Carian Terperinci

Kondisi pemerintahan dan sikap masyarakat serta situasi yang dihadapi oleh Imam Husain As dengan pemerintahan di zaman Muawiyah dan masa Yazid terdapat perbezaan.

Di antara perkara terpenting dalam masalah tersebut adalah sebagai berikut:

  1. Imam Hasan Mujtaba As pada masa kehidupannya dan di zaman imamahnya, tatkala putus asa dari sokongan masyarakat dalam peperangan menentang Muawiyah dan ditambah komandan tenteranya atas alasan tamak atau ancaman, telah mengundurkan diri dari medan tempur. Dan demi menyelamatkan Islam dan masyarakat Muslim serta menjaga nyawa-nyawa penyokongnya yang masih tersisa, atas alasan mahu menguji dan menyempurnakan hujjah ke atas Muawiyah dan masyarakat, terpaksa melakukan perdamaian yang tidak diingini. Walaupun kandungan surat perjanjian damai tersebut mengandungi perkara-perkara yang mana peperangan meletus kerana hal-hal tersebut. Di antaranya:
    1. Muawiyah dilarang untuk mengganggu dan menyiksa kaum Alawiyyun.
    2. Persyaratan harta-benda. Di antaranya pengembalian hak-hak harta benda yang telah dirampas, kepada Alawiyyun, pembantu dan orang-orang yang dekat dengan Imam Ali As;
    3. Melarang Muawiyah dari mencela dan mengutuk Imam Ali bin Abi Thalib As di hadapan masyarakat umum.
    4. Melarang Muawiyah dari menggunakan gelaran “Amirulmukminin,” untuk dirinya sendiri.
    5. Pelarangan terhadap Muawiyah untuk tidak melantik pengantinya ( khalifah) untuk dirinya seperti Yazid dan sebagainya.[1]

Imam Husain As, setelah syahadah Imam Hasan As demi menghormati perjanjian yang telah disepakati oleh Imam yang dicintainya, yang diikat untuk tempoh yang tertentu dengan Muawiyah, telah mengambil sikap menghindar diri dari bergolak dan menumpahkan darah dengan Muawiyah secara lansung[2]. HAdrat As tetap menghormati langkah-langkah yang telah diambil oleh Imam dan saudaranya. Namun selepas kematian Muawiyah, tidak ada ruang lagi untuk tetap menghormati perjanjian tersebut. Ini kerana, dengan kesyahidan Imam Hasan As dan kematian pihak kedua (Muawiyah), tempoh perjanjian tersebut turut luput dan gugur.

 

  1. Muawiyah sendiri juga berusaha menghindar diri dan lari dari berhadapan dan bertempor sehingga boleh terjadi pertumpahan darah dengan Imam Husain As. Ditambah Muawiyah juga gentar dari kesan yang boleh terjadi akibat menumpahkan darah Al-Husain As. Dan untuk menjaga kestabilan pemerintahannya, mau-tak-mau ia terpaksa bersikap toleransi dengan kehadiran dua tokoh yang agung ini tersebut (Imam Hasan As dan Husain As). Ia turut  melarang yang lain supaya tidak berhadapan menentang mereka secara terang-terangan dan mengingatkan mereka kesan akibat yang boleh terjadi dari perbuatan ini.  Oleh kerana itu, sehinggakan dalam peristiwa pengambilan baiat untuk Yazid sebagai khalifah setelahnya, ia tidak menggunakan cara paksa dan pedang berkenaan dengan Imam Husain As, dan juga menasihati Yazid supaya menghindar dari perkara ini. Namun oleh kerana Yazid adalah seorang pemuda ingusan, tidak mempunyai pengalaman dan seorang yang bongkak, tidak melaksanakan wasiat ini. Dan pada hari-hari pertama khilafahnya, ia telah menitahkan Gabernor Madinah untuk mengambil baiat dari Imam Husain As atau memenggal kepalanya (sekiranya ia ingkar).

Demikianlah cara dan sikap Yazid yang kemudian menjadi penyebab kepada pertemporan secara langsung dan penumpahan darah Imam Husain As. Kerana Imam Husain As sama sekali tidak akan bersedia memberikan baiatnya kepada Yazid walau terpaksa membayar dengan bayaran yang sangat mahal sebagaimana di Karbala. Dan atas tindakan tanpa perhitungan Yazid ini menjadi penyebab kepada keruntuhan pemerintahan Bani Umayyah.[3]

 

  1. Muawiyah adalah seorang ahli politik yang agak licik dan sedikit sebanyak ia ada menjaga batasan zahir pemerintahannya dan kerusakan dalaman dalam pemerintahannya tidak begitu kelihatan bagi umum masyarakat. Masyarakat menganggap Muawiyah sebagai muslim dan khalifah Rasulullah Saw serta tergolong sebagai penyebar ajaran Islam. Namun Yazid adalah seorang budak yang mentah dan tidak mempunyai pengalaman yang cukup dimana kefasikan dan tengelam dalam arus gegaman hawa nafsu syahwat dan pemabuk sangat jelas bagi golongan elit dan masyarakat umum. Ia secara terang-terangan mengungkapkan kekufurannya dan merasa bangga dengan kemusyrikan datuk-datuknya. Sama sekali tidak menghormati Nabi Saw. Oleh kerana itu, melanjutkan kondisi perjanjian damai (yang telah dimenterai di zaman Muawiyyah) pada masa Yazid bermakna persetujuan dengan segala kefasikan yang ditonjolkan secara terang-terangan oleh Yazid. Dan kesannya akan menyebabkan penyimpangan kebanyakan masyarakat umum.[4] Dan berlanjutnya pemerintahan Yazid bermakna perpisahan dengan Islam dan kehancuran syariat.[5]

 

  1. Sebelum ini telah disinggung bahawa Muawiyah dengan licik berusaha menghindar untuk tidak berhadapan secara langsung dengan Imam Husain As. Jika sekiranya Imam As bangkit dan memulai revolusi kebangkitan menentang Muawiyah di zamannya, sudah pasti hal ini memungkinkan bagi Muawiyah, menerusi propaganda yang luas dan berpengaruh yang ia miliki, untuk menunjukkan bahawa dialah yang benar dan dengan mudah dapat menipu masyarakat awam serta menodai pengaruh gerakan Imam Husain As dimana hal ini tentu saja akan menguntungkan Muawiyah dan menjadi faktor kepada kesinambungan pemerintahan Bani Umayyah dengan lebih lama lagi. Namun Yazid, dengan segala keburukan yang ia pertontonkan dan masih mentah dalam era politik, telah mengambil langkah kehadapan untuk menentang dan mengangkat senjata melawan Imam Husain As.

Demikian selepas sahaja kesyahidan Imam Husain As, kuncu-kuncunya juga tidak mempunyai peluang  dan pengalaman yang memadai dan mencukupi dalam berpolitik untuk memadam pengaruh revolusi gerakan Imam Husain As. Semakin banyak mereka berusaha dalam hal ini, semakin banyak kesan kehancuran yang mereka terima, ditambah dengan kesedaran yang berganda dikalangan masyarakat awam, selain mereka turut mendapat cemuhan dan cacian yang banyak dan akibatnya pemerintahan Bani Umayyah diheret ke kanca kehancuran dan kebinasaan. Perbezaan yang sangat menonjol antara dua penguasa dan dua ahli politik ini, tidaklah tersembunyi bagi dan seorang imam (dan pemimpin) yang berpikiran jauh kehadapan seperti Imam Husain As.

 

  1. Pada masa Muawiyah, tidak ada seruan terbuka dan menyeluruh dari pihak masyarakat untuk bangkit dan menolong Imam Husain As untuk melawan kezaliman dan kerusakan-kerusakan Bani Umayyah. Adapun sokongan yang dikumandangkan dan ajakan-ajakan yang terbatas yang diungkapkan, tidak memadai untuk berperang melawan politik licik seperti Muawiyah. Namun selepas kematian Muawiyah dan dengan pengangkatan Yazid sebagai khalifah serta kacau-bilaunya kondisi negeri-negeri Islam, masyarakat Kufah mula memberontak dan ribuan surat telah ditanda-tangani yang dibawa oleh unta-unta untuk dikirim kepada Imam Husain As. Mereka meminta secara rasmi dan terang-terangan kepada Imam Husain untuk memimpin kebangkitan melawan Bani Umayyah dan mentadbir urusan kaum Muslimin.

 

Setelah kematian Muawiyah dan kematian salah seorang yang membuat perjanjian damai, dan naiknya seorang yang secara terang-terangan melakukan maksiat seperti Yazid menjadi pemimpin, dan dengan alasan sampainya tuntutan dan ajakan menyeluruh dari sisi masyarakat secara luas, tidak ada ruang lagi bagi Imam Husain As untuk tidak bangkit dan tidak memenuhi ajakan masyarakat tersebut. Dan sekiranya Imam Husain As tidak memenuhi ajakan ini dan tidak bergerak ke arah Irak, -mengikut pandangan awam- perbuatan ini bermakna tidak mengambil peduli terhadap nasib kaum Muslimin dan kesudahannya agama Islam dan tidak mengindahkan permintaan kaum terzalimi untuk berperang melawan kerusakan dan kezaliman. Dan pasti kesan yang akan ditimbul darinya selepas itu adalah sesuatu yang tidak akan dapat ditebus lagi. Namun keluarnya Imam Husain As pada hari-hari haji secara rasmi dan terang-terangan serta perstiwa yang mendukankan jiwa di Karbala dan tindakan-tindakan kejam Bani Umayyah dengan membunuh keluarga Nabi saw serta memenjarakan mereka, telah membongkar topeng sebenar Bani Umayyah kepada masyarakat umum, sehingga menjadikan hujjah sempurna ke atas seluruh pencari kebenaran dan hakikat di sepanjang sejarah, semenjak dari zaman itu hingga kini dan selagi dunia itu adalah dunia.  Dan tidak ada ruang lagi yang tersisa untuk memesongkan sejarah para khalifah perampas. Dan semakin mereka berusaha untuk memadamkan api pengaruh gerakan Asyura, maka semakin banyaklah kesan-kesan kebangkitan tersebut; iaitu menghidupkan syariat murni Muhammad As sehingga hari Kiamat. Dan sebenarnya, Imam Husain dengan kebangkitannya  telah menjadi pelita hidayah dan bahtera penyelamat bagi umat Islam. Dan kini, adalah tanggungjawab kita untuk menjaga jejak langkah Zainab As dan wajah -suci- Sajjad As yang merupakan hasil susah payah para Imam Alaihimussalam dan sentiasa menampilkan –tauladan dan akhlak- mereka dalam majlis-majlis kedukaan dan keagamaan yang lain kepada dunia orang yang mencari kebenaran dan hakikat.

 

Daftar pustaka untuk telaah lebih jauh:

  1. Beladzari, Ansâb al-Asyraf, jil. 2
  2. Ibnu ‘Asakir, Tahdzib Târikh Dimasyq.
  3. Allamah Majlisi, Bihâr al-Anwâr, jil. 44.
  4. Ibnu Atsir, al-Kâmil fi al-Târikh, jil. 3.
  5. Ibnu Qutaibah al-Dainawari, al-Imâmah wa al-Siyâsah.
  6. Syeikh Mufid, al-Irsyâd.
  7. Ibn Wadih Ya’qubi, Târikh Ya’qubi.
  8. Mas’udi, Murâj al-Dzahab.
  9. Abu al-Faraj Isfahani, Maqâtil al-Thâlibin.
  10. Muhammad Hasan Ali Yasin, al-Imâm al-Hasain bin ‘Ali As.

[1]. Sayyid Muhksin Amin A'mili, Imâm Hasan wa Imâm Husain As, hal. 54 & 70.

[2]. Ibid.  

[3]. Jawad Muhadditsi, Farhangg-e ‘Âsyurâ, hal. 27-38 dan 428-430.   

[4]. Silahkan Anda Klik Link ini  

[5]. Jawad Muhadditsi, Op Cit, hal. 482 & 484; Sayyid Muhksin Amin A'mili, ibit, hal. 276 & 282.

