Please Wait
9213
- berkongsi
Berdasarkan akidah dan keyakinan prinsip aliran Syiah (yang diambil berdasarkan berbagai ayat dan riwayat Nabi (s.a.w)) imâmah dan kepemimpinan adalah dilantik oleh Tuhan. Dari sini sehingga jika seseorang telah ditetapkan oleh Tuhan untuk menduduki kedudukan ini, maka wajiblah bagi seorang Muslim untuk mentaati setiap aturan-aturan dan kepemimpinannya di atas rasa penghambaan kepada-Nya, kerana Tuhan Yang Maha Bijaksana adalah “Maha Mengetahui dari sekelian yang wujud tentang kepada siapakah yang perlu diberikan risalah dan Imamah” dalam salah satu firman-Nya berfirman,"Allah lebih mengetahui dari segala sesuatu di mana Dia akan menempatkan tugas kerasulan."[i]
Penetapan Tuhan dalam melantik seseorang untuk menempati kedudukan keimâmahan ini dapat diperlihatkan dalam berbagai cara seperti di bawah ini:
1. Melalui riwayat-riwayat kenabian.
2. Pengenalan dan penjelasan-Nya tentang mereka melalui para Imam (a.s), terutama Imam sebelumnya.
3. Mempunyai syarat-syarat lain dari keimâmahan seperti ilmu laduni, paling berpengetahuan di zamannya, kemaksuman, kesucian, keselamatan dan keseimbangan jasmani, ruhani dan psikologis, mukjizat-mukjizat dan mempunyai pandangan-pandangan tentang hal yang luar biasa.
Syiah di zaman para Imam Kecil yang berusia kanak-kanak, iaitu Imam Jawad (a.s) yang mencapai maqam imamah pada usia 6 tahun, Imam Hadi (a.s) pada usia 9 tahun, dan Imam Mahdi (a.s.f) pada usia 5 tahun tidak lalai tentang masalah ini, setelah melakukan berbagai penelitian mereka menjadi yakin dengan sempurna terhadap kepemimpinan mereka dan sepakat dengan wilayah dan keimâmahan beliau. Generasi-generasi selanjutnya pun meyakini kepada bukti-buiti sejarah, penelitian-penelitian dan nash-nash ma'tsurah ini. Sementara itu dari sisi lain, maqam Imâmah dan penegasan-penegasan perkara ghaib Ilahi daripada mereka dan melakukan berbagai persoalan-persoalan yang luar biasa telah membuat kewujudan beliau tidak dapat diperbandingkan dengan manusia biasa. Selain itu untuk seorang Muslim yang meyakini al-Quran, penganugerahan maqam Ilahi dikeranakan kebijaksanaan, ilmu dan inayah Tuhan kepada seorang kanak-kanak tidak seharusnya membuat siapapun menjadi hairan, kerana kenabian Nabi Isa (a.s) sendiri, demikian juga kenabian Nabi Yahya dan Nabi Sulaiman (a.s) pun terbukti terjadi pada zaman kanak-kanak mereka. Dari sinilah sehingga ayat-ayat al-Quran yang menunjukkan hal ini berulang kali disinggung oleh para Imam Ahlulbait.
Imâmah dari perspektif Syiah merupakan pelaksana wilayah Waliyullah atas seluruh manusia.[1] Dengan kata lain, imâmah dan kepemimpinnan merupakan keputusan Ilahi untuk pengurusan dan pengaturan agama serta dunia manusia di samping membimbing mereka kepada puncak kebahagiaan dan insaniyah. Dari sinilah menyebabkan Imam tidak boleh dipilih oleh manusia, kerana ilmu laduni dan kesucian batin merupakan sebuah persoalan yang tersembunyi yang hanya bisa diketahui oleh Tuhan dan ini merupakan dua kenescayaan terpenting dari kewaliyullahan seseorang.
Manusia bertauhid yang menerima wilayah Tuhan akan mentaati segala perintah dan larangan Tuhannya dari segala sisi. Dengan demikian dalam hal penerimaan wilayah, iaitu wilayah yang telah ditentukan oleh-Nya, merekapun harus menerima dan meyakininya secara mutlak. Mereka harus mentaati keberwilayahan para imam ini dan menghindarkan diri dari melakukan perbandingan antara mereka dengan manusia-manusia lainnya mahupun memberikan alasan-alasan yang tidak berasas. Pengenalan seseorang yang ditunjuk oleh Tuhan sebagai imam dan wali dapat dijelaskan dari beberapa cara:
1. Dengan meneliti sirah, cara dan metodologi beliau.
2. Merujuk pada keistimewaan-keistimewaan dan tanda-tanda yang telah diberikan oleh auliya-auliya sebelumnya mengenai wali-wali setelahnya.
3. Permintaan mukjizat dan huraian-huraian atas kewujudan syarat-syarat Imâmah, di mana informasi mengenai hal ini dapat ditemui dengan merujuk pada sejarah, sedangkan melalui rujukan pada sumber-sumber riwayat akan dapat menyampaikan kita kepada riwayat-riwayat yang berasal dari Rasulullah (s.a.w), kemudian dengan merujuk pada riwayat-riwayat yang berasal dari setiap Imam, akan kita ketahui bahawa Imam Ahlulbait setelahnya akan mengenalnya. Para Imam Ahlulbait pada masa kehidupannya dan bahkan setelah kesyahidan mereka pada setiap masanya memiliki kemuliaan-kemuliaan dan mukjizat. Kemunculan persoalan-persoalan luar biasa ini bagi orang-orang yang bertawassul kepada mereka sangatlah banyak sehingga tidak dapat diungkapkan satu persatu dan hal ini boleh menjadi sebuah pengalaman bagi para pencari hakikat.
Kesimpulannya adalah ketetapan maqam imâmah tidak mempunyai syarat usia tertentu. Kematangan ruhani, ilmu dan pemikiran yang lazim untuk masalah ini dapat muncul dalam bentuk anugerah Tuhan yang dikurniakan kepada mereka sejak dilahirkan, dan hal ini sendiri merupakan salah satu dari keluarbiasaan yang boleh membuktikan ke-imâmah-an beliau, bukannya menjadi kemustahilan bagi ke-imâmah-an beliau. Sememangnya dengan pandangan zahiriah dan kemazhaban, penerimaan para pembesar, ulama, orang-orang tua, para pemuda, dan sebagainya terhadap keberwilayahan dan kepemimpinan seseorang yang berada dalam usia yang muda merupakan hal yang berat, Manakala penerimaan wilayah tanpa mengira usia sangat mudah bagi para wali dan tidaklah sama bagi penduduk awam.
Mereka yang hidup sezaman dengan para Imam Kecil seperti Imam Jawad (a.s) yang sampai pada maqam wilayah dan imâmahnya pada usia 9 tahun, Imam Hadi (a.s) pada usia 8 tahun, dan Imam Mahdi (a.s.f) pada usia 5 tahun tidak terlepas dari persoalan-persoalan dan pertanyaan-pertanyaan mengenai hal ini. Hal inilah yang menyebabkan sehingga mereka meminta penjelasan tentang keraguannya tentang persoalan yang satu ini. Sebagai contohnya kami akan menyandarkan pada hadis berikut:
Dari Hasan bin Jahim telah diriwayatkan bahawa ia berkata, "Suatu hari ketika aku berada di hadapan Imam Ridha (a.s), Jawad puteranya yang masih kanak-kanak pun berada di sisi beliau. Setelah melakukan pembicaraan yang panjang lebar, Imam Ridha bersabda kepadaku, Wahai Hasan! Jika aku mengatakan kepadamu bahawa anak ini akan menjadi Imammu kelak, apa yang akan engkau katakan? Aku berkata, Aku menjadi tebusanmu wahai Putra Rasulullah, apapun yang anda katakan maka akupun akan mengatakan hal yang sama. Imam (a.s) bersabda, Engkau benar. Setelah itu Imam Ridha (a.s) membuka bahu putranya dan menunjukkan sebuah tanda yang kelihatan seperti dua buah jari, sambil bersabda, Tanda yang seakan seperti ini terdapat pula di tempat yang sama di tubuh Imam Musa bin Ja'far (a.s)."
