Carian Terperinci
Pengunjung
10473
Tarikh Kemaskini 2011/07/21
Ringkasan pertanyaan
Nabi Musa a.s merupakan salah seorang Nabi Ulul Azmi, kenapa ilmu nabi Khidir a.s lebih banyak daripada ilmu nabi Musa a.s?
soalan
Didalam kisah Nabi Musa a.s bersama Nabi Khidir a.s diceritakan bahawa nabi Khidir a.s mengetahui beberapa perkara dimana nabi Musa a.s tidak mengetahui perkara-perkara itu sedangkan nabi Musa a.s merupakan seorang nabi ulul azmi dan nabi Khidir tidak!
Jawaban Global

Walaupun nabi Musa a.s merupakan salah seorang nabi Ulul Azmi dan merupakan pembawa risalah, tetapi penimbaan ilmu daripada nabi Khidir a.s dan… tidak mengurangkan derajat keilmuan Nabi Musa a.s kerana:

1.     Didalam saat-saat pertama perjumpaan mereka, nabi Khidir a.s didalam menjawab salamnya nabi Musa a.s berkata: "السلام علیک یا عالم بنى اسرائیل": salam keatas kau wahai alim bani israel" [i]. Begini nabi Khidir mengakui dan menjelaskan martabah ilmu nabi Musa a.s.

2.     Berasaskan sebahagian riwayat, antaranya riwayat daripada Imam Sadiq a.s berkata: nabi Musa a.s menyangka bahawa segala ilmu dan pengetahuan yang ada luh-luh langit telah diturunkan kepadanya, dan dia lebih mengetahui dari semua orang lain[ii]. Allah s.w.t berasaskan hikmah dan maslahatnya, berkehendak supaya sangkaan itu diubah. Oleh kerana itu ditetapkan sebegini dimana didalam bentuk teka-teki Allah telah telah memberitahu nabi Musa a.s bahawa sangkaannya adalah salah.

3.     Nabi Khidir a.s mengetahui sebahagian masalah tetapi secara keseluruhannya ilmu yang beliau miliki adalah lebih sedikit daripada ilmu nabi Musa a.s. oleh kerana itu Imam Sadiq a.s mengenali nabi Musa a.s sebagai orang yang lebih berilmu daripada nabi Khidir a.s.[iii]

Dengan kata-kata lain, dapat difahami daripada seluruh ayat dan riwayat yang berkaitan dengan kisah nabi Musa dan Khidir a.s bahawa ilmu yang ada pada nabi Khidir a.s( makrifah dan hakikat yang berkaitan dengan alam takwini dan kehidupan manusia) telah diberikan kepadanya berasaskan wilayat dan rahmat khas dan mutlak ilahi, dan ilmu ini tidak ada kena-mengena dengan risalah dan kenabian nabi Musa a.s, dan bantahan nabi Musa a.s terhadap nabi Khidir a.s juga adalah berasaskan ilmu yang berkaitan dengan zahirnya syariat dan furu'at agama. Oleh kerana itu dengan cara ini Allah s.w.t telah mengajarkan kepada nabinya akan ilmu-ilmu ghaib dan hakikat-hakikat sebenar disebalik alam ini dan telah menjelaskannya melalui lisan seorang hamba (nabi Khidir a.s) daripada hamba-hambanya.[iv]

4.     Sumber ilmu nabi Khidir a.s adalah sama dengan sumber ilmu nabi Musa a.s; iaitu pengajaran dan penyampaian daripada tuhan. Oleh kerana itu jika nabi Khidir mengetahui sebahagian daripada masalah dimana nabi Musa a.s tidak mengetahuinya, ianya tidak dikira sebagai satu kelebihan untuk nabi Khidir a.s kerana semua pengetahuan ini adalah daripada tuhan.

5.     Jika diberikan perhatian terhadap point-point sebelumnya akan perkara ini akan jelas bahawa mempelajari sebahagian daripada rahsia-rahsia oleh nabi Musa a.s daripada nabi Khidir a.s bukan sahaja menunjukkan kelebihan nabi Khidir a.s bahkan menunjukkan kelayakkan dan kemampuan semulajadi ruhnya nabi Musa a.s sehingga ditunjukkan kepadanya oleh tuhan apa yang tidak diketahui. Sudah tentu untuk mendapat rahmat khas dan anugerah khusus ini memerlukan kepada sebab dan factor-faktor (dalaman dan luaran), dan didalam kisah nabi Musa a.s ianya telah terjadi dengan sebab luaran iaitu nabi Khidir a.s. Oleh kerana itu nabi Khidir a.s menjelaskan bahawa: apa yang telah aku katakan bukanlah daripada diriku sendiri akan tetapi ia merupakan kehendak Ilahi dimana melalui aku hakikat-hakikat diterangkan kepadamu.[v]



[i] Faid Kashani, tafsir safi, j3, m/s251, biharul anwar, jld13, m/s 278 dan 286

[ii] Tafsir safi, jld 3, m/s 252; biharul anwar jld 13, m/s 278 dan 286

[iii] Tafsir safi, jld 3, m/s 252; biharul anwar jld 13, m/s 303 dan 309

[iv] Kahfi 65

[v] Tafsir safi jld 3, m/s 257

Jawaban Detil
Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Detail.
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apa yang menjadi latar belakang penolakan agamawan atas doktrin wahdat al-wujud?
    8969 Irfan Teori 2011/08/20
    Wahdat al-wujud adalah gagasan yang paling fundamental dalam lapangan irfan. Menurut pandangan dunia irfan seperti dalam mazhab Ibnu Arabi, wahdat al-wujud adalah doktrin yang paling ...
  • Apa yang dimaksudkan dengan bada', lauh mahfuz, kitabul mubin, lauh mahw wa isbat?
    20170 Teologi Klasik 2010/11/14
    Bada’ bermakna zahir (jelasnya) sesuatu setelah tersembunyi. Dan yang digunakan dalam al-Quran adalah makna ini:  و بدا لهم من اللَّه ما لم یکونوا یحتسبون" Dan jelaslah bagi ...
  • Apakah Tuhan itu dapat dilihat? Bagaimana?
    10455 Teologi Klasik 2013/03/30
    Sesuai dengan hukum akal dan syariat, sesungguhnya Allah tidak dapat dilihat dengan mata zahir, baik di dunia mahupun di akhirat. Namun Allah dapat disaksikan dan dilihat dengan mata hati. Hati dapat menyaksikan dan melihat Allah (s.w.t) menurut kemampuan eksistensialnya. Hal ini dapat dilakukan melalui jalan penyaksian (shuhūd) ...
  • Mengapa nama para Imam Maksum (a.s) tidak disebut secara jelas dalam Al-Qurʻan?
    10508 Teologi Klasik 2012/03/08
    Hendaklah kita sedari walaupun nama para Imam Maksum (a.s) tidak ditampilkan secara jelas di dalam Al-Qurʻan, namun sabda-sabda Nabi (s.a.w) telah menyebut secara terang-terangan nama para Imam Maksum (a.s) khususnya Ali bin Abi Talib (a.s) di mana beliau adalah miṣdāq (eksternal) jelas bagi hadis Al-Ghadīr; iaitu pengumuman ...
  • Apakah yang menjadi piawaian dalam permasalahan yang berkaitan dengan kalam?
    7052 Teologi Klasik 2010/11/14
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail. ...
  • Apakah tanda-tanda kemunculan Imam Zaman (a.j.f)? dan petanda yang mana satu yang dapat dipercayai?
    7970 Teologi Klasik 2012/05/17
    Pertanyaan-pertanyaan yang berkaitan dengan "kemunculan" dan tanda-tandanya sangatlah dapat diterima, namun perlu diingat bahawa hal ini tidak boleh menyebabkan kita terjebak ke dalam liku-liku dan kerumitannya sehingga menyebabkan kelalaian tentang matlamatnya (iaitu persiapan untuk kezuhuran). Sebenarnya tanda-tanda kemunculan dapat dibahagikan dalam berbagai bahagian iaitu di ...
  • Apakah haiwan sembelihan bukan muslim dapat digunakan?
    15782 Huquq Dan Ahkam 2014/04/20
    Menurut pandangan fatwa-fatwa para ahli fikah Syi’ah dan ajaran Ahlulbait, daging-daging dari sembelihan yang tidak menuruti cara Islam dihukum sebagai daging bangkai. Dagingnya adalah haram dan tidak dibenarkan memakannya. ...
  • Al-Quran merupakan mukjizat yang terakhir utusan Allah swt. Apakah bentuk keajaiban al-Quran?
    19215 Ulum Al-Quran 2010/11/14
    Terdapat tiga bentuk untuk menjelaskan keajaiban al-Quran: Keajaiban perkataan, kandungan dan pembawanya.1.     Keajaiban perkataan al-Quran terdiri dari dua jenis:
  • Apakah orang biasa boleh menjadi maksum atau tidak?
    15442 Teologi Klasik 2011/04/19
    “Kemaksuman” yang bermakna terpelihara dari perbuatan dosa dan lupa memiliki tingkatan-tingkatan dan darjat-darjatnya. Makam tertinggi kemaksuman hanya dikhususkan untuk para Nabi dan wasi mereka. Kemaksuman mereka ini dapat dibuktikan dengan adanya nas-nas al-Quran hadis dan pelantikan mereka untuk memimpin manusia sebagai “khalifatullah”. Adapun orang yang selain ...
  • Bagaimana pandangan Imam Khomeini terhadap Dr. Syari`ati?
    6916 تاريخ بزرگان 2011/07/21
    Berkenaan dengan pandangan Imam Khomeini tentang Dr. Syari`ati, yang berupa karya tulisan beliau yang ada di tangan kita disebutkan bahawa Imam Khomeini tidak menyebutkan secara jelas tanggapan positif atau negatif mengenainya dan tidak menyebut nama Dr. Syari`ati. Sudah tentu Imam Khomeini mengkritik orang-orang yang ...

Populer Hits