Carian Terperinci
Pengunjung
17165
Tarikh Kemaskini 2010/02/09
Ringkasan pertanyaan
Apakah pandangan Islam tentang kebebasan berfikir?
soalan
Apakah pandangan Islam tentang kebebasan berfikir?
Jawaban Global
Persediaan paling penting bagi perkembangan manusia ialah pemikiran dan sudah menjadi suratan bahawa persediaan ini memerlukan kebebasan, iaitu tidak ada kebuntuan dan halangan di hadapannya.
Menurut pandangan Islam, seseorang muslim mempunyai hak untuk berfikir dan memang perlu berfikir. Dalam berbagai ayat, al-Qur’an yang mulia menyeru manusia untuk berfikir, merenung dan mengamati tentang alam semesta. Selain itu al-Qur’an juga meminta manusia mengenal manfaat dan bahaya diri sendiri dengan menggunakan kekuatan akal selain mengambil langkah untuk menuju ke arah kesempurnaan dari sebarang keterpenjaraan, pencemaran dan kesesatan.
 
Namun ada tempat-tempat tertentu yang dikatakan bahawa fikiran manusia menjadi terhad supaya tidak ada bahaya datang menimpa dan menjadi halangan dalam pertumbuhan kesempurnaannya.
 
Jawaban Detil
Bebas berfikir:
Adalah penting dinyatakan di sini bahawa terdapat perbezaan antara kebebasan berfikir dan kebebasan akidah.
Berfikir merupakan persediaan (استعداد) dan kekuatan di dalam insan yang mana ia berkembang di dalam diri manusia. Tanpa kebebasan, sudah tentu tidak ada kemungkinan bagi perkembangannya. Dalam kata lain; Manusia mempunyai persediaan-persediaan yang lebih baik dan lebih tinggi dari persediaan- persediaan haiwan. Persediaan-persediaan ini samada dari kategori (مقوله) perasaan, tarikan dan kecenderungan manusia yang tinggi atau dari kategori minda-minda, penerimaan-penerimaan dan pemikiran-pemikiran. Persediaan-persediaan ini juga lebih tinggi dari punca kebebasan-kebebasan transendentalnya.
Dalam kata lain; kebebasan berfikir berada di bawah “kebebasan manusia yang suci” dan berpunca dari dzat persediaan-persediaan manusia tersebut yang mana ia dapat memikirkan isu-isu dan masalah-masalah. Walau bagaimanapun persediaan kemanusiaan ini hendaklah bebas; Ini disebabkan bahagian paling penting dari manusia yang dapat menyebabkannya berkembang ialah pemikiran dan untuk perkembangan pula, sudah semestinya tidak ada sekatan dan halangan di hadapan pemikiran.[1]
 
Namun asal usul terminologi akidah ialah i`tiqād, yang berasal dari perkataan `aqd, in`iqād dan lain-lain lagi, iaitu bermakna tutup dan ikat.[2] Hati terikat dan itiqād terbahagi kepada dua jenis iaitu: Kadang-kadang berpunca dari pemikiran yang sahih dan bebas, manakala dalam beberapa kes ianya tidak sahih kerana berpunca dari kebiasaan adat, taqlid dan ketaksuban; Akidah dalam makna ini bukan sahaja tidak membuka jalan, bahkan sebaliknya dihitung sebagai sebuah keterikatan dan penutupan fikiran. Ianya juga secara terang-terangan membawa kepada impak-impak kerosakan bagi seseorang individu dan masyarakat.[3] Oleh itu perbezaan di antara pemikiran dan akidah ialah vertikal, bukan horizontal; Ini disebabkan kadang-kadang akidah berasal dari pemikiran. Dari situ muncullah sebuah akidah yang memiliki dalil dan logik yang sahih atau kadangkala ianya tidak sahih kerana berasal dari ketaksuban dan adat kebiasaan. Jelas sekali Islam tidak menerima akidah yang berakar umbi dalam sensitiviti, taklid buta, adat kebiasaan dan fanatik jahil.
 
Kebebasan berfikir dalam Islam
Meskipun dalam beberapa kes Islam melarang manusia dari berfikir, seperti memikirkan zat Allah (s.w.t),[4] namun secara keseluruhannya Islam sepakat dengan kebebasan berfikir.
Penjelasannya ialah, menurut pandangan Islam, seseorang Muslim juga mempunyai hak dan ia harus menerima iktikad-iktikad dan usuluddin (tauhid, keadilan, kenabian dan imamah) untuk dirinya dengan cara berfikir dan berargumen. Ketika ada masalah sampai ke fikirannya, dia ada hak untuk mengajukannya kepada pakar sehingga permasalahannya diselesaikan... Tidak seperti yang apa telah dikatakan dalam agama Kristian, kawasan ini ada batas yang dilarang yang mana kawasan tersebut merupakan batas keimanan sementara akal tidak boleh masuk campur.
Dalam kebanyakan ayat, al-Qur’an menyeru manusia agar berasional, merenung dan berfikir tentang alam semesta. Selain itu al-Qur’an juga menuntut agar mengenal manfaat dan bahaya diri masing-masing dengan kekuatan akal di samping mengelak dari mengambil langkah menuju ke arah kesempurnaan dan kebebasan dengan belengu kongkongan dan kekotoran.
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Qur’an adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”[5]
“Dan pada bumi ada tanda-tanda bagi orang-orang yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan?”[6]
Operasi berfikir juga telah banyak kali ditekankan dalam berbagai hadis, contohnya riwayat ini, iaitu imam Ja’far al-Ṣāḍiq menukilkan daripada imam `Ali (a.s) yang berkata, “Tampilkanlah kesedaran pada hatimu dengan berfikir”.[7] Dengan ini beliau menganggap kebangkitan dan kesedaran hati berasal dari berfikir; Ini disebabkan apabila seseorang insan memikirkan hal ehwal sesuatu, maka ianya akan menghasilkan sebuah format akidah dan ia akan beramal dengannya.
 
Ataupun Imam Ja`far al-Ṣādiq berkata, “Berfikir secara terus menerus tentang Allah (s.w.t) dan kuasaNya merupakan sebaik-baik ibadah”.[8]
 
Para nabi-nabi Allah juga merupakan individu yang menganggap hanya diri mereka sebagai orang yang mempunyai kebebasan berfikir di zaman masing-masing, manakala semua orang yang lain pula dilihat terjebak di dalam rantaian akidah yang tidak cerdik yang mana mereka tidak mempunyai sedikitpun modal berfikir dan mereka juga berusaha sedaya upaya untuk bebas dari keterpenjaraan.
 
Namun hendaklah diberi perhatian bahawa sebuah “pemikiran yang suci” perlu mempunyai peranan yang penting dan berasaskan kesan ilmu dalam perkembangan dan kesempurnaan manusia. Kerana itu Islam melarang berfikir dalam beberapa hal dan menganggapnya sebagai salah satu faktor syaitan bagi kesesatan manusia, di mana fikiran manusia tidak akan dapat mencapainya dalam dunia material ini sampai bila-bila.[9] Berfikir tentang dzat Ilahī merupakan contoh daripadanya.
 

[1] Muṭahharī, Murṭaḍā, Peyrāmūn Enghelāb Eslāmī, dengan sedikit perubahan, muka surat 8 dan 7, Penerbit Ṣaḍrā, cetakan ke enam belas, 1378 Shamsī.
[2] Lisān al-`Arab, jilid 3 muka surat 8.
[3] Peyrāmūn Enghelāb Eslāmī, muka surat surat 8
[4] Larangan ini disebabkan manusia adalah terhad dan tidaklah menghairankan jika fikiran yang terhad berada di dalam dzat yang tidak terhad.
[5] Surah al-Fuṣṣilat ayat 53.
[6] Surah al-Zāriyāt, ayat 20-21, diambil dari indeks 1619 (1671)
[7] Uṣūl al-Kāfī, jilid 2 muka surat 54, Kitāb Imān wā Tafakkur, Bāb Tafakkur.
[8] Uṣūl al-Kāfī, jilid 2 muka surat 55
[9] Al-Majlīsī, Muḥammad Bāqir, Biḥār al-Anwār, jilid 58 muka surat 209 dan 210, Yayasan Wifā’, Beirut, Lubnan.
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah maksud wahdatul wujud?
    17989 Falsafah Islam 2014/04/20
    Maksud golongan irfan dan ahli hikmah tentang wahdatul wujud bukanlah satu set dunia kewujudan yang dikatakan sebagai Allah (s.w.t). Ini disebabkan penggolongan wujud dan wahdat bukanlah sesuatu yang hakiki. Begitu juga ianya tidak bermaksud penyatuan Allah (s.w.t) dengan kewujudan-kewujudan kerana perkara itu adalah mustahil (dengan maksud dua ...
  • Sebenarnya berapa lama proses penurunan Al-Quran baik secara serentak mahupun secara beransur?
    60436 Ulum Al-Quran 2011/08/20
    Turunnya Al-Quran secara serentak (daf’i) berlangsung di bulan Ramadhan, di malam Lailatul Qadar. Sebahagian riwayat memperkuatkan anggapan seperti ini bahawa malam Lailatul Qadar  ialah ...
  • Apakah wahyu itu? Dan bagaimanakah wahyu itu diturunkan kepada para nabi?
    50982 Al-Quran 2011/01/01
    Wahyu dari sudut bahasa bererti isyarah -petunjuk- cepat yang boleh diketogorikan dari jenis perkataan, atau dari kod-kod percakapan, atau dari bentuk suara yang "tunggal", baik dalam bentuk suara yang tersusun atau dalam bentuk tanda dan seumpamanya.Makna-makna dan penggunaan-penggunaan yang berbeza-beza dari kalimat ini ...
  • Sandaran (sanad) dua ayat terakhir dari surah at-Taubah dan peristiwa di dalamnya?
    31188 Tafsir 2010/12/29
    Secara umum yang dimaksud dengan "sanad" dari soal yang diajukan sangat tidak jelas dan masih kabur. Dan zahirnya pertanyaan begini tidak memiliki jawapan khusus. Namun boleh jadi tujuan dari pengajuan pertanyaan tersebut adalah ingin memahami sebab-sebab penurunan ayat tersebut (sya'n an-nuzul) atau penafsiran dari ayat yang dimaksudkan. Atau ...
  • Apakah terdapat syarat lain selain bersikap adil untuk melakukan poligami?
    14173 Huquq Dan Ahkam 2012/11/11
    Berdasarkan pelbagai kebutuhan dan kemaslahatan personal dan sosial, Islam membolehkan poligami. Dalam hal ini, Islam memberikan beberapa syarat bagi mereka yang ingin melakukan poligami: Pria harus bersikap adil kepada para istrinya. Jumlah istri permanen (dâim) tidak boleh lebih dari empat. Izin istri diperlukan ...
  • Mengapakah mazhab Syiah merupakan sebaik-baiknya mazhab?
    23986 Teologi 2013/02/02
    Keunggulan mazhab Syiah adalah disebabkan "kebenarannya". Pada setiap suatu ketika, agama yang benar hanya terhad pada satu agama. Sedangkan agama-agama lain yang masih wujud samada pada asasnya adalah batil, atau tidak berasas, dan telah punah atau telah dihapuskan oleh agama yang datang setelahnya. Syariat yang benar pada ...
  • Apakah pandangan Islam tentang kebebasan berfikir?
    17163 Teologi Klasik 2014/05/22
    Persediaan paling penting bagi perkembangan manusia ialah pemikiran dan sudah menjadi suratan bahawa persediaan ini memerlukan kebebasan, iaitu tidak ada kebuntuan dan halangan di hadapannya. Menurut pandangan Islam, seseorang muslim mempunyai hak untuk berfikir dan memang perlu berfikir. Dalam berbagai ayat, al-Qur’an yang mulia menyeru manusia untuk ...
  • Siapakah yang akan masuk ke dalam syurga?
    12350 Teologi Klasik 2013/01/24
    Dengan mengamati ayat-ayat al-Qur'an dapatlah difahami bahawa syurga merupakan janji tetap Allah (s.w.t) yang telah diperuntukkan bagi orang-orang "muttaqin", "mu’min" dan orang yang patuh terhadap seluruh perintah Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w). Orang seperti ini adalah insan yang benar-benar bahagia dan berjaya. Dengan menyemak ...
  • Siapakah yang bertanggungjawab mengumpulkan khumus di zaman Imam Ali As?
    9781 تاريخ بزرگان 2011/07/19
    Seluruh kaum Muslimin meyakini bahawa khumus merupakan salah satu kewajipan yang ditetapkan oleh Allah (s.w.t) dan harus dikerjakan. Hukum ini berlaku sejak zaman ia disyariatkannya. Ertinya hukum ini sentiasa berlaku semenjak setelah tamat perang Badar (dan seterusnya) di mana selain Rasulullah (s.a.w), Imam Ali (a.s) juga merupakan salah seorang yang ...
  • Apakah bonda Imam Mahdi (a.j.) juga digolong sebagai maksum?
    9839 Sirah Para Maksumin a.s 2011/10/22
    Dalam pandangan Syiah, yang mempunyai kedudukan maksum (dalam erti umum) hanyalah para nabi dan pengganti mereka. Erti maksum di sini adalah bahawa mereka suci dari setiap kesalahan, kelupaan dan perbuatan dosa sepanjang hidup mereka, sama ada dalam memahami sesuatu, dalam menyampaikan wahyu, ataupun dalam pelaksanaan hukum Syarak. ...

Populer Hits