Please Wait
9206
Sebahagian besar jawapan kepada pertanyaan ini dapat diselidiki di dalam dua fokus:
Pertamanya ialah usia dan kehidupan di dunia (secara keseluruhan, seluruh nikmat dunia) mempunyai dua aspek dengan makna ini: iaitu jikalau berada di bawah panji-panji iman, hidayah al-Qur’an dan Ahlul Bait, maka mereka mempunyai nilai dan meraih kebahagiaan. Namun jikalau kosong dengan nilai-nilai Ilahi, maka mereka akan sengsara, baik di dunia terlebih di akhirat.
Kerana itu, tak ada satu pun dari kesempatan-kesempatan duniawi kecuali sebuah permulaan dan awal perjalanan menuju ketinggian spiritualisme, dan tidaklah benar anggapan yang menyatakan bahawa kesempatan-kesempatan duniawi itu merupakan substansi dari kemajuan dan kedewasaan, kerana boleh jadi nikmat itu pada hakikatnya adalah bala dan bencana serta azab daripada para pendosa. Betapa banyak orang yang memiliki usia panjang, namun semua usianya digunakan untuk mengumpulkan kayu bakar (dosa) bagi membakar dirinya di neraka.
Dari perspektif itu, kehilangan berbagai kesempatan yang lebih banyak bukanlah merupakan esensi dari sebuah kekurangan atau kemelaratan, kerana yang dipandang Allah (s.w.t) adalah kualiti bukan kuantiti. Dalam pada itu, perhitungan dan amalan-amalan individu yang berada di dalam pengendalian mereka berasaskan nikmat-nikmat dan sarana.
Selain itu, peranan asas dan fundamental serta luar biasa niat tersebut tidak boleh terlepas dari pantauan kita bagi menggantikan seluruh kesempatan yang tidak dapat diperoleh. Ini disebabkan sekiranya seseorang itu berkemungkinan mempunyai usia pendek, namun disebabkan niat yang baik, tulus serta luhur, maka ia menjadi orang yang lebih baik dari seluruh orang-orang soleh.
Yang Kedua ialah, janganlah kita menghitung berkali-kali seluruh amal soleh dan amal kebajikan, setelah itu kita langsung membuat kesimpulan bahawa semakin panjang usia, amal kebajikan pun semakin banyak sehingga kita pasti akan sampai ke maqam-maqam manusia yang lebih tinggi. Jangan lupa, syurga bukanlah harga dari amal soleh kita, tetapi darjat-darjat syurga itu selaras dengan anugerah dan kurniaan Allah (s.w.t). Kalau betul-betul Allah (s.w.t) akan bersikap adil kepada kita, maka tidak ada seorang pun yang memiliki hak untuk meraih ganjaran pahala.
Realitinya ialah, bahawa dari kehidupan kita ini (tahu ataupun tidak, dan dengan perhatian ataupun kelalaian) dosa dan pahala selalu ada, dan betapa banyak kumpulan pahala yang boleh menyebabkan kita diseret ke dalam api neraka kerana percikan-percikan dosa.
Kemudian, seandainya bukan kerana ʻinyāh dan pertolongan Allah (s.w.t), amalan-amalan soleh kita ini juga tidak akan memberikan apa-apa erti dibandingkan nikmat-nikmat Allah (s.w.t) yang telah dikurniakan kepada kita. Asasnya pengetahuan kita tentang Allah tidaklah sampai kepada had sepatutnya, sampai menjadi hamba yang benar-benar beribadat, sebagaimana pemimpin anak Adam iaitu Nabi Muhammad (s.a.w) mengiktiraf makna ini dengan bersabda, “Wahai Tuhan, kami tidak beribadat padaMu sebagaimana sepatutnya beribadat kepadaMu, dan kami tidak mengenaliMu sebagaimana sepatutnya kami mengenaliMu”
Oleh itu kita perlu membuka buku amalan di atas sifat kepemurahan dan kemuliaan Allah (s.w.t), bukan dengan amalan-amalan kita, sedangkan amalan yang banyak atau sedikit (Namun dengan ʻināyah daripada Allah s.w.t) tidak ada bezanya, yang penting di sini ialah yang mana satu lebih disukai Allah (s.w.t). Walau bagaimana pun ʻināyah Allah (s.w.t) bersama dengan mereka yang seluruh umurnya (samada pendek atau panjang) ikhlas dalam berbakti kepada-Nya.
Usia hanya merupakan salah satu nikmat duniawi. Masih ada nikmat-nikmat lain di dunia ini yang lebih besar dari nikmat usia. Setiap satu daripadanya boleh menjadi medium dan perantara untuk menuju kepada kesempurnaan intelektual dan spiritual manusia. Ketika usia digunakan dengan benar, maka ia akan menyampaikan manusia itu kepada kebahagiaan abadi.
Pertanyaan anda ini dapat juga digeneralisasikan dan diperluaskan kepada nikmat-nikmat yang lain. Pertanyaan tersebut dapat dikemukakan begini: Bagaimanakah sebahagian orang (mengenai orang yang lain) menikmati nikmat-nikmat dan perluang-peluang yang lebih banyak untuk menyatakan ketaatan, kehambaan dan mendapatkan rahmat Allah (s.w.t)? Sebagai jawapan kepada pertanyaan ini kami ingatkan beberapa noktah:
- Kemungkinan sekali pandang pada satu tahap ayat dan riwayat dapat disaksikan dua pemahaman yang bertentangan mengenai dunia dan hal ehwal keduniaan (seperti usia):
- Pemahaman pertama: Dunia adalah tempat yang baik kerana ia merupakan ladang akhirat[1] dan tempat perdagangan yang menguntungkan,[2] sebagaimana kata Imam Ali (a.s) kepada seseorang yang mencela dunia: “Wahai orang yang mencela dunia yang anda sendiri telah terpedaya dengannya! Dunia adalah rumah kebenaran bagi orang yang bersikap benar terhadapnya dan dunia adalah rumah keselamatan bagi orang yang memahaminya. Dunia adalah rumah kekayaan bagi orang-orang yang mengumpulkan bekalan di dalamnya (mengumpulkan pahala untuk akhirat) dan dunia adalah rumah teguran dan nasihat bagi orang yang mencari teguran dan nasihat. Dunia adalah masjid (tempat sujud) kekasih-kekasih Allah (s.w.t), surau para malaikat, tempat turunnya wahyu dan tempat wali-wali Allah (s.w.t) berdagang.”[3]
- Pemahaman kedua: Dunia adalah tidak lebih dari sebuah ladang kejahatan[4], fitnah[5] dan seluruhnya untuk bersenang-senang dan sekadar permainan.[6] Dunia ibarat penjara bagi orang mukmin[7] dan rumah harapan-harapan kosong,[8] barangsiapa mengharap darinya maka ia pasti menipu orang itu.[9]
Manisnya dunia adalah pahit sementara putih-jernihnya adalah keruh,[10] awalnya adalah tangisan dan akhirnya adalah ketiadaan;[11] Perumpamaannya seperti seekor ular yang jika diusap-usap sangatlah lembut, namun ia mengandung racun yang membawa kematian. Oleh sebab itu, perlulah dijauhkan segala kenikmatan yang ada di dalamnya,[12] sebagaimana yang telah Imam Ali (a.s) katakan.[13]
Harus dikatakan bahawa setiap dari kedua-dua pemahaman di atas menjadi tidak lengkap jika dijelaskan daripada salah satunya sahaja (Salah satunya menggambarkan dunia sebagai menyenangkan. Sementara yang lain pula menggambarkan dunia sebagai simbol keburukan), dan hanyalah menunjukkan sebahagian dari realiti dunia dan kehidupan di dalamnya. Hakikatnya hendaklah diambil gabungan kedua-dua pemahaman itu. Atau dengan makna: seandainya umur dan nikmat-nikmat dunia yang lain berada di atas perjalanan ketaatan, perhambaan, pengajian ilmu, makrifat, bantuan kepada hamba-hambanya dan kemakmuran dunia dapat digunakan, maka akan terpaparlah sebuah kehidupan bermatlamat dalam dunia yang cukup bererti, penuh dengan keindahan dan kebajikan; sistematik dan kebesaran yang mana setiap sesuatu berada di dalamnya adalah manifestasi Allah (s.w.t). Di dalamnya dapat disaksikan keelokan dan kepemurahan daripada Allah (s.w.t), iaitu dalam sebuah dunia tempat kediaman cinta pada Allah (s.w.t), dibadai ombak harapan dan kegembiraan untuk hidup yang sejahtera. Sebaliknya, jika umur dan modal-modal materialistik dan spiritual yang telah dianugerah oleh Allah digunakan di jalan maksiat dan penderhakaan terhadap Yang Maha Pencipta, maka dalam keadaan ini umurnya akan menghasilkan kehancuran dan kegelapan.
Kerana itu, hidup sebagai seorang mukmin, sangatlah berharga dan bererti bagi kehidupan akhirat dan hidup seperti binatang hanya dapat menimbulkan petaka dan kerugian yang abadi.
- Selain sebagai ciptaan Allah (s.w.t), dunia juga merupakan tanda-tanda mengenai Allah (s.w.t). Namun bukan ini yang akan menjadi kajian dan perbincangan kita, tetapi ia berkisah dari aspek pengaruh dan kesan dalam perkembangan dan kemeningkatan hakiki insan. Berdasarkan hal ini, dunia sebagaimana dirinya, bukanlah hal yang baik dan juga bukanlah hal yang buruk. Meskipun begitu jika ia digunakan sebaik mungkin maka itu sangatlah terpuji dan jika digunakan tidak sebagaimana yang diharapkan, maka itu sangatlah tercela dan hina. Dari sini dapatlah diketahui bahawa usia panjang dan pemilikan segala fasiliti duniawi serta selainnya tidaklah cukup untuk meraih hakikat diri dan wujud manusia itu. Bahkan ia juga harus disertai dengan kehendak dan iman yang akan mengubah dan menggantikan semuanya menjadi nikmat yang bersifat nyata. Kerana itu, usia dan frasarana dunia yang lain hanya mukadimah dan tangga awal untuk meraih kedewasaan dan perkembangan, bukannya esensi kedewasaan dan perkembangan tersebut.
Betapa banyak orang yang memiliki usia panjang dan nikmat-nikmat yang lain, namun mereka hidup penuh derita dan air mata. Sebaliknya, sepanjang sejarah umat manusia selalu ada orang-orang yang usia hidupnya sangat singkat dan hanya dapat memanfaatkan kehidupan dunia dalam waktu yang relatif sedikit, namun hidupnya dipenuhi hal-hal yang bisa dijadikan perumpamaan dan teladan baik bagi setiap manusia. Ia juga sampai pada maqam dan kesempurnaan hakikat manusia dan orang-orang pun menjadi iri, dalam erti yang positif, kepadanya.
Dalam al-Quran dan riwayat-riwayat para imam maksum (a.s) banyak ditemukan hal-hal semacam ini.
- Realiti pahit yang keluar dari daerah pembahasan ialah majoriti insan itu melakukan dosa dan juga mengerjakan pahala, kedua-duanya ada dalam catatan harian perbuatan dan amal mereka. Bahkan sebahagian besar dosa itu ditutupi dengan amal soleh, khsususnya banyak dari dosa-dosa tersebut yang tidak disedari, tidak diketahui dan tidak kita memperhatikannya, maka kita pun terjerumus di dalamnya. Kerana itu, jikalau tidak ada pertolongan, kemurahan dan ʻinyāh Allah (s.w.t), dan sekiranya rata-rata pahala hasil usaha dan seluruh amal kebaikan manusia dilihat dan dibandingkan dengan kemurahan Tuhan kepadanya, maka tidaklah ia membawa apa-apa erti. Oleh itu manusia hendaknya sentiasa berharap kepada ʻināyah dan kemurahan Allah (s.w.t) kerana Dia telah menjanjikan kebaikan akan dibalasnya dengan dua kali ganda, dan dosa orang-orang yang bertaubat itu akan disucikan dan dibersihkan-Nya.
Usia panjang dan nikmat yang melimpah tidak selalu diertikan sebagai ʻinyāh kasih sayang Allah (s.w.t).
Suatu ketika Rasulullah (s.a.w) diundang untuk makan. Ketika sampai di rumah orang yang mengundang tadi, beliau melihat seekor ayam yang sedang bertelur di atas tembok kemudian telur tersebut jatuh dan terletak di atas paku. Tidak jatuh ke tanah dan juga tidak pecah. Rasulullah (s.a.w) sangat takjub melihat pemandangan tersebut. Orang itu berkata, “Anda kagum dengan telur ayam ini? Sumpah demi Tuhan yang telah mengutus anda bahawa saya tidak pernah ditimpa musibah.” Rasulullah (s.a.w) bangkit dan tidak memakan makanannya dan bersabda, “Seseorang yang tidak pernah ditimpa bala dan bencana, itu bererti bahawa Allah (s.w.t) tidak punya perhatian dan kasih sayang kepadanya.”[14]
Kerana itu, boleh jadi melimpahnya nikmat itu kerana berdasarkan oleh istidrāj, ertinya banyak kenikmatan dan kesempatan yang dimilikinya namun dihabiskan dengan mengerjakan dosa dan maksiat sehingga kelak ia akan dibalas setimpal dengan perbuatannya.
Maka manusia sepatutnya selalu merasa cemas dan berwaspada dengan nikmat yang ada pada dirinya itu apakah betul-betul merupakan sebuah kasih sayang dan ʻinyāh Allah (s.w.t) atau ia merupakan sebuah perangkap untuk menjerumuskannya secara perlahan-lahan. Kerana itu di dalam doa Makārimul Akhlāq disebutkan: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah hamba usia selama hamba dalam ketaatan kepada-Mu dan jika usiaku mejadi padang rumput bagi para syaitan, maka ambillah ia secepat mungkin sebelum Engkau memurkai diri ini”.
- Sebahagian amal baik seperti sedekah dan silaturahmi; iaitu bertemu dengan keluarga dan berbuat baik kepada mereka, khususnya pada ayah dan ibu dapat memperpanjang usia, kerana sebahagian dari dosa kita itu dapat menyebabkan usia menjadi pendek.
Dengan melakukan atau meninggalkan perbuatan seperti ini maka kita dapat membuatkan sebab-sebab usia menjadi panjang sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ridha (a.s): ”Seseorang yang usianya tinggal tiga tahun lagi kemudian ia menjalinkan silaturahim, maka Allah (s.w.t) memanjangkan usianya menjadi tiga puluh tahun dan Allah (s.w.t) melakukan apa saja yang dikehendaki.”[15]
Tak ada satu pun material yang ada di dunia ini yang bersifat abadi. Dunia dan segala isinya, termasuk manusia, memiliki ajal, waktu dan batas yang telah ditentukan yang ia tidak akan pernah melebihinya dan tidak akan bertambah atau berkurang. Ajal itu ditentukan sesuai dengan pelbagai kemaslahatan yang hanya diketahui Allah (s.w.t). Dalam keadaan ini, selain ajal yang telah ditentukan ini (yang mana selalu disertai kematian secara semulajadi) manusia juga memliki ajal yang sifatnya muʻallaq (bersyarat) yang dapat ditambah dan boleh dikurangkan.
Sebagaimana yang dikatakan bahawa: adapun masalah berdasarkan maslahat mengapa usia semulajadi setiap orang itu ditentukan ialah, bagi kita ianya sesuatu yang tidak dapat diketahui melainkan hanya Allah (s.w.t) yang tahu tentangnya. Namun ada catatan penting bahawa dalam banyak hal tidak dapat difahami apakah betul-betul seseorang itu mati akibat ajal tabiatnya sendiri ataukah ajal bersyarat (muʻallaq).
- Sebahagian riwayat dapat difahami bahawa dengan kematian, proses menuju kesempurnaan tersebut tidak akan berakhir, bahkan di alam barzakh juga ada gerakan penyempurnaan manusia yang terus berlanjutan. Sudah tentu kedewasaan dan perkembangan spiritual di sana mengikuti suatu jalan yang telah digambarkan untuk dirinya di dunia ini. Maka kalau seseorang menemukan ajalnya dalam keadaan sedang menempuh jalan kesempurnaan roh dan jiwa, maka di alam barzakh pun dia akan meneruskannya.
- Waktu-waktu terbaik dan paling berharga bagi memanfaatkan usia adalah ketika usia masih muda kerana disertai dengan semangat muda. Allah (s.w.t) membanggakan ibadah anak muda di depan para malaikat dan akan membalasnya dengan pahala yang berlipat ganda serta akan menutup mata dari kesalahan yang dilakukannya disamping akan memberikan taufik taubat kepada mereka (anak muda).
Namun pada masa-masa tua, dengan alasan badan sudah lemah dan tidak kuat melakukan ibadah-ibadah, maka ia tidak kuat lagi. Demikian juga melakukan dosa pada masa-masa ini sangatlah tercela dan berbahaya kerana taufik bertaubat sangat sedikit yang dapat dimanfaatkan.
Selain itu, majoriti pada hari-hari tua tidak akan terjadi sesuatu yang baru. Keadaan dan hari sebenar manusia adalah penempuhan jalan hidup hingga ke zaman pertengahan usia. Dengan demikian, masa yang paling asas bagi usia manusia ialah ketika masih muda yang mana waktu itu masih suci, mudah menerima hidayah dan memiliki keupayaan murni serta baik dalam menerima limpahan spiritual dan maknawi.
Dengan itu, sebagaimana yang ditunjukkan dalam sejarah bahawa majoriti sahabat Nabi (s.a.w) terdiri daripada kalangan anak muda dan kebanyakan musuhnya pula teridiri daripada kalangan orang tua.
Pada zaman kita sekarang juga banyak pemuda yang dengan melawan kehendak hawa nafsu, seakan-akan ia telah menempuh 100 tahun perjalanan spiritual menuju Allah (s.w.t) dan mendahului kebanyakan orang tua.
- Seiring dengan tuntutan keadilan Allah (s.w.t) yang mana seseorang itu dibebankan sesuai dengan kemampuan dan kesempatan yang diberikan kepadanya. Begitu juga pahala dan seksaan itu bergantung pada amal perbuatannya. Sebab itu, seumpama ada seseorang yang tidak tahu apa-apa tentang hukum-hukum syarʻi (bukan kesalahan dia), maka ia tidak akan dibebaninya satu pun taklif.
Demikianlah juga perhitungan itu dilakukan berdasarkan nikmat-nikmat yang ada dalam kendali dan ikhtiar manusia. Kerana itu, dalam riwayat dikatakan bahawa perhitungan di alam barzakh dan hari kiamat di mulai daripada golongan ilmuwan (ulama), orang-orang kaya, orang-orang yang memiliki kedudukan dan maqam, sehingga ke tahap-tahap yang lebih sulit dan lebih teliti daripada kalangan masyarakat umum.
Demngan sebab ini, jika seseorang itu memiliki usia dan sarana material yang sedikit, maka dalam perhitungannya pun akan sesuai dengan kadar itu. Seperti mana Imam Shadiq (a.s) berkata, “Ketika tiba saatnya hari Kiamat, ada sekelompok insan akan bangkit dan masuk ke dalam syurga. Mereka ditanya: Siapakah Kalian ini?’ Mereka menjawab: ‘Kami adalah orang miskin.’ Mereka bertanya: ‘Apakah kalian hendak masuk syurga sebelum berlangsungnya perhitungan?’ Mereka berkata: ‘Engkau tidak menganugerahkan apa-apa kepada kami yang Engkau jadikan sebagai bahan perhitungan.’ Allah (s.w.t) berfirman: ‘Benar apa yang dikatakannya, masuklah kalian ke dalam syurga.’”[16]
- Apa yang penting diketahui ialah pusat perhatian Allah (s.w.t) bertumpu kepada kualiti amal perbuatan, bukan kuantitinya, sebagaimana yang dinukil dari Imam Ali (a.s). Beliau berkata, “Suatu amalan yang disertai dengan takwa (meskipun sedikit) bukanlah hal yang ringan. Bagaimana mungkin dapat dikatakan ringan padahal itu telah diterima dan dikabul di sisi Allah (s.w.t)?”[17]
Oleh sebab itu, mungkin dari satu perspektif ada seseorang yang telah melakukan ibadah haji sebanyak dua puluh kali tidak dapat menutupnya, namun ada seseorang yang hanya satu kali melakukan ibadah haji sehingga dengan itu ia meraih dan mendapatkan kunci syurga. Jadi, dalam riwayat-riwayat Ahlulbait (a.s) dikatakan bahawa kalau ada amal perbuatan manusia yang dalam waktu dan usia yang cukup singkat tetapi dimakbulkan, maka nasibnya di akhirat kelak sangatlah menguntungkan dan membahagiakan. Padahal mungkin perbuatan-perbuatan yang banyak, secara zahirnya nampak besar dan penting tapi tidak diterima di sisi Allah (s.w.t) serta tidak memberikan manfaat bagi pelakunya kerana amalan tersebut disertai dengan sikap riya, sikap ‘ujub (bangga diri) serta tidak berasaskan takwa. Jadi, amalan sedikit tetapi berkualiti itu selalu lebih baik daripada amalan besar tapi tidak berkualiti.[18]
- Niat mukmin selalu lebih baik dibandingkan dengan amalannya sendiri.[19] Di samping syarat utama dan asas penerimaan amalan di sisi Allah (s.w.t) ialah ikhlas, tulus dalam niat dan merelakan keikhlasan amalan semata-mata untuk Allah (s.w.t).[20]
Oleh itu, seseorang yang telah berniat untuk melakukan amalan-amalan soleh namun ia tidak dapat menunaikannya dengan berbagai alasan, contohnya usia tidak sampai atau tidak mempunyai kemampuan harta, maka Allah (s.w.t) akan mengaruniakan dan memberikan balasan serta pahala golongan yang beramal kepadanya.[21]
Dengan demikian, manusia yang giat beramal harus sentiasa memiliki niat-niat baik dan memohon kepada Allah (s.w.t) supaya diberi taufik melaksanakan seluruh amalan soleh, sehingga ketika usianya tidak berkesampaian dan tidak panjang, ia tetap mendapat pahala kerana niatnya juga ditulis di dalam buku catatan amalannya. Imam Shadiq (a.s) berkata, ”Ahli neraka dari sisi ini, mereka akan abadi di dalamnya ketika ia memiliki niat bahawa seandainya mereka masih hidup lama di dunia, mereka akan sentiasa mendurhakai dan membantah perintah Allah (s.w.t). Sedangkan ahli syurga dari sisi ini, mereka menjadi abadi di dalamnya ketika mereka memiliki niat bahawa kalau tinggal di dunia, mereka akan selalu menaati Allah (s.w.t). Jadi bahagian ini dan bahagian itu menjadi kekal abadi disebabkan niat-niat dan amalan-amalannya sendiri.”[22]
- Poin terakhir adalah sepatutnya seorang hamba Allah (s.w.t) perlu mengerahkan seluruh tenaganya untuk berbakti dan melaksanakan tanggung jawab Ilahi-nya, iaitu setelah menentukan kewajibannya.
Yang pasti ialah Allah (s.w.t) tidak akan mengingkari janjinya untuk memberikan ganjaran pahala kepada siapa pun yang beramal dan Allah (s.w.t) sentiasa menolongnya.[]
[1]. ʻAd-dunyā mazraʻatul ākhirah”.
[2]. Khutbah Muttaqin, Nahjul Balāghah.
[3]. Shaleh Shubhi, Nahjul Balāghah, Hikmah 131.
[4]. Ghurarul Hikam, hal. 142.
[5]. Shaleh Shubhi, Nahjul Balāghah, Khutbah 63, hal. 94.
[6]. "Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredaan-Nya. Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Qs. Al-Hadid [57]: 20)
[7]. Al-Kāfi, jilid 2, hal. 250.
[8]. Shaleh Shubhi, Nahjul Balāghah, Khutbah 45, hal. 85.
[9]. Ibid., Khutbah 178, hal. 257.
[10]. Ibid., Khutbah 52, hal. 89.
[11]. Ibid., Khutbah 82, hal.106.
[12]. Ibid., khutbah 68, hal. 458.
[13]. Ibid., Khutbah 116, hal 310.
[14]. Ushūl al-Kāfī, kitab al-iman, Bab “Ibtilā al-Mu’min”, Hadis 20.
[15]. Ibid., Bab “Silaturrahim”, hadis 3.
[16]. Al-Kāfī, jilid 2, hal 264, Bab “Faḍlul Fuqarā’il Muslimin”.
[17] .Ushul al kāfi, kitab al Iman, bab at ṭāʻah, hadis 5.
[18] .ibid, hadis 7
[19] .Ushul al-Kāfi, kitab al iman wal kufr, bab al-niyyah, hadis 2.
[20] .Ibid, hadis 1
[21] .Ibid, hadis 3
[22] Ibid., hadis 5; "Katakanlah, “Tiap-tiap orang berbuat menurut cara (dan keperibadian) masing-masing." (Qs. Al-Isra [17]: 84)