Carian Terperinci
Pengunjung
12292
Tarikh Kemaskini 2011/06/14
Ringkasan pertanyaan
Mengapa redaksi “al-Qurba” pada ayat 23 surah Syura anda simpulkan sebagai Ahlulbait (a.s)?
soalan
Mengapa redaksi “al-Qurba” pada ayat 23 surah Syura anda simpulkan sebagai Ahlulbait (a.s)?
Jawaban Global

Apabila maksud pembicara dari sebuah redaksi atau kata-kata yang digunakan di dalamnya tidak jelas pada setiap kedudukan dan kalimat, maka ia harus dilihat pada petunjuk-petunjuk (qarāin) yang dapat menjelaskan maksud dari ucapannya itu. Berkenaan dengan ayat 23 surah al-Syura “Qul laa as’alukum ‘alaih ajran illa mawaddata fil qurbah” ianya terdapat petunjuk-petunjuk dan tanda-tanda yang membimbing dan membantu kita untuk memperolehi maksud asli dari firman Allah tentang al-Qurba.

1.             Sesuai penjelasan pakar bahasa, redaksi al-Qurba bermakna kerabat dan dekat pada nasab (garis keturunan) seperti mana hal ini disebutkan dalam al-Qur’an yang selaras dengan makna ini. Namun selain ayat yang menjadi objek pertanyaan, pada ayat-ayat lainnya, pelbagai redaksi “ẓi” atau “ẓawi” atau “uli” digunakan padanya iḍāfa (tambahan dan hubungan). Dengan iḍāfa (tambahan) ini maka kandungan ẓawil  qurba itu akan bermakna kekerabatan. Oleh itu, ayat yang menjadi objek perbahasan para penyelidik memandang redaksi “ahl” atau “ẓawil” dan lainya adalah sebagai tersirat (muqaddar, tidak tercetuskan dalam ucapan atau tulisan).

Dengan demikian, kita tidak dapat menerima penafsiran bahawa “al-Qurba” itu bermakna dekat kepada Allah atau makna yang lainnya.

2.             Petunjuk-petunjuk menjadi bukti atas hal ini bahawa maksud kerabat pada ayat ẓawil qurba adalah kerabat nabi dan ayat tidak bermakna wajib bagi setiap kaum Muslimin untuk mencintai keluarga sendiri sebagai ganjaran risalah.

3.             Penyebutan kata kerja “laa as’alukum” merupakan petunjuk bahawa maksud dari “ẓawil  qurba” di sini adalah kerabat orang yang bertanya. Hal ini adalah penentuan pemilik kekerabatan melalui jalan penentuan mansub ilahi (yang disandarkan kepadanya) sebagaimana ayat-ayat 113 surah al-Taubah dan ayat 7 surah al-Hasyr dapat dijadikan contoh dalam hal ini.

4.             Dengan sedikit kajian pada ayat-ayat yang berkaitan dengan upah risalah, maka kita akan sampai pada kesimpulan bahawa maksud daripada “al-qurba” adalah Ahlulbait Nabi (s.a.w); kerana al-Qur’an dari satu sisi menegaskan adanya tuntutan upah daripada Nabi (s.a.w) dan menafikan adanya tuntutan dari nabi-nabi lain. Dari sisi kedua, al-Qur’an berkenaan dengan Nabi (s.a.w) menyatakan: Aku tidak meminta upah daripada kalian kecuali kecintaan (kalian) kepada keluargaku. Dari sisi ketiga, terkabulkanya doa Nabi (s.a.w) dan tuntutan upah risalah. Dari sisi keempat, Allah (s.w.t) memerintahkan kepada Rasul-Nya untuk menyampaikan kepada masyarakat: Upah yang aku minta daripada kalian adalah untuk kalian dan upah serta ganjaranku pada Tuhan. Dengan melampirkan ayat-ayat ini, kita sampai pada kesimpulan sedemikian iaitu: ẓawil Qurba merupakan jalan Ilahi dan menggerakkan langkah di jalan Ilahi ini adalah untuk kepentingan manusia (itu sendiri) dan mengikuti ẓawil qurba merupakan contoh jelas penerimaan seruan Ilahi. Akhirnya, dari riwayat-riwayat standard dapat kita simpulkan bahawa: Hanya Ahlulbait Nabi (s.a.w) yang menikmati keutamaan seperti ini.

5.             Terdapat banyak riwayat daripada Nabi (s.a.w) berkenaan dengan penafsiran ayat ini di mana yang dimaksud dengan al-qurba di sini adalah Ahlulbait Nabi (s.a.w).

Jawaban Detil

Apabila maksud pembicara dari sebuah redaksi atau kata-kata yang digunakan di dalamnya tidak jelas, pada setiap ayat dan kalimat, maka ia harus menyusuri tanda-tanda (qarāin) yang dapat menjelaskan maksud daripada ucapannya itu. Berkenaan dengan ayat 23 surah al-SyuraQul laa as’alukum ‘alaih ajran illa mawaddata fil qurba[1] padanya terdapat tanda-tanda[2] yang membimbing dan membantu kita untuk meraih maksud yang sebenarnya daripada firman Allah tentang al-Qurba.

1.             Redaksi “al-Qurba” sesuai dengan penjelasan ahli linguistik bermakna kedekatan dan kekerabatan dalam nasab (garis keturunan).[3] Al-Qur’an juga mempunyai maksud yang sama, namun ketahuilah selain dari ayat yang dipersoalkan, kalimah yang lain iaitu “ẓi”,[4] “ẓawi”,[5]uli[6] hanyalah sebagai tambahan (hubungan), dan ianya mengandungi maksud “ẓawi al-Qurba”. Dengan ini para penyelidik lafaz “ahl [7] atau “ẓi” atau “ẓawi” dan yang lainnya disebutkan secara tersirat (muqaddar). Makna “al-mawaddah fil qurba”, kecintaan (mawaddah) kepada kerabat dan keluarga Nabi (s.a.w) iaitu Ahlulbait Nabi (s.a.w).

Ertinya, penafsiran sebahagian mufassir yang memaknai “qurba” pada ayat di atas adalah kedekatan kepada Allah (s.w.t),[8] tidak benar,[9] kerana berasaskan penafsiran ini, redaksi qurba akan bermakna yang mendekatkan bukan kedekatan dan hal ini bertentangan dengan sesuatu yang disampaikan oleh ahli linguistik.

Di samping itu, makna sedemikian akan menyebabkan kekaburan pada ayat. Sebagai kesimpulannya, kaum musyrikin tidak dapat menjadi objek perbicaraan ayat. Kerana mereka tidak mengingkari kedekatan kepada Allah, melainkan menyembah berhala-berhala, dan mereka lihat tuhan-tuhan sebagai jalan mendekatkan diri kepada Tuhan.[10]

Boleh jadi dikatakan bahawa “al-qurba” merupakan mashdar  dan mashdar ini bermakna kedekatan dan kekerabatan bukan bermakna kerabat. “” juga bermakna penyebab (sababiyat). Sesuai dengan pandangan ini, terdapat tiga kemungkinan dalam kandungan ayat tersebut:

A.            Objek yang dibicarakan ayat adalah Quraish yang diminta dari mereka: Apabila kalian tidak beriman kepada Nabi (s.a.w), setidaknya kalian mecintai baginda dan tidak menyakiti baginda.

B.            Objek bicara ayat adalah kaum Anshar dan diminta untuk mecintai mereka kerana kekeluargaan dan kekerabatan Nabi (s.a.w) dengan mereka.[11]

C.            Objek bicara ayat adalah kaum Quraish dan maksud “al-mawaddah fil qurba” ialah kecintaan Nabi (s.a.w) bukan kecintaan kepada Quraish. Ertinya wahai Quraish aku tidak menghendaki upah daripada kalian, namun kecintaanku kepada kepada kalian kerana kekerabatan kalian kepadaku. Hal ini tidak memberikan izin kepadaku untuk bersikap acuh tak acuh kepada kalian dan kekeluargaanku kepada kalian menuntutku untuk menghidayah kalian bukan mengambil upah dari kalian.

Sepintas lalu walau pun ketiga-tiga kemungkinan ini kelihatan masuk akal dan elok dipandang mata, namun dengan lebih teliti sedikit maka ia akan menjadi jelas bahawa tidak satu pun dari tiga kemungkinan ini benar. Kerana apabila yang dimaksudkan adalah kafir Quraish, mereka tidak mengambil apa pun daripada Nabi (s.a.w) sehingga harus menyerahkan upah. Apabila yang dimaksud adalah orang-orang Quraish yang beriman kepada Nabi (s.a.w), dalam hal ini kemarahan tidak dapat digambarkan sehingga mereka dituntut untuk melenyapkan kemarahan mereka sebagai upah risalah, kerana itu kemungkinan pertama ditolak.

Begitu juga, persahabat kaum Anshar dengan Nabi (s.a.w) sedemikian jelas sehingga tidak ada pun orang yang tidak tahu tentangnya. Kerana itu, tidak ada maknanya bahawa Nabi (s.a.w) meminta mereka untuk mecintainya kerana kekerabatan jauh yang ada di antara mereka. Lebih-lebih lagi orang Arab tidak terlalu memandang berat terhadap kekerabatan daripada pihak ibu.[12] Islamlah yang memberikan perhatian penting terhadap masalah ini. Kerana itu, kemungkinan yang kedua tidak memiliki landasan rasional yang dapat diterima. Adapun dalam mengkritik kemungkinan yang ketiga dapat dikatakan bahawa: Apakah kemungkinan ini tidak bertentangan dengan kedudukan Nabi (s.a.w)? Bukankah al-Qur’an berulang kali menegaskan bahawa tugasmu (Muhammad) hanyalah menyeru. Adapun memberikan petunjuk dan hidayah itu adalah tugas Allah (s.w.t) dan Nabi (s.a.w) tidak boleh bersedih hati kerana perlakuan orang-orang kafir. Bagaimana dapat dipercaya bahawa Nabi (s.a.w) kerana kekerabatan, beliau memberikan petunjuk kepada sebahagian orang dan kerana kemurkaan dan ketidaksukaan kepada sebahagian yang lainnya, baginda menghindar tidak memberikan petunjuk kepada mereka.[13]

2.             Kini telah jelas apa yang dimaksud dengan “al-Qurba” maka pertanyaan yang dikemukakan sekarang adalah siapa yang dimaksudkan orang-orang dekat dan para pemilik kekerabatan dan kedekatan pada garis keturunan? Jawapannya adalah Ahlulbait Nabi (s.a.w) yang merupakan maksud utama ayat ini. Hal itu disebabkan:

Pertama, telah dikenal bahawa mansub ilaihi (yang disandarkan padanya), merupakan sebuah tanda untuk menentukan pemilik kedekatan. Kadangkala, mansub ilaihi disebutkan pada ucapan dan hal ini sendiri dapat menjadi sebuah tanda bahawa siapakah yang dimaksudkan keluarga dan kerabat. Misalnya dalam al-Qur’an disebutkan Tiadalah sepatutnya bagi nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat (mereka), sesudah jelas bagi mereka bahawasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka Jahanam. (Qs. Al-Taubah [9]:113) Sebutan “nabi” dan “orang-orang yang beriman” adalah bukti atas noktah ini bahawa yang dimaksudkan dengan “uli qurba” adalah orang-orang dekat setiap orang. Atau pada sebuah ayat “Setiap harta rampasan (fay’) yang diberikan Allah kepada rasul-Nya yang berasal dari penduduk kota-kota itu adalah untuk Allah, rasul, kerabat rasul (Qs. Al-Hasyr [59]:7) Redaksi “kepada rasul” merupakan tanda bahawa yang dimaksud dengan “lidzil Qurba” adalah kerabat dan orang-orang dekat Rasulullah (s.a.w). Pada ayat “Katakanlah (Wahai Muhammad), “Aku tidak meminta daripadamu suatu upah pun atas seruanku ini kecuali kecintaan kepada keluargaku” juga dipermulaannya kata kerja “aku tidak meminta” merupakan sebuah tanda bahawa yang dimaksud “al-Qurba” adalah orang-orang dekat yang meminta (al-sail).[14]

Kerana itu pada ayat mawaddah sendiri merupakan tanda yang menunjukkan bahawa yang dimaksud “al-qurba” itu adalah Ahlulbait dan orang-orang dekat Rasulullah (s.a.w). Dengan demikian ada kemungkinan bahawa ayat ini menegaskan kecintaan kepada orang-orang dekat (Rasulullah) dipandang sebagai upah risalah. Ayat tersebut meminta kepada kaum Muslimin untuk mencintai keluarga Rasulullah (s.a.w).[15]

Kedua, ayat-ayat yang berkenaan dengan upah risalah dalam al-Qur’an termasuk beberapa permasalahan di bawah ini:

A.            Menafikan tuntutan upah dan ganjaran daripada para nabi[16] demikian juga Rasulullah (s.a.w).[17]

B.            Berkenaan dengan peribadi Rasulullah (s.a.w) disebutkan bahawa: Aku tidak menginginkan upah dari kalian kecuali kecintaan kepada keluargaku.

C.            Juga dijelaskan bahawa: Upahku adalah bagi orang-orang yang menerima seruanku dengan pilihan mereka.[18]

D.            Pada ayat lainnya disebutkan: Katakanlah, “Upah apa pun yang aku minta kepadamu, maka itu untuk kamu. Upahku hanyalah dari Allah, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Qs. Saba [34]:47)

Dengan menyandingkan ayat-ayat ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah (s.a.w) juga seperti para nabi yang lainnya, tidak menginginkan upah untuk dirinya sendiri, melainkan kecintaan kepada Ahlulbaitnya merupakan jalan menuju kepada Allah. Sebenarnya kecintaan ini adalah untuk manusia itu sendiri. Kerana kecintaan ini merupakan gerbang untuk memasuki masalah imamah, khilafah, pengganti Rasulullah (s.a.w) dan pemberian petunjuk bagi manusia. Kecintaan ini merupakan perkara yang kembali pada masalah pemenuhan dan ajakan.[19]

Dari satu sisi, “ajr” merupakan satu redaksi yang diperuntukkan baik untuk “ajr duniawi” dan juga “ajr ukhrawi”. Apa yang telah dinafikan pada ayat-ayat ini adalah “ajr duniawi.” Kerana pada ayat-ayat ini disebutkan bahawa aku tidak meminta upah daripada kalian, secara zahir menegaskan pada upah dan ganjaran duniawi. Dan kehidupan Nabi (s.a.w) menjadi bukti dan saksi atas makna ini[20] bahawa Nabi (s.a.w) tidak mengejar upah dan ganjaran duniawi.

Dari sisi lain, upah dan ganjaran hakiki, menjelma ketika ia memberikan manfaat bagi yang menerimanya, sementara mawaddah (cinta berlebih, isyq) dan mahabba (cinta) terhadap ẓawil qurba adalah untuk kepentingan pecinta bukan untuk kepentingan Nabi (s.a.w). Kerana kecintaan terhadap ẓawil qurba akan menyebabkan kecintaan, mengikuti ẓawil qurba dalam kehidupannya, dan menjadikanya sebagai teladan dan menjauhkan dirinya dari perangkap syaitan.[21]

Kerana itu, Nabi (s.a.w) tidak menghendaki upah dan ganjaran duniawi. Dan apabila beliau menghendaki kecintaan masyarakat kepada ẓawil qurba, hal ini bukan merupakan upah dan ganjaran hakiki kerana al-Qur’an menegaskan bahawa keuntungan dari kecintaan ini adalah untuk manusia.

Sekarang kita harus mengajukan pertanyaan bahawa kecintaan kepada siapa dan mengikuti siapa yang memberikan keuntungan kepada masyarakat? Dan kecintaan kepada siapa yang merupakan contoh-contoh terkabulnya doa Nabi (s.a.w)?

Apakah mawaddah dan mahabbah kepada orang-orang yang dinodai dengan kebodohan dan kesesatan dapat menjadi faktor penyelamat orang lain? Dan apakah apabila orang buta yang membimbing orang buta dapat menyampaikan manusia kepada akhir tujuannya?

Petunjuk Ilahi untuk seluruh manusia merupakan upah risalah. Sudah tentu petunjuk Ilahi ini adalah untuk kepentingan dan keuntungan manusia. Perkara ini juga berada dalam pancaran petunjuk (hidayah) orang-orang yang berhak iaitu jiwa dan diri Rasulullah (s.a.w),[22] pelita hidayah,[23] bahtera keselamatan,[24] gerbang ilmu,[25] jalan kebenaran dan sebagainya, dan apakah orang-orang itu bukan daripada Ahlulbait Rasulullah (s.a.w)?.

Ketiga, terdapat banyak riwayat yang dinukil oleh kedua mazhab dalam masalah ini secara jelas dan tegas menjelaskan maksud “al-qurba,” sebagaimana di bawah ini:

1.             Hakim Huskani dalam menjelaskan ayat ini menukil sebuah riwayat yang menyatakan siapakah yang dimaksudkan “ẓawil  qurba”.[26] Misalnya Ibnu Abbas berkata, “Tatkala ayat “Katakanlah (Muhammad) Aku tidak meminta upah atas apa yang kuserukan kecuali kecintaan kepada al-qurba,” diwahyukan, para sahabat Rasulullah (s.a.w) bertanya: Siapakah orang-orang yang dititahkan Tuhan untuk kami cintai? Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Ali, Fatimah, kedua putera daripada mereka.”[27]

2.             Suyuthi dalam menafsirkan ayat ini menukil sebuah riwayat daripada Nabi (s.a.w) yang menjelaskan: Maksud ayat ini adalah (hendaknya) kalian menjaga hakku dan Ahlulbaitku.”[28]

3.             Ahmad bin Hanbal dalam Fadhail al-Shahaba dan Qurthubi dalam menafsirkan ayat (mawaddah) menukil riwayat daripada Nabi (s.a.w) di mana yang dimaksud (al-Qurba) adalah Ali, Fatimah, dan kedua putranya.”[29]

4.             Zamakhsyari[30] dan Fakhrurazi[31] dengan bersandar pada sebuah riwayat yang dinukil daripada Nabi (s.a.w), ayat “ẓawil  qurba” adalah dikhususkan kepada Ali, Fatimah dan kedua putranya.”

 

Namun banyak kritikan dan isykalan yang diajukan tentang penafsiran “al-mawaddah fi al-qurba” itu bermakna kecintaan terhadap Ahlulbait (a.s). Antaranya tidak dapat diterima bahawa yang dimaksud dengan “al-mawaddah fi al-qurba” adalah Ahlulbait (a.s). Kerana ayat yang disebutkan pada surah Syura dan apakah surah ini merupakan surah Makkiyah, di mana Fatimah Zahra, Hasan dan Husain belum atau tidak ada (ketika itu) sehingga kecintaan kepada mereka menjadi upah risalah!

Dalam menjawab pertanyaan ini harus dikatakan bahawa: Pertama, majoriti ahli tafsir berkata bahawa keempat ayat surah al-Syura ini merupakan surah Madani bukan Makkiyah. Kedua, banyak riwayat yang memandang bahawa pewahyuan ayat ini berlangsung di Madinah. Ketiga, yang menjadi kriteria surah tergolong Makkiyah atau tidak bukan terletak pada pra hijrah atau pasca hijrah, boleh jadi setelah hijrah terdapat surah yang diturunkan di Makkah, misalnya para hajjatul widâ’ dan setelah kelahiran Fatimah, Hasan, dan Husain.[32] Untuk menjawab kritikan dan isykalan ini secara terperinci kami akan tempatkan pada kesempatan yang lain.[]

 

Kami cukupkan tulisan ringkas ini di sini dan mereka yang tertarik untuk menyelidik dan menelaah lebih jauh kami persilakan untuk merujuk kepada sumber-sumber di bawah ini:

1.             Ihyâ al-Mayyit bifadhâil Ahlulbait, Suyuthi, hal. 8.

2.             Al-Shawâiq al-Muhriqah, Ibnu Hajar, hal. 101.

3.             Al-Mizân, Allamah Thabathabai, jil. 18, hal. 51-53.

4.             Ahlulbait, Maqâmuhum, Manhâjuhum, Masâruhum, hal. 14-19.

5.             Payâm-e Qur’ân, Makarim Syirazi, jil. 9, hal. 225-237

6.             Tafsir Qurthubi, jil. 8, hal. 5843, jil. 16, hal. 21-22.

7.             Tafsir Nemune, jil. 7, hal. 174 dan jil. 11, hal. 369, dan jil. 12, hal. 95.

8.             Jami’ al-Bayân, Thabari, jil. 25, hal. 16.

9.             Mustadrak al-Shahiain, Hakim Naisaburi, jil. 3, hal. 173.

10.          Hilyat al-Awliyâh, Hafiz Abu Nu’aim Isfahani, jil. 3, hal. 201.

11.          Dzakhâir al-Uqba’, Muhibuddin Thabari, hal. 138.

12.          Ruh al-Ma’âni, jil. 25, hal. 32.

13.          Kanz al-‘Ummâl, jil. 1, hal. 118.

14.          Majma’ al-Bayân, jil. 9, hal. 28, 29, 50; jil. 7 dan 8, permulaan surah al-Mukmin, hal. 512.

15.          Majma’ al-Zawâid, jil. 9, hal. 168.



[1]. “Katakanlah (Wahai Muhammad), “Aku tidak meminta kepadamu suatu upah pun atas seruanku ini kecuali kecintaan kepada keluargaku.”

[2]. Petunjuk-petunjuk (qarain) terdiri daripada dua jenis: Petunjuk yang terdapat pada masalah atau kalimat atau berada di luar namun terpendam ucapan padanya di mana petunjuk seperti ini disebut sebagai petunjuk  bersambung (qarinah muttasil). Petunjuk beum tersimpan dalam kalam tersebut dan penutur meletakkan maksudnya di tempat lain. Petunjuk seperti ini disebut sebagai petunjuk  terputus (qarinah munfasil).

[3]. Maqayis al-Lugha menyebutkan: “Fulan ẓu qirabati. Huwa man yaqrub minka rahiman.” (Si fulan memiliki kekerabatan. Dia adalah orang yang dekat kepadamu secara nasab) Dan melanjutkan “al-Qurba wa al-Qirabah be ma’na wahid.” (al-Qurba dan qirabah itu bermakna tunggal) Lisan al-Arab dalam hal ini menjelaskan: “Qirabah dan qurba bermakna kekerabatan dalam nasab. Dan yang lain berkata, “al-qurbâ (keluarga) dalam nasab dan al-qurbatu pada kedudukan. Sebenarnya keduanya adalah satu. Aqrab al-Mawarid, jil. 2, hal. 978.

[4]. “Wa bil walidain ihsana wa ẓil qurba wa al-yatama” (Berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kaum kerabat, anak-anak yatim, Qs. Al-Baqarah [2]:83)

[5]. “Wa ata al-Mal ‘ala hubbihi ẓawi qurba wa al-yatama” (Dan para nabi; memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, Qs. Al-Baqarah [2]:177)

[6]. “Tiadalah sepatutnya bagi nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat (mereka)Qs. Al-Taubah [9]:113)

[7]. Zamakhsyari dalam hal ini menjelaskan: “al-Qurba adalah mashdar sepert zulfa dan al-busyra, yang bermakna al-qirabah dan maksudnya pada ayat adalah “ahlul qurba”. Al-Kassyaf, jil. 3, hal 81, berkenaan surah al-Syura ayat 23.   

[8]. “Mencintai segala perkara yang mengajak manusia untuk mendekatkan diri kepada Tuhan” adalah tafsir atas kandungan ayat ini.

[9]. Namun pandangan ini memiliki isykalan lainnya yang telah dibahas pada tempatnya, misalnya redaksi mahabbah dan mawaddah tidak selaras dengan makna ini; kerana apa yang menyebabkan kedekatan kepada Allah adalah menunaikan shalat dan sebagainya, bukan (sekadar) mawaddah dan mahabbah mereka. Di samping itu, sememangnya di antara para lawan bicara Nabi (s.a.w) tidak menyukai masalah ini dan ayat diturunkan kepadanya… Silahkan lihat al-Mizan, jil. 18, hal. 45-46; Tafsir Maudhu’i Payâm-e Qur’ân, jil. 9, Makarimi Syirazi, hal. 225-237.

[10]. Tafsir al-Mizân, Allamah Thaba-thabai, jil. 18, hal. 45-46.

[11]. Kerana Nabi (s.a.w) dari pihak ibu dan dari pihak Salma binti Zain al-Naijariyah memiliki kekerabatan dengan kaum Anshar.

[12] Misalnya orang-orang Arab berkata:

Banuna banu abnaina wa banatina

Banuhunna abna al-rijal al-abai’d

Putera-putera puteri kami adalah putera-putera lelaki asing

[13]. Al-Mizân, Allamah Thabathabai, jil. 18, hal. 43-45; Tafsir Maudhu’i Payâm-e Qur’ân, jil. 9, hal. 225-237

[14]. Mafâhim al-Qur’ân, Ja’far Subhani, jil. 10, hal. 268-269.

[15]. Kemungkinan ini bukan hanya tidak menyokong ayat ini, namun juga tidak selaras dengan upah risalah, sememangnya seluruh orang Quraish (sekiranya objek ayat ditujukan kepada kaum Quraish) atau seluruh manusia (apabila objek  ayat ditujukan kepada seluruh manusia) memiliki kekerabatan dengan orang mukmin kemudian melalui kecintaan kepada mereka harus menyerahkan upah risalah. Lihat, Al-Mizan, Allamah Thabathabai, jil. 18, hal. 45; Payam-e Qur’an, jil. 10, hal. 225-237.

[16]. Dan (dia berkata), “Hai kaumku, aku tiada meminta harta benda kepadamu (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah, dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang yang telah beriman itu. Hai kaumku, aku tidak meminta upah kepadamu bagi seruanku ini. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah yang telah menciptakanku.” (Qs, Hud [11]: 29 & 51); “Dan aku sekali-kali tidak meminta upah kepadamu atas ajakan-ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam. Dan sekali-kali aku tidak meminta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam. Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam. Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam. Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam. (Qs. Al-Syuara [26]: 109, 127, 145, 164 dan 180)

[17]. Katakanlah, “Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikan (Al-Qur’an). Al-Qur’an itu tidak lain hanyalah peringatan untuk umat semesta alam.” (Qs. Al-An’am [6]:90)

[18]. Katakanlah, “Aku tidak meminta upah sedikit pun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan orang yang mau mengambil jalan menuju Tuhan-nya, (dan inilah upahku).” (Qs. Al-Furqan [25]:57)

[19]. Al-Mizân, jil. 18, hal. 42-49; Mafâhim al-Qur’an, jil. 10, hal. 261-274; Payâm-e Qur’ân, jil. 9, hal. 225-237.

[20]. Al-Sirah al-Nabawiyah, jil. 1, hal. 293-294; Syaikh Mufid Ra dalam hal ini berkata: “Perbuatan (amal) harus ditujukan semata untuk Tuhan dan penuh keikhlasan, dan apa yang dilakukan untuk Tuhan, maka ganjarannya pada Tuhan bukan pada yang lain. Dan Nabi (s.a.w) pada seluruh hidupnya sendiri demikian adanya. (Tashih al-I’tiqad, hal. 68)

[21]. Imam Shadiq (a.s) dalam sebuah riwayat bersabda: “Maa AhabbaLlah Azza wa Jal man ‘ashahu” (tidak mencintai Allah orang yang bermaksiat kepada-Nya) kemudian beliau membacakan syair berikut ini:

Ta’sha Allah wa anta Tuzhir Hubbah

Hadza Muhal fi al-fa’al badi’

Lau kana hubbuka shadiqan laa thatahu

Inna al-mahabbah liman yuhibbu muthi’

Engkau bermaksiat kepada Allah sementara Engkau ungkapkan cinta (kepada-Nya)

Hal ini merupakan sesuatu yang mustahil bagi orang-orang utama

Sekiranya cintamu itu benar adanya maka engkau pasti mentaati-Nya

Sesungguhnya cinta itu mentaati orang yang dicintainya

(Safina al-Bihar, klausul Hubb)

Mahabbah ditujukan untuk ketaatan dan ketaatan dimaksudkan untuk hidayah dan hal ini merupakan terjawabnya doa yang disebutkan pada ayat 57, surah al-Furqan.

[22]. Pada ayat Mubâhâlah, Ali disebut sebagai jiwa Nabi (s.a.w).

[23]. “Inna al-Husain misbah al-Huda wa Safinat al-Najâh” (Sesungguhnya Husain adalah pelita hidayah dan bahtera keselamatan. (Safinah al-Bihar, jil. 1, hal. 387.)

[24]. Rasulullah (s.a.w): Maṣal Ahlubaiti fiikum miṣlu safinatu Nuh, man Rakibahâ najah” (Permisalan Ahlulbaitku bagi kalian adalah laksana bahterah Nuh, barangsiapa yang menaikinya akan selamat), Lihat Kanz al-‘Ummâl, jil. 6, hal. 216; Ahlulbait Maqâmuhum, Manhâjuhum, Masâruhum, hal. 44-46.

[25]. Rasulullah (s.a.w) bersabda: Ana madinatul Ilm wa ‘Aliyin Bâbuha..(Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah gerbangnya)

[26]. Dalam doa Nudbah disebutkan: Fakanû hum al-Sabil ilaika wa al-maslak ilaa ridwanik” (Mereka adalah jalan kepada-Mu dan wahana kepada keridhaan-Mu)

[27]. Syawâhid al-Tanzil, jil. 2, hal. 130, 131, 135, 140.

[28]. Al-Durr al-Mantsur, jil. 6, hal. 7

[29]. Ihqâq al-Haq, jil. 3, hal. 2; Ghâyat al-Marâm, tafsir ayat.

[30]. Tafsir al-Kasysyâf, jil. 4, hal. 220-221.

[31]. Tafsir Kabir Fakhrurazi, jil. 27, hal. 165-167.

[32]. Tafsir Maudhui Qur’ân Karim, Abdullah Jawadi Amuli, jil. 8, hal. 341.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits