Please Wait
Pengunjung
21193
21193
Tarikh Kemaskini
2013/03/05
Kod tapak
fa434
kod Kenyataan Privasi
33924
- berkongsi
Ringkasan pertanyaan
Apakah setiap bencana yang berlaku di alam semesta merupakan azab Ilahi atau sekadar kejadian semulajadi?
soalan
Apakah gempa bumi, banjir dan angin ribut yang berlaku di alam semesta itu merupakan azab Ilahi atau memiliki sebab-sebab material? Apakah dengan teknik pembangunan dan seni bina yang canggih sebagaimana yang dilakukan di Jepun dan sebagainya dapat mencegah terjadinya azab Ilahi ini?
Jawaban Global
Hikmah dari kejadian-kejadian tidak menyenangkan yang terjadi di alam semesta ini seperti banjir, gempa bumi dan angin ribut bukan semata-mata kerana azab Ilahi. Namun ia memiliki banyak pengaruh. Di antaranya ialah berbagai nikmat Ilahi, penyedaran manusia dari kelalaian, memicu potensi-potensi dan penyemaian bakat, penerusan generasi kehidupan di muka bumi, dan juga sebagai peringatan bagi penzalim, orang yang melampaui batas dan sebagainya. Hal ini semua dapat dijadikan sebagai hikmah dalam kejadian bencana-bencana alam. Di samping itu, tidak ada pertentangan sama sekali antara sebuah kejadian fenomena alam yang memiliki sebab-sebab material. Pada saat yang sama ianya merupakan azab Ilahi, kerana azab Ilahi juga turun kepada manusia dan alam semesta berdasarkan pada sunnah Ilahi dan sistem sebab-akibat.
Dengan kata lain, setiap fenomena yang terjadi di alam semesta ini berdasarkan kehendak Ilahi. Allah (s.w.t) juga menyampaikan kehendak-Nya berdasarkan pada hukum sebab-akibat. Manakala sebab-sebab material merupakan salah satu kehendak Ilahi dan berada di bawah sekumpulan masyiyyāt Tuhan.
Kerana itu, sebagaimana berbagai kejadian alam berlaku atas sebab-sebab semulajadi dan berdasarkan mekanisme kehendak Ilahi, sebagaimana itu juga pencegahan dan pengurangan kerosakan yang ditimbulkan dari bencana itu berdasarkan hukum material dan berada di bawah mekanisme kehendak Ilahi. Sementara itu kemungkinan pencegahan terjadinya bencana-bencana tersebut juga tidak bertentangan dengan tujuan azab tersebut bagi orang atau sebuah kaum tertentu.
Berasaskan berbagai bencana yang menimpa manusia, dapatlah ianya dikategorikan kepada dua bahagian: Pertama, bencana-bencana semulajadi dan bencana-bencana moral (dalaman dan luaran). Kedua-dua hal ini ada perbahasannya sendiri yang telah ditetapkan, iaitu akhlak buruk merupakan bencana yang mematikan diri manusia. Boleh jadi ianya adalah sumber bencana-bencana alam semulajadi. Pada suatu klasifikasi umum kedua-duanya berasaskan dimensi azab. Namun harus diperhatikan bahawa azab Ilahi juga dapat berupa kekayaan, kesejahteraan dan kenikmatan dunia yang melimpah ruah. Disebabkan faktor-faktor tersebut azab Ilahi tidaklah kerap terjadi atau harus berbentuk banjir, gempa bumi, ribut taufan dan sebagainya.

Jawaban Detil
Untuk mengkaji masalah berbagai bencana semulajadi yang menyusahkan manusia dan apakah bencana tersebut merupakan azab Ilahi atau tidak, maka perlulah kita mengamati dua noktah berikut ini:
- Tujuan utama penciptaan manusia tidak terletak pada berapa jauh ia habiskan waktunya di dunia dan bersenang-senang di dalamnya. Namun tujuan terakhir dan utama manusia ialah menuju kepada kebahagiaan hakiki. Kebahagiaan tersebut tidak dapat diraih kecuali dengan perhambaan kepada Allah dan kedekatan kepada-Nya.
- Bencana-bencana semulajadi dari beberapa dimensi memiliki pengaruh-pengaruh positif dan menolong manusia untuk sampai kepada tujuan utama penciptaannya. Ini tidak dapat diragukan lagi bahawa keburukan yang terdapat pada kejadian-kejadian yang menyusahkan itu keburukan keburukan yang bersifat nisbi dan relatif. Ertinya kita memandang bahawa bencana-bencana yang menimpa manusia sehingga mengakibatkan banyak kerugian itu sebagai keburukan sama seperti kita memandang ular dan makhluk-makhluk yang membawa maut selainnya itu sebagai keburukan. Realiti sebenarnya ular dan makhluk-makhluk lainnya bukanlah begitu. Menyorot kata-kata Rumi,
Ular bagi ular adalah kehidupan
Namun ular ini bagi manusia adalah kematian
Kerana itu tiada keburukan mutlak di alam semesta
Ketahuilah keburukan nisbi-lah yang ada di alam semesta[1]
Meskipun begitu, ketika dibandingkan bencana-bencana ini dengan seluruh susun atur semesta dan kehidupan seluruh manusia, maka ianya memiliki kesan-kesan positif dan membangun. Kerana itu, di bawah ini kami akan menyebutkan beberapa akibat positif daripada kewujudan bencana-bencana seperti ini:

- Penyaluran seluruh potensi manusia
Kebanyakan potensi material dan spiritual manusia hanya dapat berkembang ketika berhadapan dengan berbagai rentetan kesulitan dan perjuangan ketika mengharungi berbagai keanehan. Misalannya anggota tubuh seorang olahragawan hanya dapat terlatih melalui cara latihan berat dan lebih ketat. Sebahagian dari kapasiti mental dan spiritual manusia juga akan bersemi dan berkembang apabila berkonfrontasi dengan berbagai musibah, bencana dan usaha untuk mencari penyelesaian atas kesulitan-kesulitan yang dihadapinya. Misalnya kebanyakan dari rekacipta dan inovasi ilmiah yang ditemui berkat adanya berbagai keperluan asasi manusia untuk memecahkan persoalan-persoalan peribadi dan sosial. Al-Qur'an menegaskan kenyataan fakta ini bahawa "Sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan. (Ya), sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan." (Surah Al-Inshirah [94]:5-6)
Di samping itu, menurut al-Qur'an salah satu sunnah Ilahi adalah menguji manusia[2] dalam berbagai gelanggang kehidupan demi membina dan memupuk seluruh potensi yang terpendam dalam diri mereka. Imam Ali (a.s) juga menuturkan dengan indah dalam bahasa alegoris bahawa seluruh kesulitan yang menimpa manusia adalah untuk membuatkan berbagai potensi yang terpendam dalam dirinya bersemi, "Ingatlah bahawa pohon dari hutan adalah kayu yang terbaik, sedang ranting-rantingnya yang hijau berbunyi lembut, dan (kayu dari) belantara liar sangat kuat menyala dan lambat terpadam.[3]

- Membangunkan manusia dari tidurnya yang lelap
Salah satu pengaruh positif bencana-bencana yang mengusik kehidupan manusia ialah, manusia akan terbangun dan terjaga dari tidur dan kelalaian setelah tenggelam dalam kenikmatan-kenikmatan dunia, di samping mengingatkan mereka tentang tanggung jawabnya yang besar di hadapan Tuhannya dan mengubah sikapnya yang sebelumnya angkuh dan sombong akan bertukar menjadi rendah hati dan tawadhu. Al-Qur'an menyentuh masalah ini dengan menjelaskan bahawa kaum-kaum para nabi sentiasa berhadapan dengan berbagai kesulitan hingga ia meninggalkan sikapnya yang melampaui batas dan berserah diri di hadapan Allah (s.w.t). "Kami tidaklah mengutus seseorang nabi pun kepada sesuatu negeri, melainkan Kami timpakan kesempitan dan penderitaan kepada penduduknya supaya mereka tunduk dengan merendahkan diri." (Surah Al-A'raf [7]: 94)
- Penghargaan terhadap berbagai nikmat Ilahi
Pengaruh positif yang lain apabila wujud bencana alam ialah manusia semakin mengenal betapa pentingnya nikmat Ilahi dan memberikan penghargaan terhadapnya; Ini disebabkan "kadar kesihatan hanya baru dapat dirasakan tatkala seserang itu menderita kesakitan." Dalam sebuah hadis yang dinukilkan dari Imam Shadiq (a.s) menyatakan bahawa: "Meskipun bencana atau penderitaan menimpa kedua kelompok samada orang baik dan orang jahat, akan tetapi Allah menjadikan hal tersebut sebagai benih untuk memperbaiki kedua kelompok tersebut. Bencana dan musibah yang menimpa orang-orang baik adalah bahan untuk mengingat nikmat-nikmat Ilahi yang dahulunya dianugerahkan kepada mereka dan dengan perantara bencana ini akan membimbing mereka untuk bersyukur dan bersabar."[4]