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah maksud wahdatul wujud?
    17989 Falsafah Islam 2014/04/20
    Maksud golongan irfan dan ahli hikmah tentang wahdatul wujud bukanlah satu set dunia kewujudan yang dikatakan sebagai Allah (s.w.t). Ini disebabkan penggolongan wujud dan wahdat bukanlah sesuatu yang hakiki. Begitu juga ianya tidak bermaksud penyatuan Allah (s.w.t) dengan kewujudan-kewujudan kerana perkara itu adalah mustahil (dengan maksud dua ...
  • Sebenarnya berapa lama proses penurunan Al-Quran baik secara serentak mahupun secara beransur?
    60436 Ulum Al-Quran 2011/08/20
    Turunnya Al-Quran secara serentak (daf’i) berlangsung di bulan Ramadhan, di malam Lailatul Qadar. Sebahagian riwayat memperkuatkan anggapan seperti ini bahawa malam Lailatul Qadar  ialah ...
  • Apakah wahyu itu? Dan bagaimanakah wahyu itu diturunkan kepada para nabi?
    50982 Al-Quran 2011/01/01
    Wahyu dari sudut bahasa bererti isyarah -petunjuk- cepat yang boleh diketogorikan dari jenis perkataan, atau dari kod-kod percakapan, atau dari bentuk suara yang "tunggal", baik dalam bentuk suara yang tersusun atau dalam bentuk tanda dan seumpamanya.Makna-makna dan penggunaan-penggunaan yang berbeza-beza dari kalimat ini ...
  • Sandaran (sanad) dua ayat terakhir dari surah at-Taubah dan peristiwa di dalamnya?
    31188 Tafsir 2010/12/29
    Secara umum yang dimaksud dengan "sanad" dari soal yang diajukan sangat tidak jelas dan masih kabur. Dan zahirnya pertanyaan begini tidak memiliki jawapan khusus. Namun boleh jadi tujuan dari pengajuan pertanyaan tersebut adalah ingin memahami sebab-sebab penurunan ayat tersebut (sya'n an-nuzul) atau penafsiran dari ayat yang dimaksudkan. Atau ...
  • Apakah terdapat syarat lain selain bersikap adil untuk melakukan poligami?
    14173 Huquq Dan Ahkam 2012/11/11
    Berdasarkan pelbagai kebutuhan dan kemaslahatan personal dan sosial, Islam membolehkan poligami. Dalam hal ini, Islam memberikan beberapa syarat bagi mereka yang ingin melakukan poligami: Pria harus bersikap adil kepada para istrinya. Jumlah istri permanen (dâim) tidak boleh lebih dari empat. Izin istri diperlukan ...
  • Mengapakah mazhab Syiah merupakan sebaik-baiknya mazhab?
    23986 Teologi 2013/02/02
    Keunggulan mazhab Syiah adalah disebabkan "kebenarannya". Pada setiap suatu ketika, agama yang benar hanya terhad pada satu agama. Sedangkan agama-agama lain yang masih wujud samada pada asasnya adalah batil, atau tidak berasas, dan telah punah atau telah dihapuskan oleh agama yang datang setelahnya. Syariat yang benar pada ...
  • Apakah pandangan Islam tentang kebebasan berfikir?
    17163 Teologi Klasik 2014/05/22
    Persediaan paling penting bagi perkembangan manusia ialah pemikiran dan sudah menjadi suratan bahawa persediaan ini memerlukan kebebasan, iaitu tidak ada kebuntuan dan halangan di hadapannya. Menurut pandangan Islam, seseorang muslim mempunyai hak untuk berfikir dan memang perlu berfikir. Dalam berbagai ayat, al-Qur’an yang mulia menyeru manusia untuk ...
  • Siapakah yang akan masuk ke dalam syurga?
    12350 Teologi Klasik 2013/01/24
    Dengan mengamati ayat-ayat al-Qur'an dapatlah difahami bahawa syurga merupakan janji tetap Allah (s.w.t) yang telah diperuntukkan bagi orang-orang "muttaqin", "mu’min" dan orang yang patuh terhadap seluruh perintah Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w). Orang seperti ini adalah insan yang benar-benar bahagia dan berjaya. Dengan menyemak ...
  • Siapakah yang bertanggungjawab mengumpulkan khumus di zaman Imam Ali As?
    9781 تاريخ بزرگان 2011/07/19
    Seluruh kaum Muslimin meyakini bahawa khumus merupakan salah satu kewajipan yang ditetapkan oleh Allah (s.w.t) dan harus dikerjakan. Hukum ini berlaku sejak zaman ia disyariatkannya. Ertinya hukum ini sentiasa berlaku semenjak setelah tamat perang Badar (dan seterusnya) di mana selain Rasulullah (s.a.w), Imam Ali (a.s) juga merupakan salah seorang yang ...
  • Apakah bonda Imam Mahdi (a.j.) juga digolong sebagai maksum?
    9839 Sirah Para Maksumin a.s 2011/10/22
    Dalam pandangan Syiah, yang mempunyai kedudukan maksum (dalam erti umum) hanyalah para nabi dan pengganti mereka. Erti maksum di sini adalah bahawa mereka suci dari setiap kesalahan, kelupaan dan perbuatan dosa sepanjang hidup mereka, sama ada dalam memahami sesuatu, dalam menyampaikan wahyu, ataupun dalam pelaksanaan hukum Syarak. ...

Populer Hits