Please Wait
7139
Di antara syarat-syarat marja’ taklid adalah ia lebih unggul dan lebih tinggi dari sudut keilmuan daripada mujtahid-mujtahid lain yang ada pada zamannya. Dan dengan adanya mujtahid a’lam, tidak dibenarkan untuk mengikut pada mujtahid yang tidak a’lam. Dan ini dalam keadaan jika jarak antara mujtahid a’lam dan tidak a’lam sedemikian jauh sehinggakan didalam beberapa hal-hal dimana fatwa di antara keduanya saling berbeza dan tidak sepakat, nilai fatwa mujtahid tidak ‘alam akan jatuh. Akan tetapi, jika jarak antara mujtahid ‘alam dan tidak a’lam tidak sedemikian jauh, taklid kepada a’lam tidak dimestikan, jadi mukallid boleh bertaklid kepada mujtahid tidak a’lam yang jaraknya dekat dengan mujtahid a’lam.
Adalah perlu diketahui bahawa: Seorang mujtahid dan a'alam dapat dikenali dengan salah satu cara berikut:
1. Dengan keyakinan hati yang berdasarkan ilmu pengetahuan, seperti seorang alim yang mampu mengenali mujtahid dan a’lamiyah seseorang.
2. Dengan melalui kesaksian dua orang alim yang adil yang mampu menentukan dan menetapkan kemujtahidan dan a’lamiyah seseorang. Dengan syarat kesaksian keduanya itu tidak dibantah oleh kesaksian dua orang alim dan adil yang lainnya.
3. Dengan kesaksian sekelompok ahli khibrah (ulama) yang mampu dalam mengenali kemujtahidan dan a’lamiyah seseorang, dan atas dasar kesaksian mereka dapat diperolehi keyakinan akan kemujtahidan dan kea'alaman seseorang.[1]
Kerana itu, apabila gambaran ini terjadi (iaitu pertembungan kesaksikan dua orang alim yang adil terhadap a’lamiyah seorang mujtahid dan kesaksikan dua orang alim adil yang lainnya) maka mukallid mesti menggunakan dua jalan yang lain untuk mengenali a’lamiyah seorang mujtahid.
Penting untuk diketahui bahwa perkara asasi dalam mencapai hakikat dan mengetahui a’lam, adalah perhatian terhadap keadilan orang-orang yang memberikan kesaksian dimana kesaksian mereka perlulah berdasarkan pengetahuan dan kejujuran mereka bukan berasaskan pada kecintaan atau kebencian, sentimen dan dorongan peribadi atau kelompok.
Dengan memperhatikan perkara ini, maka mengenal marja’ yang a’lam akan menjadi lebih mudah. Bagaimanapun, kerana wujudnya jalan lain untuk mengenali a’lam, jadi apabila tidak mungkin untuk menggunakan salah satu cara tadi, maka dalam hal ini boleh digunakan jalan lain dan hal ini tidak akan menimbulkan kesulitan.[2]
Sebagaimana yang telah diterangkan sebelumnya bahwa a’lamiyah bermakna keunggulan dan jalan-jalan untuk mengenali a’lam telah disebutkan pada tiga jalan di atas. Kerana itu, barang siapa yang ingin bertaklid dan telah mengenali ‘alamiyah seorang mujtahid maka dia harus bertaklid kepadanya.[3]
Adapun beberapa orang yang diperkenalkan oleh Dewan Guru Hauzah (Jami’a Mudarrisin) sebagai marja’ taklid, bermakna kerana tidak ada seorang pun yang dikenali sebagai a’lam, maka Dewan Guru Hauzah memperkenalkan beberapa orang ini dimana kurang-lebihnya dari sudut mempunyai syarat-syarat marjaiyyah, mereka setaraf dan sederajat dan barang siapa yang memilih salah satu dari beberapa orang ini maka ia telah menunaikan tugas dan taklifnya. Dan mengamalkan fatwa-fatwa mereka, seluruh perbuatannya adalah sahih.[IQuest]
Untuk maklumat lebih lanjut sila lihat dua indeks berikut ini:
1. Indeks: Cara-cara untuk Mengenali Marja’ Taklid, Pertanyaan 4533 (Site: 4871)
2. Indeks: Mujtahid A’lam, Pertanyaan 5310 (Site: 5527)