Carian Terperinci
Pengunjung
9836
Tarikh Kemaskini 2011/10/22
Ringkasan pertanyaan
Apakah bonda Imam Mahdi (a.j.) juga digolong sebagai maksum?
soalan
Apakah bonda Imam Mahdi (a.j.) juga digolong sebagai maksum?
Jawaban Global

Dalam pandangan Syiah, yang mempunyai kedudukan maksum (dalam erti umum) hanyalah para nabi dan pengganti mereka. Erti maksum di sini adalah bahawa mereka suci dari setiap kesalahan, kelupaan dan perbuatan dosa sepanjang hidup mereka, sama ada dalam memahami sesuatu, dalam menyampaikan wahyu, ataupun dalam pelaksanaan hukum Syarak. Selain mereka, tak ada sesiapa pun yang mencapai kedudukan seperti ini. Namun demikian, mungkin juga sebahagian manusia juga mempunyai kedudukan maksum seperti itu, contohnya keturunan nabi seperti Sayyidah Zainab, Ali bin Ja’far Shadiq, Sayyidah Ma’sumah dan juga sebahagian para ulama.

 

Oleh kerana itu, selain Sayyidah Zahra yang dikenali juga sebagai Itrah Ahlulbait, tak ada seorang pun daripada para Ibu Imam Maksum (a.s) yang mempunyai kedudukan maksum (ishma) dalam erti yang khusus ini. Lebih-lebih lagi sebahagian daripada mereka adalah seorang hamba yang memeluk Islam setelah menjadi tawanan perang, yang pada hari berikutnya memperolehi keberkatan dan kesucian di dalam rumah yang suci dan mendapati kesediaan untuk mengandung seorang manusia yang maksum dan melahirkannya; ertinya pada sebahagian perkara, kemungkinan ia sebagai seorang muslim, atau boleh jadi tidak termasuk orang yang menerima keesaan Tuhan, sesuai dengan nukilan sejarah yang menyebutkan bahawa termasuk dari golongan ini adalah ibunda daripada Imam Zaman (a.j). Dalam perkara ini beliau tidak termasuk sebagai maksum dalam erti khusus sebagaimana tersebut, kedudukan beliau tidak seperti kedudukan Ahlul Bait, namun kerana ia berada di dalam rumah Imam Maksum, sehingga ia pun mempunyai kelayakan untuk mengandung, melahirkan, menyusui,  dan mendidik seorang juru penyelamat manusia yang dinanti  kemunculannya.

Jawaban Detil

Kemaksuman dari perspektif bahasa ialah keterpeliharaan dan keterjagaan. Adapun secara istilah bererti terpelihara dan terjaga dari pada perbuatan salah, tercela dan dosa. Kesucian dari kesalahan dan perbuatan dosa mempunyai dua kemungkinan. Pertama, adalah pada masa hidupnya (mulai sejak lahir sampai ia meninggal). Seorang maksum tidak melakukan kesalahan dan kelupaan dalam memahami sesuatu, dalam mengajarkan sesuatu, dan dalam melaksanakan hukum syari'at agama Ilahi. Erti khusus kemaksuman ini hanya dapat diperolehi pada diri seorang Nabi dan para Imam (a.s), tak ada satu pun dalil yang boleh menunjukkan bahawa manusia lain pun memiliki kedudukan seperti ini.[1]

 

Kedua, maksum nisbi yang terdapat pada berbagai individu adalah mempunyai darjat kekuatan, kelemahan serta berbeza sifatnya dan boleh bertukar. Dalam urusan agama, setelah melakukan kerja keras, sungguh-sungguh, tepat dan teliti, manusia boleh juga melakukan kesalahan dan boleh juga tidak melakukan kesalahan. Kerana itu, kemaksuman nisbi ini dapat diketahui dengan cara memperhatikan kualiti dan kelemahannya, hal ini dikenali dengan istilah “malakah adalat” (sifat mental manusia untuk berlaku adil) pada manusia; iaitu tak lagi melakukan dosa yang disengaja atau dosa besar.

 

Syiah tidak mengakui kemaksuman khusus pada manusia selain para Nabi dan para Imam (a.s.), namun tidak mengingkari adanya kemaksuman nisbi yang dimiliki oleh manusia selain para Nabi dan para Imam, seperti keturunan nabi dan juga para ulama. Tetapi ini disebabkan demi menjunjung tinggi kehormatan kepada para keturunan Nabi, keturunan para Imam dan seluruh kaum kerabatnya, para ulama yang tulus serta mereka yang memiliki keutamaan. Sementara itu tidak terlihat mereka melakukan dosa dan perbuatan yang tidak senonoh.

 

Begitu juga ibunda para Imam, saudara perempuan dan sudara lelaki mereka; iaitu tidak boleh mereka ini dikaitkan dengan kemaksuman yang bermakna khusus sebagaimana menolak kaitan mereka dengan penderhakaan dan kejahatan. Mengenai ibu-ibu para Imam seperti bonda Imam Mahdi (a.j.), ia juga termasuk dalam kategori ini kerana menurut catatan sejarah, ia adalah seorang hamba yang didapati dalam nukilan sejarah disebutkan bahawa “Malikah (Shaiqal) putri Yasyu’a putera mahkota kaisar Rom dan ibunya adalah salah seorang cucu Syam’un bin Hamun, seorang penerima wasiat Nabi Isa (a.s.) dan sebagai tawanan perang, ia dibeli oleh Imam Hadi (a.s.) untuk diserahkan kepada Imam Hasan ‘Askari (a.s.)”. Menurut nukilan sejarah lain ia disebut sebagai “Seorang hamba yang berada di rumah Hakimah binti Ali Hadi (a.s.) yang kemudian ia serahkan kepada abangnya.”

 

Walau bagaimana pun sebahagian daripada usianya dahulu bukanlah seorang muslim, setelah menjadi tawanan ia memasuki rumah yang penuh keberkatan, lalu ia pun menjadi seorang muslimah dan menerima pendidikan Islam serta bersih dari melakukan perbuatan syirik dan akhirnya dapat menjadi isteri Imam Hasan Askari yang kemudian hamil serta melahirkan seorang manusia maksum. Ini adalah contoh daripada salah seorang ibunda para imam.[2]

 

Tidak diragukan lagi bahawa untuk menjadi seorang ibunda daripada imam maksum, bukan setakat memerlukan kelayakan yang luar biasa, tetapi juga harus memiliki kelebihan yang tinggi, rahim yang suci, ianya merupakan nilai yang khusus dimiliki oleh para imam (a.s). Oleh kerana itu, dalam buku panduan berziarah kepada para maksum kita dapati doa yang menyebutkan bahawa: "Allah telah mencurahkan bantuannya kepadamu dari tulang sulbi yang suci dan berasal daripada kerabat yang suci sehingga kalian disucikan dari najis jahiliyah. Engkau adalah seorang suci lagi disucikan. Ayah-ayah dan Ibu-ibumu adalah manusia suci lagi disucikan".[3]

 

Dalam buku panduan ziarah khusus kepada Imam Zaman (a.j) di Samarra juga terdapat ungkapan doa:

"Salam bagi bonda imam dan juga kepada utusan rahsia dari ilahi, dan pembawa manusia yang paling mulia, salam bagimu wahai yang ucapannya selalu benar yang selalu diredai, salam bagimu wahai seorang yang suci lagi bertakwa, Aku bersaksi bahawa engkau telah mendidik anakmu dengan baik dan telah pula menyampaikan amanah yang engkau pikul. Semoga Allah (s.w.t) reda kepadamu dan membuatmu bahagia dan menjadikan syurga sebagai tempat kembalimu dan peristirahatanmu, Dia telah memberikan kenikmatan dan kemuliaan yang dengannya Dia memampukanmu.[4]

 

Kesimpulannya adalah bahawa Ibunda Imam Zaman (a.j.) itu bukanlah mempunyai kemaksuman khusus seperti yang dimiliki oleh 14 orang para Imam maksum, akan tetapi, setelah beliau memasuki lingkungan tempat Imam Hasan Askari (a.s.) dan menjadi sebahagian daripada keluarga beliau, ia pun akhirnya memiliki tingkat kemaksuman nisbi seperti yang telah dijelaskan di atas, sehingga ia pun akhirnya mempunyai kelayakan untuk mengandung seorang manusia suci secara khusus iaitu Imam Zaman (a.j.), memberikan susu kepadanya, dan menjadi jaminan kepadanya sebagai wanita yang dihormati kedudukan.[]

 

Sumber telaah:

1.     Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Ma’ârif Qur’ân, (Rah wa Rahnema Syinasi), jil. 4 dan 5, hal. 147-212.

2.     Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Âmuzesy-e ‘Aqâid, jil. 1 dan 2, hal. 232-260, pelajaran 24-26.

3.     Syaikh Abbas Qummi, Mafâtih al-Jinân.

4.     Syaikh Abbas al-Qummi, Muntahâ al-Âmal, hal. 940, 1044-1050.



[1] . Mishbah Yazdi, Muhammad Taqi, Ma’ârif Qur’an (Rah wa Rahnama Syenasi), Jil. 4 dan 5, Hal. 147-212

[2] . Misbah Yazdi, Muhammad Taqi, Âmuzesy ‘Aqâid, Pel. 24-26, jil. 1 dan 2, Hal. 232-360

[3] . Qumi, Syaikh Abbas, Mafâtih al-Jinân, Ziarah Aimah Baqi’ (a.s) dan juga ziarah yang lainnya.

[4] . Ibid, Ziarah orang tua Hadrat Qaim (a.j)

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah maksud wahdatul wujud?
    17989 Falsafah Islam 2014/04/20
    Maksud golongan irfan dan ahli hikmah tentang wahdatul wujud bukanlah satu set dunia kewujudan yang dikatakan sebagai Allah (s.w.t). Ini disebabkan penggolongan wujud dan wahdat bukanlah sesuatu yang hakiki. Begitu juga ianya tidak bermaksud penyatuan Allah (s.w.t) dengan kewujudan-kewujudan kerana perkara itu adalah mustahil (dengan maksud dua ...
  • Sebenarnya berapa lama proses penurunan Al-Quran baik secara serentak mahupun secara beransur?
    60436 Ulum Al-Quran 2011/08/20
    Turunnya Al-Quran secara serentak (daf’i) berlangsung di bulan Ramadhan, di malam Lailatul Qadar. Sebahagian riwayat memperkuatkan anggapan seperti ini bahawa malam Lailatul Qadar  ialah ...
  • Apakah wahyu itu? Dan bagaimanakah wahyu itu diturunkan kepada para nabi?
    50982 Al-Quran 2011/01/01
    Wahyu dari sudut bahasa bererti isyarah -petunjuk- cepat yang boleh diketogorikan dari jenis perkataan, atau dari kod-kod percakapan, atau dari bentuk suara yang "tunggal", baik dalam bentuk suara yang tersusun atau dalam bentuk tanda dan seumpamanya.Makna-makna dan penggunaan-penggunaan yang berbeza-beza dari kalimat ini ...
  • Sandaran (sanad) dua ayat terakhir dari surah at-Taubah dan peristiwa di dalamnya?
    31188 Tafsir 2010/12/29
    Secara umum yang dimaksud dengan "sanad" dari soal yang diajukan sangat tidak jelas dan masih kabur. Dan zahirnya pertanyaan begini tidak memiliki jawapan khusus. Namun boleh jadi tujuan dari pengajuan pertanyaan tersebut adalah ingin memahami sebab-sebab penurunan ayat tersebut (sya'n an-nuzul) atau penafsiran dari ayat yang dimaksudkan. Atau ...
  • Apakah terdapat syarat lain selain bersikap adil untuk melakukan poligami?
    14173 Huquq Dan Ahkam 2012/11/11
    Berdasarkan pelbagai kebutuhan dan kemaslahatan personal dan sosial, Islam membolehkan poligami. Dalam hal ini, Islam memberikan beberapa syarat bagi mereka yang ingin melakukan poligami: Pria harus bersikap adil kepada para istrinya. Jumlah istri permanen (dâim) tidak boleh lebih dari empat. Izin istri diperlukan ...
  • Mengapakah mazhab Syiah merupakan sebaik-baiknya mazhab?
    23986 Teologi 2013/02/02
    Keunggulan mazhab Syiah adalah disebabkan "kebenarannya". Pada setiap suatu ketika, agama yang benar hanya terhad pada satu agama. Sedangkan agama-agama lain yang masih wujud samada pada asasnya adalah batil, atau tidak berasas, dan telah punah atau telah dihapuskan oleh agama yang datang setelahnya. Syariat yang benar pada ...
  • Apakah pandangan Islam tentang kebebasan berfikir?
    17163 Teologi Klasik 2014/05/22
    Persediaan paling penting bagi perkembangan manusia ialah pemikiran dan sudah menjadi suratan bahawa persediaan ini memerlukan kebebasan, iaitu tidak ada kebuntuan dan halangan di hadapannya. Menurut pandangan Islam, seseorang muslim mempunyai hak untuk berfikir dan memang perlu berfikir. Dalam berbagai ayat, al-Qur’an yang mulia menyeru manusia untuk ...
  • Siapakah yang akan masuk ke dalam syurga?
    12350 Teologi Klasik 2013/01/24
    Dengan mengamati ayat-ayat al-Qur'an dapatlah difahami bahawa syurga merupakan janji tetap Allah (s.w.t) yang telah diperuntukkan bagi orang-orang "muttaqin", "mu’min" dan orang yang patuh terhadap seluruh perintah Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w). Orang seperti ini adalah insan yang benar-benar bahagia dan berjaya. Dengan menyemak ...
  • Siapakah yang bertanggungjawab mengumpulkan khumus di zaman Imam Ali As?
    9781 تاريخ بزرگان 2011/07/19
    Seluruh kaum Muslimin meyakini bahawa khumus merupakan salah satu kewajipan yang ditetapkan oleh Allah (s.w.t) dan harus dikerjakan. Hukum ini berlaku sejak zaman ia disyariatkannya. Ertinya hukum ini sentiasa berlaku semenjak setelah tamat perang Badar (dan seterusnya) di mana selain Rasulullah (s.a.w), Imam Ali (a.s) juga merupakan salah seorang yang ...
  • Apakah bonda Imam Mahdi (a.j.) juga digolong sebagai maksum?
    9839 Sirah Para Maksumin a.s 2011/10/22
    Dalam pandangan Syiah, yang mempunyai kedudukan maksum (dalam erti umum) hanyalah para nabi dan pengganti mereka. Erti maksum di sini adalah bahawa mereka suci dari setiap kesalahan, kelupaan dan perbuatan dosa sepanjang hidup mereka, sama ada dalam memahami sesuatu, dalam menyampaikan wahyu, ataupun dalam pelaksanaan hukum Syarak. ...

Populer Hits