Carian Terperinci
Pengunjung
7501
Tarikh Kemaskini 2011/04/19
Ringkasan pertanyaan
Dengan memperhatikan bahawa Tuhan adalah Mahatahu secara mutlak, lantas apakah motif ujian-ujian Tuhan bagi manusia?
soalan
Dengan memperhatikan bahawa Tuhan adalah Mahatahu secara mutlak, lantas apakah motif ujian-ujian Tuhan bagi manusia?
Jawaban Global

Sebagaimana menurut pertanyaan yang diajukan, pelbagai ujian Ilahi bukanlah bermaksud untuk menyingkap apa-apa yang tidak diketahui lantaran Tuhan Mahatahu atas segala sesuatu. Namun ketika kita merujuk kepada ayat dan riwayat, maka kita akan menemui bahawa pelbagai ujian ini merupakan sebuah tradisi (sunnah) dan kanun Ilahi yang berpijak pada tradisi-tradisi lainnya seperti, tarbiyah dan petunjuk umum Ilahi. Allah Swt berkehendak seluruh manusia keluar dari potensi dan bakat melalui syariat yang ditetapkan bagi mereka dan berbagai peristiwa yang terjadi. Dan barangsiapa yang dapat menjadikan seluruh potensi ini sebagai kenyataan, maka ia akan terbimbing untuk sampai pada kesempurnaan yang diinginkannya.

Perkataan fitnah di antara penjelasan yang digunakan untuk menafsirkan teks-teks agama yang berkaitan dengan ujian Ilahi. Fitnah ertinya adalah suci dan murninya emas. Dinukil daripada riwayat bahawa manusia diuji sebagaimana emas diuji. Hakikat kewujudan manusia adalah emas yang dimurnikan dan bertumbuh-subur dengan pelbagai peristiwa dan ujian Ilahi. Di antara pengaruh lain dari pelbagai ujian Ilahi adalah membangungkan manusia dari kelalaian. Allah Swt dalam ayat-ayat al-Qur’an memperkenalkan tujuan melatih manusia dalam berbagai perisitiwa pilu dan getir adalah untuk menguji dan sebagai hasilnya manusia akan bangun dan terjaga dari lelapnya. Sebenarnya dapat dikatakan bahawa pelbagai peristiwa ini seumpama jalan-jalan rekaan (pseudo) di jalan besar yang dimatlamatkan supaya pengemudi tidak terlelap dan jatuh ke dalam jurang kerana hanya ada satu sahaja jalan besar yang disediakan.

Ujian juga perlu dikenakan bagi orang-orang kafir dan fasik agar segala nista yang bertimbun dalam jiwa mereka menjadi nyata. Dengan kata lain, Allah Swt memiliki dua keinginan dan kehendak dalam mengenakan ujian. Pertama, kehendak takwini dan kedua kehendak tasyriʽi. Kehendak takwini Tuhan dalam mengadakan ujian ini adalah supaya orang-orang mukmin dan kafir masing-masing dapat menyatakan seluruh potensi yang mereka miliki. Adapun kehendak tasyri’i Ilahi dalam menetapkan ujian ini adalah supaya manusia menunjukkan jiwanya yang suci dan menyatakan segala potensi kebaikan yang dimilikinya.

Jawaban Detil

Ujian yang ditetapkan Tuhan bukan dimaksudkan untuk meyingkap hal yang tidak diketahui (majhul). Kerana Dia adalah Mahamengetahui atas segala sesuatu. Penetapan ujian ini merupakan sunnah Ilahi, yang bersandar pada sebuah tradisi takwini (penciptaan). Yang dimaksud dengan tradisi takwini adalah tradisi hidayah umum Ilahi yang berkaitan dengan kehidupan-kehidupan yang memiliki taklif seperti manusia.

Allah Swt memiliki dua hidayah (petunjuk):

1.     Hidayah khusus yang diperuntukkan hanya untuk orang-orang tertentu dan dinafikan untuk orang-orang tertentu, “Dan Allah Swt tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang zalim.” (Qs. Al-Jumu’ah [62]:5) atau pada ayat lainnya, “Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang fasik.” (Qs. Shaf [61]:5). Lawan dari hidayah (petunjuk) seperti ini adalah kesesatan (Ilal).

2.     Hidayah bermakna penunjukan jalan yang diperuntukkan bagi setiap orang mukmin dan kafir. Jenis hidayah ini hanya dikhususkan untuk hidupan berakal sahaja, “Sesungguhnya Kami telah menunjukkan jalan, ada yang bersyukur ada pula yang kufur.” (Qs. Al-Insan [76]:3) atau pada ayat, “Dan adapun kaum Tsamud Kami telah memberikan petunjuk kepada mereka.” (Qs. Al-Fusshilat [41]:17)

3.     Hidayah takwini yang bersifat umum dari sisi kandungannya, bersifat umum juga dari sisi keputusannya, hal ini dinyatakan dalam ayat al-Qur’an, “Musa berkata, “Tuhan kami ialah (Tuhan) yang telah memberikan kepada makhluk-Nya segala sesuatu (yang mereka perlukan), kemudian memberi petunjuk kepada mereka.” (Qs. Thaha [20]:50) dan Tuhan memberikan petunjuk kepada seluruh makhluk baik yang memiliki akal atau tidak. Atau pada ayat, “yang menciptakan dan menyempurnakan (penciptaan-Nya) dan yang menentukan kadar (masing-masing) dan memberi petunjuk” (Qs. Al-A’la [87]:3)

“Takdir”  (qaddara) adalah penyediaan sebab-sebab dan akibat-akibat sehingga dengan adanya sebab dan akibat ini, seluruh kewujudan diarahkan kepada tujuan dan sasaran penciptaannya. Dalam ayat ini, Allah Swt memandang petunjuk ini sebagai hasil dari takdir.

Segala sesuatu bergerak menuju matlamat dan sasarannya masing-masing dengan perantara hidayah (umum) ini. Tiada satu kewujudan pun yang terkecuali dari aturan universal ini. Manusia dalam hidayah ini tidak akan sampai kepada kesempurnaan kecuali dengan perbuatan-perbuatan ikhtiari (bebas) dan iradi (berkehendak) mereka. Ertinya, kesempurnaan manusia terletak pada perbuatan-perbuatan ikhtiari dan oleh karena itu Tuhan harus menetapkan aturan sistematik dalam rangka perintah-perintah (awâmir) dan larangan-larangan (nawâhi). Dari sisi lainnya, Allah Swt memunculkan pelbagai peristiwa sosial dan personal, yang sebagian dari peristiwa tersebut berdasarkan pilihan manusia itu sendiri dan sebahagiannya tidak, sehingga manusia mampu berkonfrontasi dengan kedua hal ini maka ia dapat menyatakan secara realisasi potensi dan bakat yang dimilikinya, sehingga akhirnya ia meraih kebahagiaan atau menuai kesengsaraan. Atas alasan ini, Allah menetapkan ujian, cubaan, menurunkan bala dan musibah.

Dengan kata lain, Tuhan adalah penguji manusia. Dan medium pelbagai ujian yang ditetapkan-Nya adalah syariat dan berbagai peristiwa sehingga dengan dua perantara ini, keadaan manusia menjadi jelas berhubung dengan matlamat yang diseru agama untuk diperolehinya.

Dengan demikian, seluruh ujian Ilahi berpijak pada asas tarbiyah umum Ilahi. Dengan tarbiyah seperti ini, keadaan manusia menjadi jelas di dalam kelopok manakah ia tergolong? Apakah ia termasuk golongan orang-orang yang mendapat ganjaran atau pembalasan?[1]

Al-Qur’an menjelaskan pada surah Ali Imran (3) ayat 140 dan 141 tentang matlamat Ilahi daripada ujian-ujian seperti ini, “Kami mempergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya Dia menjadikan sebahagian kamu sebagai saksi. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim. Dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir.”

Dan dengan ujian silih-berganti, iman dan keutamaan akan nampak jelas dan kekufuran secara perlahan akan hilang.[2] Namun bagi orang-orang kafir, terdapat kebinasaan yang lain di mana al-Qur’an menjelaskannya demikian, “Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.” (Qs. Thaha [20]:132) atau pada ayat, “Dan sungguh Kami telah tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) azd-Dzikr (Taurat) bahawasanya hamba-hamba-Ku yang soleh mewarisi bumi ini.” (Qs. Al-Anbiya [21]:105)

 

Hasil dari pengaruh-pengaruh yang membangunkan kesan dari pelbagai ujian Ilahi dapat diringkas dalam beberapa perkara:

1.     Berseminya seluruh potensi yang subur dan mewujudkan roh perlawanan (spirit of resistance) pada diri manusia. Imam Ali As dalam sebuah hadis bersabda, “Mutiara kelelakian akan dapat dikenal ketika ia berada di dalam berbagai pergolakan, kesusahan dan keadaan.”[3] Dinukil daripada Imam Ridha As, “Manusia diuji sebagaimana emas. Mereka menjadi murni dan suci sebagaimana emas menjadi suci.” [4]

Fitnah ertinya suci dan murni bagaikan emas.[5] Emas ditempa di atas api sehingga segala yang tidak murni terbakar dan menjadi murni. Kewujudan manusia diibaratkan emas di mana Tuhan menghendaki wujud manusia menjadi murni dalam tempaan dan ujian api syahwat, duka dan nestapa. Dan dari sini harus dikatakan bahawa ujian merupakan wahana untuk penggemblengan dan penyempurnaan manusia.

Sepanjang tiada nestapa bilamanakah manusia akan sempurna

Sepanjang tiada angin dan hujan bilamanakah bunga akan merekah

Dewasa ini para tentera dilatih dengan latihan-latihan berat dan keras supaya tingkat prestasi mereka semakin meningkat. Pelbagai ujian Ilahi bertujuan untuk menguatkan kekuatan batin manusia. Imam Ali As bersabda, “Meski pun Allah Yang Mahasuci mengetahui akan mereka lebih dari apa yang mereka tahu tentang diri sendiri, namun Dia berbuat demikian melahirkan perbuatan-perbuatan yang melayakkan mereka mendapatkan ganjaran.[6] Dan hal ini merupakan sebaik-baik kesempatan untuk mengenal pasti segala potensi yang dimiliki manusia dan keupayaan untuk merealisasikan segala potensi tersebut. Dan merupakan jalan yang lain untuk menyempurnakan hujjah baginya sehingga di hari kemudian kelak ia tidak mendakwa bahawa ia layak mendapatkan ganjaran atau lebih dari yang sepatutnya ia terima.

2.      Tersingkirnya kelalaian: Allah Swt tidak hanya menguji manusia dengan pelbagai bala dan musibah, namun terkadang dengan melimpahnya nikmat, kekuasaan memerintah dan kesejahteraan... dihitung sebagai sebab ujian Ilahi.[7] Dengan nikmat yang melimpah ini terkadang manusia menjadi angkuh dan menjadi sebab kebinasaannya. Allah Swt membuat manusia berhadapan dengan pelbagai peristiwa getir adalah untuk menyelamatkan dan membangunkannya. Dan demikian Dia menguji manusia sehingga ia mampu mengenal antara lopak dan jalan. Ia juga untuk membuatkannya yakin bahawa seluruh kewujudan dan nikmat adalah berasal dari Tuhan supaya ia tidak lalai dari-Nya dan karam dalam lautan dosa.

Sebahagian musibah adalah seperti lekukan dan lopak buatan yang dibuat di jalan sehingga para pemandu tetap waspada dan tidak terlelap yang menyebabkannya jatuh ke dalam jurang. Banyak ayat dalam al-Qur’an yang mengingatkan kesan tarbiyah ini dari pelbagai ujian Ilahi ini. Dalam ayat-ayat ini, kadang kala tujuannya disebutkan sebagai “ikr” dan pada waktu lainnya, “tadharru’” (tunduk dengan merendahkan diri) atau kali lainnya, “rujuk dan kembali.” Dan hal ini disebabkan bahawa kembali ke sisi Tuhan dengan bermartabat dan memiliki tingkatan.[8] Tingkatan pertama adalah taakkur (mengingatkan) kemudian tadharru’ (tunduk) di hadapan Tuhan. Kemudian manusia secara praktikal meluruskan jalannya dan kembali kepada-Nya.[9] Imam ‘Ali dalam sebuah hadis menyinggung titik Qur’ani ini, “Sesungguhnya Allah menguji para hamba-Nya berhubung dengan perbuatan jahat mereka dengan mengurangi buah-buahan, menahan nikmat dan menutup perbendaharaan yang baik, agar barangsiapa yang ingin bertaubat dapat bertaubat, orang yang ingin berpaling (dari kejahatan) dapat berpaling, dan orang yang ingin mengingat (kebaikan yang dilupakan) dapat mengingat, dan orang yang ingin berpaling (dari kejahatan) dapat berpaling.”[10]

Akan tetapi di sini tampil sebuah pertanyaan: Mengapakah para wali Allah, para imam dan nabi diuji? Jawapannya adalah kerana sebagaimana yang telah disebut sebelumnya bahawa hal ini merupakan tradisi (sunnah) umum Ilahi dan tiada yang dikecualikan dalam tradisi ini. Amirul Mukminin As bersabda: “Para nabi menjadi sasaran ujian supaya darjat-darjat mereka semakin menjulang.”[11]

Dengan penjelasan ini, tujuan penetapan ujian Ilahi menjadi terang bahawa ujian ini tidak bertujuan supaya Tuhan mengetahui keadaan manusia, melainkan supaya manusia dapat menyatakan pelbagai potensi yang dimilikinya.[]



[1]. Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya. (Qs. Al-Kahf [18]:7) Untuk kajian dan mengenal lebih jauh, Anda dapat merujuk  pada ayat-ayat berikut ini, Qs. Al-Insan (76):2; Qs. Al-Anbiya (21):35; Qs.Ali Imran (3):154; Qs. Al-Fajr (89):6; Qs. Al-Taghabun (64):15; Qs. Muhammad (47):4; Qs. Al-Anfal (8):17; Qs. Al-Ankabut (29):3; Qs. Al-Baqarah (2):124; Qs. Al-Shaffat (37):106; Qs. Thaha (20):40; Qs. Al-An’am (6):165; Qs. Al-Ahzab (33):11; Qs. Al-Mulk (67):2.

[2]. Silakan lihat, al-Mizân, jil. 16, hal. 100, jil. 9, hal. 124, jil. 4, hal. 30-36; Terjemahan al-Mizân, jil. 4, hal. 46-55; Tafsir Maudhu’i Qur’an, Jawadi Amuli, jil. 4, hal. 267-284; Mizân al-Hikmah, jil. 9, hal. 70.

[3]. Nahj al-Balâghah, kalimah Hikmah 217.

[4]. Ushul Kâfi, terjemahan Sayid Jawad Mustafawi, jil. 4, hal. 284.

[5]. Aqrab al-Mawârid, jil. 2, hal. 901-902; Mufrâdât Râghib, hal. 371.

[6]. Nahj al-Balâghah, hikmah 93.  

[7]. Abdullah Jawadi Amuli, Tafsir Maudhu’i Qur’ân, jil. 4, hal 267-286.

[8]. Kami tidaklah mengutus seseorang nabi pun kepada sesuatu negeri, melainkan Kami timpakan kepada penduduknya kesempitan dan penderitaan supaya mereka tunduk dengan merendahkan diri. (Qs. Al-A’raf [7]:94; “Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (Qs. Rum [30]:41); Dan sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat); mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar). (Qs. Al-Sajdah [32]:21); Sebahagian diberi-Nya petunjuk dan sebagian lagi telah pasti kesesatan bagi mereka. Sesungguhnya mereka menjadikan syaitan-syaitan sebagai pelindung (mereka) selain Allah, dan mereka mengira bahawa mereka mendapat petunjuk. Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran). (Qs. Al-A’raf [7]:30 & 168); Dan tidakkah mereka memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertobat dan tidak (pula) mengambil pengajaran? (Qs. Taubah [9]:126)

[9]. Payâm-e Qur’ân, jil. 4, hal. 470-475.

[10]. Nahj al-Balâghah, Khutbah 143.

[11]. Bihâr al-Anwâr, jil. 4, hal. 235, hadits 54.  

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits