Please Wait
13569
Jawapan lengkap untuk pertanyaan ini berada dalam ruang lingkup jawapan terhadap dua pertanyaan asasi berikut ini:
1. Apa erti kebahagiaan? Apakah kebahagiaan tersebut terpisah dari kesempurnaan atau tidak?
2. Apakah pegertian wujud manusia? Adakah ia hanya wujud materi murni sahaja atau …?
Yang jelasnya kebahagiaan tidak terlepas dari kesempurnaan, sejauh mana manusia memperoleh kesempurnaan, sejauh itulah dia sampai kepada kebahagiaan. Perlu diketahui bahawa wujud manusia terbentuk dari ruh dan badan, dimana ruhnya adalah hakikat –substance- kepada wujudnya.
Kebahagiaan ruh dan badan bergantung kepada perolehan keduanya terhadap kesempurnaan wujud mereka. Kebahagiaan ruh berada pada kedekatan dan sampainya kepada Tuhan, dalam keadaan inilah dia akan sampai pada kesempurnaannya yang terakhir. Dalam riwayat-riwayat Islam kesehatan, keselamatan badan dan persoalan-persoalan yang berkaitan material dikategorikan juga sebagai kebahagiaan manusia.
Namun dalam kaitannya dalam hal ini, sebahagian menganggap bahawa kebahagiaan itu terpisah dari kesempurnaan, atau terdapat kelompok yang memiliki pandangan lain dalam masalah pengenalan manusia, dimana keseluruhan perbahasan tersebut telah dianalisa dan dikritik pada tempatnya. Contohnya ada yang menganggap bahawa wujud manusia itu hanya wujud yang material sahaja yang mana kebahagiaannya hanya terbatas pada perkara-perkara tersebut.
Kelompok yang lainnya seperti sebahagian daripada Philosophy menganggap bahawa akal merupakan hakikat manusia, sementara sebagian yang lain seperti para Urafa meletakkan cinta sebagai tolok ukur kemanusiaan, dan ….. Dan keseluruhannya, karena tidak melihat hakikat, telah menyebabkan mereka berjalan di atas khayalannya masing-masing.
Jawapan detil dan lengkap terhadap pertanyaan ini berada dalam ruang-lingkup penjelasan yang benar dan jelas terhadap pemahaman kebahagiaan dan pengenalan yang benar terhadap -hakikat- manusia dan tujuan-tujuannya.
Sebahagian seperti Kant, berpendapat bahawa "kesempurnaan" berpisah dari "kebahagiaan", dan dia mengatakan bahawa "Di seluruh dunia hanya terdapat satu kesempurnaan sahaja dan ia adalah "keinginan yang baik", dan "keinginan yang baik" ini bermakna ketaatan kepada perintah-perintah suara hati; baik kesudahannya yang mengembirakan ataupun tidak. Sedangkan "kebahagiaan" adalah kenikmatan yang tidak diiringi dengan sedikitpun rasa sakit dan penderitaan. Ahklak -moral-, hanya berkaitan dengan "kesempurnaan", dan bukan dengan "kebahagiaan".[1]
Adapun para ulama' dan philosophy Islam mengatakan: "Sejauh mana manusia mencapai kesempurnaan dan menghampiri kepada tujuannya maka bererti (sejauh itulah) dia telah sampai pada kebahagiaan".[2] Pendapat ini sama dengan pendapat Kant, yang mana mereka menganggap kesempurnaan tidak terpisah daripada kebahagiaan, dan mereka juga menerima bahawa jika yang dimaksudkan dengan kebahagiaan tersebut adalah kebahagiaan inderawi (kesenangan material dunia) maka kebahagiaan yang semacam ini ini akan terpisah dari kesempurnaan.[3]
Dari sisi lain, bentuk pandangan dan perspektif yang dimiliki oleh berbagai-bagai kepercayaan terhadap manusia telah menyebabkan terjadinya perbezaan dalam menyimpulkan kebahagiaan itu sendiri.
Pandangan dan pegangan yang mendakwa manusia adalah wujud yang bersifat material (kebendaan/duniawi), meletakkan kebahagiaan manusia hanya terletak dalam ruang-lingkup terpenuhnya keperluan-keperluan materialnya sahaja, dan sebahagian yang lain menganggap kesempurnaan manusia terletak pada sebanyak mungkin kenikmatan-kenikmatan material yang boleh dimilikinya (baik berupa kepemilikan berbentuk pribadi mahupun bersama), dan sedangkan mereka yang menempatkan akal sebagai ukuran kemanusiaan bersepakat bahawa kebahagiaan manusia terletak pada kemajuan dan perkembangan akal yang dihasilkan melalui knowledge -ilmu- dan pengenalan hakikat-hakikat Ilahi.
Mereka ini seperti para Urafa' yang memberikan penumpuan terhadap masalah-masalah internal -dalaman- dan penderitaan, dan menganggap manusia itu adalah satu kewujudan yang terbelengu di dalam sangkar dan terasing dari watan aslinya, sehingga mereka meletakkan kebahagiaannya terletak pada perolehan cinta. Selain itu, terdapat kelompok lain seperti "نیچه " yang meletakkan kekekuatan adalah asas pekerjaan dan manusia yang bahagia adalah manusia yang paling berkemampuan.
Adapun perspektif Islam (dengan menerima keberadaan akal dan cinta) mendefinisikan manusia sebagai berikut: "Manusia adalah satu kewujudan yang memiliki potensi yang berbeza-beza, mereka tergabung dari dua unsur; unsur jiwa dan tubuh badan (ruh dan badan), dan bukan satu kewujudan yang terbatas kepada wujud yang bersifat material atau duniawi sahaja[4]. Kehidupan hakikinya berada di alam lain, dan mereka diciptakan untuk keabadian, dan -setiap- fikiran, perbuatan, perilaku mahupun moralnya akan membentuk badan ukhrawinya dan …
Dengan pandangan yang seperti ini, kebahagiaan manusia akan terwujud dengan pertumbuhan yang seiring potensi-potensi yang dimilikinya dan jawapan yang sesuai terhadap keperluan-keperluan ruhani dan jasmaninya. Allamah Thabathabai Ra dalam masalah ini berkata[5] : "Kebahagiaan segala sesuatu adalah sampai sesuatu tersebut kepada kebaikan wujudnya, dan kebahagiaan manusia yang terbentuk dari dua unsur; unsur roh dan unsur badan, adalah sampai kepada kebaikan jasmani dan ruhaninya dan menikmati keduanya."
Ruh yang berasal dari Tuhan, [و نفخت فیه من روحى] , iaitu: "… Aku telah meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Ku …" (Qs. Al-Hijr [15]: 29).
kebahagiaannya terletak dalam ruang-lingkup semakin hampirnya -seseorang- kepada Tuhan, iaitu kembali ke tempat dari mana dia berasal. Dengan ungkapan lain, ruh adalah hakikat manusia yang berasal dari Tuhan (innalillah), dengan melintasi tahapan-tahapan di tempat tinggal sementaranya di alam duniawi, dan kebahagiaannya akan diperolehi ketika ia keluar dari alam tabiat dengan mengendarai cinta dan kematian ikhtiari[6], lalu ia akan sampai pada tempat dari mana dia berasal (wa inna ilaihi raji'un). Manusia semacam ini meskipun tubuhnya berada di dunia, akan tetapi ruhnya terikat dengan dunia lain.[7]
Tentunya hal ini bukanlah bermaksud tidak mempedulikan tentang masalah-masalah dunia, karena mempunyai kesihatan yang baik
dan menikmati kenikmatan-kenikmatan dunia dan sebagainya adalah termasuk dari kebahagiaan manusia juga. Selain itu, setiap manusia disarankan supaya menjaga kesihatan diri supaya dengan itu tubuh badan akan menjadi sihat dan kuat. Hal ini dikarenakan tubuh badan yang sehat adalah syarat asasi untuk mendapatkan ruh yang sehat.[8]
Akan tetapi, maksudnya adalah ruh yang merupakan hakikat manusia akan membentuk keperibadian manusia, dan tujuan dari penciptaan kewujudan semacam ini adalah untuk mendekatkannya –taqarrub- kepada Allah Ta'ala. Allah Ta'ala berfirman, "Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan-mu dengan hati yang puas lagi diridai. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku." (Qs. Al-Fajr [89]: 27-30). Dan ayat: "Hai manusia, sesungguhnya kamu menuju kepada Tuhan-mu dengan kerja dan usaha yang sungguh-sungguh, maka kamu pasti akan menjumpai-Nya." (Qs. Insyiqaq [84]: 6). Dan firman-Nya: "… di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa" (Qs. Al-Qamar [54]: 55).
Dan berfirman, "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." (Qs. Adz-Dzariyat: 56). Ibadah merupakan sarana untuk mendekati dan taqarrub kepada-Nya, "Dan mintalah
pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat." (Qs. Al-Baqarah [2]: 45)
ibadah adalah wasilah untuk menyampaikan manusia kepada Allah Ta'ala "mohonlah bantuan dengan sabar dan solat". Al-Baqarah/45.
Dengan demikian dapat dikatakan bahawa segala hal yang bisa membantu manusia untuk mendekatkan mereka kepada Allah Ta'ala, maka hal tesebut akan mengantarkannya kepada kebahagiaan, dan di sini bukan sekadar solat sahaja yang menjadi wasilah untuk mendekati diri kepada Allah Ta'ala, bahkan mengabdi dan berkhidmat kepada hamba-hamba-Nya juga dikategorikan sebagai yang sejajar dengan ibadah dan dikira sebagai wasilah yang boleh mendekatkan diri kepada Tuhan.
Allamah Thaba'thaba'i berkata [9]: "Segala sesuatu yang dikategorikan sebagai nikmat, hanya akan merupakan sebuah kenikmatan ketika bersesuaian dengan tujuan yang ditetapkan oleh Tuhan dalam penciptaan mereka untuk manusia, karena segala sesuatu tersebut diciptakan dengan maksud supaya digunakan oleh manusia sebagai bantuan dari Tuhan dalam meraih jalan kebahagiaan hakikinya yang tak lain adalah pendekatan diri kepada-Nya melalui penghambaan dan kepasrahan di hadapan-Nya, sebagaimana firman-Nya, "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku."
[1] . Muthahhari, Murtadha, Falsafeye Akhlâq, hal. 70-71.
[2] . Mafhum kebahagiaan dalam kitab-kitab akhlak ditempatkan sebagai rukun akhlak, rujuklah kitab: Beh Mi'raj-e Sa'âdat, hal. 18 dan 23.
[3] . Muthahhari, Murtadha, Falsafe-ye Akhlâq, hal. 72.
[4] . "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan dia air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain." (Qs. Al-Mukminun12-14) dan "Maka apabila Aku telah menyempurnakan penciptaannya, dan telah meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Ku …" (Qs. Hijr [15]: 24).
[5] . Allamah Thabathabai, Muhammad Husain, Tafsir al-Mizân, jil. 11, hal. 28.
[6] . Kematian ikhtiyari tak lain adalah melawan nafsu dan membunuhnya dimana dalam ungkapan Imam Ali As dikatakan "Hanya menghidupkan akalnya dan mematikan nafsunya", Nahjul Balaghah, khutbah ke 220.
[7] . Nahjul Balaghah, surat ke 147.
[8] . Ushul Kâfi, jil. 2, hal. 550.
[9]. Allamah Thabathabai, Muhammad Husain, Tafsir Al-Mizan, jil. 5, hal. 281.