Carian Terperinci
Pengunjung
6708
Tarikh Kemaskini 2011/01/01
Ringkasan pertanyaan
Apakah ukuran batasan kebebasan memberi penerangan dari perspektif Islam?
soalan
Apakah ukuran batasan kebebasan memberi penerangan dari perspektif Islam?
Jawaban Global
Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail.
Jawaban Detil

Dengan memperhatikan bahawa kebebasan membuat penerangan adalah merupakan salah satu unsur penting dalam membentuk budaya dalam masyarakat Islam dan memiliki kepentingan yang sensitif dan strategi, dan oleh kerana situasi dan kondisi masyarakat sentiasa berubah dan berganti, maka menjadi suatu masalah yang wajar kenapa kita tidak mampu untuk memiliki satu ukurun yang tetap -stabit- dan tidak boleh berganjak untuk perkara tersebut, dan pemerintahan Islam harus mampu menentukan batasan ini berdasarkan situasi dan kondisi yang berubah-ubah.

Apatah lagi jika batasan kebebasan berbicara dalam kondisi politik yang aman dalam dan luar negara lebih luas dibandingkan dari kondisi politik yang tidak aman yang muncul dari pergolakan dalaman mahupun luar negara. Dengan dasar inilah, kita boleh menganggap bahawa ukuran penentuan kebebasan berbicara boleh terjadi dalam keadaan berubah-ubah.

Batasan dan ukuran global batasan kebebasan berbicara –selain ia berubah-ubah – boleh diertikan seperti berikut: "Kebebasan berbicara merupakan salah satu dari nilai-nilai positif dalam sistem masyarakat Islam, di samping nilai-nilai positif yang lain seperti bebas dan tidak dijajah, keamanan, keadilan, kemuliaan yang umum, spiritual, dan sebagainya.

Dengan memperhatikan bahawa seluruh nilai-nilai tersebut terletak dalam satu sistem, maka kebebasan berbicara itu ditentukan oleh nilai-nilai yang lain, iaitu kebebasan berbicara akan berada dalam posisinya yang sah dan terhormat selagimana ia tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam yang lainnya.

Dalam keadaan ini, terdapat juga beberapa ukuran yang tetap yang dapat menentukan arah tolak ukur dalam sesebuah kerajaan dalam menentukan batasan kebebasan berbicara, seperti:

1.      Berdusta, ghibah, fitnah, mengandu domba, membocorkan rahsia, menyemarakkan isu-isu …, dan sebagainya adalah perkara-perkara yang haram yang berhubungan dengan  penerangan adalah keluar dari ruang lingkup kebebasan berbicara.

2.      Buku-buku yang menyesatkan atau dengan ungkapan yang lebih luas, segala bentuk tulisan atau yang bukan bentuk tulisan yang mana berfungsi dalam menyebarkan akidah-akidah dan keyakinan-keyakinan batil atau melemahkan akidah yang benar, bukan sekadar tidak memiliki hak untuk diterbitkan dan disebarkan, bahkan wajib juga memusnahkan dan menghilangkannya dari arena masyarakat dan fikiran umum, dan hanya para pakar agama sahaja yang mampu memanfaatkannya untuk menjawab soalan-soalan.

3.      Adalah dilarang untuk menjelaskan akidah-akidah kepada mereka yang tidak memiliki kemampuan memahaminya, yang mana ia boleh menyebabkan kesesatan atau berpalingnya mereka dari agama.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Mengapakah agama sempurna tidak diutuskan sekaligus dan pada satu tempat? Pada asasnya apakah kepentingan beransur-ansur?!
    6811 Teologi Baru 2012/04/15
    Dari satu perspektif, agama secara beransur-ansur adalah satu perkara yang bersesuaian dengan kemampuan berfikir dan rohani insan. Dari perspektif yang lain pula ialah mengikut keperluan-keperluan, ujian-ujian duniawi dan sosial. Dengan ini, oleh kerana manusia pada zaman dahulu tidak mempunyai pemikiran yang lazim, mereka tidak berdaya memperolehi pengetahuan-pengetahuan ...
  • Bagaimana kita dapat membezakan antara ujian dengan seksa atau azab Ilahi?
    15671 Teologi Klasik 2011/07/18
    Sudah tentu sebahagian urusan-urusan terdiri daripada bala dan ujian-ujian Tuhan, supaya manusia dapat memberikan reaksi yang jelas dalam menghadapinya, dan tindak balas mereka dalam menghadapi kejadian ini akan membentuk sifat peribadi dan batin secara hakiki. Demikian juga dari sisi niat dan kebiasaan dalam memberikan reaksi atas musibah, ...
  • Apakan yang ciri-ciri penting seorang penduduk bandar dalam masyarakat Islam?
    12733 Akhlak Praktikal 2014/04/20
    Agama Islam sebagai penutup syariat Ilahi merupakan agama yang menyeluruh dan sempurna. Oleh sebab itu, Islam mengambil berat tentang hukum dan undang-undang sosial seperti hukum-hakam seseorang individu dalam sebuah masyarakat. Menurut pandangan Islam, terdapat prinsip dan penguatkuasaan dalam kehidupan sosial dan hubungan individu sebuah masyarakat yang mana ...
  • Mengapakah hanya nama sebahagian kecil para nabi disebutkan di dalam al-Qur'an?
    14495 Ulum Al-Quran 2011/10/22
    Al-Qur'an bukanlah kitab sejarah, sirah atau mu'jam seseorang sehingga kita boleh mengkaji riwayat hidup para nabi dan menyenarai nama-nama mereka di dalamnya. Al-Qur'an merupakan kitab petunjuk, pengajaran, tarbiyah, penyucian dan peringatan. Matlamat ini boleh dicapai dengan sekadar menyebut sebahagian nama dan riwayat hidup para nabi yang hidup sebelumnya ...
  • Apa hukumnya apabila seseorang membaca “walāẓāllīn” sebagai ganti “walāḍḍāllin? dalam solat”?
    6045 Huquq Dan Ahkam 2011/04/19
    Berdasarkan fatwa seluruh marja’ agung taqlid, bahawa tajwid dan bacaan sedemikian apabila dilakukan dengan sengaja, maka sudah tentu akan membatalkan solat. Imam Khomeini Ra dalam masalah ini berkata, “Jikalau seseorang tidak mengetahui salah satu daripada kalimah-kalimah surah al-Fatihah atau surah-surah lainnya atau sengaja tidak membacanya, atau membaca satu huruf sebagai ...
  • Sejarah dan asal usul pemikiran Baha’iyyah.
    12895 Teologi Klasik 2012/01/19
    Pengasas dan pelopor aliran Baha’iyyah adalah Mirza Hussain Ali Nuri yang memeluk ideologi Ali Muhammad Bab dan beriman dengan dakwaan-dakwaannya setelah kemunculan dan huru-hara Ali Muhammad Bab dengan propaganda Mullah Husein Busyrawiyah. Setelah kematian Bab dan berpaling dari mentaati saudaranya Yahya Subḥ Azal (Pengganti Bab), Mirza Hussain Ali Nuri ...
  • Apakah syarat-syarat untuk bermubahalah? Dalam perkara apa dibenarkan bermubahalah? Apakah mubahalah akan benar-benar terjadi?
    17884 Teologi Klasik 2014/05/20
    Mubahalah ialah saling melaknat sehingga barangsiapa yang berada di dalam kebatilan akan berada dalam kemurkaan Allah (s.w.t), kemudian diketahuilah pihak mana yang berada di dalam kebenaran manakala kebenaran dapat diketahui dan dikenal pasti perbezaannya mengatasi kebatilan. Mubahalah merupakan sebuah doa dan memiliki ciri-ciri dan juga syarat-syarat khusus ...
  • Apa yang dimaksudkan dengan "Makhluk yang pertama sekali diciptakan oleh Allah adalah akal?”
    14029 Falsafah Islam 2011/07/21
    Akal (dalam istilah falsafah yang mungkin boleh dikatakan adalah sebagai malaikat seperti dalam istilah syar'i dan al-Qur'an) adalah sesuatu yang mujarrad (bukan material) sempurna, baik secara zat mahupun secara perbuatan (fi’li).Akal yang bukan material dan bukan jasmani tidak memerlukan badan atau ...
  • Mengapa warisan wanita setengah dari warisan lelaki?
    8821 Huquq Dan Ahkam 2011/04/19
    Salah satu sebab banyaknya kuota warisan lelaki dibanding dengan saham wanita adalah nafkah wanita berada di bahu lelaki. Ertinya lelaki di samping harus menyiapkan wang belanja untuk dirinya ia juga memiliki tugas untuk menyiapkan biaya hidup bagi wanita (isteri) dan anak-anaknya. Di sisi lain, lelaki adalah pihak yang ...
  • Apa hubungan antara rezeki yang telah ditakdirkan dan usaha manusia?
    25582 Teologi Klasik 2011/04/19
    Rezeki terdiri dari dua jenis. Rezeki yang kita cari dan rezeki yang datang dengan sendirinya. Dalam riwayat, rezeki yang datang kepada kita disebut sebagai “rezeki thālib” (yang mencari) dan rezeki yang kita cari dinamakan “rezeki mathlūb

Populer Hits