- Tidak diragukan lagi bahawa perbandingan antara segala apa yang diketahui manusia dengan yang tidak diketahuinya bagaikan setitis air di hadapan samudera yang tak terbatas. Bukan hanya terbatas pada daerah dunia luar, bahkan dalam diri manusia sendiri terpendam misteri dan rahsia yang begitu besar sehingga sampai sekarang mereka belum memahami dirinya dengan baik. Dengan memperhatikan terhadnya pengetahuan manusia, kita tidak dapat mendakwa bahawa kita mengetahui segala rahsia dan misteri segala fenomena yang kita pandang sebagai keburukan. Boleh jadi dalam sekumpulan masalah terdapat kemaslahatan yang tidak kita ketahui. Jelaslah tidak dapat ditemukannya sesuatu bukan menjadi dalil akan ketiadaannya. Atas dasar ini, rasional manusia menuntut bahawa kita harus lebih bersikap bijaksana dan hati-hati dalam mengamati fenomena-fenomena ini. Ini disebabkan boleh jadi apa yang dipandang sebagai keburukan sebenarnya adalah kebaikan. Alangkah indahnya ungkapan al-Qur'an dalam menyingkap realiti ini, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu ." (Surah Al-Baqarah [2]:216)
- Noktah penting lainnya yang tidak boleh kita lupakan adalah munculnya sebahagian bencana akibat dari perbuatan tangan-tangan manusia sendiri. Manusia adalah sebuah entiti yang bebas dan berasaskan hukum sebab-akibat. Sebahagian perbuatan ikhtiari manusia tersalah dalam membuat pilihan sehingga mengundang berbagai musibah dan bencana."[5] Al-Qur'an menyatakan, "Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi, mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya." (Surah Al-A'raf [7]:96)[6]
Berkaitan dengan hal ini, Imam Ali (a.s) berkata: "Sesungguhnya Allah menguji hamba-hamba-Nya sehubungan dengan perbuatan jahat mereka dengan mengurangi buah-buahan, menahan nikmat dan menutup perbendaharaan yang baik, supaya mereka yang ingin bertaubat dapat melakukan taubat, orang yang ingin berpaling (dari kejahatan) dapat berpaling, dan orang yang ingin mengingat (kebaikan yang dilupakan) dapat mengingat, dan orang yang ingin berpantang (dari kejahatan) dapat berpantang. "[7]
Kajian tentang bagaimana sifat-sifat moral dan perbuatan tercela dapat mempengaruhi bencana-bencana alam dan hubung kaitnya di antara kedua-duanya ini sendiri akan dibahaskan dalam tulisan yang lain. Semoga kita dapat membahas masalah ini di masa-masa akan datang.
Mengenai negara-negara maju yang memanfaatkan sains dan teknologi mampu mencegah sebahagian kesan kerosakan akibat bencana-bencana alam, maka kita harus ingat bahawa manusia tidak mungkin dapat lari dari azab yang menimpanya kerana perbuatan-perbuatan tercela. Ianya mengambil waktu yang lama untuk menilai permasalahan ini dengan baik.
Misalnya kita saksikan negara-negara ini menderita dengan banyak kerugian pada zaman meletusnya perang dunia kedua di mana akibatnya lebih besar dari bencana alam. Sebab-sebab meletusnya peperangan dan terjadinya bencana-bencana alam termasuklah bencana moral dan mental adalah bersumber daripada orang-orang yang gila kuasa. Di samping itu, mereka juga sedang didera dengan musibah-musibah yang lain seperti tiada keamanan mental dan spiritual, merebaknya penyakit-penyakit dan kerosakan sosial. Hakikatnya, mereka sekarang didera dengan azab maknawi yang akan kami jelaskan secepat mungkin.
Yang penting di sini ialah Allah (s.w.t) memiliki berbagai tujuan atas terjadinya bencana-bencana alam bagi setiap orang dan setiap kaum. Bencana ini adalah rahmat bagi orang-orang beriman; Ini disebabkan masalah tersebut boleh menjadi tebusan (kaffarah) atas dosa-dosa dan sebab pengurangan azab akhiran yang bakal menimpa mereka kelak, bahkan sebahagian riwayat menyatakan ganjaran syahadah di jalan Allah akan ditulis bagi mereka.[8] Atau pun ia menjadi sebab perlindungan mereka dari kelalaian seterusnya mengingatkan nikmat-nikmat Tuhan kepada mereka. Adapun bagi orang-orang kafir, mereka tidak memiliki kelayakan untuk mendapatkan kemurahan ini dan boleh jadi di dunia mereka hidup dengan penuh kenikmatan dan merazakan kelezatan duniawi, akan tetapi di akhirat kelak akan mendapatkan azab pedih yang tidak dapat dibandingkan dengan bencana dan azab duniawi.
Imam Ali (a.s) berkata, "Bencana untuk orang zalim adalah medium untuk mengajar mereka, bagi orang mukmin pula ianya adalah ujian, buat para nabi pula adalah wahana kenaikan darjat dan bagi para wali adalah wasilah karamah."[9]

- Noktah lain yang harus diambil kira adalah musibah dan penderitaan akan menjadi anugerah tersendiri tatkala manusia dapat meneroka dan memanfaatkan hikmah di sebalik penderitaan tersebut. Kesabaran dan keistiqamahan seseorang dalam menghadapi berbagai kesulitan dan "penderitaan" dapat memberikan kesempurnaan kepada roh dan jiwanya. Sebaliknya apabila dihadapkan dengan berbagai kesulitan dan penderitaan manusia memilih untuk lari dan bersikap berlepas diri, menjerit dan meronta. Oleh itu penderitaan tersebut benar-benar merupakan bencana dan musibah.
Hakikatnya segala nikmat dunia juga bagaikan bencana dan musibah. Boleh jadi kenikmatan tersebut menjadi wasilah untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan, dan mungkin juga ia menjadi sebab celaka dan kerugian bagi seseorang. Kerana itu, kenikmatan yang diperolehi bergantung pada jenis reaksi manusia dalam menerima kenikmatan tersebut. Apakah ia bersyukur atau memilih kufur? Demikian juga berkenaan dengan bala dan penderitaan atas sebuah musibah bergantung pada jenis reaksi manusia dalam menghadapi musibah tersebut. Apakah ia bersabar dan menahan diri, ataukah tersungkur dan tidak berdaya serta tidak semangat?
- Sesuatu itu disebut sebagai musibah apabila ianya hukuman Ilahi. Namun dikatakan benar-benar musibah dan bencana kerana dua perkara. Pertama, akibat kehendak dan ikhtiar manusia sendiri. Kedua, perbuatan tersebut bukan merupakan kebaikan dan suatu hal yang sepatutnya; misalnya keras dan matinya hati bagi manusia adalah musibah, sebagaimana yang disebut dalam sebuah riwayat. "Allah (s.w.t) tidak menghukum seorang hamba yang lebih pedih melebihi keras hati."[10] Oleh kerana hukuman untuk kekerasan hati dan kematian hati tidak kelihatan sehingga manusia terjaga dan bangun maka ketika itu terdapat ruang bagi turunnya rahmat dan kemurahan Tuhan. Ini disebabkan kekerasan hati itu pasti membawa kepada perbuatan (buruk) maka sudah tentu ia merupakan sebuah hukuman.[11]
- Noktah terakhir ialah fenomena-fenomena semulajadi merupakan hasil dari proses yang disusuli sebab-sebab, di mana sebahagian dari sebab tersebut berderetan secara horizontal manakala sebahagian yang lain berderetan secara vertikal. Ertinya sebab-sebab ini sendiri ini merupakan akibat bagi sebab-sebab lainnya. Bagaimanapun, hal ini merupakan sekumpulan dari faktor-faktor material dan non-material (di mana pada sebahagian masalah perbuatan-perbuatan manusia memiliki pengaruh pada setiap munculnya bencana) yang merupakan sebab lengkap bagi terjadinya bencana-bencana alam ini, sedangkan semuanya tergolong dalam sebuah mekanisme semesta yang universal di mana ia terjadi berdasarkan kehendak dan mashiyat Ilahi. Oleh itu, terjadinya bencana-bencana alam atau pencegahannya berdasarkan mekanisme pengaturan Ilahi dan ia tidak keluar dari mekanisme ini. Apababila Allah (s.w.t) berkehendak mengazab dan menghukum suatu kaum dalam banyak hal sudah tentu proses ini melalui mekanisme sebab-akibat merupakan ciptaan-Nya, dan mekanisme ini tidak bertentangan sebagai medium Ilahi bagi penurunan azab bagi mereka.[]
Indeks berkaitan:
Ujian dan Azab Ilahi serta bagaimana membezakan keduanya, pertanyaan 15229 (Site: 14994)
Ujian dan Azab Ilahi serta bagaimana membezakan keduanya, pertanyaan 15229 (Site: 14994)
[1]. Syahid Muthahhari, Adl-e Ilahi, hal. 130-134.
[2]. "Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah [2]:155)
[3]. Nahj al-Balāgha, surat ke-45.
[4]. Allamah Majlisi, Bihār al-Anwār, jil. 3, hal. 139.
[5]. Maʻārif Islāmi, jil. 1, hal. 81-85.
[6]. Untuk keterangan lebih jauh sila lihat, Tafsir Nemune, jil. 6, hal. 265-274 dan jil. 1, hal. 53 terkait ayat 7 surah al-Baqarah.
[7]. Nahj al-Balāgah, khutbah 143
[8]. Kulaini, Al-Kāfī, jil. 1, hal. 353.
[9]. Mustadrak al-Wasāil, jil. 2, hal. 438.
[10]. Mustadrak al-Wasāil, jil. 13, hal. 93.
[11]. Murtadha Muthahhari, Adl-e Ilahi, hal. 164 & 165.
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini