Carian Terperinci
Pengunjung
17816
Tarikh Kemaskini 2007/12/02
Ringkasan pertanyaan
Mengapakah Ahlul Bait (a.s) hanya dikhususkan untuk beberapa orang sahaja?
soalan
Mengapakah Ahlul Bait (a.s) hanya dikhususkan untuk beberapa orang sahaja?
Jawaban Global

Terdapat banyak dalil dominan pengkhususan Ahlul Bait kepada lima orang Āl ʻAba; iaitu Muhammad (s.a.w), Ali, Fatimah, Hasan dan Husain yang telah dinukilkan daripada Nabi (s.a.w) oleh para ahli hadis, ulama Syiah dan ulama Ahlusunnah di mana terdapat lebih dari 70 sumber terkenal Ahlusunnah manakala dalam sumber Syiah pula lebih dari ini. Selain itu dalam ayat-ayat al-Qur’an sendiri terdapat petunjuk yang membawa maksud tidak semua individu yang berkaitan dengan Nabi (s.a.w) adalah Ahlul Bait.

Jawaban Detil

Ahlul Bait adalah istilah al-Qur’an, hadis dan kalam yang bermakna keluarga Rasulullah (s.a.w). Istilah dalam makna ini hanya berfungsi dalam ayat tathīr; iaitu ayat 33 dari surah al-Aḥzāb. “انما یرید الله لیذهب عنکم الرجس اهل البیت و یطهرکم تطهیرا”; Hanyasanya Allah berkehendak menghilangkan segala kenistaan daripada kamu wahai Ahlul Bait dan menyucikan kamu sebersih-bersihnya.

Asal usul perkataan “Ahl” bermakna hubungan erat dan kekerabatan[1]. “Bait” pula bermakna tempat kediaman dan tempat tinggal sementara. [2] Asal usul “Ahlul Bait” dari segi bahasa ialah bermakna keluarga seseorang iaitu mempunyai kekerabatan dan kekeluargaan, [3] namun telah digunakan secara mutlak dalam makna yang lebih luas ialah termasuklah seluruh individu di dalam keturunan, agama, tempat tinggal, kota dan tanah air yang bersekutu dengan seseorang individu. [4]

Namun ‘Ahl’ dari segi istilah ahli kalam, ahli hadis dan ahli tafsir al-Qur’an telah memberikan kefahaman yang khusus; kerana mereka mempunyai iktikad bahawa dalam perkara ini terdapat banyak riwayat daripada Nabi (s.a.w) dan para imam Syiah yang menyebabkan ayat al-Qur’an ini mempunyai penafsiran khusus.

Meskipun penafsiran khusus ini membuat pengkhususan siapakah orangnya (ahli kisā’), namun masih terdapat perselisihan di kalangan para ahli hadis dan ahli kalam.

1. Sebahagian ahli tafsir Ahlusunnah mempunyai iktikad dengan petunjuk dari ayat-ayat tentang para isteri Nabi (s.a.w) sebelum dan selepasnya menunjukkan skop ayat ini termasuk seluruh isteri baginda. Dalam menegaskan teori ini mereka melarikan diri dengan bersandar terhadap riwayat daripada Ibnu Abbas yang kemudiannya dinukilkan pula oleh ʻIkrimah, Muqātil, Ibnu Jubayr dan Ibnu Sā’ib. Mereka menulis: ʻIkrimah menjerit di pasar dengan mengatakan bahawa Ahlul Bait Nabi (s.a.w) hanyalah para isteri baginda dan saya bermubahalah dengan siapa yang mengingkarinya.[5]

Sebahagian ahli tafsir Ahlusunnah dan seluruh ahli tafsir Syiah mengkritik pandangan ini dengan mengatakan: “Andainya maksud Ahlul Bait dalam ayat ini ialah para isteri Nabi, maka ia pasti sesuai dengan ayat-ayat sebelum dan selepasnya yang berbicara dengan mereka dalam bentuk jamak muannath (جمع مؤنث), dan Allah juga akan berfirman di dalam ayat ini: “انما یرید الله لیذهب عنکن الرجس اهل البیت و یطهرکن تطهیراً,” sedangkan nisbah seperti ini dan kata ganti nama ke-dua dalam ayat ini ialah muzakkar (عنکم و یطهرکم). Ini menunjukkan kenyataan golongan ini tidak benar.

Sandaran mereka terhadap riwayat juga turut ditolak. Misalannya Abu Ḥayyan al-Gharnaṭī (juga daripada Ahlusunnah) telah menulis bahawa sandaran riwayat kepada Ibnu Abbas tidak benar. Ibnu Kathīr turut mengatakan bahawa jikalau maksud ayat ini seperti demikian dalam penurunan ayat Ṭaṭhīr, maka dakwaan ini benar. Namun jikalau objektifnya adalah: maksud dan miṣdäq (مصداق) ayat tersebut ialah para isteri Nabi (s.a.w), bukan orang lain lagi, maka kenyataan ini tidak benar, kerana banyak sekali riwayat yang menolak pandangan seperti ini.[6]

Namun sebagaimana yang telah kami tunjukkan ucapan Ibnu Kathīr mengenai: “Status penurunan ayat Ṭaṭhīr adalah para isteri nabi” juga tidak benar. Ini disebabkan pertamanya: Bertentangan dengan tujuan ayat-ayat, dan kedua: Bertentangan dengan pengakuan riwayat-riwayat.

2. Golongan yang lain ialah para ahli tafsir Ahlusunnah, mereka ini beriktikad bahawa maksud Ahlul Bait dalam ayat mengenai para isteri Nabi (s.a.w) juga ialah Ali, Fatimah, Hasan dan Husain.[7] Dapat dikatakan bahawa penyokong pandangan ini tidak bersandar dengan mana-mana riwayat untuk menegaskan pandangan mereka sendiri.

3. Sebahagian para ahli tafsir berkata: Secara zahirnya ayat ini adalah umum dan merangkumi semua keluarga Rasulullah (s.a.w). Umumnya ialah para isteri, anak-anak baginda, rakan taulan, termasuklah hamba sahaya lelaki dan perempuan baginda (s.a.w). Thaʻlabī berkata: Meliputi semua Bani Hāshim atau orang mukmin daripada Bani Hashim. Pandangan ini juga tidak berasaskan mana-mana riwayat. [8]

4. Sekelompok ahli tafsir menyatakan bahawa kemungkinan Ahlul Bait ialah mereka yang diharamkan sedekah ke atas mereka. Pandangan ini berdasarkan sebuah hadis daripada Zaid bin Arqām yang mana beliau ditanya: Siapakah Ahlul Bait Nabi (s.a.w)? Zaid menjawab: Para isteri Nabi adalah termasuk Ahlul Bait, namun Ahlul Bait ialah mereka yang diharamkan sedekah ke atas mereka; iaitu keluarga Ali, keluarga ʻAqīl, keluarga Jaʻfar dan keluarga ʻAbbās.[9] Menurut Abul Futūh al-Rāzī pandangan ini adalah kata-kata yang ganjil, terpencil dan tidak ada asas. [10]

5. Semua ahli tafsir Syiah dan kebanyakan ahli tafsir Ahlusunnah (dengan bersandar pada kesaksian, tanda-tanda dan banyak riwayat daripada Rasulullah s.a.w, Ali, Hasan, Husain, Imam Sajjād dan lain-lain imam termasuk juga daripada Ummu Salamah, ʻĀ’ishah, Abū Saʻīd al-Khudrī, Ibnu ʻAbbās dan sahabat-sahabat yang lain) mempunyai kepercayaan yang tegas bahawa ayat Ṭaṭhīr telah diturunkan tentang ahlul kisā’ (Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain) dan maksud Ahlul Bait adalah mereka tersebut.

Hanya sebuah pertanyaan yang terlintas di fikiran, apa sebab perkara tersebut tidak menggolongkan para isteri Nabi (s.a.w) sedangkan ianya berada di celah-celah perbahasan tentang tanggungjawab para isteri Nabi (s.a.w) .

Dalam membalas pertanyaan ini terdapat jawapan: Antaranya daripada Ṭabrasī yang berkata: Bukan hanya tidak ada perbezaan dalam ayat-ayat yang terletak di celah-celah ayat-ayat lain yang bertentangan subjeknya; perkara ini terdapat banyak al-Qur’an. Contoh mengenai perkara ini banyak didapati di dalam ucapan para pujangga Arab dan penyair mereka.[11]

Allamah Ṭabāṭabā’ī; telah menulis jawapan lain sebagai tambahan: Tidak satu pun dalil bahawa ayat “انما یرید الله لیذهب عنکم الرجس اهل البیت و یطهرکم تطهیراً” telah diturunkan mengiringi ayat-ayat ini, riwayat-riwayat menunjukkan bahagian ini telah diturunkan secara berasingan, dan atas arahan Nabi atau setelah kewafatan baginda ayat ini telah diletakkan secara berdampingan sewaktu ayat-ayat al-Qur’an dihimpunkan.[12]

Di dalam kitab Tafsīr Namune terdapat jawapan begini: Jawapan ke-tiga dapat diberi persoalan, iaitu al-Qur’an ingin menyatakan kepada para isteri Nabi (s.a.w) bahawa: Kalian berada di kalangan sebuah keluarga yang mana sekumpulan daripada mereka ialah orang-orang maksum, barangsiapa yang berada di bawah naungan kemaksuman dan di dalam keluarga orang-orang maksum, hendaklah mereka ini lebih berhati-hati terhadap diri mereka sendiri dan tidak melupakan tanggungjawab besar apabila bahawa menjadi sebahagian daripada keluarga lima orang yang maksum. Allah dan para makhlukNya banyak memerhatikan mereka.[13]

Namun terlalu banyak hadis-hadis yang dinukilkan mengenai status penurunan dan maksud ayat Ṭaṭhīr. Kami membahagikannya kepada beberapa kategori:

A: Hadis yang secara langsung menaggapi status penurunan ayat Ṭaṭhīr, maksudnya dan istilah Ahlul Bait adalah lima diri Āl ʻAbā.[14]

B: Riwayat-riwayat yang mengesahkan hadis al-Kisā’: Terdapat sebuah riwayat daripada Abu Saʻīd al-Khudrī dan Anas bin Mālik, Ibnu ʻAbbās, Abul Ḥamrā’ dan Abu Zarārah bahawa setelah peristiwa al-Kisā’ dan penurunan ayat Ṭaṭhīr, selama satu bulan atau 40 hari, atau pun 6 sampai 9 bulan, ketika solat subuh mahupun solat fardhu lima Nabi (s.a.w) sentiasa berulang alik ke pintu rumah Ali dan Fatimah dengan bersabda: “السلام علیکم اهل البیت و رحمة الله و برکاته، الصلاة یرحمکم الله”. Kemudian baginda membaca ayat Ṭaṭhīr.[15]

Dalam kitab Syarah Iḥqāq al-Ḥaq,[16] lebih dari 70 sumber terkenal Ahlusunnah tentang perkara ini telah dihimpunkan, manakala sumber-sumber Syiah lebih dari ini.[17]

Oleh itu perkara ini adalah suatu yang pasti menurut hadis-hadis iaitu maksud Ahlul Bait dalam ayat ke-33 surah al-Aḥzāb ialah Nabi Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Namun mengapakah lafaz Ahlul Bait dalam hadis-hadis turut dikaitkan dengan para imam yang lain; iaitu bermula dari Imam Hasan (a.s) sehinggalah Imam Zaman (a.s). Sebagai jawapan, hendaklah dikatakan:

Falsafah penegasan dan penekanan al-Qur’an dalam memaklumkan kedudukan istimewa Ahlul Bait ialah: Manusia hendaklah mengikuti mereka dalam perjalanan bergerak ke arah kesempurnaan dan menyusuri jalan hidayah; ini disebabkan matlamat sebenar al-Qur’an ialah memberi pedoman kepada manusia. “الم * ذلک الکتاب لاریب فیه هدی للمتقین”. Barangsiapa yang teliti sedikit dalam ayat-ayat al-Qur’an pasti dengan jelas dapat membenarkan isṭinbāṭ ini. Oleh kerana para imam Syiah adalah orang yang patut diikuti dan pembimbing umat, maka dari sudut ini gelaran Ahlul Bait sesuai dengan mereka. Dari sini, Nabi (s.a.w) selaku orang yang menerangkan al-Qur’an ketika ingin menjelaskan status tempat rujukan agama, kedudukan imamah dan martabat pemimpin setelah kewafatannya, maka baginda menggunakan perkataan Ahlul Bait misalannya:

"انی تارک فیکم الثقلین کتاب الله و عترتی اهل بیتی ما ان تمسکتم بهما لن تضلوا بعدی ابداً، فانهما لن یفترقا حتی یردا علی الحوض"[18]

iaitu: Aku tinggalkan dua perkara beharga kepada kalian, iaitu kitab Allah dan Ahlul Bait, yang mana jika kalian berpegang dengan kedua-duanya maka kalian tidak akan tersesat sepeninggalanku selama-lamanya, sesungguhnya kedua-duanya tidak akan terpisah sehingga kembali kepadaku di telaga al-Ḥauḍ.

