Please Wait
7397
Berdasarkan pembelajaraan ilmu hukum hakam (fiqh) dan sejarah, “diat” merupakan sebuah masalah ekonomi yang disyariatkan dengan tujuan untuk menebus kerugian yang dideritai oleh mangsa. Dari sisi lain, masyarakat ideal yang ingin diwujudkan Islam ialah meletakkan inti kegiatan-kegiatan perekonomian di bahu lelaki. Ertinya dengan satu pandangan universal terhadap tugas-tugas perekonomian lelaki, kita menemui bahawa lelaki memikul tugas-tugas yang tidak dipikul wanita. Sementara tugas paling penting seorang wanita – yang bukan hanya menjadi tugasnya – adalah mengurus dan mengelola institusi utama sebuah masyarakat, iaitu keluarga. Tugas paling penting seorang lelaki – yang bukan hanya menjadi tugasnya – menyediakan dan mengatur urusan perekonomian dan biaya hidup (living cost) keluarga.
Mengamati dan meneliti bidang ini nescaya dengan mudah dapat menjawab ingin tahu kita bahawa Islam harus memperkuat urusan yang memiliki kesan-kesan perekonomian bagi lelaki. Dari bidang tersebut terdapat pembahasan diat. Agama Islam adalah agama yang memperhatikan peranan produktif lelaki dalam urusan perekonomian rumah tangga dan juga ehwal diat yang berkaitan dengan tubuh manusia. Apabila tubuh dalam masalah perekonomian semakin kuat maka diatnya akan semakin besar. Dan kerana kaum lelaki lebih banyak memberikan sumbangan dalam masalah perekonomian, berbanding kaum wanita maka seharusnya diat kaum lelaki lebih besar. Dan hal ini tidak bermakna bahawa dalam Islam kedudukan dan kemuliaan lelaki menjadi lebih besar daripada wanita. Jika diat mewajibkan nilai manusia, maka diat seorang ilmuan dan cendikiawan atau pemimpin agama atau politik tidak boleh sama dengan diat seorang awam atau pekerja biasa.
Perkara penting yang lain ialah peranan keamanan dan keselamatan yang disediakan oleh seorang lelaki dalam keluarga. Sangat jelas bahawa pada umumnya lelakilah yang menyediakan keamanan keluarga dan menjaga batasan eksklusif keluarga dari pelanggaran. Kerana itu wajar kita menilai bahawa kerugian yang dialami keluarga setelah tiada lelaki di dalamnya di mana kerugian yang dideritai lebih banyak apabila ketiadaan wanita.
Perkara lebih penting yang membuat kita harus memperhatikan topik ini ialah hukum-hukum dan aturan-aturan yang sentiasa ditunjukkan oleh sebuah agama atau ajaran adalah berdasarkan pelbagai fondasi dan pandangan-pandangan yang menjadi objek perhatian sebuah maktab serta dengan memperhatikan sekumpulan pandangan yang ditunjukkan secara khusus pada objek yang dimaksudkan.
Tentang masalah diat, Islam juga memperhatikan sejumlah tanggungjawab dan kekuasaan lelaki dan wanita. Islam telah mengeluarkan hukum-hukum sebegini dengan menyemak roh universal peraturan-peraturan yang berkuasa pada sistem keluarga, dan hal ini tidak dapat dipandang sebagai bebanan atau kritikan terhadapnya.
Seluruh hukum Islam berdiri teguh di atas paradigma masālih (kemaslahatan) dan mafāsid (kemudaratan). Pada setiap hukum terdapat hikmah dan dalam setiap penetapan hukum ada banyak kemaslahatan. Apabila dalam Islam terdapat larangan terhadap sesuatu hal, itu disebabkan tersimpannya kemudaratan di dalamnya. Apabila Islam memerintahkan kepada sesuatu, maka hal itu disebabkan terpendam kemaslahatan pada perbuatan tersebut.
Meskipun untuk memahami seluruh hikmah, kemaslahatan dan kemudaratan yang terdapat pada hukum-hukum adalah mustahil bagi kita, namun dengan bersandar pada akal sihat dan realiti-realiti luaran serta pelbagai penjelasan daripada para Imam Maksum (a.s), maka boleh jadi sebahagian dari hal itu dapat kita fahami. Berkenaan dengan masalah diat wanita dan satu perduanya diat ini, ketika dibandingkan dengan diat lelaki pastilah ia memiliki banyak hikmah di mana sebahagian dari hikmah tersebut akan kita sebutkan di sini:
Pertama, Andainya Islam hanya merupakan sebuah agama material yang melulu dalam mengamati urusan kewangan, perekonomian dan jumlah diat wanita satu perdua diat lelaki, maka permasalahan yang timbul ialah mengapakah nilai wanita kurang dari nilai lelaki? Dan mengapa nilai perempuan setengah dari nilai lelaki? Sementara itu dalam Islam, nilai seluruh manusia adalah terletak pada ruh, jiwa dan kesempurnaan maknawinya. Apa yang Islam utamakan dan menstandardkan nilai ialah takwa. Manusia dapat menjadi insan kamil sebagaimana Musa Kalimullah, demikian juga dapat menjadi Maryam yang memiliki hubungan dengan Tuhan. Lelaki dan wanita adalah sama dan tidak berbeza keduanya dalam menapak di perjalanan kesempurnaan dan meraih makam maknawi. Yang penting adalah gairah dan semangat keduanya!
Namun masalah diat merupakan sebuah permasalahan ekonomi. Diat berkaitan dengan tubuh seluruh manusia atas alasan ini tidak terdapat perbezaan antara diat presiden dalam pemerintahan Islam dan diat seorang pekerja biasa.[1]
Kedua, Dalam sebuah pandangan universal dapat dikatakan bahawa seluruh manusia baik lelaki ataupun wanita memiliki tiga dimensi:
1. Dimensi Ilahiah dan insaniah; Dalam dimensi ini martabat wanita dan lelaki sedarjat. Jalan untuk meraih kesempurnaan insaniah dan Ilahiah hingga terbuka bagi keduanya tanpa batas.
Dalam surah al-Nahl (16) ayat 97 disebutkan, "Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya (tanpa ragu) akan Kami berikan kepadanya kehidupan (di dunia) yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan (di akhirat) kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." Dalam surah al-Ahzab (33) ayat 35 juga menunjukkan masalah ini, "Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang jujur, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar."
2. Dimensi keilmuan; Dari perspektif keilmuan tidak terdapat perbezaan antara wanita dan lelaki. Islam tidak meyakini perbezaan antara wanita dan lelaki dalam menuntut ilmu. Dalam banyak riwayat disebutkan, "Menuntut ilmu adalah wajib hukumnya bagi setiap Muslim dan Muslimah."[2] Ayat-ayat al-Qur'an yang menyentuh bidang ini tidak membezakan antara wanita dan lelaki hingga mencapai empat puluh ayat al-Qur'an dalam bidang keilmuan, pengetahuan dan dorongan untuk mempelajarinya.
3. Dimensi perekonomian; Wanita dan lelaki dalam Islam masing-masing berbeza dari sudut tugas-tugas perekonomian yang dijalankan. Tugas-tugas ini diberikan berdasarkan pada kemampuan dan kekuatan fizikal dan mental wanita dan lelaki. Wanita secara asasi lebih lemah dari sudut pandang deposit ekonomi. Bahkan dewasa ini dan masyarakat-masyarakat yang tidak memandang perbezaan antara wanita dan lelaki, deposit ekonomi wanita tidak sama dengan deposit lelaki.
Realitinya wanita akhirnya akan melahirkan anak yang menescayakan ia hamil dan setelah menjalani proses persalinan ia harus menyusukan dan menjaga anaknya. Masa-masa kehamilan dan penyusuan merupakan tempoh yang banyak menyita waktu dan tenaga wanita. Meski pun pekerjaan ini, merupakan pekerjaan besar, ia tidak tergolong sebagai pekerjaan ekonomi, dan sekali-kali tidak memberikan deposit dan sumbangan ekonomi.
Di samping itu, struktur fizikal badan wanita dan lelaki sangat berbeza. Wanita memiliki stuktur badan yang lembut dan sangat sensitif. Sementara struktur fizik lelaki kuat dan kasar serta sesuai untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan keras. Atas alasan ini, kebanyakan pekerjaan sosial yang memerlukan kekuatan dan kemampuan para lelaki diberikan kepada para lelaki. Jelaslah bahawa ketiadaan lelaki akan menyebabkan kerugian besar yang dideritai oleh sebuah keluarga. Kerana itu, diat akibat kehilangan seorang lelaki harus dikenakan dengan lebih besar.[3]
Ketiga, kekosongan yang bersumber dari ketiadaan seorang lelaki dalam sebuah keluarga adalah lebih besar dirasakan berbanding kekosongan akibat tiadanya seorang wanita. Berdasarkan kajian fiqh dan sejarah,[4] diat dimaksudkan untuk menebus pelbagai kerugian yang harus dibayar oleh seorang penjahat kepada mangsa atau keluarganya. Masyarakat ideal yang dicita-citakan Islam meletakkan inti kegiatan-kegiatan perekonomian pada tanggungjawab lelaki. Pekerjaan terpenting wanita pula adalah mengatur dan mengelolakan institusi keluarga. Ianya menjadi suatu hal yang wajar, perbuatan yang dilakukan oleh lelaki dari sudut pandangan perekonomian lebih jelas berbanding apa yang dilakukan oleh wanita. Kerana itu ketiadaan seorang lelaki dari pentas sosial dan keluarga meninggalkan kerugian yang lebih besar bagi keluarga dari sudut pandang ekonomi. Dengan demikian, diat harus diserahkan berdasarkan keadaannya.[5]
Di samping itu, nafkah anak-anak dipikul oleh lelaki, bukan wanita. Kerana itu, dengan ketiadaan dan kematian lelaki maka anak-anak yang wajib dinafkahi itu akan kehilangan ayah mereka sehingga harus dilakukan cara untuk memenuhi kekosongan ini. Dengan demikian, sesuai dengan kaedah, diat lelaki harus lebih besar dari diat wanita dan masalah ini tidak ada sangkut-paut dengan hakikat lelaki dan wanita melainkan pada kebetulan-kebetulan luaran kematian mereka dan pengaruh-pengaruhnya pada keluarga.[6]
Dengan memperhatikan keseluruhan persoalan yang dijelaskan di atas dapatlah disimpulkan bahawa masalah diat bukannya masalah penaksiran nilai wanita dan lelaki sehingga perbezaannya menjadi penyebab munculnya pelbagai kritikan dan permasalahan. Dari satu sisi, dapat disaksikan tugas-tugas perekonomian lelaki pada keluarga demikian rupa sehingga menjadi sebab bahawa perbezaan-perbezaan dalam masalah ini (diat) memiliki hubungan langsung dengan keluarga, dan hal ini merupakan suatu hal yang benar. Lelaki dari sisi fizikal dan kekuatan badan ia lebih kuat daripada wanita. Lelaki dapat melaksanakan pekerjaan-pekerjaan lebih berat dan kedudukannya bagi keluarga adalah penyebab ketenangan dan keharmonian. Dari sisi lain dengan tiadanya lelaki, orang-orang yang berada dalam tanggungannya akan kehilangan pelindung dan pengasuh. Kerana itu, adalah suatu hal yang wajar apabila jumlah diat yang diterimanya lebih besar dari diat yang diterima seorang wanita.[7]
Sebagai penutup ada baiknya disebutkan satu perkara penting dan jawapan atas dua keraguan sebagai berikut:
Pertama, separuhnya diat wanita dibandingkan dengan diat lelaki adalah sama selagi ia tidak sampai ke neraca satu pertiga (1/3), atau diat lelaki berada dalam kurang dari sepertiga (1/3). Kerana itu andainya separuhnya diat wanita itu disebabkan kekurangannya, maka diat wanita hendaklah menjadi separuh dari diat lelaki.
Kedua, oleh kerana diat lelaki lebih besar yang ia terima maka sebagai gantinya ia memikul beribu-ribu tugas di antaranya iaitu menyerahkan diat pembunuhan dan kejahatan yang dilakukan oleh kaum keluarganya (sebagai yang sulung dan orang yang dianggap tua), sementara pihak wanita dibebaskan dalam hal ini.
Boleh jadi ada yang berkata bahawa dewasa ini, para wanita setara kesibukannya dengan lelaki dalam pelbagai kegiatan ekonomi demikian juga dalam menyiapkan biaya hidup (living cost). Maka tidak tertinggal lagi alasan wanita harus menerima satu perdua diat di zaman ini.
Dalam menjawab permasalahan ini dapat dikatakan bahawa pertama, memang benar bahawa para wanita sama dengan lelaki melakukan pelbagai kegiatan ekonomi namun pada saat yang sama sekali-kali wanita tidak mampu menggantikan peranan lelaki dalam memberikan keamanan bagi keluarga. Pada hakikatnya, para wanita sekali-kali tidak akan dapat memainkan peranan para lelaki dalam menyiapkan ketenangan dan keamanan bagi keluarga. Kedua, sebagaimana yang telah dijelaskan sebelumnya bahawa kebanyakan orang yang berpendapatan tinggi yang tidak sejalan dengan keadaan fizik dan umum para wanita. Kerana itu, hal itu terbatas hanya pada kaum lelaki. Adalah suatu hal yang wajar jika hal ini meninggikan deposit ekonomi kaum lelaki. Padahal seandainya deposit ekonomi lelaki dan wanita benar-benar sama, mengapa dalam berbagai komuniti yang secara zahir menuntut hak-hak wanita, namun kebanyakan para menteri, wakil, dan petugasnya mayoritas terdiri dari kaum lelaki?
Permasalahan yang lain yang mungkin diajukan adalah, apakah satu perduanya diat wanita merupakan diskriminasi atasnya dan menguntungkan kaum lelaki?
Jawapan dari permasalahan ini ialah Islam merupakan agama yang memandang semua berdarjat yang sama. Dan gender status lelaki dan wanita dalam agama ini tidak memiliki keutamaan. Adapun berkenaan dengan satu perduanya diat wanita kerana banyak kemaslahatan di dalamnya. Sebagaimana hukum-hukum yang lain yang terdapat dalam Islam, demikian juga diat yang mengandung kemaslahatan yang ditetapkan untuk keuntungan kaum wanita. Misalnya bahawa apabila seorang Muslim menjadi murtad (murtad fitri) apabila ia lelaki, meski bertaubat, sebahagian fuqaha memfatwakan hukuman mati untuk orang seperti ini. Namun apabila ia adalah seorang wanita jika ia bertaubat maka ia akan dibebaskan dan kembali kepada kehidupannya yang normal. Atau juga hukum-hukuman peribadi yang dikenakan pada seorang lintah darat, apabila ia adalah seorang lelaki ia akan diasingkan ke tempat lain di samping mendapat hukuman, sementara wanita tidak diperlakukan demikian. Dalam sebab-sebab batalnya pernikahan, apabila seorang lelaki gila setelah akad nikah maka wanita memiliki hak untuk membatalkan pernikahan tersebut. Sementara apabila hal itu menimpa kaum wanita lelaki tidak memiliki hak untuk membatalkannya.[8] []
[1]. Abdullah Jawadi Amuli, Zan dar Âine Jalâl wa Jamâl, hal. 400-401
[2]. Allamah Majlisi, Bihâr al-Anwâr, jil. 67, hal. 68. Mustadrak al-Wasâil, jil. 17, hal. 249.
[3]. Makarim Syirazi, Durus-e Kharij-e Fiqh, Ruz Nâme Faidhiyyah, no. 17.
[4]. Syafi’i Surustani, Ibrahim, et al, Qânun Diyânat wa Muqatadhiyât-e Zamân
[5]. Syafi’i Surustani, Ibrahim et al, Tafâwut Zan wa Mard dar Diyeh wa Qishâsh, hal. 93.
[6]. Sayid Muhammad Khamenei, Huquq-e Zan, hal. 98.
[7]. ‘Abbasali Mahmudi, Barâbari Zan wa Mard dar Qishâsh, hal. 83. Muhammad Husain Fadhlullah, Zan dar Huquq-e Islâmi, terjemahan ‘Abdulahid Fiqhi Zadeh, hal. 24.
[8]. Diambil dari pendapat para fukaha terkini, Risalah-risalah Taudhi al-Masâil Marja-marja Taqlid.