Carian Terperinci
Pengunjung
20819
Tarikh Kemaskini 2011/06/21
Ringkasan pertanyaan
Apa yang menjadi faktor yang menyebabkan manusia tersesat dari jalan lurus? Dan apakah hal ini bersifat ikhtiari atau tidak?
soalan
Apa yang menjadi faktor yang menyebabkan manusia tersesat dari jalan lurus? Dan apakah hal ini bersifat ikhtiari atau tidak?
Jawaban Global

Mengenal faktor penyimpangan dari jalan lurus memerlukan pengenalan definisi tentang “shirāt” (jalan) dan “mustaqim” (lurus). Dari segi bahasa, makna shirāt (jalan) adalah jalan besar, luas dan jelas. Makna “mustaqim” yang diambil dari klausa “qa-wa-ma,” bermakna sesuatu yang tidak menyimpang dan berliku. Dengan demikian, jalan lurus adalah “shirāt al-mustaqim” yang bertentangan dengan “jalan bengkang-bengkok”, iaitu sebuah jalan yang terjaga dari penyimpangan dan kesalahan. Ali (a.s) berkata, “al-yamin wa al-syimal mudhillah, wa al-thariq al-wustha hiya al-jaddah.”

Objek jalan lurus adalah “din qayyim” (agama yang lurus) yang dijelaskan oleh Allah (s.w.t) dalam kitab-Nya. Meskipun terdapat objek yang lain yang berkaitan jalan lurus ini seperti al-Qur’an dan para Imam Maksum (a.s). Shirāt al-Mustaqim tidak lebih dari satu, walaupun “subuluLlah” (jalan-jalan Allah) berbilang dan banyak serta bertentangan dengan jalan-jalan kesesatan (subul Al-Inhirafi). Jalan yang lurus adalah cabang dari jalan-jalan Allah yang berakhir di situ (berakhir di jalan Allah) atau dengan adanya kesatuan yang luas, ia memelihara jalan-jalan tersebut.

Terdapat banyak faktor, secara terpisah atau bersama yang menjadi sebab penyimpangan dan kesesatan manusia dari jalan lurus Ilahi. Di antaranya, kebodohan, keraguan, was-was pemikiran, terjerumus dalam berbagai syubhah, lalai, terpengaruh propaganda buruk atau tarbiyah jelek, lingkungan yang tidak sihat, meninggalkan perintah amar makruf dan nahi mungkar di kalangan kaum Muslimin, diamnya ulama di hadapan berbagai penyimpangan dan kesesatan individu dan sosial, ketidakadilan dan penganiayaan, berkuasanya para durjana dan kefakiran atas masyarakat, sangat mencintai dunia, tamak dan serakah, berangan-angan panjang dan melalaikan kematian, keegoan, takabur, angkuh dan memberi peluang kepada syaitan untuk berkuasa atas manusia melalui hawa nafsu, was-was yang menguasai akal dan fitrah manusia, berpaling daripada para wali Allah, dan bertaklid buta, lemahnya jiwa dan kehendak, tiadanya kesabaran dan keteguhan di atas jalan kebenaran, kerasnya hati akibat banyak perbuatan dosa dan akhirnya melupakan kedudukan dan darjat kemanusiaannya sebagai akibat dari melupakan Tuhan dan firman-Nya!

Namun semakin banyak dan kuatnya faktor-faktor ini, ia tidak mampu menafikan kehendak dan kebebasan manusia. Dengan kata lain, manusia diciptakan seperti itu sehingga ia memberdayakan akal, kemampuan pengelolaan dan pemikiran terhadap berbagai akibat, dapat bebas dari berbagai kebinasaan dan kesesatan lalu meluncur supaya sampai kepada puncak kebahagiaan. Semakin hal ini sulit baginya dan beban faktor-faktor penyimpangan semakin bertambah dan ia mampu mengatasinya, maka kenaikan dan pertempuran besar ini akan semakin bernilai baginya. Namun pekerjaan ini menurut pertuturan orang-orang besar memerlukan kemahuan dan semangat yang tinggi, “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.”

Jawaban Detil

Sebelum menjelaskan faktor-faktor yang menjadikan manusia menyimpang dari jalan lurus, perlulah kita jelaskan makna “shirāt” dan “mustaqim,” terlebih dahulu. “Shirāt” (jalan) secara bahasa bermakna jalan besar dan terang. Sebahagian ahli linguistik memandang bahawa asal usul kata “shirāt” adalah berasal dari “sirāt” (سراط) yang juga bermakna “jalan” kerana sifatnya terbuka dan umum,  jelas dan terang, seolah-olah menarik dan memajukan pelaksananya.  Namun sebahagian pengkaji redaksi al-Qur’an tidak membenarkan pandangan ini. Mereka menyatakan bahawa shirāt berasal dari kata berdiri sendiri dan tidak mengalami perubahan.

Redaksi “mustaqim” diambil dari klausa “qa-wa-ma” yang menegaskan pada tuntutan berdiri. Istiqāmat, menuntut berdirinya sesuatu dan tuntutan berdiri merupakan kiasan dari nampak dan sampainya pada karya-karya dan manfaat segala sesuatu. Oleh kerana kesan-kesan dan manfaat-manfaat berada pada jajaran yang sama, tidak berliku dan tidak menyesatkan orang yang berjalan, keadaan demikian disebut sebagai situasi qiyam. Dengan demikian, jalan yang lurus merupakan sebuah jalan yang tidak menyeleweng untuk menuntut itu dan ini.[1]

Oleh kerana itu, makna shirāt mustaqim adalah “jalan istiqāmah” yang bertentangan dengan “jalan bengkok”. Jalan bengkok dan berliku adalah jalan yang menyimpang dan tidak lurus. Sementara jalan lurus adalah jalan yang terkawal dari situasi menyimpang dan tidak lurus.[2]

Sebagaimana Amirul Mukminin (a.s) di mana dirinya sendiri adalah objek shirāt al-mustaqim[3] yang jelas telah berkata, “Jalan di kanan dan kiri adalah jalan yang menyesatkan Manakala jalan yang tengah adalah jalan yang sebenarnya.”[4]

Objek (mishdaq) shirāt al-mustaqim dalam pandangan al-Qur’an adalah “din al-qayyim” (agama yang lurus) sebagaimana ditegaskan pada surah al-An’am (6), ayat 161, Katakanlah, “Sesungguhnya aku telah diberi petunjuk oleh Tuhanku kepada jalan yang lurus, (iaitu) agama yang benar, agama Ibrahim yang lurus; dan Ibrahim itu bukanlah termasuk orang-orang yang musyrik.” Agama yang lurus juga adalah agama yang dengan sendirinya tegak dan menegakkan yang lain. Rahsia mengapa agama yang lurus (din al-qayyim) atau jalan yang lurus (shirāt al-mustaqim) ini disebut sebagai “millah Ibrahim” (agama Nabi Ibrahim) dan agama disandarkan kepada millah-nya adalah kerana Ibrahim mendemonstrasikan seunggul-unggulnya metodologi dan jalan. “Hanif” bermakna orang yang bergerak di tengah jalan dan lawan “hanif” ini adalah “mutajanif” iaitu orang yang memiliki kecenderungan ke kiri dan kanan.[5]

sudah tentu terdapat banyak penjelasan, penyesuaian (tathbiq) dan takwil atas shirāt al-mustaqim yang dinukil dari para Imam Maksum (a.s) dan para ulama. Penjelasan ini kami peruntukkan pada kesempatan lain kerana akan menjauhkan kita dari perbahasan utama. Namun kita akan mencukupkan dengan hadis yang dinukil dari ucapan Imam Shadiq (a.s) yang memaknai ayat “ihdinā al-shirāt al-mustaqim”, di mana beliau menegaskan bahawa shirāt al-mustaqim adalah sebuah jalan yang menyampaikan manusia kepada kecintaan dan syurga Ilahi, mencegah manusia untuk tidak mengikuti hawa nafsu dan pendapat pribadi yang akan mengirimnya kepada kebinasaan.”[6]

Menyebutkan noktah berikut ini akan sangat bermanfaat bahawa “shirāt al-mustaqim” tidak lebih dari satu dan bilangannya tidak banyak. Kerana disandarkan kepada Tuhan dan segala sesuatu selain shirāt al-mustaqim adalah jalan-jalan sesat “subul al-ghayy”. Namun “subuluLlah” yang banyak dan berbilang adalah bertentangan dari “subul inhiraf” (jalan-jalan kesesatan). Antara hubungan “subulLah” dan “shirāt al-mustaqim” ini tidak terpisah atau subul merupakan jalan-jalan cabang yang bersambung dengan shirāt (jalan utama), atau shirāt al-mustaqim dengan kesatuan luas dan kelapangan, menjaga jalan-jalan cabang ini.[7]

Allah (s.w.t) dalam al-Qur’an berfirman, Dan Allah mengeluarkanmu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu bersyukur.(Qs. Al-Nahl [16]:78) dan juga berfirman, Sungguh Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab dan hikmah. Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan utusan) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata. (Qs. Ali Imran [3]:164); Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang rasul dari kalangan mereka yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat-Mu, mengajarkan al-Kitab (Al-Qur’an) dan hikmah, dan menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkau-lah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu dengan perubahan arah kiblat itu), Kami telah mengutus kepadamu seorang rasul dari kalangan kamu (sendiri) yang membacakan ayat-ayat Kami kepadamu, menyucikanmu, mengajarkan kepadamu al-Kitab dan hikmah, dan mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui.” (Al-Baqarah [2]:129 & 151); Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang rasul dari golongan mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka, dan mengajarkan kepada mereka kitab (Al-Qur’an) dan hikmah, meskipun mereka sebelum itu benar-benar terjerumus dalam jurang kesesatan yang nyata.” (Al-Jumua’h [62]:2)

Dalam riwayat Imam Musa Kazhim (a.s) disebutkan, “Wahai Hisyam! Tuhan memiliki dua hujjah atas dua manusia; satu hujjah zahir dan satunya hujjah batin; hujjah zahir adalah para nabi, rasul, dan para imam. Dan hujjah batin adalah akal.”[8] Dengan adanya petunjuk batin, melalui jalan akal dan fitrah, melalui jalan petunjuk tasyri’i, pengutusan rasul dan pewahyuan kitab, tidak tertinggal lagi dalih dan alasan apabila manusia memilih jalan kesesatan. Dengan adanya kedua pemberi petunjuk ini, maka hujjah bagi mereka sempurna dan tidak tertinggal baginya untuk mencari-cari alasan dan dalih.

Imam dalam melanjutkan penjelasannya, sebab-sebab penyimpangan dan kesesatan serta rahsia rosaknya agama dan dunia manusia, berkata, “Wahai Hisyam! Orang berakal (aqil) yang tidak mencegahnya dari bersyukur kepada Allah atas nikmat dan anugerah halal yang diterimanya, dan tidak kehilangan kesabaran tatkala didera musibah dan malapetaka! Wahai Hisyam! Barang siapa yang menguasai tiga perkara atas tiga perkara lainnya seolah-olah hawa nafsunya telah mengalahkan akalnya:

1.     Yang menggelapkan cahaya fikirannya dengan angan-angan panjang.

2.     Yang menghapuskan hikmah dan berfikir panjang dengan berlebihan dalam bertutur-kata (banyak bicara).

3.     Yang memadam pancaran tauladan dari sejarah orang lain dengan mengikuti hawa nafsunya. Orang ini seolah-olah membantu hawa nafsu untuk membinasakan akalnya. Maka sesungguhnya orang yang membinasakan akalnya telah menghancurkan agama dan dunianya; kerana selama akal tidak sihat maka ia tidak akan menjalankan perintah agama dan tidak akan mencapai kebaikan dunia dan akhiratnya.”[9]

 

Klasifikasi sebab-sebab penyimpangan

Faktor-faktor penyimpangan juga terbahagi kepada faktor-faktor luaran dan dalaman. Dengan menekankan bahawa pemberi pengaruh dan kehebatannya sebagai faktor yang paling penting; iaitu selagi faktor dalaman dan ruangnya tidak disediakan, maka faktor luaran tidak akan memberikan pengaruh. Motif luaran menuruti apa sahaja yang menjadi faktor-faktor dalaman. Dengan ungkapan lain, yang menjadi sebab kesesatan dan penyimpangan orang lain ialah kerana dia telah terjerumus dalam kesesatan dan penyimpangan manakala dalamannya telah terjebak dengan kerosakan jiwa, samada ia menganggap kesesatan ini benar-benar sesat atau ia memandang hal ini sebagai kebahagiaannya sambil menyangka bahawa (orang-orang yang berada di jalan lurus) sebagai orang-orang yang sesat (penyakit jahil murakkab). Oleh sebab itu Allah (s.w.t) berfirman, Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka di pagi dan senja dengan mengharap keredaan-Nya, janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan urusannya senantiasa melewati batas. Dan katakanlah, “Kebenaran itu datang dari Tuhanmu; maka barang siapa yang ingin (beriman), hendaklah ia beriman, dan barang siapa yang ingin (kafir), biarlah ia kafir.” Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi mendidih yang menghanguskan wajah. Alangkah buruknya minuman itu dan alangkah jeleknya tempat istirehat itu. (Qs. Al-Kahf [18]:28-29)

Mengikuti dan mentaati orang lain, terpengaruh faktor-faktor luaran dan usaha untuk menyesatkan orang lain muncul dari penyimpangan dalaman, mengikuti hawa nafsu dan panjang angan-angan serta bersikap ekstrem.

Orang-orang mulia, Nabi (s.a.w) dan kaum Mukminin menyeru untuk mentaati titah dan perintah Allah sebagai ganti mengikuti orang-orang tersesat. Kemudian, pencirian azab dan pahala, balasan dan ganjaran, perasaan menarik manfaat dan menolak kerugian mengajak objek bicara (kaum Mukminin) untuk memilih jalan lurus dan benar. Dengan demikian, menjadi jelas bahawa sepanjang faktor dalaman tidak bergerak, maka manusia tidak akan terpengaruh oleh faktor luaran. Apabila akal dan fitrah memiliki cahaya dan ruang hidayah tersedia, maka jiwa akan terjaga dan cenderung kepada kebenaran (hak) dan mentaati Allah, Rasul dan Wali-Nya. Namun apabila yang menjadi dominan adalah hasrat, syahwat, keserakahan dan dunia (semata), dengan mengikuti dalaman dirinya, membantah dan membangkang perintah Allah serta menuruti langkah-langkah dan bisikan syaitan. Tetapi tatkala ia tersedar bahawa hal ini tidak memberikan keuntungan baginya; kerana pada hari Kiamat ia berseru memohon, “Ya Tuhan kami, tunjukkanlah kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami, (iaitu) sebahagian daripada jin dan manusia, agar kami letakkan keduanya di bawah telapak kaki kami supaya kedua jenis itu menjadi orang-orang yang terhina.” (Qs. Fusshilat [41]:29)   Sementara pada waktu itu ia mendengar jawapan daripada syaitan, Dan syaitan berkata tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan, “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu, tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyerumu, lalu kamu mematuhi seruanku. Oleh sebab itu janganlah kamu mencercaku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu.” Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat seksaan yang pedih.” (Qs. Al-Ibrahim [14]:22) Dan para pembesar mereka menjawab “Seandainya dulu Allah memberikan petunjuk kepada kami, nescaya kami dapat memberikan petunjuk kepadamu. Sama sahaja bagi kita, apakah kita mengeluh ataukah bersabar. Sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri.” (Qs. Al-Ibrahim [14]:21)