Ataupun di dalam hadis safīnah yang mana baginda bersabda: Sesungguhnya perumpamaan Ahlul Baitku pada kalian ialah seperti bahtera Nabi Nuh (a.s), barangsiapa yang menaikinya akan selamat, barangsiapa yang mengingkarinya akan tenggelam.[19]

 

Untuk maklumat lebih lanjut silakan merujuk kepada indeks berikut:

 

  1. Ahlubait dan Ayat Mawaddah, pertanyaan 160 (Site: 1229)
  2. Ahlulbait Nabi (s.a.w), pertanyaan 833 (Site:902)
  3. Siapakah yang dimaksud dengan Ahlubait, pertanyaan 1247
  4. Pengkhususan Ahlulbait pada Asḥab Kisa, pertanyaan 159 (Site: 1251)

 


[1]. Qayyumi, Misbāh al-Munīr, hal. 28.  

[2]. Ibid, hal. 68.

[3]. Ibid.

[4]. Mufrādāt Rāghib Isfahānī, hal. 29.

[5]. Thabari, Jāmi' al-Bayān, jil. 22, hal. 7; Ibnu Kathīr, Tafsir al-Qur'ān al-'Azhīm, jil. 6, hal. 365.  

[6].  Tafsir Ibnu Kathīr, jil. 5, hal. 452-453

[7]. Fakhruddin, Tafsir al-Kabīr, jil. 25, hal. 209; Bayḍāwī, Anwār al-Tanzīl, jil. 4, hal. 163; Abu Hayyan, al-Bahr al-Muhiṭ, jil. 7, hal. 232.  

[8]. Qurtubi, al-Jāmi' li Ahkam al-Qur'ān, jil. 3, hal. 14 & 18; Tafsīr Ruh al-Ma'āni, al-Alusi, jil. 14, hal. 22.

[9]. Abu Hayyan, al-Bahr al-Muhiṭ, jil. 7, hal. 231-232.  

[10]. Abu al-Futuh al-Rāzī, Rauḍā al-Jinān wa Ruh al-Jinān, jil. 15, hal. 421..  

[11]. Majmā' al-Bayān, jil. 7, hal. 560.  

[12]. Al-Mizān, jil. 16, hal. 312.

[13]. Tafsir Nemune, jil. 17, hal. 295.  

[14]. Thabari, jil. 22, hal. 6-7; Qurthubi, jil. 14, hal. 183; Hakim, jil. 2, hal. 416; Bukhari, al-Tārikh, jil. 1, hal. 69-70; Tirmidhi, al-Sunan, jil. 5, hal. 633.  

[15]. Ṭabarī, jil. 22, hal. 5-6; al-Bukhari, al-Kani, hal. 25-26; Ahmad bin Hanbal, Musnad, jil. 3, hal. 259; Huskani, Shawāhid al-Tanzil, jil. 2, hal. 11-15; Suyuthi, al-Durr al-Manthur, jil. 6, hal. 606-607.  

[16]. Mar'asyi, jil. 2, hal. 502-547, jil. 9, hal. 91-92.  

[17]. Yang menjadi keutamaan dalam tulisan ini kebanyakan dipinjam dari kitab Syenakht Nāme Ahlulbayt karya Ali Rafi' Alamardushti, hal. 301-308. Untuk keterangan lebih jauh silahkan merujuk ke kitab yang dimaksudkan.

[18]. Shahih Tirmidhi, jil. 2, hal. 380; Ahmad bin Hanbal, Musnad, jil. 3, hal. 17.  

[19]. Hakim, Mustadrāk al-Shahihayn, jil. 2, hal. 432; Firuz Abadi, Faḍā’il al-Khamsah, jil. 2, hal. 65.

 

 

 

 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah maksud wahdatul wujud?
    17989 Falsafah Islam 2014/04/20
    Maksud golongan irfan dan ahli hikmah tentang wahdatul wujud bukanlah satu set dunia kewujudan yang dikatakan sebagai Allah (s.w.t). Ini disebabkan penggolongan wujud dan wahdat bukanlah sesuatu yang hakiki. Begitu juga ianya tidak bermaksud penyatuan Allah (s.w.t) dengan kewujudan-kewujudan kerana perkara itu adalah mustahil (dengan maksud dua ...
  • Sebenarnya berapa lama proses penurunan Al-Quran baik secara serentak mahupun secara beransur?
    60436 Ulum Al-Quran 2011/08/20
    Turunnya Al-Quran secara serentak (daf’i) berlangsung di bulan Ramadhan, di malam Lailatul Qadar. Sebahagian riwayat memperkuatkan anggapan seperti ini bahawa malam Lailatul Qadar  ialah ...
  • Apakah wahyu itu? Dan bagaimanakah wahyu itu diturunkan kepada para nabi?
    50982 Al-Quran 2011/01/01
    Wahyu dari sudut bahasa bererti isyarah -petunjuk- cepat yang boleh diketogorikan dari jenis perkataan, atau dari kod-kod percakapan, atau dari bentuk suara yang "tunggal", baik dalam bentuk suara yang tersusun atau dalam bentuk tanda dan seumpamanya.Makna-makna dan penggunaan-penggunaan yang berbeza-beza dari kalimat ini ...
  • Sandaran (sanad) dua ayat terakhir dari surah at-Taubah dan peristiwa di dalamnya?
    31188 Tafsir 2010/12/29
    Secara umum yang dimaksud dengan "sanad" dari soal yang diajukan sangat tidak jelas dan masih kabur. Dan zahirnya pertanyaan begini tidak memiliki jawapan khusus. Namun boleh jadi tujuan dari pengajuan pertanyaan tersebut adalah ingin memahami sebab-sebab penurunan ayat tersebut (sya'n an-nuzul) atau penafsiran dari ayat yang dimaksudkan. Atau ...
  • Apakah terdapat syarat lain selain bersikap adil untuk melakukan poligami?
    14173 Huquq Dan Ahkam 2012/11/11
    Berdasarkan pelbagai kebutuhan dan kemaslahatan personal dan sosial, Islam membolehkan poligami. Dalam hal ini, Islam memberikan beberapa syarat bagi mereka yang ingin melakukan poligami: Pria harus bersikap adil kepada para istrinya. Jumlah istri permanen (dâim) tidak boleh lebih dari empat. Izin istri diperlukan ...
  • Mengapakah mazhab Syiah merupakan sebaik-baiknya mazhab?
    23986 Teologi 2013/02/02
    Keunggulan mazhab Syiah adalah disebabkan "kebenarannya". Pada setiap suatu ketika, agama yang benar hanya terhad pada satu agama. Sedangkan agama-agama lain yang masih wujud samada pada asasnya adalah batil, atau tidak berasas, dan telah punah atau telah dihapuskan oleh agama yang datang setelahnya. Syariat yang benar pada ...
  • Apakah pandangan Islam tentang kebebasan berfikir?
    17163 Teologi Klasik 2014/05/22
    Persediaan paling penting bagi perkembangan manusia ialah pemikiran dan sudah menjadi suratan bahawa persediaan ini memerlukan kebebasan, iaitu tidak ada kebuntuan dan halangan di hadapannya. Menurut pandangan Islam, seseorang muslim mempunyai hak untuk berfikir dan memang perlu berfikir. Dalam berbagai ayat, al-Qur’an yang mulia menyeru manusia untuk ...
  • Siapakah yang akan masuk ke dalam syurga?
    12350 Teologi Klasik 2013/01/24
    Dengan mengamati ayat-ayat al-Qur'an dapatlah difahami bahawa syurga merupakan janji tetap Allah (s.w.t) yang telah diperuntukkan bagi orang-orang "muttaqin", "mu’min" dan orang yang patuh terhadap seluruh perintah Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w). Orang seperti ini adalah insan yang benar-benar bahagia dan berjaya. Dengan menyemak ...
  • Siapakah yang bertanggungjawab mengumpulkan khumus di zaman Imam Ali As?
    9781 تاريخ بزرگان 2011/07/19
    Seluruh kaum Muslimin meyakini bahawa khumus merupakan salah satu kewajipan yang ditetapkan oleh Allah (s.w.t) dan harus dikerjakan. Hukum ini berlaku sejak zaman ia disyariatkannya. Ertinya hukum ini sentiasa berlaku semenjak setelah tamat perang Badar (dan seterusnya) di mana selain Rasulullah (s.a.w), Imam Ali (a.s) juga merupakan salah seorang yang ...
  • Apakah bonda Imam Mahdi (a.j.) juga digolong sebagai maksum?
    9839 Sirah Para Maksumin a.s 2011/10/22
    Dalam pandangan Syiah, yang mempunyai kedudukan maksum (dalam erti umum) hanyalah para nabi dan pengganti mereka. Erti maksum di sini adalah bahawa mereka suci dari setiap kesalahan, kelupaan dan perbuatan dosa sepanjang hidup mereka, sama ada dalam memahami sesuatu, dalam menyampaikan wahyu, ataupun dalam pelaksanaan hukum Syarak. ...

Populer Hits