Carian Terperinci
Pengunjung
6880
Tarikh Kemaskini 2012/05/17
Ringkasan pertanyaan
Apa prinsip-prinsip teosofi Mahdawiyyat?
soalan
Apa prinsip-prinsip teosofi Mahdawiyyat?
Jawaban Global

Kemestian luṭf (kurniaan) bagi Tuhan Yang Maha Tinggi, kewujudan khalifah, hujjah Ilahi, dan penjagaannya dari segala peristiwa dapat digolongkan sebagai prinsip-prinsip teosofi Mahdawiyyat.

Jawaban Detil

Analisa dan penyelidikan prinsip-prinsip teosofi tentang Mahdawiyyat memerlukan perbahasan yang luas dan panjang di mana kami akan menangguhkannya sehingga ke waktu yang lain. Dalam artikel ini kami hanya akan memberikan penjelasannya secara ringkas dan padat:

Para ahli teosofi dan ulama-ulama besar akidah menafsirkan masalah Mahdawiyyat dengan mengaitkan sebuah kaedah yang terkenal dalam ilmu kalam iaitu "Kaedah Luṭf", dan mereka membuktikan kemestian wujudnya Imam dengan kaedah ini. Dalam hal ini ulama teosofi dunia Islam Khawajah Nashiruddin Thusi (r.a) mengatakan, “انحصار اللطف فيه معلوم للعقلاء و وجوده لطف و تصرفه آخر و عدمه منا.” Ini bermakna pembatasan skop luṭf tentang penentuan dan penetapan imam sudah sedia maklum di kalangan orang-orang berakal supaya orang ramai tidak dibiarkan tanpa pembimbing, pendidik dan pengajar. Di samping itu mereka mempunyai orang yang berkelayakan dalam menerangkan al-Quran dan Sunnah selain tidak terputus dari perantara dengan keberkatan. Kewujudan Imam (dengan sendirinya) merupakan sebuah luṭf. Tindakannya dalam segenap urusan dan kehadirannya dalam kancah masyarakat, penyempurnaan pemerintahan Islam, serta penyebaran pendidikan dan asuhan al-Quran dengan perantara beliau merupakan rahmat yang lain. Sementara keghaibannya adalah berkaitan dengan diri kita sendiri.[1]

Dalam kitab "Kifāyah al-Muwahhidin" dikatakan, “Oleh kerana Imam Mahdi (a.f.j) merupakan khalifah dan hujjah Tuhan yang terakhir, maka menjadi suatu kemestian agar dirinya dipelihara dari peristiwa-peristiwa yang boleh mencederakannya dan beliau dilindungi daripada tangan-tangan yang mencari untuk menghapuskannya. Kemudian beliau dijaga dalam naungan keghaiban Ilahi. Oleh kerana kedudukan Imam seperti kedudukan nabi, maka tabligh selanjutnya (iaitu hukum-hukum yang sudah tersebar) dilakukan pada zaman keghaibannya. Walaupun pada masa ini masyarakat tidak dapat bersua dengannya, namun mereka tidak boleh meninggalkannya. Tugas mereka adalah beramal dengan seluruh hukum-hukum yang sampai kepada mereka. Andainya pada suatu hari seluruh kemurnian agama telah rosak, sudah tentu beliau akan muncul.[2][]

 

Sumber-sumber untuk maklumat lebih jauh:

  1. Kasyful Murād, hal. 363.
  2. Syarh Tajrid, hal. 376, cetakan Sanggi.
  3. Kifayah al-Muwahiddin, jil. 3.
  4. Bayan al-Ma'arif, jil. 5.

[1] . Kasyful Murad, hal. 363, (Narm Afzar Hikmat)

[2] . Kifayah al-Muwahhiddin, jil. 3; Bayan al-Ma'arif, jil. 5.

 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits