Carian Terperinci
Pengunjung
17767
Tarikh Kemaskini 2010/11/14
Ringkasan pertanyaan
Apakah Feminisme (fahaman kewanitaan) itu?
soalan
Apakah Feminisme (fahaman kewanitaan) itu?
Jawaban Global
Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail.
Jawaban Detil

Feminis adalah satu perkataan yang diambil daripada kalimat Perancis (féminisme) dan berasal dari kata Latin (femind), kemudian berlaku sedikit perubahan. Dalam bahasa Inggeris dan juga Jerman, kata itu mempunyai erti yang sama.

Feminine (feminim) bermakna wanita atau jenis perempuan. Istilah Feminisme dapat digunakan untuk dua makna. Makna pertama adalah makna yang telah digunakan secara umum dan telah dikenal, yakni sebuah pemikiran dan kebangkitan untuk membela hak-hak wanita atas laki-laki dalam dimensi sosial, ekonomi dan politik. Di dalam bahasa Persia, kata feminis sepadan dengan kata zan sâlari , zan gerâ-i dan lain-lain. Jelasnya bahawa dengan semakin laju dan majuya pelbagai pemikiran, muncul pula berbagai organisasi, lembaga dan yayasan yang bergerak dalam bidang kewanitaan dengan nama dan label yang bermacam-macam, seperti: organisasi wanita, lembaga wanita, emansipasi wanita, kebangkitan wanita, dan lain-lain.

Makna kedua adalah: Sifat dan prilaku kewanitaan yang nampak pada laki-laki. Makna yang kedua ini tidak termasuk dalam perbahasan kita.

Feminisme sebagai sebuah gerakan untuk membela hak-hak wanita atas lelaki, mempunyai latar belakang yang panjang. Gerakan itu muncul sejak beberapa ratus tahun yang lalu. Akan tetapi dapat dikatakan bahawa istilah itu baru digunakan secara rasmi pada abad pertengahan sembilan belas Masehi. Untuk tujuan merealisasikan pemikiran Feminisme, secara perlahan muncullah pelbagai bentuk lembaga dan organisasi. Berbagai-bagai cara dan metod dilakukan untuk mencapai tujuan dan keinginan mereka. Dari dimensi sejarah perkembangannya, Feminisme dapat dibahagi kepada dua bentuk.

Bentuk Pertama: Sejak permulaan abad 19 sampai tahun 1920-an setelah perang dunia pertama).

Bentuk Kedua: Sejak dasawarsa 60-an dan seterusnya.

Yang jelas bahawa Feminisme, pada awal gerakannya adalah merupakan kebangkitan untuk menuntut hak-hak wanita yang mula terjadi di Amerika. Ertinya dalam menghadapi pelecehan wanita yang berkaitan dengan masalah seks. Ketika itu mereka memulakan gerakannya untuk tujuan menuntut hak-haknya yang hanya berdasarkan pandangan dimensi sosial, dan kemudian dimensi agama juga mengalami perkembangannya.

Tentunya titik-titik kelemahan gerakan Feminisme ini mula kelihatan. Walaupun demikian, pada tahun 1970 – 1980 berbagai-bagai gerakan feminis itu tumbuh bagai cendawan. Gerakan-gerakan tersebut terbentuk bermula daripada kelompok-kelompok yang ekstrim sampai kepada kelompok-kelompok yang bersifat keagamaan. Akibatnya adalah, munculnya berbagai idea, pemikiran dan pandangan mengenai feminis. Akan tetapi semuanya itu tidak memperhatikan hak-hak wanita yang sebenarnya. Oleh sebab itu, solusi lain yang sesuai harus dicari, sehingga tidak ada lagi pelecehan atas hak-hak wanita. Dan adanya pelbagai topik perbahasan tentang feminis yang juga menimbulkan ikhtilaf dan perbezaan pemikiran di antara mereka.

Beberapa aliran Feminisme yang ada pada saat ini adalah: Feminisme Liberal, Feminisme Marxisme, Feminisme Radikal, Feminisme Sosial, Feminisme pra-Moden, Feminisme Islam dan lain-lain. Gerakan Feminis yang mempunyai latar belakang yang panjang, telah masuk ke negara-negara Islam dengan cara dan jalan yang beraneka rupa sejak akhir abad 19.

Feminisme sebagai sebuah kebangkitan dan gerakan sosial, setelah melakukan aktivitinya selama beberapa dekad, telah mampu melahirkan pelbagai pandangan dan pemikiran yang dituangkan dalam bentuk lembaga yang mereka namakan Women’s Studies (pengkajian wanita) iaitu sebuah lembaga ilmiah. Di samping itu pula, telah berhasil membentuk gerakan baru yang melahirkan pakar-pakar dalam bidang kewanitaan.

Dengan memerhatikan satu hal yang sangat penting tentang munculnya gerakan Feminisme Barat sebagai sebuah gerakan sosial dan budaya, maka berbagai-bagai kritikan serius juga telah dilontarkan kepada setiap dasar dan pandangan feminis yang bermaca-macam itu. Namun untuk membahas persoalan tersebut memerlukan waktu dan kesempatan yang lain.[]

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah maksud wahdatul wujud?
    17989 Falsafah Islam 2014/04/20
    Maksud golongan irfan dan ahli hikmah tentang wahdatul wujud bukanlah satu set dunia kewujudan yang dikatakan sebagai Allah (s.w.t). Ini disebabkan penggolongan wujud dan wahdat bukanlah sesuatu yang hakiki. Begitu juga ianya tidak bermaksud penyatuan Allah (s.w.t) dengan kewujudan-kewujudan kerana perkara itu adalah mustahil (dengan maksud dua ...
  • Sebenarnya berapa lama proses penurunan Al-Quran baik secara serentak mahupun secara beransur?
    60436 Ulum Al-Quran 2011/08/20
    Turunnya Al-Quran secara serentak (daf’i) berlangsung di bulan Ramadhan, di malam Lailatul Qadar. Sebahagian riwayat memperkuatkan anggapan seperti ini bahawa malam Lailatul Qadar  ialah ...
  • Apakah wahyu itu? Dan bagaimanakah wahyu itu diturunkan kepada para nabi?
    50982 Al-Quran 2011/01/01
    Wahyu dari sudut bahasa bererti isyarah -petunjuk- cepat yang boleh diketogorikan dari jenis perkataan, atau dari kod-kod percakapan, atau dari bentuk suara yang "tunggal", baik dalam bentuk suara yang tersusun atau dalam bentuk tanda dan seumpamanya.Makna-makna dan penggunaan-penggunaan yang berbeza-beza dari kalimat ini ...
  • Sandaran (sanad) dua ayat terakhir dari surah at-Taubah dan peristiwa di dalamnya?
    31188 Tafsir 2010/12/29
    Secara umum yang dimaksud dengan "sanad" dari soal yang diajukan sangat tidak jelas dan masih kabur. Dan zahirnya pertanyaan begini tidak memiliki jawapan khusus. Namun boleh jadi tujuan dari pengajuan pertanyaan tersebut adalah ingin memahami sebab-sebab penurunan ayat tersebut (sya'n an-nuzul) atau penafsiran dari ayat yang dimaksudkan. Atau ...
  • Apakah terdapat syarat lain selain bersikap adil untuk melakukan poligami?
    14173 Huquq Dan Ahkam 2012/11/11
    Berdasarkan pelbagai kebutuhan dan kemaslahatan personal dan sosial, Islam membolehkan poligami. Dalam hal ini, Islam memberikan beberapa syarat bagi mereka yang ingin melakukan poligami: Pria harus bersikap adil kepada para istrinya. Jumlah istri permanen (dâim) tidak boleh lebih dari empat. Izin istri diperlukan ...
  • Mengapakah mazhab Syiah merupakan sebaik-baiknya mazhab?
    23986 Teologi 2013/02/02
    Keunggulan mazhab Syiah adalah disebabkan "kebenarannya". Pada setiap suatu ketika, agama yang benar hanya terhad pada satu agama. Sedangkan agama-agama lain yang masih wujud samada pada asasnya adalah batil, atau tidak berasas, dan telah punah atau telah dihapuskan oleh agama yang datang setelahnya. Syariat yang benar pada ...
  • Apakah pandangan Islam tentang kebebasan berfikir?
    17163 Teologi Klasik 2014/05/22
    Persediaan paling penting bagi perkembangan manusia ialah pemikiran dan sudah menjadi suratan bahawa persediaan ini memerlukan kebebasan, iaitu tidak ada kebuntuan dan halangan di hadapannya. Menurut pandangan Islam, seseorang muslim mempunyai hak untuk berfikir dan memang perlu berfikir. Dalam berbagai ayat, al-Qur’an yang mulia menyeru manusia untuk ...
  • Siapakah yang akan masuk ke dalam syurga?
    12350 Teologi Klasik 2013/01/24
    Dengan mengamati ayat-ayat al-Qur'an dapatlah difahami bahawa syurga merupakan janji tetap Allah (s.w.t) yang telah diperuntukkan bagi orang-orang "muttaqin", "mu’min" dan orang yang patuh terhadap seluruh perintah Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w). Orang seperti ini adalah insan yang benar-benar bahagia dan berjaya. Dengan menyemak ...
  • Siapakah yang bertanggungjawab mengumpulkan khumus di zaman Imam Ali As?
    9781 تاريخ بزرگان 2011/07/19
    Seluruh kaum Muslimin meyakini bahawa khumus merupakan salah satu kewajipan yang ditetapkan oleh Allah (s.w.t) dan harus dikerjakan. Hukum ini berlaku sejak zaman ia disyariatkannya. Ertinya hukum ini sentiasa berlaku semenjak setelah tamat perang Badar (dan seterusnya) di mana selain Rasulullah (s.a.w), Imam Ali (a.s) juga merupakan salah seorang yang ...
  • Apakah bonda Imam Mahdi (a.j.) juga digolong sebagai maksum?
    9839 Sirah Para Maksumin a.s 2011/10/22
    Dalam pandangan Syiah, yang mempunyai kedudukan maksum (dalam erti umum) hanyalah para nabi dan pengganti mereka. Erti maksum di sini adalah bahawa mereka suci dari setiap kesalahan, kelupaan dan perbuatan dosa sepanjang hidup mereka, sama ada dalam memahami sesuatu, dalam menyampaikan wahyu, ataupun dalam pelaksanaan hukum Syarak. ...

Populer Hits