Please Wait
25382
Rezeki terdiri dari dua jenis. Rezeki yang kita cari dan rezeki yang datang dengan sendirinya. Dalam riwayat, rezeki yang datang kepada kita disebut sebagai “rezeki thālib” (yang mencari) dan rezeki yang kita cari dinamakan “rezeki mathlūb (yang dicari).”
Rezeki ṭālib dan yang telah ditentukan (mahtum) adalah rezeki berbentuk kewujudan, usia, segala kemudahan, persekitaran, keluarga, dan segala bakat dan sebagainya dari jenis rezeki ini, memberikan kemampuan yang diperlukan dan ketelitian untuk berusaha, berupaya dan berkerja sehingga dengan demikian gerbang pintu rezeki maṭlūb dan yang bersyarat akan terbuka.
Untuk menerima rezeki maṭlūb, setiap orang harus menadahkan tangannya berdoa – disertai dengan usaha dan kesungguhan – ke hadirat Tuhan; bahkan seorang bayi menyusui sekalipun usahanya adalah tangisan dan rontaan, dengan kegiatan-kegiatan ini ia memperoleh rezeki yang dicari (air susu ibu). Namun bayi ini tatkala ia beranjak besar dan lebih dewasa, usaha dan kesungguhannya mempunyai bentuk lain. Dengan berfikir, bertafakkur, berkerja, menggerakkan seluruh anggota badan, ia mengubah sisi kualiti dan kuantiti rezeki yang diperolehnya. Kesimpulannya dalam bahagian rezeki yang ditentukan (mahtum) dan yang mencari (thālib), akan tercipta usaha, fikiran dan kerja dan dalam usaha, kegiatan, pencarian, dengan demikian rezeki yang dicari dan bersyarat itu akan diperolehi.
Rezeki mahtum (yang ditentukan) tidak dapat berubah dan berganti, bertambah dan berkurang. Dan hal ini bergantung pada bagaimana pekerjaan pendahuluan rezeki yang dicari itu dipersiapkan dan kualiti gubahan, pengaturan dan penataannya dapat menambah dan mengurangi rezeki maṭlub.
Jawapan dari pertanyaan ini dapat dijelaskan dalam format dua mukadimah dan sebuah keputusan sebagai berikut:
Mukadimah pertama: Rezeki yang dijanji oleh Tuhan dan dijaminNya adalah, bahagian atau kuota yang harus sampai kepada seluruh makhluk sehingga ia dapat bertahan hidup. Namun jaminan Ilahi, pemberian rezeki, kita sandarkan kepada dhat Ilahi, berbeza dengan tugas seorang manusia.
Sekiranya disebutkan dalam al-Qur’an bahawa, “Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya.” (Qs. Hud [11]:6) maka harus diperhatikan bahwa Tuhanlah yang menanggung rezeki seluruh binatang melata tersebut, bukan seorang makhluk. Allah bermakna Pencipta semesta alam dan seluruh kewujudan. Jaminan Ilahi berbeza dengan jaminan sebuah makhluk yang merupakan bahagian dari semesta dan berada di bawah pengaruh peristiwa-peristiwa yang terjadi di alam semesta.
Mengenal perbuatan Tuhan dan sifatnya yang memberi rezeki adalah mengenal sistem yang berlaku di alam semesta. Kita (manusia) adalah bahagian dari alam semesta ini dan seperti bahagian-bahagian lainnya di alam semesta ini, kita memiliki tugas. Namun tugas-tugas yang kita miliki bersangkut paut dengan pelbagai rezeki, hak-hak dan aturan penciptaan atau aturan syariat yang membuat kita memikul tugas ini adalah bersumber dari dimensi sifat Tuhan yang Mahapemberi. Kekuatan menarik dan memberi makan yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan, demikian juga peralatan pemberian makanan, selera-selera dan naluri-naluri yang terdapat pada binatang membimbing mereka kepada bahan-bahan makanan, semuanya ini merupakan manifestasi kemahapemberian Allah (s.w.t).
Allah (s.w.t) membekalkan kepada setiap binatang dengan perantara sejumlah selera dan gairah sehingga mereka mencari apa yang mereka perlukan serta berusaha untuk memenuhi selera-selera ini.
Pemikiran, usaha, dan upaya inilah yang merupakan wadah untuk menarik sifat kemahapemberian Tuhan. Dan Razzaqiyat-Nya menjadikan yang memberi rezeki-menerima rezeki mencinta dan mencari satu dengan yang lain.
Ketergantungan khas yang terdapat di antara kewujudan membuat mereka berhubungan satu dengan yang lain. Selama manusia di peringkat kecil (bayi) dan tidak memiliki kudrat untuk memperoleh rezeki, rezeki untuknya telah disediakan dalam bentuk sajian yang siap untuk dijamu. Dan secara berperingkat ia memperolehi kekuatan dan dengan sikap ingin tahu, ia dapat memperoleh rezekinya, rezekinya tidak akan semudah ia dapati sebagaimana waktu bayi. Sepertinya Dia mengambil rezekinya dan menempatkannya jauh dari jangkuannya hingga ia melangkah ke arah rezeki tersebut, mendapatkannya lalu memanfaatkannya. Secara umum, terdapat kesesuaian antara persiapan untuk memperoleh rezeki dan ukuran kemampuan makhluk yang menerima rezeki serta ukuran petunjuk untuk sampai pada rezeki yang ditetapkan baginya. Dan atas alasan ini, terdapat kesesuaian dalam kaitannya dengan tumbuh-tumbuhan dan binatang kewujudan-kewujudan yang lebih tinggi dan maju. Dan apa yang mencukupi bagi kehidupan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan adalah tidak mencukupi bagi manusia. Masalah pencarian rezekinya akan mempunyai bentuk lain. Jarak antara rezeki dan yang memakan rezeki dalam pentas kehidupan manusia lebih besar; dengan demikian perantara-perantara yang lebih besar dipersiapkan untuknya dan alat-alat petunjuk pada kewujudannya dikuatkan. Kepadanya diberikan akal, ilmu dan fikiran, wahyu dan kenabian diturunkan kepadanya untuk membantunya. Dan telah ditetapkan sebanyak-banyak tugas dan semua hal ini merupakan dimensi dari sifat kemahapemberian Tuhan. Dari sini dikatakan bahwa:
Jangan engkau menyantap pancingan Iblis hingga nyawamu melayang
Siapa yang memberikan gigi ia akan memberikan zat makanan
Kemampuan yang diberikan oleh Tuhan pemberi rezeki
Sehingga engkau memperolehi rezeki
Lihatlah janin dalam rahim
Ia menikmati usia dan memperoleh rezeki
Ucapan yang benar namun tidak bermakna bahawa dengan memiliki gigi membuatkan segalanya selesai dan memadai hingga makanan dimasak dan disajikan di atas meja makan manusia, namun ia bermakna bahawa apabila tiada makanan, maka gigi juga tidak tersedia, juga apabila gigi dan pemilik gigi tiada, maka makanan juga tidak akan ada. Dengan kata lain, dalam teks penciptaan antara rezeki dan pemakan rezeki, perantara untuk mendapatkan rezeki, perantara untuk memakan dan menghadam rezeki, menguyah, menarik rezeki, media-media pemandu dan pembimbing ke arah rezeki terjalin hubungan berkemudi antara satu dengan yang lain. Yang menciptakan manusia di alam semulajadi memberikannya gigi, juga memberikan khasiat (makanan) di alam semulajadi. Fikiran dan kekuatan amal, mencari, dan melakukan tugas dengan baik yang dianugerahkan kepadanya dan kesemua ini merupakan cermin kemahapemberian Tuhan.[1]
Mukadimah kedua: Rezeki terbagi menjadi dua. Rezeki yang kita cari dan rezeki yang datang kepada kita.[2]
“Rezeki yang ditentukan” (ṭālib) yang datang kepada kita sentiasa mengejar kita meskipun apabila kita berlari darinya. Ia tidak akan berlepas tangan dari kita laksana kematian yang senantiasa mengejar manusia. “Sekiranya manusia lari dari rezekinya sebagaimana ia berlari dari kematian, maka ia akan mendapatkannya sebagaimana kematian.”[3] Rezeki sedemikian memiliki akar pada ketentuan Ilahi dan tidak mengalami perubahan dan pergantian di dalamnya. Dalam hal ini, Allamah Ṭaba-Ṭabai mengatakan, “Antara rezeki dan pemakan rezeki terdapat kenescayaan antara satu sama lain. Mustahil ada pemakan rezeki yang mencari rezeki supaya dapat bertahan hidup akan tetapi rezeki tidak tersedia untuknya. Demikian juga mustahil tersedia rezeki namun pemakan rezeki tidak ada, begitu juga rezeki yang diperlukan oleh manusia bertambah. Dengan demikian masalah rezeki ini termasuk bahagian dari ketentuan Ilahi.[4]
“Rezeki yang dicari” (matlub) adalah rezeki yang telah ditetapkan oleh pencarinya. Apabila kita mencarinya dan memenuhi segala syarat, sebab-sebab yang diperlukan untuk sampai kepadanya, maka rezeki sedemikian akan kita perolehi.
Sebenarnya, usaha kita untuk sampai pada rezeki tersebut adalah termasuk “juz al-‘illah” (bahagian dari sebab) dan apabila berada di samping sebab-sebab yang lain dari alam ghaib, maka tentu saja untuk memperoleh rezeki tersebut adalah perkara yang pasti. Dalam hal ini, Amirul Mukminin Ali (a.s) berkata, “Carilah rezeki yang telah terjamin dan melimpah yang (hanya) disediakan bagi yang mencarinya.”[5]
Usaha mencari (rezeki) adalah mustahil tanpa jaminan (daripada tuhan), penjaminan rezeki juga tidak mungkin tanpa pencarian (usaha pada rezeki yang dicari). Atas alasan ini, dua bahagian rezeki yang ditentukan bagi para hamba, satu bahagiannya tanpa syarat (rezeki ṭālib) dan bahagian yang lain adalah rezeki bersyarat (rezeki maṭlub). Rezeki tanpa syarat mencari manusia pada segala keadaan selagi perjanjian keupayaan seperti ini tidak memenuhi manusia, ajal dan kematian tidak akan tiba kepadanya. Sesuai dengan sabda Rasulullah Saw, “Tiada seorang pun yang meninggal dunia sehingga ia sempurna mendapatkan rezekinya.”[6] Adapun rezeki maṭlub dan bersyarat, kepastiannya adalah bergantung pada usaha kerja beberapa perkara dan dengan memperhatikan beberapa masalah di mana tanpanya tidak akan terwujud.” [7]
Rezeki thâlib dan yang telah ditentukan (mahtum) adalah rezeki berupa kewujudan, usia, segala fasiliti, persekitaran keluarga, dan segala potensi dan sebagainya yang dari jenis rezeki ini, memberikan kemampuan yang diperlukan dan ketelitian untuk berusaha, berupaya dan bekerja. Dan dalam pancaran rezeki yang telah ditentukan ini gerbang pintu rezeki matlub dan yang bersyarat akan terbuka.
Rezeki yang dicari setiap orang, bagaimanapun bentuknya harus menadahkan tangannya ke hadapan Mahapemberi rezeki Mutlaq (Razzaq); sehingga seorang bayi yang meminum air susu ibu dengan berusahanya meronta, menangis, menjerit, dan berteriak. Kerana itu, dalam pelbagai perbuatan ini ia akan memperoleh rezeki matlub (air susu ibu). Namun tatkala ia tumbuh berkembang dan sampai pada tingkatan yang lebih besar, usaha dan keseriusannya berbentuk lain, dan dengan cara berfikir, berkerja, menggerakkan anggota tubuh, kualiti dan kuantiti rezeki juga mengalami perubahan.
Kesimpulannya dalam mendapatkan rezeki yang ditentukan, usaha, fikiran dan kegiatan tercipta dan dalam usaha, kegiatan dan mencari, rezeki yang dicari akan muncul. Rezeki yang ditentukan tidak berubah, berganti, berkurang atau bertambah. Bukanlah keserakahan orang-orang serakah yang mampu menyingkirkan rezeki ini dan juga bukan dengan penolakan orang-orang enggan terhadap rezeki tersebut.[8] Namun bergantung pada bagaimana pemenuhan pelbagai pendahuluan rezeki yang dicari (maṭlub) dan kualiti gubahan, penataannya yang dapat berpengaruh pada kuantiti dan kualitinya. Misalnya niat baik dan berketerusan dalam thaharah merupakan perkara yang dapat menambah rezeki.
Seseorang bertanya kepada Rasulullah Saw bahawa ia ingin rezekinya bertambah luas, Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Hendaklah engkau senantiasa dalam keadaan suci (ṭaharah) supaya rezekimu semakin bertambah.”[9]
Imam ‘Ali As bersabda, “Orang yang niatnya baik maka rezekinya akan bertambah banyak.”[10]
Oleh itu wajiblah ke atas kita, setelah mengetahui hubungan antara rezeki dan pemakan rezeki, perantara-perantara untuk memperoleh rezeki ini telah disediakan dan tugas untuk mencarinya berada di bahu kita. Serta berusaha menemukan sebaik-baik cara untuk dapat memperoleh rezeki, dan memberdayakan segala potensi dan kekuatan yang kita miliki kemudian bertawakkal kepada Sang Pencipta.
Persada dan segala yang pelik di dalamnya adalah tirai
Semua rezeki bersumber dari Tuhan yang mahamengetahui setiap diri
Tatkala engkau membajak bumi sebagai kerja asli
Tumbuh darinya masing-masing seribu biji
Kini ku ambil bijian itu lalu kau semai
Di bumi yang engkau pandang sebagai sebab tempat bersemai
Tatkala dua tahun berlalu tidak tumbuh apa yang engkau semai
Kini engkau hanya dapat bersandar pada doa dan munajat
Tadahkan tanganmu dan dongakkan kepalamu kepada Yang Pemenuh Hajat
Tangan dan kepala menjadi saksi rezeki-Nya
Hingga engkau tahu bahwa yang Dialah yang memberikan rezeki
Kerana berlabuh kepada-Nya seluruh pencari rezeki
Tuntutlah rezeki dari-Nya bukan daripada Iwan dan Budi
Pintalah kemampuan daripada-Nya bukan khazanah dan harta
Pohonlah bantuan daripada-Nya bukan dari paman dan bibi[11]
[1]. Murtadha Muṭahhari, Bist Guftār, Guftār-e Syisyum, hal. 127.
[2]. Nahj al-Balâghah,
[3]. Muhammadi Rey Syahri, Husaini Sayid Hamid, Muntakhab Mizān al-Hikmah,
iwayat no. 2564.
[4]. Allamah Thaba-thabai, Tafsir al-Mizān, jil. 18, juz 27, hal. 377.
[5]. Muntakhab Mizān al-Hikmah, riwayat no. 2555.
[6]. Ibid, riwayat no. 2561.
[7]. Rezeki secara leksikal bermakna sesuatu yang diambil manfaat darinya, “al-rizq maa yuntafa’ bihi.”
[8]. Allamah Majlisi, Bihār al-Anwār, jil. 77, hal. 68, hadits 7, riwayat dari Nabi Saw.
[9]. Muntakhab Mizān al-Hikmah, riwayat no. 2574.
[10]. Ibid, riwayat no. 2574.
[11] Jalaluddin Rumi, Mathnawī.