Please Wait
6014
Berdasarkan fatwa seluruh marja’ agung taqlid, bahawa tajwid dan bacaan sedemikian apabila dilakukan dengan sengaja, maka sudah tentu akan membatalkan solat. Imam Khomeini Ra dalam masalah ini berkata, “Jikalau seseorang tidak mengetahui salah satu daripada kalimah-kalimah surah al-Fatihah atau surah-surah lainnya atau sengaja tidak membacanya, atau membaca satu huruf sebagai ganti huruf yang harus dibacanya, misalnya “ẓā” ((ظ sebagai ganti “ḍād” (ض), atau tempat yang mesti dibaca tanpa kasrah dan fathah malah dibacanya dengan kasrah dan fathah, atau tidak membaca tasydid, maka solatnya batal.”[1]
Dari masalah fekah yang diutarakan di atas, dapatlah dikatakan bahawa apabila seseorang itu dengan sengaja mambaca ẓāi (ز) sebagai ganti ḍād (ض) ketika membaca kalimah " وَ لاَ الضَّالِّینَ", maka solatnya tidak sah sebagaimana hal ini juga telah ditegaskan oleh Ayatullah al-ʽUẓma Sīstani.[2]