Please Wait
26920
Berteman dengan Allah Ta'ala dapat digambarkan dalam dua keadaan:
1. Kecintaan hamba dengan Tuhan dan Tuhan menjadi Yang dicintai
2. Kecintaan Tuhan dengan para hamba dan para hamba menjadi yang dikasihi.
Adapun yang menjadi pertanyaan di sini adalah konsep yang kedua. Tentu saja seluruh kewujudan di alam semesta, dari sudut mereka merupakan makhluk dan tanda Zat Suci Ta'ala, adalah kekasih Allah Swt. Akan tetapi yang dimaksudkan " hubb " (cinta) sebagaimana yang terdapat pada ayat dan riwayat adalah makna yang khusus, iaitu: tersingkapnya pelbagai hijab dan kesucian batin seorang hamba yang mendapat inayah (perhatian) dan lutfh (kasih sayang) Allah Swt.
Terkadang kita berhadapan dengan ayat-ayat dan riwayat-riwayat yang menggunakan pelbagai alamat dan ukuran yang -bersifat- universal yang menjelaskan jalan-jalan untuk menjadi kekasih Tuhan. Seperti ketaatan dan mengikuti Rasulullah S.a.w., atau mecintai Allah, atau mengamalkan segala yang wajib dan mustahab, serta meninggalkan segala yang haram dan makruh, dan terkadang juga kita boleh menggunakan hal-hal -yang bersifat- partikular dan makna-makna dari teks-teks (ayat dan riwayat) Islam.
Dengan kata lain, dari sudut akidah; beriman kepada Tuhan dan hari Kiamat, membenarkan para nabi dan kenabian Nabi Muhammad S.a.w., menerima wilayah dua belas Imam Maksum As, menghindar dari kekufuran, kemusyrikan dan kemunafikan dan memiliki ilmu dan pengetahuan.
Dan dari sudut amal; melaksanakan seluruh syariat Islam, tiada diskriminasi dalam melaksanakan seluruh hukum agama, mengikuti sepenuhnya perintah Allah Swt, Rasulullah S.a.w. dan para Imam Maksum As tanpa berdolak dalih, tiada membuat kerusakan, bersikap bongkak dan melanggar aturan-aturan agama serta menzalimi makhluk Tuhan dan bersahabat dengan Allah dan Rasulullah s.a.w.
Dari sudut akhlak; menghiasi jiwa dan batin dengan sifat-sifat mulia dan terpuji, mengosongkannya dari pelbagai sifat dan ciri-ciri yang tercela.
Kesemua ini merupakan hal-hal yang menjadi sebab berseminya kecintaan dan kedekatan serta membuat manusia mampu meraup derajat yang menjulang di sisi Allah Swt, Rasulullah S.a.w. dan para Imam Maksum As. Dan hal ini bermakna sampainya manusia kepada kesempurnaan dan tujuan yang menjadi maksud penciptaannya iaitu “Qurb indaLlah” (kedekatan di sisi Allah Swt).
Dalam kaitannya dengan Tuhan, kecintaan dapat digambarkan dalam dua keadaan:
1. Kecintaan para hamba kepada Tuhan dan Tuhan menjadi Yang dicintai
2. Kecintaan Tuhan kepada para hamba dan para hamba menjadi kekasih Tuhan sebagaimana yang disinggung dalam al-Qur’an, “Yuhibbuhum wa yuhibbunah” (Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai Allah) (Qs. Al-Maidah [5]:54)
Yang menjadi pertanyaan di sini adalah kecintaan bahagian kedua iaitu para hamba menjadi kekasih Allah Swt.
Sebelum menjawab pertanyaan ini, kiranya perlu untuk memperhatikan dua perkara:
1. Maqam mahabbah dan isyq (cinta) merupakan satu maqam yang tinggi dan menjulang. Kalau kita ingin masuk ke dalam pembahasan ini, dengan keluasan dan kepintingan yang ada padanya, akan menyebabkan panjang berjela-jelanya tulisan ini dan terkeluarnya dari tema asli pembahasan sebenar, khususnya berkait dengan ayat-ayat, riwayat-riwayat dan doa-doa yang terdapat pada teks-teks agama, yang mana menjelaskan dan membahas masalah ini akan melazimkan kepada penulisan buku yang bersendiri dan independent.
2. Allah Swt mencintai Zat dan sifat Jamal (keindahan) Nya. Hal ini bermakna bahawa Allah Swt mencintai seluruh makhluk dan kesan-kesan penciptaan-Nya yang merupakan manifestasi sifat keindahan-Nya. Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam sebuah hadis Qudsi, “Aku adalah khazanah tersembunyi. Aku suka untuk dikenali, maka Aku ciptakan segala makhluk dan segala isinya supaya Aku dikenali.”[1]
Khazanah tersembunyi dan menyuburkan tanah
(membuat) Tanah lebih benderang daripada cakarawala bintang[2]
Asas penciptaan alam semesta, adalah kasih dan cinta Allah Swt kepada Zat-Nya sendiri. Dia ingin supaya keindahan-Nya tampak, maka Dia menjadikan makhluk sebagai cermin kepada keindahan (sifat Jamal)-Nya. Abdurrahman Jami salah seorang arif abad ke-9 menuturkan demikian:
Dalam kesunyian itu di mana keberadaan tanpa tanda
Pada ambang batas ketiaadan, alam semesta tersembunyi
Terdapat sebuah wujud yang tampak dari kejauhan
Bercengkerama kami dan Engkau dari kejauhan
Keindahan mutlak dalam batasan manifestasi-manifestasi
Pada cahaya Zat-Nya, muncul pada diri-Nya
Keindahan-Nya menjelma dimana-mana
Tertutup tirai dari yang dicintai alam semesta
Maka itu, Seluruh kewujudan di alam semesta adalah kekasih Allah Swt.[3] Namun yang menjadi topik perbahasan kita di sini adalah manusia yang menjadi kekasih Allah Swt dalam pengertian yang khusus yang akan dijelaskan kemudian nanti.
Definesi Kekasih Allah Ta'ala
Kemungkinan menjadi kekasih Allah Swt: Allah Swt Yang maha penyanyang dalam menyampaikan perintah-Nya kepada Nabi S.a.w., mengkhabarkan bahawa adanya kemungkinan orang-orang beriman dan para hamba untuk menjadi kekasih Allah Swt, sebagaimana yang terdapat dalam firman Allah, “Katakanlah (wahai Muhammad kepada umatmu) jika kamu mencintai Allah maka ikutilah aku maka Allah Swt pasti akan mencintai kamu.” (Qs. Ali Imran [3]:31).
Dan juga dalam surah al-Maidah, “Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai Allah.” (Qs. Al-Maidah [5]:54). Dalam hadis Qudsi, “Sekiranya mereka yang membelakangi-Ku tahu teraju kerinduan dan kecintaan-Ku kepada mereka, maka mereka akan mati karena kerinduan yang berlebihan.”[4] Demikian juga pada hadis Qudsi yang muktabar dan yang dikenali dimana Imam Shadiq As menukil dari Nabi S.a.w. bahawa Allah Swt berfirman: "Annahu liyataqarrabu ilayya bi al-nafilah hatta uhibbuhu".[5] Iaitu: sesungguhnya ia (hamba-Ku yang saleh) melalui solat-solat sunat nafilahnya (dan amalan-amalanya yang baik) -berusaha- mendekatkan dirinya pada-Ku sehingga Aku mencintainya
Pengertian Menjadi Kekasih Allah
Kecintaan Tuhan kepada ciptaan dan menjadi kekasih Zat Yang Maha indah memiliki makna-makna yang bebeza-beza. Namun hal ini tidaklah seperti kecintaan dan kesukaan yang seringkali digunakan pada manusia. Akan tetapi apa yang boleh dikatakan dalam pembahasan ini adalah bahawa berdasarkan pengaruh kecintaan ini, Allah Swt akan menyingkapkan tirai sehingga para kekasih-Nya dapat menyaksikan-Nya dengan mata hati mereka dan boleh mendekat diri mereka kepada-Nya. Dan hal ini telah menjadi perhatian Allah Swt semenjak azali lagi dimana Dia mensucikan batin hamba semacam ini sehingga tiada yang mendiaminya (iaitu hatinya) selain Allah Swt dan menghilangkan pelbagai hijab (penghalang) sehingga hamba ini tidak mendengar selain yang hak, tidak melihat selain Allah dengan pandangan selain pandangan batinya dan tidak berkata-kata kecuali dengan tuturan Allah Swt.[6]
Jalan-jalan Menjadi Kekasih Allah
Jalan terpenting dalam menghasilkan kecintaan di sisi Allah Swt adalah manusia mengetahui secara ditil bahawa apakah perkara yang dicintai oleh Allah Ta'ala dan merupakan keredaan serta persetujuan-Nya sehingga dengan melaksanakannya dan mengamalkan segala perintah-Nya akan dapat menarik perhatian Allah Ta'ala dan terjadinya inayah-Nya ke atasnya, dan perlahan-lahan dapat mendekatkan diri kepada-Nya. Sebagaimana juga untuk memelihara kecintaan-Nya harus menjalani proses yang sedemikian di sepanjang hayatnya. Ia juga harus tahu apakah perkara-perkara yang tidak disenangi oleh Allah Swt dan apakah hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan, laknat dan sesuatu yang dilarang oleh-Nya, supaya –dengan itu ia- dapat menghindar diri darinya, dan sekiranya ia telah melakukan perkara-perkara yang jelek tersebut, maka hendaklah ia menyelamatkan dirinya dari perkara tersebut sehingga ia benar-benar menjadi kekasih Allah Ta'ala. Dan semestinya hal ini berkelanjutan hingga ke akhir hayatnya sehingga ia tidak menjadi sasaran kemurkaan dan laknat Tuhan.
Apa yang telah dijelaskan di atas merupakan jalan termudah untuk menghasilkan makrifat ini, mengenal dan merujuk kepada al-Qur’an dan riwayat-riwayat dari para Maksum As, karena al-Qur’an merupakan kitab yang terpelihara dari penyelewangan dan Allah Swt adalah merupakan penjelas seluruh perkara yang menjadi kecintaan-Nya dan –Penjelas bahawa- iman dan amal adalah penyebab kepada kecintaan di sisi Allah Ta'ala, dan tengelam dalam samudera rahmat-Nya. Allah Ta'ala juga penjelas tentang hal-hal di mana kepercayaan atau amalan atau menyifati dengan hal-hal tersebut boleh menyebabkan kemurkaan-Nya dan terusir dari sisi-Nya dan terhumban ke lembah neraka -jahanam-.
Jika sekiranya manusia menyesuaikan dirinya, baik pada kepercayaannya, amalannya dan akhlaknya dengan al-Qur’an secara sempurna dan dengan mentauladani sirah nabawi dan para Imam Maksum As. maka ia akan sampai kepada maksud dan perkara ini; iaitu meraih kecintaan di sisi Allah dan selamat dari kemurkaan, kesusahan dan laknat Ilahi.
Kadang-kala –kita dapati- banyak ayat dan riwayat yang menjelaskan alamat-alamat dan ukuran-ukuran -yang bersifat- universal yang menunjukkan jalan-jalan -bagaimana- untuk menjadi kekasih Allah Swt, kadang-kala ia menunjukkan perkara-perkara –yang bersifat- particular di hadapan para salikin (Urafa') diletakkan jalan kesempurnaan.
Ukuran-ukuran –yang bersifat- universal adalah seperti berikut:
1. Mengikuti Rasulullah S.a.w.: Sebagaimana yang telah disinggung dimana Allah Swt mensyaratkan untuk menjadi kekasih-Nya maka harus mengikuti dan mentauladani Rasul-Nya sebagaimana firman-Nya, “Katakanlah (kepada manusia), “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” (Qs. Ali Imran [3]:31)
Dalam ayat ini, ukuran dan kaedah universal menjadi kekasih Tuhan adalah dengan mentaati Rasulullah S.a.w., baik pada ucapannya mahupun pada perbuatannya. Begitu juga pada banyak ayat-ayat yang lain memerintahkan manusia supaya mentaati dan mengikuti Rasulullah s.a.w. Firman Allah Ta'ala: “Apa yang diberikan rasul kepadamu, maka terimalah dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.” (Qs. Al-Hasyr [59]:7). “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasul-(Nya),” (Qs. Al-Nisa [4]:59). “Dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan.” (Qs. Al-Anfal [8]:46)
2. Mengerjakan apa-apa yang diwajibkan (faraidh), sunat-sunat nawafil dan sunat-sunat yang lain. Di dalam banyak hadis yang muktabar yang dikenal sebagai hadis "Qurb Faraidh Wa Qurb Nawafil", disebutkan bahawa melaksanakan kewajipan yang difardukan dan perkara-perkara yang sunat adalah jalan-jalan untuk menjadi kekasih Allah Ta'ala. Membahas dan mengulas panjang lebar tentang hadis ini dengan sempurna dan menerangkan perbezaan antara "Qurb Faraidh" dengan "Qurb Nawafil" akan menyebabkan perbahasan ini menjadi panjang lebar dan topek perbahasan akan berceramuk, oleh itu kami hanya akan mencukupkan untuk menyebut beberapa contoh darinya sahaja dan mengakhiri pembahasan ini dengan mengkaji teks-teks agama (ayat dan riwayat) yang berhubungan dengan masalah-masalah yang bersifat partikular di mana ianya menjadi faktor kepada tarikan kasih-sayang Ilahi.
Dalam sebuah hadis yang dinukil dari Imam Shadiq As yang meriwayatkan dari Rasulullah S.a.w. yang bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman: “Tidak akan mendekati-Ku seorang hamba dengan sesuatu yang lebih dicintai dari apa yang Aku telah wajibkan kepadanya. Dan ia sentiasa mendekati-Ku dengan perantara sunat nafilah dan amalan-amalan sunat –yang lain- hingga ia sampai pada satu kedudukan dimana Aku mencintanya. Tatkala Aku mencintainya, dalam kondisi ini, maka Aku akan menjadi pendengaran yang dengannya ia mendengar, dan Aku menjadi penglihatan yang dengannya ia melihat dan Aku menjadi lisan yang dengannya ia berkata-kata dan Aku menjadi tangan yang dengannya ia mengerjakan segala perbuatan…”[7]
Juga terdapat hadis lain yang serupa dengan hadis ini yang telah diriwayatkan oleh Imam Baqir As.[8]
Dengan memperhatikan secara ditil riwayat-riwayat semacam ini dan mengkaji ayat-ayat yang berkait, maka akan menjadi jelas natijah yang dihasilkan kesan daripada seorang hamba menjadi kekasih Tuhan, dimana secara keseluruhannya, munculnya kesucian batin dan tersingkapnya pelbagai hijab dan tirai serta sampai pada derajat “kedekatan kepada Allah” (qurb ilaLlah) yang mana semua ini adalah merupakan kelebihan dan kemuliaan dari sisi Allah Swt Yang Esa sebagai hasil dari kecintaan ini.[9]
“Iman” sendiri merupakan hasil dari kecintaan Ilahi. Dalam riwayat yang telah dinukil dari Nabi S.a.w. yang bersabda: “Allah memberikan dunia kepada yang dicintai dan yang dibenci, dan tidak menganugerahkan iman kecuali kepada yang dicintai.”[10] Ini karena pandangan mahbub (yang dicinta) kepada muhib (pecinta), adalah menzahirkan kepeduliaan dan kasih-sayang -lutf- kepadanya di mana pada akhirnya, kecintaan pecinta kepada yang dicinta akan semakin bertambah dan membuatkan dirinya abai terhadap dirinya sendiri[11]. Dalam doa Nudbah kita membaca, “Ya Allah ya Tuhanku! Hadapkankan kepada kami wajah-Mu yang mulia dan terimalah taqarrub kami kepada-Mu dan pandanglah kami dengan pandangan rahmat sehingga dengan perantara itu kemuliaan semakin sempurna di sisi-Mu dan kemudian janganlah Engkau hilangkannya dari kami demi kepemurahan-Mu.”[12]
Berangkat dari sini, sebagian jalan-jalan universal untuk meraih cinta Ilahi telahpun menjadi jelas. Kini akan disentuh pula sebagian hal-hal partikular yang mana ayat-ayat suci al-Qur’an menyebutnya sebagai “amal-amal saleh dan orang-orang yang dicintai di sisi Allah.” (amalannya iaitu)
Iman, mentaati Allah dan Rasul-Nya, bersegera kepada perbuatan baik, menebus segala kesalahan dan memohon ampunan kepada Allah Swt, berinfak di jalan Allah; baik secara sembunyi mahupun terang-terangan, menahan amarah, memaafkan kesalahan orang lain dan berbuat baik dengan mereka, orang-orang yang mana sentiasa mengingati Allah, tidak mengulang-ulangi kesalahannya, tidak memakan riba,[13] bertawakkal kepada Allah, bersabar atas segala kesusahan dan penderitaan serta tidak berkelu-kesah, bermesyuarat dengan manusia dan bersikap lemah-lembut dengan manusia.[14] Membekali diri dengan takwa, setia dan teguh kepada janji dan ikrar yang telah diikat dengan Allah, Rasul-Nya dan wali atau dengan manusia,[15] mensucikan diri dengan taubat dan ikhlas serta takwa, menghindar dari segala keburukan dan kerosakan moral, [16] menjaga mata, telinga, lisan, perut dan kemaluannya dari hal-hal yang diharamkan,[17] menghormati kedua ibu-bapanya, menjaga kehormatan sanak keluarga (arham),[18] mengingati para pembesar agama khususnya Nabi S.a.w. dengan baik, dengan pemuliaan dan menyampaikan salam dan selawat kepadanya, [19] jika diberi tanggungjawab kepimpinan untuk mengadili dan memerintah, maka hendaklah ia adil dan saksama, [20] tidak menyesali apa yang telah dikorbankan di jalan Allah dan tidak bersikap sombong tatkala dikurniakan harta, kedudukan dan pemerintahan,[21] dan menjadi daripada golongan yang suka menginfakkan harta-benda dan nyawanya di jalan-Nya.[22]
Kita juga dapat melihat dalam riwayat hal-hal yang dapat meraih dan menarik cinta Ilahi -sebagaimana berikut ini-: mencintai sesuatu yang dicintai oleh Allah Ta'ala,[23] menyayangi Rasulullah S.a.w. dan keluarganya,[24] mecintai Allah,[25] menuntut ilmu pengetahuan,[26] banyak bertahlil -mensucikan- (laa ilaha ilaLlah) dan bertakbir (Allahu Akbar),[27] senantiasa menyegerakan perbuatan baik, dan ….[28]
Bertentangan dengan kelompok di atas, ialah kelompok yang dikenal sebagai “orang-orang yang dimurkai” (maghdub), “orang-orang yang dilaknat” (mal’un) dan "orang-orang yang disingkir" di sisi Allah Swt: -mereka adalah- Orang-orang kafir,[29] kaum musyrikin,[30] orang-orang munafik,[31] orang-orang yang menyombongkan diri,[32] keras kepala dan ahil kesumat,[33] berbangga-bangga,[34] orang-orang yang derhaka yang suka berbangga dengan dirinya sendiri, melanggar batasannya, tidak menunaikan hak-hak Allah dan manusia,[35] orang-orang yang suka mencari kesenangan,[36] kemudahan dan melakukan pembaziran,[37] membuat kerusakan di atas muka bumi,[38] tidak menggunakan hartanya sebagaimana yang sepatutnya di jalan Allah Ta'ala, bakhil, hasad dan dengki,[39] suka melanggar janji, bekerja sama dengan orang-orang kafir dan musuh-musuh agama,[40] pengkhianat dan tidak tahu berterima kasih,[41] tidak segan-segan membunuh orang-orang beriman, para nabi dan wali-wali Tuhan,[42] pembuat dosa, pelaku maksiat dan penderhaka,[43] berlaku aniaya dan zalim terhadap diri sendiri dan manusia, tidak menunaikan hak-hak Allah,[44] tidak termasuk golongan yang sedar, menyesal, bertaubat, berdoa dan merintih di sisi Allah Ta'ala, bersikap bongkak dan angkuh di hadapan Allah, menyimpangkan agama Allah,[45] mengikut syaitan dan thagut,[46] menutup jalan hidayah manusia, membuat perpecahan di antara orang-orang beragama dan menyesatkan mereka,[47] suka mencemuh dan tidak mengamalkan apa yang diucapkannya, [48] menyakiti Allah, Rasul-Nya dan para wali Allah dengan lisan dan perbuatannya, [49] mencari-cari dalih dan lari dari berjihad, mengorbankan jiwa dan raga di jalan Allah Ta'ala,[50] pelaku dosa dan tidak tahu berterima kasih,[51] mengikut orang-orang fasik,[52] tidak tergolong sebagai orang-orang yang mengerjakan kebaikan, beriman kepada Allah, Rasul-Nya dan para kekasih-Nya dan memutuskan hubungan dengan mereka serta bersama dengan musuh-musuh mereka.[53]
Sekarang apabila kita benar-benar ingin meraih kecintaan, rahmat dan inayah di sisi Allah Ta'ala, maka kita harus memisahkan diri dari barisan dan golongan kedua dengan tekad yang kukuh dan menyatukan diri kita dengan barisan dan golongan pertama dan dengan melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran, menyebarkan dakwa, membela wilayah dunia Islam dan kaum Muslimin, dan wilayah Syiah, kita menjadi reda dengan Allah, juga menjadikan Allah reda dengan kita Allah, juga mencintai Allah, Rasul S.a.w. dan wali-Nya, dan menjadi orang-orang yang dicintai Allah, Rasul dan wali-Nya.[54] Insya Allah
[1]. Bihâr al-Anwâr, jil. 84, hal. 196.
[2]. Rumi, Matsnawi Ma'nawi.
[3]. Ibnu Sina, Isyârat wa Tanbihat, jil. 3, hal. 359-363; Mullah Shadra, Asfar, jil. 7, hal. 148-160.
[4]. Syeikh Muhammad Bahari Ra, Tadzkira al-Muttaqin, hal. 134.
[5]. Kulaini, Ushul Kâfi, Kitâb al-Iman wa al-Kufr, bâb man adza al-muslimin wa ihtiqaruhum, hadits 7, hal. 253; Bihâr al-Anwâr, jil. 70, Kitab al-Iman wa al-Kufr, Makârim al-Akhlak, hal. 16, hadits 8.
[6]. Mulla Muhsin Faidh Kasyani, Akhlaq Hasanah, hal. 238-239.
[7]. Kulaini, al-Kafi, jil. 2, hal. 352 hadits 7.
[8]. Ibid, hadist 8.
[9]. Akhlaq-e Hasaneh, hal. 238
[10]. Mullah Muhsin Faidh Kasyani, Mahajjat al-Bai’dha, jil. 8, hal. 64.
[11]. Ini kerana yang dicintai terlalu dekat dengan pencintanya iaitu Allah Ta'ala sehingga ia lupa akan dirinya sendiri, dan semakin dekat ia dengan-Nya, maka semakin hilanglah dirinya dan ini yang dipanggil sebagai maqam Fana' - binasa-. pent.
[12]. Muhaddits Qummi, Mafâtih al-Jinân, Doa Nudbah.
[13]. Qs. Ali Imran (3): 130, 136, 146 & 148.
[14]. Qs. Ali Imran (3): 3, 146, 159 & 160.
[15]. Qs. Ali Imran (3): 76; Qs. Al-Taubah (9): 4 & 7.
[16]. Qs. Al-Taubah (9): 108; Qs. Al-Baqarah (2):222.
[17]. Qs. Mukminun (23):1 &11; Qs. Nur (23):30-31; Qs. Ahzab (33):70-71.
[18]. Qs. Luqman (31):14&15.
[19]. Qs. Ahzab (33):56; Qs. Hujurat (49):2 & 5.
[20]. Qs. Hujurat (49):9; Qs. Al-Maidah (5):42.
[21]. Qs. Al-Hadid (57):23.
[22]. Qs. Shad (38):4; Qs. Ali Imran (3):154 & 158.
[23]. Bihâr al-Anwâr, jil. 70, hal. 70, hadits 4.
[24]. Ibid, jil. 57, hal. 198, hadits 145.
[25]. Ibid, jil. 70, hal. 18, hadits 9.
[26]. Ibid, hal. 304, hadits 18.
[27]. Mahajjat al-Baidha’, jil. 2, hal. 275.
[28]. Bihâr al-Anwâr, jil. 71, hal. 216, hadits 18 & hal. 322, hadits 33.
[29]. Qs. Al-Baqarah (2): 89&90; Qs. Al-Rum (30):45; Qs. Ali Imran (3):32.
[30]. Luqman (31):13.
[31]. Qs. Al-Fath (48):6; Qs. Al-Taubah (9):38 hingga akhir surah.
[32]. Qs. Al-Nahl (16):23.
[33]. Qs. Syura (42):16; Qs. Al-A’raf (7):71.
[34]. Qs. Al-Hadid (57):23; Qs. Al-Nisa (4):36; Qs. Luqman (31):18.
[35]. Qs. Al-Baqarah (2):190; Qs. Al-A’raf (7):55.
[36]. Qs. Al-Qashash (28):76.
[37]. Qs. Al-A’raf (7):31; Qs. Al-An’am (6):141.
[38]. Qs. Al. Qashash (28:)77;Qs. Thaha (20):81; Qs. Al-Maidah (5):64; Qs. Al-Baqarah
2):205.
[39]. Ibid.
[40]. Qs. Al-Maidah (5):50,63 & 80; Qs. Al-Ra’ad (13):20 & 25.
[41]. Qs. Al-Hajj (22):38; Qs. Al-Anfal (8):58; Qs. Al-Nisa (4):107.
[42]. Qs. Al-Nisa (4):93; Qs. Ali Imran (3):112; Qs. Al-Baqarah (2):61.
[43]. Qs. Al-Hujurat (49):7.
[44]. Qs. Syura (42):40; Qs. Ali Imran (3):57 & 140.
[45]. Qs. Al-A’raf (7):55.
[46]. Qs. Hud (11):59 & 60; Qs. Al-Nisa (4):48, 54, 115, 118; Qs. Al-Ahzab (33):64 &
8.
[47]. Qs. Al-A’raf (7):44-45.
[48]. Qs. Shad (38):2 & 3; Qs. Al-Hujurat (49):11-12; Qs. Al-Nur (24):23; Qs. Nisa
4):148.
[49]. Qs. Al-Ahzab (33):57&58.
[50]. Qs. Al-Anfal (8):16
[51]. Qs. Al-Baqarah (2):276.
[52]. Qs. Hud (11):59 & 60.
[53]. Qs. Al-Ra’d (13):20 & 25.
[54]. Qs. Al-Fajr (89):28; Qs. Ali Imran (3):31.