Carian Terperinci
Pengunjung
13837
Tarikh Kemaskini 2012/05/17
Ringkasan pertanyaan
Apakah matlamat Allah menciptakan manusia?
soalan
Apakah matlamat Allah menciptakan manusia?
Jawaban Global

Tuhan adalah zat yang Maha Sempurna secara mutlak, suci dari semua kekurangan dan kecacatan, Maha Kaya dari semua kewujudan di alam semesta ini, tidak memerlukan apa pun, sebaliknya makhluk-makhluk-Nya pula ialah mereka yang perlu dan berhajat kepada-Nya. Di sisi lain, dalam kesempurnaan-Nya Allah adalah zat yang Maha Bijaksana dan penuh Hikmah iaitu mustahil bagi-Nya untuk  melakukan perkara yang sia-sia dan tanpa makna.

Oleh kerana Dia adalah Maha Pencipta, dengan Rahmat-Nya Dia menciptakan manusia sebagai ciptaan yang paling istimewa di antara makhluk-makhluk yang lain. Manusia berbeza dari benda mati, tumbuhan dan juga binatang. Manusia tak dilahirkan hanya sekadar untuk hidup, berkembang-biak dan memuaskan semua naluri kehaiwanannya semata-mata. Memang benar, manusia mempunyai keistimewaan yang membezakannya dari sekalian makhluk yang lain, iaitu akal. Manusia mempunyai matlamat penciptaan lebih tinggi dari sekadar tumbuhan dan haiwan yang hanya hidup untuk memenuhi nalurinya itu. Namun apakah tujuan itu? Untuk apa Allah menciptakan manusia yang berbeza dengan makhluk selainnya dan mengapa?

Dewasa ini kita melihat manusia mula kehilangan jati-dirinya. Mereka sama sekali tidak memahami tujuan dan asal usul dirinya. Tenggelam dalam kehidupan mereka sendiri. Mereka menyangka bahawa kehidupan ini tak lebih dari sebuah sandiwara. Mereka mengira akhir perjalanannya adalah kehancuran dan kegelapan total yang tanpa makna. Inikah tujuan Tuhan menciptakan mereka? Apakah hanya menenggelamkan mereka dalam penjara kebimbangan dan kecemasan yang menyeksa ini? Sungguh, Maha Suci Allah dari semua yang mereka persangkakan.

Jawaban Detil

Matlamat penciptaan ini telah dibuktikan bahawa setiap dari nama-nama dan sifat-sifat Ilahi adalah ʻain zat-Nya, samada yang kembali kepada Zat dan sesuai dengan keterangan kewajipan wujud-Nya. Contohnya sifat-sifat: ilmu, qudrah, qayyūmiyyah, mālikiyyah, ḥakimiyyah Tuhan, samada yang dikaitkan dengan perbuatan (fiʻl) mahu pun yang lebih dikenal sifat perbuatan misalnya rububiyah, raziqiyah, khaliqiyah, irādah, rahmat Tuhan, keindahan merupakan sifat-sifat thubutiyah (ثبوتیة). Melalui perantara sifat-sifat inilah Allah sentiasa menyampaikan limpah kurnia yang menyusuli di antara penciptaan-Nya tanpa had di mana ia dicipta bersambungan dan tidak terputus serta menescayakan proses mencipta, "Kullu yaumin huwa fī sya'n." (Qs. Al-Rahman [55]:29). Atau secara sederhana dikatakan bahawa KeMahapenciptaan Tuhan menyebabkan-Nya selalu mencipta. Kemenciptaan-Nya ini adalah kerana Zat-Nya sendiri, bukan kerana sebab yang lain.

Suatu hal lagi yang harus diperhatikan di sini ialah oleh kerana Allah (s.w.t) Maha Bijaksana, dan seorang yang bijaksana tidak akan melakukan perbuatan sia-sia dan tidak berfaedah, maka kerana itulah sistem penciptaan Tuhan adalah sistem yang mustahil tidak matlamat. Selain itu dalam sistem penciptaan ini tidak terdapat keserabutan dan ketidak teraturan. Atom-atom semesta pun bertutur:

Tiada dalam sebuah daerah satu noktah yang bertentangan dengan kekurangan dan kelebihan

Di mana aku melihat perkara ini tanpa boleh berdalih

Menurut nas ayat-ayat al-Qur'an, Yang Maha Pencipta bagi seluruh makhluk tidak mencipta-Nya dengan sia-sia dan main-main. Bahkan ciptaan-Nya berasaskan tujuan penting walau pun sekecil apa pun, ia selaras dengan matlamat utama. Tidak ada satu pun di antaranya yang tidak berperanan dan tidak bekerja. Oleh kerana itu disebutkan bahawa sebab dan penghujung matlamat bagi ‘kejadian’ dan ‘kemunculan ciptaan’ adalah kerana manusia. Dengan kata lain, Allah (s.w.t) menjadikan alam semesta untuk mencipta manusia, bukan untuk diri-Nya sendiri kerana mustahil Ia memerlukan makhluk-Nya. Ini disebabkan manusia merupakan sebaik-baik makhluk sebagaimana Allah (s.w.t) adalah sebaik-baik Pencipta (ʼahsan al-khāliqīn). Dalam salah satu hadis Qudsi menyatakan bahawa: "Wahai Bani Adam! Aku menciptakan segala sesuatu untukmu dan engkau untuk-Ku."[1]

Kerana itulah dikatakan bahawa: Walau apa pun matlamat penciptaan manusia itu, keputusannya adalah kembali kepada manusia itu sendiri, bukan untuk Tuhan yang Maha Kaya secara mutlak. Manakala seluruh kewujudan mumkināt seperti manusia berhajat dan perlu kepada-Nya. "Wahai manusia! Kamu sekalian yang perlu kepada Allah; dan hanya Allah-lah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji." (Qs. Al-Fatir [35]:15); atau pada ayat lainnya, "Dan Musa berkata (Bani Isra’il), “Jika kamu dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya menjadi kafir, (maka tindakanmu ini tidak dapat mendatangkan mudarat bagi Allah, kerana) sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (Qs. Ibrahim [23]:8)

Amirul Mukminin Ali (a.s) dalam khutbahnya berkata: "Kemudian daripada itu, Allah Yang Mahasuci dan Mahamulia menciptakan (semua) ciptaan. la menciptakan mereka tanpa sebarang keperluan daripada ketaatan mereka atau supaya selamat dari perbuatan dosa mereka. Kerana dosa daripada seseorang yang berbuat dosa tidak merugikan-Nya dan tidak pula ketaatan seseorang yang menaati-Nya menguntungkan-Nya.[2] (melainkan tujuan perintah mentaati dan melarang untuk tidak bermaksiat adalah keuntungan bagi para hamba).

Al-Qur’an menjelaskan masalah matlamat penciptaan manusia dengan berbagai penerangan. Sebenarnya setiap satu daripada ayat tersebut menyentuh salah satu dimensi matlamat ini, di antaranya ialah: "Yang menciptakan mati dan hidup supaya Dia mengujimu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.   (Qs. Al-Mulk [57]:2).  Ertinya, ujian bercampur dengan pembinaan dan latihan supaya menghasilkan kesempurnaan. Dalam masalah lain dikatakan: "Jika Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk (menerima rahmat) itulah Allah menciptakan mereka. Kalimah (keputusan) Tuhanmu telah ditetapkan: sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka Jahanam dengan semua jin dan manusia (yang durhaka)." (Qs. Huud [11]:118-119).

Kesemua ayat ini menegaskan satu hal, iaitu pembinaan, penggembelengan dan hidayah serta kesempurnaan umat manusia. Tujuan utama di sebalik penciptaan manusia adalah pencapaian kesempurnaan dan kebahagiaan hakiki. Tingkat tertinggi kemanusiaan dan alam malakut hanya dapat tercapai apabila manusia berpijak pada pengenalan, makrifat, penghambaan secara sedar di hadapan Tuhan.

Bermula dari sini jelaslah bahawa tujuan asas dan maksud utama penciptaan manusia adalah ‘sampai kepada kesempurnaan dan kebahagiaan’, ‘mencapai berbagai kemuliaan yang paling tinggi dan nilai-nilai kemanusiaan’ yang hanya dapat diraih ketika berpijak di atas pengenalan, makrifat, penghambaan dan pengabdian secara sedar di hadapan Allah (s.w.t). Kesemuanya ini tersembunyi dalam rahsia perintah untuk beribadah kepada-Nya yang akan mampu mendekatkan diri pada-Nya, Puncak semua Kesempurnaan. "Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali menyembahku." (Qs. Al-Dzariyat [51]:56).

Dalam sebuah riwayat yang dinukil dari Imam Shadiq (a.s) yang berkata: "Imam Husain (a.s) datang ke hadapan para sahabatnya dan berkata: "Allah (s.w.t) tidak menciptakan hamba-hamba kecuali untuk mengenal-Nya. Tatkala ia mengenal-Nya ia beribadah kepada-Nya dan ketika beribadah kepada-Nya, ia akan melepaskan diri dari penghambaan kepada selain Allah.[3][]

 


[1]. Yabna Ādam! Khalaqtu al-asyā liajlikum wa khalaqtuka liajli," Al-manhaj al-Qawî, jil. 5, hal. 516;  'Ilm Yaqīn, jil. 1, hal. 381.

[2]. Khutbah Hamām.

[3]. InnāLlāh Azza wa Jalla ma khalaq al-'ibād illa liya'rafuhu faidza 'arafuhu 'abaduhu, faidza 'abaduhu istaghnahu biibadatihi 'an ibadati man siwahu," Ilal al-Syarāi', Shaduq, sesuai nukilan dari al-Mizān, jil. 18, hal. 423.

 

 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah maksud wahdatul wujud?
    17989 Falsafah Islam 2014/04/20
    Maksud golongan irfan dan ahli hikmah tentang wahdatul wujud bukanlah satu set dunia kewujudan yang dikatakan sebagai Allah (s.w.t). Ini disebabkan penggolongan wujud dan wahdat bukanlah sesuatu yang hakiki. Begitu juga ianya tidak bermaksud penyatuan Allah (s.w.t) dengan kewujudan-kewujudan kerana perkara itu adalah mustahil (dengan maksud dua ...
  • Sebenarnya berapa lama proses penurunan Al-Quran baik secara serentak mahupun secara beransur?
    60436 Ulum Al-Quran 2011/08/20
    Turunnya Al-Quran secara serentak (daf’i) berlangsung di bulan Ramadhan, di malam Lailatul Qadar. Sebahagian riwayat memperkuatkan anggapan seperti ini bahawa malam Lailatul Qadar  ialah ...
  • Apakah wahyu itu? Dan bagaimanakah wahyu itu diturunkan kepada para nabi?
    50982 Al-Quran 2011/01/01
    Wahyu dari sudut bahasa bererti isyarah -petunjuk- cepat yang boleh diketogorikan dari jenis perkataan, atau dari kod-kod percakapan, atau dari bentuk suara yang "tunggal", baik dalam bentuk suara yang tersusun atau dalam bentuk tanda dan seumpamanya.Makna-makna dan penggunaan-penggunaan yang berbeza-beza dari kalimat ini ...
  • Sandaran (sanad) dua ayat terakhir dari surah at-Taubah dan peristiwa di dalamnya?
    31188 Tafsir 2010/12/29
    Secara umum yang dimaksud dengan "sanad" dari soal yang diajukan sangat tidak jelas dan masih kabur. Dan zahirnya pertanyaan begini tidak memiliki jawapan khusus. Namun boleh jadi tujuan dari pengajuan pertanyaan tersebut adalah ingin memahami sebab-sebab penurunan ayat tersebut (sya'n an-nuzul) atau penafsiran dari ayat yang dimaksudkan. Atau ...
  • Apakah terdapat syarat lain selain bersikap adil untuk melakukan poligami?
    14173 Huquq Dan Ahkam 2012/11/11
    Berdasarkan pelbagai kebutuhan dan kemaslahatan personal dan sosial, Islam membolehkan poligami. Dalam hal ini, Islam memberikan beberapa syarat bagi mereka yang ingin melakukan poligami: Pria harus bersikap adil kepada para istrinya. Jumlah istri permanen (dâim) tidak boleh lebih dari empat. Izin istri diperlukan ...
  • Mengapakah mazhab Syiah merupakan sebaik-baiknya mazhab?
    23986 Teologi 2013/02/02
    Keunggulan mazhab Syiah adalah disebabkan "kebenarannya". Pada setiap suatu ketika, agama yang benar hanya terhad pada satu agama. Sedangkan agama-agama lain yang masih wujud samada pada asasnya adalah batil, atau tidak berasas, dan telah punah atau telah dihapuskan oleh agama yang datang setelahnya. Syariat yang benar pada ...
  • Apakah pandangan Islam tentang kebebasan berfikir?
    17163 Teologi Klasik 2014/05/22
    Persediaan paling penting bagi perkembangan manusia ialah pemikiran dan sudah menjadi suratan bahawa persediaan ini memerlukan kebebasan, iaitu tidak ada kebuntuan dan halangan di hadapannya. Menurut pandangan Islam, seseorang muslim mempunyai hak untuk berfikir dan memang perlu berfikir. Dalam berbagai ayat, al-Qur’an yang mulia menyeru manusia untuk ...
  • Siapakah yang akan masuk ke dalam syurga?
    12350 Teologi Klasik 2013/01/24
    Dengan mengamati ayat-ayat al-Qur'an dapatlah difahami bahawa syurga merupakan janji tetap Allah (s.w.t) yang telah diperuntukkan bagi orang-orang "muttaqin", "mu’min" dan orang yang patuh terhadap seluruh perintah Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w). Orang seperti ini adalah insan yang benar-benar bahagia dan berjaya. Dengan menyemak ...
  • Siapakah yang bertanggungjawab mengumpulkan khumus di zaman Imam Ali As?
    9781 تاريخ بزرگان 2011/07/19
    Seluruh kaum Muslimin meyakini bahawa khumus merupakan salah satu kewajipan yang ditetapkan oleh Allah (s.w.t) dan harus dikerjakan. Hukum ini berlaku sejak zaman ia disyariatkannya. Ertinya hukum ini sentiasa berlaku semenjak setelah tamat perang Badar (dan seterusnya) di mana selain Rasulullah (s.a.w), Imam Ali (a.s) juga merupakan salah seorang yang ...
  • Apakah bonda Imam Mahdi (a.j.) juga digolong sebagai maksum?
    9839 Sirah Para Maksumin a.s 2011/10/22
    Dalam pandangan Syiah, yang mempunyai kedudukan maksum (dalam erti umum) hanyalah para nabi dan pengganti mereka. Erti maksum di sini adalah bahawa mereka suci dari setiap kesalahan, kelupaan dan perbuatan dosa sepanjang hidup mereka, sama ada dalam memahami sesuatu, dalam menyampaikan wahyu, ataupun dalam pelaksanaan hukum Syarak. ...

Populer Hits