Demikian juga dari Mahmudi diriwayatkan bahawa dia berkata, "Aku tengah berada di Thus bersama Imam Ridha (a.s), salah seorang sahabat beliau berkata, Jika ada sesuatu yang terjadi dengan anda, siapakah Imam selanjutnya yang ditunjuk oleh Tuhan? Imam Ridha (a.s) sejenak memperhatikannya lalu berkata, Tentang persoalan Imâmah dan kepemimpinan setelahku harus dirujuk kepada puteraku Jawad. Dia berkata, Bukankan usianya (Imam Jawad As) masih sangat kecil? Imam Ridha (a.s) menjawab, Tuhan telah mengangkat Nabi Isa bin Maryam (a.s) untuk maqam kenabiannya padahal usia beliau lebih kecil dari usia Imam Muhammad Taqi (a.s)."[2]
Bahkan oleh kerana sebagian pengikut Imam Ridha (a.s) rasa tidak puas hati, mereka masih juga mencari informasi dan mencuba mengenali sendiri Imam setelah beliau meskipun mereka telah mendapatkan nash-nash ini, dari sinilah sehingga sebagian dari mereka menjadi pengikut Abdullah bin Musa saudara lelaki Imam Ridha (a.s), akan tetapi sebahagiannya lagi, sekelompok dari mereka mendatangi Abdullah dan menyampaikan beberapa pertanyaan kerana tidak bersedia menerima seseorang sebagai Imam begitu sahaja tanpa alasan dan dalil-dalil Imâmah dan ketika mereka melihat bahawa ia tidak memiliki kemampuan dalam menjawab persoalan-persoalan tersebut, mereka meninggalkannya."[3] Hal ini terjadi kerana yang menjadi persoalan signifikan di sini adalah wujud bentuk Ilahi yang perlu ada dalam ilmu dan pengetahuan para Imam. Oleh kerana itulah mereka memperhatikan prinsip ini untuk seluruh Imam yang ada dan memperhadapkan mereka dengan berbagai pertanyaan dan hanya ketika dirasakan bahawa mereka ini mampu memberikan jawapan yang memuaskan terhadap pertanyaan-pertanyaan (dengan kewujudan nash atas keimâmahan mereka) yang mereka ajukan kemudian akan diterima sebagai Imam Maksum dari kalangan Syiah."[4]
Para Imam yang berada dalam usia kanak-kanak pun tidak terkecuali dari persoalan ini, mereka tetap berada dalam pantauan para pembesar Syiah hingga mendapat keyakinan tentang kemampuan ilmu dan dalam melakukan karamah-karamah serta mukjizat-mukjizatnya.
Dari sisi yang lain, para musuh yang sentiasa menunggu kesempatan yang tepat untuk menyingkirkan Para Imam Ahlulbait (a.s) dan berkeinginan untuk membubarkan para pengikutnya dari sekitar mereka, akan membentuk kelompok-kelompok ilmiah dan menjaja kebeliaan usia beliau ini sebagai alasan untuk menyingkirkan semuanya dari lingkup masyarakat. Namun apapun yang mereka lakukan sebenarnya akan semakin menenggelamkan mereka, sementara kea'laman beliau atas seluruh ulama pada zamannya semakin terbukti.[5]
Selain perbahasan di atas, merupakan sebuah hal yang tidak tersembunyi lagi bagi mereka yang mengenal al-Quran dan kisah-kisah para Nabi bahawa beberapa Anbiya telah sampai pada maqam risalah, kenabian bahkan keimâmahannya pada usia yang masih sangat kecil, hal ini seperti yang terjadi pada Nabi Isa (a.s)[6], Nabi Yahya (a.s)[7] dan … sementara nabi-nabi lainnya baru mencapai maqam tersebut pada usia senjanya yang empatpuluh tahun atau lebih dari itu.
Jadi persolan ini harus dirujuk kepada Kebijaksanaan dan Ilmu Ilahi dan untuk menentukannya harus dengan merujuk pada konteks-konteks, dalil-dalil dan bukti-bukti. Sebagaimana hal ini difirmankan oleh Tuhan dalam surah Ali Imran ayat 26 yang berfirman, "Katakanlah, “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan-Mu-lah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." Demikian juga dapat dilihat dari keraguan Bani Israil serta jawapan yang diberikan kepada mereka yang diungkapkan demikian, "Mereka menjawab, "Bagaimana mungkin Thâlût memerintah kami, sedangkan kami lebih berhak untuk mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedangkan ia tidak diberi kekayaan yang melimpah? "Nabi mereka berkata, "Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya keluasan ilmu dan tubuh yang perkasa. Dan Allah memberikan kerajaan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui. "Dan Nabi mereka berkata kepada mereka, "Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja adalah kembalinya Tabut (perjanjian) kepadamu, di dalamnya terdapat ketentraman dari Tuhan-mu dan sisa peninggalan keluarga Musa dan Harun; Tabut itu dipikul oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda (yang jelas) bagimu, jika kamu orang yang beriman."[8]
Berdasarkan hal ini, kepemimpinan Imam Zaman (a.s.f) pada usia kanak-kanak merupakan sebuah persoalan yang wajar dan logik.
Sumber untuk mendapatkan telaah lebih jauh:
1. Fadhl, Jawad, Maksumin Cohordah Goneh.
2. Pisywoi, Mahdi, Sireye Pisywoyon, hal. 531-555.
3. Najafi, Muhammad Jawad, Sitoregon-e Derakhson, jil 11, hal. 22-25, dan jil. 14, hal. 67-69.
4. Jam'i az Newisandegon, Ma'arif-e Islami, jil. 2, Ma'ari (nahad Rahbari dar Donesygoh-ho) hal. 122-123.
5. Qumi,Syekh Abbas, Muntahi al-Amal, hal. 943-955.
6. Ja'fariyon, Rasul, Hayat Siyasi wa Fikri Imomon Syiah As, Anshariyon, cetakan1381,
7. Amuli, Ja'far Murtadha, Terjemahan Husaiani, Sayyid Muhammad, Zendegi-ye Siyasi Imam Jawad As, hal. 68-109.
[1] . Silakan lihat: indeks: Makna Wilayah, pertanyaan ke 128.
[2] . Najafi, Muhammad Jawad, Sitoregone Derakhsyon, jil. 11, Sargozasyt-e Hadzrat Imam Muhammad Taqi As, hal. 24-25.
[3] . Ja'fariyon, Rasul, Hayat Fikri wa Siyasi Imomon Syiah As, hal. 473.
[4] . Ibid, hal. 474.
[5] . Rujuklah, Syeikh Abbas Qumi, Muntahi al-Amal, hal. 943-955, demikian juga Amuli, Ja'far Murtadha, terjemahan Husaiani, Sayyid Muhammad, Zendegoni-ye Siyasi Imam Jawad As, hal. 68-109.
[6] . "Maka Maryam membawa anak itu kepada kaumnya dengan menggendongnya." Maka Maryam menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata, “Bagaimana kami akan berbicara dengan anak kecil yang masih dalam buaian?” Isa berkata, “Sesungguhnya aku ini hamba Allah. Dia memberiku al-Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi." (Qs. Maryam: 27-30)
[7] . "Hai Yahya, ambillah al-Kitab itu dengan kuat dan sungguh-sungguh. Dan Kami berikan kepadanya hikmah (kenabian) selagi ia masih kanak-kanak." (Qs. Maryam: 12)
[8] . Qs. Al-Baqarah: 247-248.