluruh dan sempurna. Oleh sebab itu, Islam mengambil berat tentang hukum dan undang-undang sosial seperti hukum-hakam seseorang individu dalam sebuah masyarakat. Menurut pandangan Islam, terdapat prinsip dan penguatkuasaan dalam kehidupan sosial dan hubungan individu sebuah masyarakat yang mana ...
  • Mengapakah hanya nama sebahagian kecil para nabi disebutkan di dalam al-Qur'an?
    14495 Ulum Al-Quran 2011/10/22
    Al-Qur'an bukanlah kitab sejarah, sirah atau mu'jam seseorang sehingga kita boleh mengkaji riwayat hidup para nabi dan menyenarai nama-nama mereka di dalamnya. Al-Qur'an merupakan kitab petunjuk, pengajaran, tarbiyah, penyucian dan peringatan. Matlamat ini boleh dicapai dengan sekadar menyebut sebahagian nama dan riwayat hidup para nabi yang hidup sebelumnya ...
  • Apa hukumnya apabila seseorang membaca “walāẓāllīn” sebagai ganti “walāḍḍāllin? dalam solat”?
    6045 Huquq Dan Ahkam 2011/04/19
    Berdasarkan fatwa seluruh marja’ agung taqlid, bahawa tajwid dan bacaan sedemikian apabila dilakukan dengan sengaja, maka sudah tentu akan membatalkan solat. Imam Khomeini Ra dalam masalah ini berkata, “Jikalau seseorang tidak mengetahui salah satu daripada kalimah-kalimah surah al-Fatihah atau surah-surah lainnya atau sengaja tidak membacanya, atau membaca satu huruf sebagai ...
  • Sejarah dan asal usul pemikiran Baha’iyyah.
    12895 Teologi Klasik 2012/01/19
    Pengasas dan pelopor aliran Baha’iyyah adalah Mirza Hussain Ali Nuri yang memeluk ideologi Ali Muhammad Bab dan beriman dengan dakwaan-dakwaannya setelah kemunculan dan huru-hara Ali Muhammad Bab dengan propaganda Mullah Husein Busyrawiyah. Setelah kematian Bab dan berpaling dari mentaati saudaranya Yahya Subḥ Azal (Pengganti Bab), Mirza Hussain Ali Nuri ...
  • Apakah syarat-syarat untuk bermubahalah? Dalam perkara apa dibenarkan bermubahalah? Apakah mubahalah akan benar-benar terjadi?
    17884 Teologi Klasik 2014/05/20
    Mubahalah ialah saling melaknat sehingga barangsiapa yang berada di dalam kebatilan akan berada dalam kemurkaan Allah (s.w.t), kemudian diketahuilah pihak mana yang berada di dalam kebenaran manakala kebenaran dapat diketahui dan dikenal pasti perbezaannya mengatasi kebatilan. Mubahalah merupakan sebuah doa dan memiliki ciri-ciri dan juga syarat-syarat khusus ...
  • Apa yang dimaksudkan dengan "Makhluk yang pertama sekali diciptakan oleh Allah adalah akal?”
    14029 Falsafah Islam 2011/07/21
    Akal (dalam istilah falsafah yang mungkin boleh dikatakan adalah sebagai malaikat seperti dalam istilah syar'i dan al-Qur'an) adalah sesuatu yang mujarrad (bukan material) sempurna, baik secara zat mahupun secara perbuatan (fi’li).Akal yang bukan material dan bukan jasmani tidak memerlukan badan atau ...
  • Mengapa warisan wanita setengah dari warisan lelaki?
    8821 Huquq Dan Ahkam 2011/04/19
    Salah satu sebab banyaknya kuota warisan lelaki dibanding dengan saham wanita adalah nafkah wanita berada di bahu lelaki. Ertinya lelaki di samping harus menyiapkan wang belanja untuk dirinya ia juga memiliki tugas untuk menyiapkan biaya hidup bagi wanita (isteri) dan anak-anaknya. Di sisi lain, lelaki adalah pihak yang ...
  • Apa hubungan antara rezeki yang telah ditakdirkan dan usaha manusia?
    25582 Teologi Klasik 2011/04/19
    Rezeki terdiri dari dua jenis. Rezeki yang kita cari dan rezeki yang datang dengan sendirinya. Dalam riwayat, rezeki yang datang kepada kita disebut sebagai “rezeki thālib” (yang mencari) dan rezeki yang kita cari dinamakan “rezeki mathlūb

Populer Hits