 

Untuk mengilustrasikan sebab-sebab penyimpangan manusia dapat dihuraikan secara tersusun seperti di bawah ini, lantaran faktor ini masing-masing merupakan pembuka jalan motif berikutnya. Atau dengan kata lain, pengaruh faktor seterusnya merupakan hasil dari pengaruh faktor sebelumnya:

1.     Mewarisi sifat-sifat tercela dari ayah dan ibu serta terpengaruh tarbiyah buruk, lingkungan hidup yang tidak sihat dan propaganda buruk.

2.     Kejahilan, keraguan, kelalaian dan was-was fikiran dan terjerumus dalam berbagai syubhah dan konspirasi.

3.     Meninggalkan amar makruf dan nahi mungkar (atau melakukan hal sebaliknya, mengerjakan yang mungkar dan melarang yang makruf) di kalangan kaum Muslimin dan diamnya para ulama di hadapan berbagai penyimpangan individu, sosial, dan pemerintahan Islam.

4.     Penyimpangan institusi penguasa dan para ulama yang berpengaruh. Menyebarnya kefakiran, kezaliman, ketidakadilan, dan penindasan di tengah masyarakat;[10]

5.     Terserap hati dan fikirannya kepada dunia disertai dengan hasrat yang membumbung, dan angan-angan panjang, lalai mengingat kematian dan pengawasan Tuhan di dunia dan perhitungan baginya di akhirat (lemahnya iman dan tertipu oleh pesona dunia).

6.     Ego, sombong, angkuh dan keras kepala, membangkang Tuhan, Rasul dan walinya.

7.     Penembusan syaitan pada lintasan-lintasan pencerapan manusia dan penguasaannya atas akal dan fitrah, perasaan dan afeksinya;

8.     Lemahnya jiwa dan kehendak;

9.     Tidak bersabar atau stabil (istiqamah) dalam menunaikan segala yang wajib dan meninggalkan yang haram;

10.  Kerasnya hati akibat dosa dan menggunakan harta yang haram;

11.  Melupakan kedudukan, darjat dan maqam insaniah (baca: khalifah) dalam sistem penciptaan;

12.  Tiadanya semangat dan kepuasaan terhadap kenikmatan dunia dan terikatnya hati pada syahwat dan angan-angan haiwani dan melampiaskannya tanpa batas;

13.  Kejatuhan secara perlahan dan sibuk dengan foya-foya dan berseronokan dan menggunakan segala nikmat Ilahi tanpa batas (istidraj);

 

Manusia hingga akhir hayatnya memiliki kemampuan untuk memperbaiki jiwa dan menyingkirkan berbagai faktor ini. Apabila zaman muda ia memiliki tekad untuk memperbaiki jiwanya maka hal itu lebih baik berbanding masa tuanya; kerana dalam lintasan perjalanan waktu segala perbuatan dan kebiasaan buruk akan semakin meninggalkan membekas dan mengakar pada pribadi manusia sehingga menghadapi berbagai kesulitan untuk mencabut akar keburukan tersebut. Ini disebabkan dengan bertambahnya faktor-faktor dan melebihi berbagai dirakāt (tingkatan), kejatuhan, dan bebas dari berbagai sifat tercela tersebut akan semakin susah, sehingga kemungkinan ia tersungkur pada langkah-langkah perdana, dan karam ada lautan keputusaaan, namun pada detik-detik ini apabila jiwanya masih menyimpan tenaga, seruan wahyu memberikannya kehangatan, bara dan memotivasinya untuk melanjutkan perjalanan, “Katakanlah, “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhan-mu, dan berserahlah diri kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi). Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhan-mu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyedarinya.” (Semua perintah bertujuan) supaya jangan ada orang yang mengatakan, “Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah).” Atau supaya jangan ada yang berkata, “Kalau sekiranya Allah memberi petunjuk kepadaku, tentulah aku termasuk orang-orang yang bertakwa.” Atau supaya jangan ada yang berkata ketika ia melihat azab, “Kalau sekiranya aku dapat kembali (ke dunia), niscaya aku akan termasuk orang-orang berbuat baik.” (Qs. Al-Zumar [39]:53-58)

Sebagai hasilnya, faktor-faktor penyimpangan baik ia bersifat dalaman berkonfrontasi dengan petunjuk luaran-dalaman. Konfrontasi hak dan batil sekali-kali tidak akan pernah selesai. Faktor-faktor ini dikalahkan atas petunjuk luaran atau dalaman, termasuk dalam proses dalaman atau proses luaran, dalam proses luaran bertahan hingga akhir atau bersambung dengan proses dalaman, dengan demikian, meninggalkan atau bertahan padanya, seluruh dan seluruhnya bergantung pada tekad, kehendak, pilihan, kebebasan dan orientasi manusia pada berbagai konsekuensi perbuatannya.

Akan tetapi dengan memperhatikan hubungan niscaya antara sebab dan akibat maka harus kita ketahui bahawa sepanjang penyimpangan belum terjadi, maka pencegahannya dan tidak berpengaruhnya penyimpangan tersebut merupakan pekerjaan mudah. Akan tetapi, terjadi penyimpangan, maka penjelmaan pengaruh penyimpangan tersebut merupakan suatu kemestian. Sekurang-kurangnya hingga beberapa waktu manusia akan kehilangan taufik, sementara untuk melenyapkan pengaruh penyimpangan tersebut berkemungkinan memerlukan waktu panjang dan sangat melelahkan. Demikian juga, apabila penyimpangan ini berlanjut hingga tiba kematian, maka ia tidak dapat menghindar dari akibat dan kesan dari perbuatan tersebut. Oleh itu, selagi masih ada waktu, kita harus membetulkan diri dan pendekatan-pendekatan iman dan amal, marilah kita rawat berbagai kesesatan dan menghilangkan akibat duniawi dan ukhrawi dari penyimpangan tersebut.

Dari sini, Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudarat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu semua kembali, lalu Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.(Qs. Al-Maidah [5]:105)

Berteguhlah pada agama hak Ilahi dan untuk meraih kejayaan di jalan ini dicapai melalui kepercayaan pada diri, tawakkal kepada Tuhan, mencari pertolongan daripada-Nya, bertawassul kepada para Imam Maksum (a.s)! Kerana itu, singkirkan sikap menunda-nunda, mempermudah, toleransi dan masuklah ke medan pertempuran melawan hawa nafsu hingga anda mendapatkan pertolongan dan petunjuk Tuhan. Kerana Allah (s.w.t) menjanjikan, Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.(Qs. Al-Ankabut [29]:69)

Untuk memulai pekerjaan ini mari kita cahayai diri kita dengan sabda agung Amirul Mukminin As:

“Dan ketahuilah bahawa Anda harus melalui titian di mana langkah-langkah menjadi goyah, kaki mudah tergelincir, dan ada bahaya mengancam pada setiap langkah. Bertakwalah kepada Allah sebagai takwa orang bijaksana yang fikiran tentang (dunia akhirat) telah mengalihkannya dari hal-hal lain, takwa (kepada Allah) telah menimpa tubuhnya dengan sakit dan kesusahan, penglibatannya dalam solat malam telah mengubah bahkan tidurnya yang singkat menjadi jaga, harapan (akan ganjaran abadi) membuatnya terus haus di siang hari, zuhud telah memotong hawa nafsunya, dan mengingat Allah selalu menggerakkan lidahnya. la menanggung takut di hadapan bahaya. la mengelakkan jalan-jalan yang tak rata dan menyukai jalan-jalan yang terang. la menempuh jalan terdekat untuk mencapai tujuannya, hawa nafsu tidak mengubah pemikirannya dan keanekaragaman tidak membutakan matanya. la menikmati tidur nyenyak dan menjalani harinya dengan bahagia kerana kebahagiaan dari berita gembira dan kesenangan nikmat (yang abadi). la melalui lorong hidup dunia ini secara terpuji. la sampai ke dunia akhirat dengan kebajikan. la bergegas (ke arah kebajikan) kerana takut (akan kejahatan). la bergerak cepat di siang hari (kehidupan di dunia ini). la mengabdikan dirinya dalam mencari (kebaikan abadi), ia lari dari kejahatan. Sepanjang hari ini ia ingat akan hari esok, dan terus melihat ke masa depan. Sesungguhnya syurga adalah ganjaran dan hasil usaha yang terbaik, sedangkan neraka adalah hukuman dan penderitaan yang sesuai. Allah adalah Pembalas dan Penolong yang terbaik, dan Al-Qur'an adalah hujah dan permusuhan (bagi penderhaka) yang terbaik.”[11][]

 

Sumber telaah dan referensi:

1.     Imam Khomeini, Ādab al-Shalāt.

2.     Abdullah Jawadi Amuli, Tafsir Tasnim, jil. 1.

3.     Abdullah Jawadi Amuli, Shurat wa Shirāt-e Insān dar Qur’ān.

4.     Abdullah Jawadi Amuli, Fitrat dar Qur’ān.

5.     Abdullah Jawadi Amuli, Mabādi-ye Akhlāk dar Qur’ān.

6.     Abdullah Jawadi Amuli, Marāhil-e Akhlāk dar Qur’ān.

7.     Muhammad Husain Thabathabai, Tafsir al-Mizān, jil. 1.

8.     Faidh Kasyani, Tafsir Shāfi, jil. 1.

9.     Al-Qur’an Al-Karim.

10.  Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Akhlāq dar Qur’ān.

11.  Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Khudsyenāsi barāye Khudsāzi.

12.  Nahj al-Balāgha.



[1]. Abdullah Jawadi Amuli, Tafsir Tasnim, jil. 1, hal. 457-458.  

[2]. Ibid.   

[3]. Dalam kitab Man Lā Yahdhur al-Faqih dan Tafsir Ayyāsyi dinukil dari Imam Shadiq (a.s) yang berkata: “al-Shirat al-Mustaqim Amirul Mukminin ‘Ali (a.s); Silakan lihat Tafsir al-Mizan, jil. 1, hal. 41; Tafsir Shafi, jil. 1, berkaitan ayat 6 surah al-Fatihah.

[4]. Nahj al-Balāghah, khutbah 16

[5]. Abdullah Jawadi Amuli, Op Cit, jil. 1, hal. 466; Imam Khomeini (r.a), Ādāb al-Shalat, hal. 287.

[6]. Allamah Thaba-thabai, Tafsir al-Mizān, jil. 1, hal. 38; Imam Khomeini, Op Cit, , hal. 286-294; Faidh Kasyani, Tafsir Shāfi, jil. 1, berkenaan ayat 6 surah al-Fatihah.

[7]. Abdullah Jawadi Amuli, Op Cit, jil. 1, hal. 466-468.

[8]. Allamah Harrani, Tuhaf al-‘Uqul, terjemahan Ahmad Jannati, hal. 450-451 dengan sedikit perubahan pada terjemahan.

[9]. Ibid.

[10]. Silakan lihat, indeks Menyebarnya kerosakan pada pelbagai pemerintahan Islam.  

[11]. Nahj al-Balaghah, khutbah 83,; ibid, Hikmah ke-31.  

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits